Pentas bertukar. Ada beberapa kerusi sebagai symbol untuk para tetamu. Beberapa kenamaan Rene, Marc, Toulon- berpakaian formal masuk dan duduk.
Gallimard duduk mengadap audiens. Muzik latar orchestra yang dimainkan oleh pita rakaman gallimard berganti dengan alunan petikan piano. Song memainkan babak akhir Madame butterfly dimana dia sedang memegang pisau, bersedia untuk melakukan hara-kiri.
GALLIMARD: Tuan-tuan dan puan-puan, babak akhir Madame Butterfly- Pinkerton yang tak bermaruah tu bukan saja duduk goyang kaki di rumah, dia hantar isteri barunya untuk ambik anak dia dari Butterfly. Butterfly akhirnya terpaksa menelan realiti di depan mata. (Song menyanyikan bait-bait lirik lagu opera)
SONG: con onor muore/ chi non puo serbar/ vita con onore.
GALLIMARD: (seiring dengan nyanyian Song) menamat nyawa dengan hormat/ adalah lebih baik dari hidup/ hidup yang penuh kekejian. (pentas diterangi dengan lampu untuk pementasan opera. Song memainkan watak babak akhir madame butterfly. Di akhir persembahan para tetamu bertepuk tangan. Song menunduk hormat, dengan penuh rasa malu. Semua tetamu berkerumun mengucapkan tahniah kepada Song kecuali Gallimard yang kini bercakap dengan audiens) Orang kata tunggak kejayaan sesebuah opera terletak pada vocal si pelakonnya. Itulah sebabnya kenapa aku sebenarnya tak berapa nak suka tengok opera. Tapi yang ini.. Butterfly bukan saja tak ada suara opera, suara biasa dia pun macam dengar tak dengar sangat. Tapi dia sangat jujur sampai aku percaya pada dia. Percaya pada kesakitan yang ada dalam dadanya dikecewakan pinkerton. Sampai aku rasa macam aku nak peluk dia, nak bawak dia balik rumah, jaga dia dan senangkan hati dia sampai dia boleh senyum semula. (Song bergerak ke arah gallimard)
SONG: Tumpang tanya, tuan.. (gallimard menoleh terke-
jut)
GALLIMARD: Oh, saya Gallimard. Cik Puan. Cantik..
SONG: Song Liling.
GALLIMARD: Cantik persembahan tadi.
SONG: Terlalu tinggi pujian tu..
GALLIMARD: Saya sebenarnya tak pernah..
SONG: Janganlah. Malu saya. Saya tak layak pun menyanyi opera.
GALLIMARD: Saya sebenarnya selama ni tak lah berapa suka menonton Butterfly.
SONG: Tak apa. Saya faham.
GALLIMARD: Maksud saya, jalan ceritanya tu..
SONG: Mengarut
GALLIMARD: Bukan. Saya suka dengan ceritanya..tapi SONG: Oh, tuan suka
GALLIMARD: Saya maksud saya.. saya selalu tengok watak ni dimainkan oleh perempuan bersaiz gegasi dengan mekap yang tebal.
SONG: Oh, itu kan biasa untuk perempuan-perempuan Barat.
GALLIMARD: Ya, tapi siapa yang boleh percaya dengan pelakon yang macam tu
SONG: Dan tuan percayakan saya
GALLIMARD: Tentu sekali! Lakonan Cik Puan sangat mengesankan. Ini lah pertama kali saya..
SONG: Mengesankan Sebagai perempuan Jepun Tuan tau kan, jepun dah mengorbankan beratus-ratus orang kami untuk eksperimen perubatan mereka masa perang dulu. Itu ironi yang cuba kami suntik dalam pementasan ni tapi tuan tak dapat tangkap
GALLIMARD: Bukan. Maksud saya tu, inilah pertama kali saya dapat melihat kecantikan jalan cerita ni.
SONG: Oh ya
GALLIMARD: Kematian butterfly tu sendiri. Ianya satu. Pengorbanan yang.. lelaki tu sah-sah tak bernilai satu sen pun, tapi apa yang butterfly boleh buat Cinta.. memang hebat cerita ni.
SONG: Mungkin. Untuk orang Barat.
GALLIMARD: Maksud Cik puan
SONG: Yelah. Ini kan salah satu cerita yang memenuhi fantasi lelaki-lelaki barat seperti tuan Di mana wanita timur menyerahkan takdirnya di tangan lelaki barat yang kejam.
GALLIMARD: Saya tak bermaksud begitu..
SONG: Cuba bayangkan: seorang perempuan Barat jatuh cinta dengan seorang lelaki Jepun. Dan lelaki jepun tu walaupun pendek tetapi kerana duitnya banyak, selalu berlaku kejam pada perempuan barat tu. Kemudian lelaki Jepun tu balik ke negaranya dan selama 3 tahun, perempuan Barat tu bukan saja tak habis-habis berdoa dan berharap akan kepulangan lelaki jepun tu, malah dia menolak lamaran seorang lelaki bangsanya sendiri untk berkahwin dengannya. Kemudian apabila perempuan Barat tu mendapat tahu yang lelaki Jepun tersebut dah kahwin lain, dia bunih diri. Saya percaya dalam hati tuan akan merasakan bahawa perempuan barat tu hanya bertindak bodoh dan gila, kan Tapi apabila watak perempuan Barat tu ditukarkan kepada perempuan Timur, yang membunuh diri kerana cintanya untuk seorang lelaki Barat, maka tuan merasakan ianya adalah sebuah cerita cinta yang hebat.
(Senyap)
GALLIMARD: Ya.. saya.. saya faham maksud cik puan tu..
SONG: Untuk pengetahuan, saya tak akan jadi Madame Butterfly lagi, Tuan Gallimard. Kalau tuan nak menonton persembahan yang sebenarnya, dan kalau tuan ada kesempatan, jemputlah datang ke Peking opera. Mungkin di sana tuan akan dapat meluaskan pandangan tuan terhadap dunia ni. (Song keluar pentas diiringi oleh tetamu-tetamu yang lain)
GALLIMARD: (kepada audiens) dia mencabar kelelakian aku.