BALIK dari Melaka tadi, Anis terus ke pasar membeli betik muda. Dia sudah berjanji nak sediakan somtam yang paling sedap untuk Zara, Tikah dan Linda. Malam itu, dengan bantuan Sarah, Anis mula menyediakan somtam. Sarah dari dulu ingin belajar membuat somtam. Dua biji betik muda dan lima biji mangga muda disagat dan bahan-bahan lain sudah siap disediakan di atas meja makan.
Anis, semua bahan ni nak kena gaul dengan betik dan mangga ke Sarah melihat bahan-bahan yang telah siap dibubuh dalam mangkuk kecil di atas meja makan. Ada udang kering, cili padi tumbuk, kacang tanah bakar, nampla, asam limau, garam dan gula.
Yalah, kalau tak masuk semua bahan tu, taklah dinamakan somtam cik Sarah oi! Anis mula berjenaka.
Sarah mengangguk-angguk tanda faham. Kini baru dia tahu ramuan apa yang perlu digunakan untuk membuat somtam. Dia jeling Anis yang begitu cekap membuat somtam. Cukup rasanya, masam, masin, manis pedas semuanya ada.
Sedap tak
Huih! Ni yang paling sedap! Aku rasa lagi sedap daripada yang dulu-dulu tu! Sarah memuji sambil membuat isyarat thumbs up.
Aik! Jadi somtam aku yang dulu tu tak sedaplah Macam tu Anis turut merasa somtam yang baru dibuat sebentar tadi.
Bukanlah macam tu..maksud aku..somtam kau kali ni lagi sedap! Yang dulu-dulu tu pun sedap jugak! Err..aku nak sikit boleh Sarah sengih.
Aku dah tahu dah memek muka kau tu! Nah, aku tinggalkan sepinggan untuk kau dan Ina. Anis senyum lagi. Somtam dari mangkuk besar diceduk ke dalam pinggan.
Ehem! Apa bau ni
Anis dan Sarah serentak berpaling. Zarina sudah terpacak di muka pintu dapur.
Ina! Marilah rasa! Sedap ni! Sarah menyua sepinggan somtam kepada Zarina.
Sedaplah somtam kau ni! Kalau kau masuk pertandingan ni, for sure menang! Zarina mula memuji keenakan somtam Anis.
Sedapkan Aku dah cakap dah kat Anis ni tapi dia buat dono je! Sarah ajak Zarina makan di ruang tamu sambil menonton tv.
Alah..somtam aku ni biasa je. Malulah aku nak masuk contest. Lainlah kalau aku ni memang dah tukang masak yang bagus. Anis merendah diri lagi.
Tengok tu! Kau ni merendah diri betul la! Cuba kau tengok dalam Master Chef tu, bukan semuanya pandai masak pun!
Semuanya aku tengok main bantai je! Macam Jehan Miskin tu, dia sendiri mengaku sebelum masuk Masterchef, dia hanya pandai goreng telur mata je. Lepas masuk Masterchef tu, terliur aku nak merasa masakan dia. Panjang lebar Sarah bersyarah.
Zarina turut angguk menyokong kata-kata Sarah.
Jom! Malam ni ada movie best tau! Zarina mula mengajak Sarah dan Anis ke ruang tamu. Jam sembilan nanti dia sudah tahu ada cerita menarik di kaca tv.
Weh! Cerita apa Sarah cuit bahu Zarina setelah mereka mengambil tempat duduk masing-masing di sofa.
Ghost Rider!
Laa..kalau cerita tu aku dah tengok dah Sarah mula hambar. Dia jeling Anis di sofa sebelah yang sedang tersenyum memandangnya.
Alah! Tengok jelah! Kita bukannya ada tiga tv, masing-masing nak tengok channel kegemaran! Zarina jeling Sarah yang seakan merajuk. Riak mukanya sudah kelat.
Syhhh!! Cerita dah nak mula dah ni! Sambung Zarina lagi dengan jarinya diletakkan di bibir. Dia betulkan duduknya di atas sofa. Sebelah tangan lain memegang pinggan somtam.
