Arissa Daniel - 6
BAB 6

ARISSA menapak perlahan ke arah makmal yang tersergam besar di Serdang. Bangunan dua tingkat yang lengkap dengan peralatan makmal yang canggih itu memang cukup megah berdiri di kawasan yang agak besar di pinggir UPM.

Tak sangka aku dapat kerja kat sini. Peralatan semua lengkap. Lagi hebat dari makmal yang aku selalu guna masa kat UK dulu. Arissa senyum.

Hari ini dia perlu jumpa Syed Faizal tentang surat perlantikan itu. Syed Faizal yang memegang jawatan pengurus makmal merangkap Qaulity Manager di JN Biotech itu.

Cik Arissa, sila masuk ke bilik bos.

Arissa tersedar dari lamunan. Dia menapak mengikuti wanita tadi menuju ke sebuah bilik.

Ada Tan Sri cakap apa-apa tak

Arissa mendongak. Err..cakap apa Encik Syed Faizal

Awak ni..dari dulu lagi saya pesan jangan panggil saya encik. Panggil je Faizal. Maksud saya tadi, ada tak Tan Sri suruh awak kerja di bahagian mana

Err..tak rasanya. Dia hanya cakap..saya akan jadi ketua pegawai penyelidik saja.. Arissa menutur lembut.

Oh...sebab mana tahu bila dah naik pangkat ni, awak ditempatkan di bahagian admin sahaja dan tak perlu buat semua ujian tu.. Syed Faizal angguk-angguk.

Arissa senyum. Faham maksud Syed Faizal tadi.

Ada bawa surat perlantikan

Ni surat perlantikan saya. Arissa hulur surat yang diberi oleh Tan Sri Johari.

Syed Faizal melihat seketika dan dia mula mengukir senyum.

Awak memang layak untuk jawatan ni. Projek Bioremediasi tu pun dah berjaya dan sekarang ni Tan Sri cukup berpuas hati dengan hasil kerja awak. Puji Syed Faizal.

Tapi saya pun masih dalam proses belajar. Banyak lagi yang perlu saya belajar Faizal.Arissa merendah diri.

Syed Faizal mula menunjukkan peralatan makmal yang baru tiba kepada Arissa selama Arissa bercuti dua minggu.

Okey..saya rasa dengan adanya semua ni, awak akan lebih bersemangat untuk memajukan makmal ni. Syed Faizal senyum lagi. Dia juga kagum dengan kebolehan Arissa menyelidik dan membuat ujian dengan mudah.

Okey..saya minta diri dulu. Syed Faizal mula beredar dari bilik pejabat Arissa.

Arissa senyum lebar. Tak sangka Tan Sri Johari begitu berusaha untuk menjadikan makmal itu makmal yang paling berjaya di Malaysia. Dia kembali duduk di tempatnya di dalam bilik analisa mikrobiologi. Bilik yang penuh dengan dokumen tentang prosedur analisa mikrobiologi.

Dari pagi sampai ke petang, dia hanya berjaya menghadam tiga prosedur dokumen untuk analisa. Arissa pandang jam. Hampir enam petang.

Patutlah semua orang meluru ke tempat punch kad!

BALIK dari makmal tadi, Arissa singgah di restoran Thai Seafood dekat dengan kondominium Villa Indah.

Hmm..aku nak makan apa eik Arissa mengusap dagu. Mata melirik pada lauk pauk yang terhidang di situ.

Hmm..makan yang bergorenglah. Berselera sikit makan panas-panas. Arissa duduk di meja. Seorang pelayan restoran mula mengambil pesanan. Nasi goreng ikan masin dipesan bersama telur mata dan segelas jus oren.

Arissa menopang dagu di meja. Dia memerhati sekitar restoran.

Eh,macam lelaki tu...ya la! Arissa menelan liur. Jumpa lagi lelaki yang merempuh bahunya dulu semasa di Cameron Highlands. Dia tunduk.

