Lengannya disenggolkan pada lengan Ika. Secara tak langsung, kerja Ika terganggu apabila kain yang dibuat tanda dengan kapur biru, terkeluar dari garisan pembaris kayu.
Ish, apa ni Ijah Geram Ika menyoal sambil menoleh ke arah Mek Jijah yang membuang pandang jauh ke depan.
Tu, abang kau datang. Mana Ika panjangkan leher.
Mek Jijah memuncung. Tu kat sana tu ha. Baru nak lintas jalan.
Ika kelihatan resah. Apa hal pula abangnya tibatiba datang ke sini Ada apa-apa yang berlaku di rumah ke Ika gigit bibir bawah. Hairan dengan kemunculan Afi Lukman secara tiba-tiba.
Assalamualaikum, Afi Lukman terlebih dahulu memberi salam sebelum Ika menapak ke arahnya untuk bersalam dan mencium tangan.
Waalaikumussalam, Ika mendongak ketika selesai mencium tangan abangnya. Abang Afi tak kerja ke Tiba-tiba aje balik
Kerja. Balik sekejap aje ni, jawab Afi Lukman secara ringkas.
Eh, balik sekejap aje Kenapa tak balik lama sikit Dua hari ke, tiga hari ke... Mek Jijah menyampuk sambil senyum tersipu. Dalam hati Mek Jijah sudah lama ada taman. Taman bunga untuk Afi Lukman.
Tapi, dia hanya menyukai Afi Lukman dalam diam saja. Dia sedar dirinya siapa. Tak layak hendak berganding dengan jejaka itu. Dia hanya perempuan biasa sedangkan Afi Lukman seorang lelaki berpendidikan tinggi. Doktor pula tu. Manalah nak dipandangnya lelaki itu pada dirinya yang kurang berpelajaran ini
Afi Lukman tersenyum mendengar kata-kata Mek Jijah. Abang Afi sibuklah, Ijah. Jawabnya dengan memberi segaris senyum.
Mek Jijah tunduk. Masih senyum tersipu seperti tadi. Senyuman Afi Lukman membuat kedua-dua lututnya berasa tak stabil. Tampan sungguh Afi Lukman dengan senyum begitu. Walaupun taklah selebar mana, tapi hatinya benar-benar sudah terpaut.
Ada hal apa abang Afi balik ni Macam ada hal penting aje Lekas-lekas Ika menyoal. Tak sabar dia ingin tahu apa tujuan abangnya pulang.
Afi Lukman memerhati jam di pergelangan tangan. Sudah pukul 10 pagi, Ika dah makan
Dah. Kat rumah tadi. Kenapa Abang Afi balik semata-mata nak ajak Ika pergi makan ke Ika tersengih. Langkah kanan sungguh dia. Kalau Afi Lukman nak belanja dia makan, dah tentu tempat yang best punya. Tu yang dia suka sangat.
Gurauan Ika tak mendapat perhatian dari Afi Lukman. Wajahnya serius tiba-tiba, Ika boleh keluar tak Abang Afi ada hal nak cakap dengan Ika. Kalau boleh, kita pergi makan kat restoran KFC depan sana, Afi Lukman menunjuk ke seberang jalan.
Mendengar perkataan KFC, Ika macam nak melompat. Itu memang makanan kegemaran dia. Lagipun, bukan hari-hari dia berpeluang makan KFC. Nak makan sendiri, bukan dia ada duit sangat. Harapkan Afi Lukman sajalah. Itu pun tak selalu. Kalau Afi Lukman balik, adalah peluangnya nak merasa KFC.
Penting sangat ke Tak boleh tunggu Ika balik rumah dulu Soal Ika dengan riak hairan. Perkataan KFC tak lagi menjadi minat ketika ini. Hatinya tibatiba dilanda resah menggunung tinggi. Bunyi suara abangnya macam serius benar.
Bagi abang Afi, ia penting. Boleh Ika minta kebenaran keluar sekejap
Ika mula mencongak waktu. Bimbang kalau kerjanya tak sempat disiapkan. Erm, yalah. Kejap... Ika beritahu pada Puan Hasnah dulu.
AFI Lukman menyedut minuman berbaki. Ika sedang enak mengunyah burger. Sesekali Afi
Lukman memerhati tajam adiknya itu. Hairan, Ika langsung tak nampak terluka atau bersedih dengan keadaan dirinya yang putus tunang. Pelik sungguh. Macam tak ada perasaan langsung adik aku ni. Omelnya dalam hati.
Ika ni okey ke tak okey Soal Afi Lukman.
Sesekali dia menjeling ke serata kawasan dalam restoran KFC itu. Sekadar memerhati keadaan dan mencuci mata. Lagi pula, bukan selalu dia berpeluang keluar begini. Asyik terperap dalam hospital saja menghadap pesakit 24 jam. Itu sajalah yang dia tahu.
Ika berhenti mengunyah. Segera meletak burger atas pinggan putih. Air Pepsi disedut perlahan.
Apa soalan Abang Afi ni Pelik betul tanya soalan macam tu. Abang aku ni dah kenapa Takkan jumpa aku semata-mata nak tanya aku okey tak okey Demam betullah.
Afi Lukman tak membalas. Cincin di jari manis
Ika menjadi tumpuan, Kenapa pakai lagi cincin tu
Kalau dah putus tunang, buat apa lagi pakai cincin tunang Hei adik aku ni. Tak sensitif betul. Rungutnya sendiri. Mulut terkumat-kamit membebel dalam diam.