Aku nak mandi dulu la! Melekit dari tadi. Anis cium bau baju. Bahan-bahan somtam tadi begitu kuat melekat pada baju.
Memang patut pun kau mandi. Jauh lagi dah bau! Sarah sengih sambil mengunyah kacang yang dibeli Zarina tadi.
Anis sempat melempar bantal kecil ke arah Sarah. Sarah membalas semula dengan melempar ke arah Anis yang mula bangun.
Zarina masih asyik menonton cerita kegemarannya. Tidak hiraukan apa yang berlaku sekeliling. Anis hanya senyum. Sesekali bila dapat menonton bersama, boleh runtuh rumah dengan suara dan gurauan masing-masing.
Anis pandang kedua-dua gadis itu yang begitu khusyuk memahami cerita lakonan Nicolas Cage. Berlainan pula dengan dirinya. Di ruang fikirannya hanya memikirkan sikap Izara yang berubah tiba-tiba masa di Melaka tadi. Belum habis dengan babak Izara menangis di bahu Imran, muncul pula babak Izara mengelak dari Razif di masjid tadi. Segala-galanya berputar ligat di ruang benaknya.
Hoi! Telefon kau melalak tu! Zarina tepuk bahu Anis yang mengelamun dari tadi.
Hah Apa
Tu..bukan phone kau ke tu Jawablah cepat! Bisinglah! Ganggu aku tengok tv je! Zarina sengih sambil menuding ke arah telefon Blackberry milik Anis di atas meja kecil di tepi sofa.
Anis sengih. Tidak sedar dia mengelamun jauh tadi. Telefon bimbitnya segera dicapai.
Hello!
Assalamualaikum! Kedengaran suara di hujung talian.
Anis mengamati suara dari hujung talian. Siapa pulak ni
Waalaikumussalam. Nada Anis perlahan.
Awak sihat
Anis pandang lagi skrin telefonnya. Private number.
Awak siapa
Siapa saya tak penting. Apa yang penting, awak jawab panggilan saya.
Hey! Awak ni siapa Anis mula tinggikan suara.
Zarina dan Sarah serentak memandang Anis yang tiba-tiba meninggikan suara. Mereka saling berpandangan.
Nak call sangat tapi tak nak cakap. Awak siapa! Anis dah geram. Telefon bimbitnya dimatikan. Tak ada masa nak layan.
Anis..siapa yang call kau tu Tak pernah kau jawab call macam tu! Sarah merapati Anis yang sudah merah mukanya menahan marah.
Entah mamat mana! Gila meroyan agaknya! Entah-entah saja dia nak sakat aku! Entah-entah dia yang curi nota aku. Anis masam mencuka.
Nota Zarina yang tidak tahu cerita sebenar mula bersuara.
Anis hanya angguk. Dia renung telefon yang dihempaskan di atas sofa tadi. Kalau dia call lagi, aku nak hambur habis-habisan!
Getus hatinya.Zarina dan Sarah di sebelah masih kebingungan melihat tingkah Anis yang tiba-tiba naik angin. Anis minta diri ke bilik.
Malam itu matanya sukar diulit. Mengiring ke kiri dan ke kanan berulangkali. Masih tidak mahu lelap.Puas dipejam. Terkebil-kebil matanya menatap siling. Puas dipejam, masih tidak mahu tidur.
Puas difikir siapa lelaki yang menelefonnya tadi. Tak mungkin Jay. Lenggok bahasa lelaki tu sebiji orang Melayu!
PAGI-pagi lagi Anis sudah ke kampus. Alhamdulillah, tadi bas sampai tepat pada masanya. Kalau tidak selalunya dia akan buang masa menunggu hampir satu jam di situ saja dan yang paling penting, hari ini tiada kelibat Razif mahupun Imran. Lega.
Anis menunggu teman sekelasnya di medan selera berhampiran perpustakaan. Malam tadi dia sudah menghubungi Izara, mereka akan bertemu di situ. Sesekali Anis jeling jam tangan bila dirasakan sudah setengah jam dia menunggu.