Lelaki itu bersama seorang lelaki lain sedang melihat-lihat lauk di situ.

Cik, ni jus oren. Seorang pelayan letak segelas jus oren di meja.

Terima kasih..Arissa senyum. Matanya menjeling lelaki tadi. Dia cepat-cepat menundukkan wajah bila lelaki itu mula berpaling.

Aduh...kenapa la asyik jumpa dia ni je Dah la poyo!Arissa tutup muka dengan beg tangannya yang agak besar. Jus oren diteguk seketika. Haus dari tadi lagi.

Cik!

Arissa mendongak. Pelayan restoran tadi membawa pula nasi goreng ikan masin yang dipesan tadi. Cepatnya siap

Terima kasih..

Well..I think I know you.

Arissa sekali lagi mendongak. Dia menelan liur. Lelaki tadi sudah terpacak di depannya.

Err...really

What a small world!

Arissa sekali lagi menelan liur. Lelaki itu ketawa dan terus berjalan ke sebuah meja. Dari situ, dia dapat rasa lelaki itu masih memandang ke arahnya. Kawan lelaki itu pula macam pernah dia kenal. Dia cuba mengingati rupa lelaki itu.

Laju dia mengunyah nasi goreng. Jus oren diminum perlahan. Haish...mengapalah dia asyik tenung aku je..

Arissa cepat-cepat bayar selesai menghabiskan nasi goreng. Jus oren masih tinggal suku. Ah! Lantaklah! Dia terkocoh-kocoh menapak ke kereta.

DANIEL senyum melihat gelagat gadis tadi. Kecantikan gadis itu sedikit sebanyak telah menggugat naluri lelakinya. Pertama kali jantungnya berdegup laju. Bergetar kuat. Ah!Perasaan apakah yang aku rasa ini

Kau senyum-senyum ni kenapa bro

Daniel menoleh ke arah kawan di sebelahnya. Zarul, satu-satunya kawan melayu yang dia rapat. Memang satu kepala.

Kau perasan tak tadi Daniel sengih lagi.

Apa

There was a beautiful girl just sit there.Daniel senyum lebar.

ManaZarul jenguk ke semua meja.

Dia dah blah! Daniel ketawa.

Zarul mencebik. Pantang mamat ni tengok perempuan cantik. Mulalah otak biru. Daniel,walaupun keturunan Inggeris- Korea- Cina, dia fasih berbahasa Melayu. Ayah Daniel sudah lama menetap di Malaysia. Ada rumah sendiri di sebuah pulau peranginan di Terengganu dan Pulau Pinang. Malah ada resort peranginan sendiri di sana.

Aku tahu apa yang ada dalam otak kau tu.Zarul sengih.

Really Aku ingat agama kau melarang semua tu. Kau selamba je buat kerja haram tu Daniel turut sengih.

Hidup mesti enjoy bro! Zarul teguk teh tarik. Tahu pulak mamat ni pasal halal haram ni! Memang selama ini dia tidak kenal erti halal haram.

Semuanya main sapu je. Semua itu bermula dari satu sebab sahaja. Wajah gadis pertama yang dicintainya mula bermain di ruang mata.

You know what...there is something that I feel so sorry about you Zarul.. Daniel teguk jus lobak merah bercampur susu.

Zarul angkat kening. Dia kunyah mi goreng yang baru tiba di meja.

You are so careless! Look at you! Why you let that girl went away Like...the girl yang kau cerita kat aku dulu tuDaniel petik jari beberapa kali, cuba mengingati semula cerita Zarul yang pertama kali merosakkan perempuan.

Aku blah dari hidup dia ada sebab bro! Kau tahu, dia anak orang berpengaruh.Sebelum dia cerita apa-apa kat bapak dia, baik aku lenyap dari hidup dia. Tapi itu tak bermakna aku kalah. Aku pun nak hidup juga. Zarul sengih. Teringat zaman universiti dulu. Pertama kali dia merosakkan perempuan dan wajah gadis itu mula muncul kembali. Antara rasa cinta dan dendam.

