KERICAU kawanan unggas menggamatkan suasana. Seolah-olah turut sama mahu menghantar Cikgu Isa pulang.
Cikgu, fasal semalam tu memang Tokki tak dapat tolong. Minta maaf, ya.
Tak apa. Saya akan usahakan cara yang lain nanti.
Cikgu Isa nampak rona wajah Tok Batin Kutam berubah. Dia pasti orang tua itu sedang berasa bersalah.
Beginilah, Tokki. Saya akan cuba berbincang dengan pegawai atasan nanti. Biar mereka saja yang putuskan. Saya janji, Ajai akan tetap mendapatkan haknya. Cikgu Isa cepat menyimpangkan keluh-kesah ketua kampung itu.
Baiklah. Kalau perlukan apa-apa bantuan, jangan malu singgah di sini lagi.
Ya, Tokki. Saya pergi dulu.
Kereta hitam milik Cikgu Isa meninggalkan
jejak. Tok Batin Kutam melihat kenderaan itu semakin mengecil sehinggalah sirna daripada pandangan. Jauh dari sudut hatinya, dia berhajat untuk ke kota juga. Melihat bagaimana cara hidup Ajai di sana. Dia sedar remaja itu makin membesar. Suatu hari nanti pasti akan mempersoalkan kewujudannya yang tunggal tanpa kasih ibu bapa.
Maaf, ini tok batin di kampung ini
Tok Batin Kutam terperanjat dengan sapaan dari jihat belakang. Dia menoleh. Seorang lelaki seusia Cikgu Isa memandangnya dengan sopan.
Ya, saya.
Maaf, saya Lazim.
Perlahan lelaki itu bersuara. Ada kesantunan bahasanya, tidak seperti anak muda yang lain. Tangan kanannya dihulurkan kepada Tok Batin Kutam. Tangan-tangan bersatu.
Saya Batin Kutam. Ketua di sini. Ada apa-apa masalah yang dapat saya bantu
Oh, ya. Saya mencari rumah Pak Keman.
Terkebil-kebil mata Tok Batin Kutam mendengar nama Pak Keman. Janggal sekali gelaran itu digunakan di kampung ini. Masyarakat dari luar biasa menggelarinya Tok Keman apabila mahu dipertemukan dengan poyang itu. Dia sendiri selaku rakan memanggilnya Tok biar pun beza umur mereka dekat.
Lazim memerhatikan riak muka orang tua itu. Seperti ada sesuatu yang tidak kena. Lalu dia membaca semula isi kertas di tangannya. Di atas alamat itu tertulis Pawang Pak Keman.
Maksud kamu, Tok Keman Pakar perubatan soal Tok Batin Kutam mendapatkan kepastian.
Ya, dia memang pandai mengubat orang. Boleh saya tahu di mana rumahnya
Hati Tok Batin Kutam bercabang. Antara mahu berterus terang atau berselindung.
Sekejap. Kamu ni siapa sebenarnya Apa hubungan kamu dengan Tok Keman
Saya menantunya. Anak Tok Keman bekas isteri saya. Lancar lelaki itu membariskan kata-kata liar dan menimbus dusta.
Kamu ini menantunya Di mana isteri kamu Lagak Tok Batin Kutam laksana seorang polis penyiasat.
Lazim terdiam. Tidak berkutik sedikit pun dari pusat gravitinya. Seketika melengung. Dia tertunduk, lalu membuka kunci di bibirnya. Sebu.