Mana dia orang ni Dah dekat pukul sembilan dah ni.. Anis jenguk ke arah tempat letak kereta dan tempat pejalan kaki menuju ke medan selera. Sorang pun tak muncul lagi. Tidur mati ke apa Anis jeling jam di pergelangan tangan.
Anis mengetuk meja dengan hujung jari sambil menongkat dagu. Dia pandang sekeliling. Pelajar semakin ramai memenuhi medan selera di situ untuk bersarapan. Dia jeling pula ke arah salah satu gerai yang menjual nasi campur. Terdapat banyak lauk dan juga pelbagai jenis kerabu.
Hmm..kalau aku tumpang somtam aku kat situ..okey juga ni. Duit sewa nanti, aku bayar lah kat tuan gerai tu.. Anis senyum sendiri. Di fikirannya mula membayangkan perniagaan somtamnya yang hanya dapat dijual ketika pulang bercuti semester saja.
Anis bangun dan melangkah ke arah gerai yang dilihat tadi. Dia memerhati semua kerabu di situ. Bermacam-macam jenis kerabu ada dijual di situ, kerabu mangga, kerabu tauge, kerabu jantung pisang, kerabu nangka dan tidak lupa juga kerabu pucuk paku. Boleh dikatakan semuanya seakan sama dari segi kandungan bahan-bahan. Anis mula senyum. Harapannya untuk meletakkan somtam nampaknya begitu cerah.
Err..makcik..boleh saya tanya Semua kerabu ni makcik buat sendiri ke Anis bermanis muka. Senyumannya lebar.
Tak jugakerabu ni ada yang makcik upah orang lain yang buat. Makcik nak buat semua ni mana sempat. Kenapa
Senyuman Anis semakin lebar mendengar kata-kata dari makcik yang berbaju kurung kuning dan memakai apron merah itu yang tersenyum kepadanya menampakkan giginya yang sedikit rongak.
Oh..sebenarnya saya pun berminat nak buat kerabu ni. Boleh tak saya jual kerabu saya kat gerai makcik Nanti saya bagi komisen buat sewa makcik nanti. Anis mula menyampaikan hajatnya yang sebenar.
Oh..boleh saja. Kerabu apa tu Makcik itu melihat kerabu yang sedia ada yang terhidang dalam bekas di atas meja di depannya.
Somtam! Anis semakin teruja. Wah! Dah ada peluang ni!
Somtam Anak ni orang Thailand ke Makcik itu tersenyum lagi.
Anis mula ketawa. Tak makcik tapi mak saya memang keturunan orang sana. Asal Yala
Oo..patutlah pandai buat somtam!
Sebenarnya saya ada bawa sikit untuk kawan saya ni tapi kalau makcik nak rasa, bolehlah! Anis mula buka bekas plastik somtamnya dan menceduk beberapa sudu sebelum dihulur kepada makcik itu untuk merasa.
Hmm..sedap! Macam mana buat ni..siapa nama anak ni Makcik itu mula memuji somtam Anis.
Saya Anis. Makcik Anis menutup semula bekas somtam.
Panggil je makcik Senah!
Baiklah makcik. Esok saya letak somtam saya ni kat gerai makcik ya! Terima kasih makcik! Anis senyum lagi sambil memandang makcik Senah yang mula sibuk melayan pelanggan.
Anis mula berlalu dari situ. Senyumannya dah sampai ke telinga. Bersyukur kerana dapat meringankan beban mak di kampung. Sekurang-kurangnya dia dapat perkenalkan somtam kepada pelajar di universiti ni. Senyumannya semakin ceria.
Hoi! Mata letak mana Menonong je jalan!
Anis menoleh. Berdesing di cuping telinga dengan suara kuat. Bahunya terasa kebas.
Awak tu yang sengaja langgar saya kan Anis juga tidak mahu mengalah. Dia sendiri tidak sedar bila dia berlanggar bahu dengan Imran. Mungkin tadi dia terlalu berkhayal tentang somtam yang bakal dijual nanti.
Sengaja Awak tu yang berjalan tersengih-sengih tak tengok kiri kanan! Macamlah lawa sangat! Imran mula bercekak pinggang. Dia renung wajah gadis somtam itu yang begitu berani merenungnya. Dia pandang pula ke arah bekas plastik di tangan kanan gadis itu.