Apa kau ni! Tak baik kau buat macam tu. Dia ada upah orang bunuh kau ke Daniel masih korek cerita Zarul.

Look at me! Im still alive! Zarul tepuk dadanya sendiri.

Daniel geleng. Zarul begitu bangga dengan perbuatannya. Patutlah sampai sekarang asyik tanya aku saja pasal perempuan.

This week end kau nak ke mana Hard Rock Cafe Zarul bersandar di kerusi. Kenyang!

Aku tak boleh cakap la bro. Banyak kerja ofis aku kena selesaikan. Ayah aku sakit tiba-tiba. Semalam Aunt Beth aku call lagi, kesihatan ayah aku semakin teruk. Daniel mula sugul

Ayah kau sakit apa

Jantung. Dia terkejut dengar berita yang pelaburannya selama ini ditipu. Hes been cheated by his old friend! Trusted friend! Aku rasa nak balas dendam saja! No matter what! Daniel mengetap bibir.

HahSampai macam tu sekali Siapa kawan ayah kau tu Aku kenal ke

I think you dont know him. But anyway, as for now, just let it be. My dad still ok and I hope he will be getting well soon.Suara Daniel sudah kendur.

Wheres your dad now Still kat sini Zarul ambil sebatang rokok. Dia menyalakan api dari pemetik api. Asap rokok disedut lama dan dihembus sehingga berkepul.

Dia di Edinburgh...rumah lama kami.

Oh...so, whats your plan Kalau kau nak aku buat sesuatu, aku on je! Rokok yang masih bernyala dibuang habuknya di dalam bekas bulat kecil atas meja.

Buat masa ni..aku tak akan buat apa-apa tapi aku dah upah seseorang untuk siasat apa yang berlaku. Just wait and see.Daniel habiskan jus karot susu.

Ok! Lets go! Mereka berdua mula menapak ke kereta Lamborghini kelabu milik Daniel.

SEAWAL lapan setengah pagi, Daniel sudah terpacak di pejabat.Banyak urusan yang belum selesai.

Dua minggu dia bercuti, segala urusan pejabat semuanya sudah kelam kabut.

Sherry! Come and see me! Interkom ditekan.

Daniel perhatikan fail pelaburan yang dimaksudkan ayahnya dulu. Satu persatu fail itu dibelek.

Yes boss

Daniel angkat muka. Sherry sudah tersenyum di muka pintu bilik pejabat.

Please get me a file of investment on Biotechnology. Daniel senyum. Wajah gadis cina itu kelihatan manis.

Which one boss Is it investment on Biotechnology of Bioremediation Sherry bertanya lebih lanjut. Inginkan kepastian.

Daniel angguk. Fail yang berada di tangannya tidak lengkap. Tidak menyatakan berapa jumlah yang ayahnya melabur.

Sherry kembali semula ke bilik Daniel dengan dua buah fail.

These are the files. If you need anything,just intercom me. Sherry senyum. Wajah bos mudanya memang selalu menjadi igauannya. Sampai sanggup dia menawarkan diri untuk bermesra dengan Daniel tapi sudah menjadi prinsip Daniel, tak akan buat onar dengan pekerja sendiri.

Daniel sangat tegas bila bekerja. Tidak pernah mencampurkan urusan peribadi dengan kerja. Sebab itulah semua kerjanya tiptop!

Daniel hanya senyum kelat. Faham dengan renungan mata Sherry. Sudah menjadi prinsipnya. Dia mesti hormat semua pekerja terutama pekerja wanita. Kalau sudah gian sangat nak tubuh perempuan, berlambak kat luar sana yang menanti. Hanya keluar duit saja. Fikirannya mula melayang pada gadis di restoran semalam.

Whos that girl Daniel senyum sendiri.