Kali ini Anis mengakui kesalahannya. Memang tadi dia berangan sambil berjalan. Tidak sedar dia melanggar seseorang. Hampir terjatuh bekas somtam dari tangannya tadi.
Kenapa diam Imran masih berdiri terpacak di depan Anis.
Maaf. Saya tak sengajatolong ke tepi boleh Anis segera menuju ke meja yang dia duduk tadi.
Nanti dulu!
Anis jeling tangan Imran yang sedang memegang lengan baju kurung yang dipakainya. Dia pandang pula ke arah mata Imran yang masih merenungnya dari tadi.
Apa lagi yang awak nak
Tu! Bekas tu! Imran tuding ke arah bekas plastik di tangan Anis.
Awak nak buat aBelum sempat Anis bertanya, Imran sudah merentap bekas plastik dari tangannya.
Anis cuba merampas semula tapi Imran lebih kuat darinya. Habis somtam tumpah terkena baju Imran.
Tengok Apa yang awak dah buat Imran segera menyapu sisa-sisa somtam yang melekat di bajunya.
Dahlah busuk! Bebel Imran lagi.
Anis senyum geli hati. Padan muka!
Tu salah awak sendiri!Anis ambil bekas plastik yang jatuh ke lantai.
Imran segera menarik tangan Anis dan berjalan meluru ke tempat letak kereta. Banyak kali kaki Anis tersandung bila diheret kasar. Dengan beg sandang dan bekas plastik yang masih di tangan, dia tidak mampu menepis tangan Imran.
Awak nak buat apa ni
Imran tidak hiraukan pertanyaan Anis. Anis ditolak masuk ke dalam kereta. Kereta dipandu laju membelah kesesakan kota.
Awak dah gila ke
Imran masih tidak hiraukan bebelan gadis itu. Kereta dipandu semakin laju. Sampai di satu simpang dia terus membelok ke sebuah kedai pakaian. Anis ditarik keluar dari kereta. Laju langkah Imran menuju masuk ke dalam kedai itu.
Eh! Apa yang awak nak buat ni
Pelanggan yang berada di kedai itu memandang Anis yang bersuara agak tinggi. Anis berpura-pura senyum. Memang mamat ni sudah gila!
Imran segera ke bahagian pakaian lelaki dan mengambil sehelai T-shirt jenama Timberland. Anis cepat-cepat menutup mata bila melihat Imran dengan selamba menanggalkan baju yang dipakai betul-betul di depannya. Selamba dek je buka baju depan aku!
Nah!
Perlahan Anis buka mata bila terasa Imran meletakkan sesuatu di atas tangannya.
Apa ni
Awak cuci baju ni! Selagi tak hilang bau busuk somtam tu, selagi tulah awak kena ikut segala kata saya! Imran bercekak pinggang.
Belum sempat Anis berkata, Imran sudah ke kaunter membayar baju yang dibeli yang sudah siap disarung di badan.
Gila! Dia yang buat salah, aku pulak yang kena denda! Anis membebel sendiri.
Sekali lagi Imran menarik tangan Anis menuju ke kereta sebaik selesai membayar harga baju.
Kali ini Anis merentap kuat tangannya dari cengkaman Imran.
Sakit tahu tak!
Nak ikut ke tak nak
Saya boleh balik sendiri!
Baiklah! Imran segera mengambil beg sandang Anis dan berjalan ke arah keretanya semula.
Anis terkedu di situ. Sakit hati dengan tindakan Imran. Terpaksa dia mengikut Imran menaiki kereta sekali lagi.
Ingat! Saya nak awak cuci sendiri baju tu. Cuci sampai bersih! Tak ada bau somtam busuk awak tu! Kalau awak hantar ke dobi, tahulah saya nak buat apa kat awak! Imran sengih. Sempat dia mengambil satu lagi bekas plastik yang mengandungi somtam dari dalam beg sandang Anis.
Anis menghempas kuat pintu kereta sebaik sampai di tempat letak kereta semula di kampus. Dia mula mengetap bibir. Tangannya digenggam kuat. Imran yang sudah beredar dari situ direnung tajam. Dia beredar dari situ bersama hati yang parah!
Anis!
Anis menoleh ke kiri. Izara melambai-lambai ke arahnya.
Maaf, aku lambat sikit. Kereta aku buat hal pulak tadi. Alhamdulillah, dapat siap cepat. Terus aku datang sini! Izara menjelaskan keadaannya tanpa ditanya.
Mana yang lain Anis jenguk di belakang Izara.
Entah! Aku ingat aku sorang je yang lambat. Err..mana somtam yang aku suruh buat tu Izara pandang Anis yang merah pipi kiri kanan.
Maaf Zaratadi Anis mula tunduk.
Kenapa ni Muka kau merah semacam je aku tengok Kau marah kat siapa ni Bertubi soalan Izara. Dilihatnya wajah Anis sudah kemerahan.
Mamat gila tu ambil somtam aku! Maafkan aku..aku janji..esok aku bagi kat kau.. Anis menutur geram. Rasa kesal kerana telah membuatkan kawan-kawannya kempunan somtam.
Mamat gila Siapa Izara tarik tangan Anis dan mula duduk.
Entah! Sejak dia beli somtam di gerai aku dulu, asyik muka dia je yang aku jumpa! Sombongnya bukan main lagi! Sakit hati aku! Anis mengetap bibir lagi. Kemarahannya pada Imran sudah meluap-luap.
Entah-entah dia saja sakat kau tak Sebenarnya dia sukakan kau tu! Lelaki ni bila suka kat seorang gadis, dia akan cuba bermacam-macam cara. Ada yang romantik, ada yang buli, ada yang gelabah dan ada juga yang gentleman! Izara sengih. Dia dapat mengagak mamat gila yang dimaksudkan oleh Anis tadi mungkin dalam diam sukakan gadis somtam itu.
Dia tu sukakan aku Kirim salam sikit! Dia tu bencikan gadis kampung macam aku ni! Aku digelar macam-macam tau tak. Minah kampunglah, minah somtamlah, minah perasanlah! Eii! Macamlah dia tu handsome sangat! Anis mula meluahkan apa yang terbuku di hati.
Izara ketawa mengekek mendengar kata-kata Anis yang macam berteh jagung. Tiada pit stop!
Apa yang lucu sangat ni Tiba-tiba Atikah muncul bersama Linda.
Ni ha..gadis somtam yang cantik manis ni. Merajuk sebab somtamnya diambil oleh buah hati! Izara ketawa lagi sambil menekan perut. Dia jeling Anis yang mula masam mencuka.
Jadi tak dapatlah kita merasa somtam hari ni Linda mula muncung.
Buah hati Eh, hang dah ada marka ka Atikah pula menyampuk. Dia pandang Anis yang masih mencuka.
Korang ni..ke situ pulak! Aku mana ada buah hati! Sakit hati adalah! Anis mengetap bibir sekali lagi.
Dahlah. Jam sebelas nanti ada kuliah. Nak makan apa, aku belanja! Kalau boleh ambil kuih yang manis-manis sebab dah ada benda masam kat sini! Izara kenyit mata pada Atikah dan Linda yang masih menyakat Anis. Dia jeling Anis yang masih marah.
Anis mula ketawa mendengar usikan Izara. Hilang sekejap rasa marah pada Imran. Atikah dan Linda turut ketawa mendengar kata-kata Izara yang menjeling ke arah Anis. Mereka berempat mula menuju ke medan selera.
Hari itu, kelas mereka sampai ke petang. Seperti biasa, habis kelas, mereka akan berkumpul di tasik sambil menikmati pemandangan di waktu petang begitu sambil melihat matahari terbenam. Atikah dan Linda pula mula minta diri.
Aku balik dulu.Dah janji dengan mak aku nak teman dia ke salon. Atikah mula bersalam.
Aku pun nak blah jugak! Ada hal sikit! Linda turut bersalam.
Korang ni ada je alasan. Entah-entah nak jumpa buah hati! Izara sengih. Dah tahu dah alasan tu.
Buah hati tak boleh jumpa selalu nanti jemu! Esok dah kahwin nanti, dua puluh empat jam mengadap muka dia! Bak kata ustazah Anis ni..tak baik jumpa lelaki bukan mahram kalau belum ada ikatan sah! Betul tak cik ustazah Atikah pandang Anis di sebelah Izara.
Aku bukan ustazah la..aku pun ada buat silap juga. Manusia ni mana ada yang sempurna tapi kita kena berusaha untuk menjadi hambaNya yang sempurna. Anis tersenyum simpul.
Atikah dan Linda mula berlalu pergi. Anis dan Izara hanya mengiringi mereka dengan ekor mata.
Anis..boleh aku tanya sikit Izara mula berbicara lemah.
Tanyalah! Banyak pun tak apa! Anis pandang wajah Izara yang mula berubah rona. Mata hazel gadis itu ditenung dalam. Ada riak resah.
Aku suka tengok kau yang selalu ceria walaupun kau tak macam aku..maksud aku tak sekaya aku. Kau lihat saja aku..aku disimbah kemewahan, apa yang aku nak, semua dapat, semua ada tapi aku masih tak bahagia. Selama ini aku masih mencari erti bahagia. Kadang..aku teringin jadi macam kau. Walaupun tak banyak harta tapi aku tengok kau happy je.. Izara pandang Anis.
Wajah gadis itu ditenung lama. Ada kejernihan di seraut wajah tu.
Anis senyum hambar mendengar kata-kata yang keluar dari bibir nipis gadis itu. Memang di kalangan rakan-rakan dia seorang yang sentiasa tersenyum. Murah dengan senyuman tapi jauh di sudut hati, dirinya masih terkontang-kanting mencari kebahagiaan yang hakiki.
Zara..setiap insan di dunia ni nak bahagia termasuk aku. Kau tanyalah siapa saja. Siapa yang tak nak bahagia Cuma..kadang-kadang dalam mencari kebahagiaan itu, manusia tersasar dari landasan. Landasan yang dibenarkan oleh Allah tidak diikuti dengan betul. Percayalah. jika kita berada di landasan yang betul, nescaya bahagia itu datang dengan sendiri. Dan..kebahagiaan itu bukan diukur pada kaya atau miskin. Ada juga orang miskin yang tidak bahagia kerana mereka tidak sanggup menanggung kemiskinan dan tidak redha. Maka mereka mencari jalan keluar dengan melakukan benda yang tidak baik.
Misalnya mencuri, merompak atau makan rasuah sekiranya dia bekerja. Anis mengukir senyum. Dalam hatinya dia turut mengaku, bahagia itu terlalu indah.
Izara masih diam. Segala kata-kata Anis didengar dengan penuh minat. Cuba mengolah dan mentafsir.
Kita sebagai hamba Allah, satu saja yang membuat kita merasa bahagia.bersyukur. Bersyukur dengan apa yang ada.
Dan..sebut soal cinta, mencintai Allah adalah cara terbaik mencipta bahagia. Cintakan manusia..manusia akan berubah sedangkan mencintai Allah, Allah akan mencintai kita. Percayalah! Anis genggam tangan Izara yang mula sugul. Mengamati wajah bujur sireh milik gadis kacukan itu. Mungkin ada sesuatu yang ingin diluahkan. Mungkin kata-kata Izara tadi hanya sebagai mukadimah.
Anis..selama ini aku hanya mengejar cinta manusia. Aku berubah memakai tudung ni pun sebab aku segan dengan kau. Aku mungkin terikut-ikut trend sekarang yang sudah ramai bertudung walaupun ada sebab lain lagi yang lebih penting. Aku berubah bukan kerana Allah. Tidak ikhlas. Mungkin disebabkan itulah aku tidak pernah bahagia. Dulu aku ingat aku tak bahagia sebab aku dedahkan aurat tapi setelah aku berubah, aku masih tak merasa nikmat bahagia. Terima kasih Anisbaru aku tahu mengapa
Izara menutur lirih.
Alhamdulillah Anis peluk tubuh gadis yang mula menangis di bahunya.
Maaf..sebab kau terpaksa mendengar masalah aku Izara menyeka air mata dengan hujung jari.
Kan aku dah kata hari tu..aku sedia mendengar apa jua masalah kau. Apa gunanya kawan jika pentingkan diri sendiri. Anis senyum.
Izara melemparkan pandangan kosong ke tengah tasik. Air tasik yang tenang itu begitu mendamaikan. Angin sepoi mula bertiup lembut ke pipi. Sekeliling tasik itu juga kelihatan ramai pengunjung datang beriadhah.
Zara..boleh aku tanya sikit Anis mula teringat lelaki yang memeluk Izara di tasik.
Tanyalah! Banyak pun tak apa! Izara mengajuk cakap Anis semula sambil tersenyum.
Anis ketawa mendengar kata-kata Izara sebentar tadi. Nyata Izara mudah berubah sikap. Sekelip mata dia boleh ketawa sedangkan baru sekejap tadi dia berhiba.
Maaf kalau soalan yang bakal aku tanya nanti menyentuh soal peribadi kau. Aku sebenarnya musykil sikit. Ingat tak, dulu sepatutnya aku jumpa kau kat tasik ni tapi aku tak datang Anis pandang Izara yang masih memandang tasik.
Izara menoleh dan kemudian angguk.
Sebenarnya aku dah ada kat seberang jalan sana tapi aku tak berani ke sini. Kaukau sedang berpeluk mesra dengan seorang lelaki.. Anis tergagap-gagap.
Izara masih diam mendengar setiap kata-kata Anis.
Boleh aku tahu siapa lelaki tu Kau jangan pula salah faham..macam aku kata tadi. Aku bukannya nak ambil tahu hal peribadi kau tapi aku rasa tindakan kau tu salah. Haram di sisi agama. Maaf kalau aku terlalu masuk campur dalam urusan peribadi kau.. Anis tunduk. Dia sebenarnya seboleh mungkin tidak mahu menyinggung perasaan Izara bila menyentuh soal hukum.
Izara hanya senyum. Dia renung mata Anis yang masih memandangnya mengharapkan sebuah jawapan ikhlas darinya.
Apa..kau cemburu ke Soalan itu yang terpacul dari mulut Izara.
Cemburu Buat apa aku nak cemburu Anis berkerut kening.
Ya! Dari riak kau tu..aku dapat lihat yang kau sebenarnya ada rasa cemburu. Mungkin kau tak sedar semua tu tapi aku dah masak dengan riak macam tu.
Anis pandang Izara tidak berkelip. Eh, dia ni boleh baca riak muka ke Bahaya ni!
Err..aku kenal pun tak! Aku hanya nak nasihatkan kau..kita kena jaga batas pergaulan kita dengan lelaki bukan mahram. Tambah lagi kalau lelaki tu memang seorang kaki perempuan. Sekarang ni ramai gadis yang terpedaya dengan pujukan dan rayuan lelaki macam ni. Akhirnya menyesal sendiri bila perut dah berisi. Itu yang aku cuba sampaikan.. Anis pandang Izara yang tiba-tiba menangis. Ada titisan jernih mula mengalir di pipi gebunya.
Zara..maaf kalau kata-kata aku tadi menyinggung perasaan kau. Aku tak berniat macam tu. Anis peluk Izara yang mula teresak-esak.
Anis..kau tak salah apa-apaaku..aku.. Kata-kata Izara mula terhenti. Dia menarik nafas dalam-dalam. Sebuah keluhan panjang dilepaskan.
Zara..kenapa ni Anis peluk Izara dengan erat. Tanpa sedar air matanya turut mengalir.
Izara melepaskan pelukan Anis dan mula mengajak Anis pulang. Anis hanya mengikut kehendak Izara yang nyata sukar untuk meluahkan masalah sebenarnya.
Petang itu, sekali lagi Anis berteka-teki. Selepas menghantarnya tadi, Izara terus meninggalkan rumah Anis. Keretanya meluncur laju menuju ke jalan besar dan tenggelam di sebalik kesesakan jalan.