Ika meneguk liur. Sejurus soalan itu ditanyakan Afi Lukman, dia tak senang duduk. Tentu abangnya tahu kedudukan sebenar. Dia mempamer senyum sebaris sebelum tangan bermain pada cincin yang tak boleh ditanggalkan semalam. Dah puas ibunya membantu, tapi gagal.
Cincin ni dah ketat. Susah nak tanggalkan. Mak pun dah cuba tolong, tapi tetap tak boleh nak tanggalkan juga.
Afi Lukman mendengus perlahan. Susah-susah sangat, potong aje jari tu, dia bersenda dengan wajah serius. Memang hatinya sakit sehingga terkeluar gurauan seperti itu.
Ika mencebik. Dahinya berlapis memikir tujuan Afi Lukman datang. Mungkin abangnya sudah tahu keluarga Che Jah bertandang ke rumah memutuskan pertunangan.
Abang Afi dah tahu ke
Ya, dah tahu. Tergamak Che Jah sekeluarga buat kat Ika macam ni, tegasnya. Kalau diikutkan hati, mahu saja dia ke rumah Che Jah sekarang juga. Tapi, apabila ingat pesan ibunya, niat tak baik itu mati serta-merta.
Ika mengeluh perlahan. Kata-kata abangnya langsung tak memberi kesan pada perubahan di wajahnya.
Bukan salah Che Jah pun.
Ika nak bela keluarga Che Jah ke
Ika bukan nak bela sesiapa. Tapi, memang betul bukan salah Che Jah. Dia malu dengan mak dan ayah. Dengan Ika pun dia malu. Anak lelaki dia buat perangai, Abang Afi jangan nak salahkan Che Jah dan Che Long seratus peratus, ujar Ika panjang lebar.
Afi Lukman menghentak meja perlahan. Tak suka apa yang dikatakan Ika. Tapi, mereka tetap bersalah dalam hal ni. Kalau tahu anak lelaki mereka dah kahwin, kenapa tak beritahu mak dan ayah Kenapa sorok dari pengetahuan kita Abang Afi langsung tak faham.
Ika garu kepala. Betul juga apa yang dipersoalkan abangnya. Tapi, dia tak mahu ambil peduli. Baginya, perkara itu sudah berlalu. Tentu anak lelaki Che Jah sedang berbahagia. Biarlah.
Dahlah, Abang Afi oi... dari asyik fikir fasal Ika, apa kata kalau Abang Afi fikir soal masa depan sendiri. Umur dah nak masuk 30, tapi tak kahwin-kahwin lagi. Sampai bila nak macam ni aje Abang Afi tak ada girlfriend ke Ika sengaja mengalih topik perbualan. Tak sanggup berhadapan dengan soalan-soalan dari abangnya. Cukup-cukuplah tu.
Afi Lukman mencebik, Orang cakap fasal dia, dia nak cakap soal kita pula. Abang Afi tak apalah tak kahwin pun. Ika tu kena kahwin cepat-cepat. Baru senang sikit mak dan ayah. Tak perlu lagi nak fikir fasal Ika. Ika jangan ingat mak dan ayah senang nak jaga Ika. Jaga lembu sekandang lebih mudah dari jaga anak dara sorang. Tahu tak
Apa Abang Afi ni Bandingkan Ika dengan lembu Bentak Ika sambil merengus perlahan. Berkali-kali bibirnya terjuih. Benci betullah. Ada ke patut samakan dia dengan haiwan Tak rasional betul abang dia ni.
Afi Lukman tergelak kecil, Orang buat perumpamaan, dia ambil serius pula. Erm, dahlah. Abang Afi nak pergi hospital. Ika pergilah masuk kelas semula. Nanti ketinggalan, pesannya sebelum bangkit dari kerusi.
IDLAN meraup mukanya perlahan. Keluhan dilepas sebelum bangkit dari sofa. Dilihatnya Irdiana asyik dengan telefon bimbit, dia cuba ingin berbual. Sampai bila mereka nak perang dingin Lambat laun dia yang terpaksa mengalah.
Duduk dilabuh di birai tilam. Kehadirannya langsung tak diendahkan Irdiana. Lalu, telefon dipegang Irdiana, ditarik perlahan.
Ish, apa you ni Kacau betullah! Bentak Irdiana dan cuba mengambil semula telefonnya dari tangan Idlan, tapi tak berjaya apabila Idlan segera menyimpan telefon itu ke dalam poket seluar.
Hati bertambah sakit. Dia semakin bengang. Selamba badak aje Idlan mengambil telefon bimbitnya Geram sungguh!
Hari ni hari minggu. I nak ajak you keluar. Dah lama kita tak keluar sama-sama, Idlan membuat usul sambil merenung lembut wajah Irdiana. Dia terpaksa bertindak begitu kerana geram melihat sikap Irdiana. Telefon tak berperasaan itu lebih penting agaknya. Dia pula Irdiana buat macam tunggul kayu. Macam patung.
I tak naklah. Tak ada mood nak keluar, Irdiana berpeluk tubuh.
Wajah dipaling ke arah lain. Perasaan sebal dengan kejadian malam tadi belum hilang. Ditambah lagi dengan tindakan Idlan mengambil telefon. Siapa tak sakit hati
Dia tahu selama ini dia banyak buat salah. Tapi, itu bukan alasan untuk Idlan mengambil telefonnya sesuka hati.
Idlan memicit dahi. Susahnya hendak memujuk Irdiana.
Marilah, sayang. Kita keluar sekejap jadilah. Dah lama dia tak guna panggilan mesra begitu. Hari ini barulah panggilan itu terpacul keluar.
You ni tak faham bahasa ke I tak nak! Irdiana bergerak turun dari katil.
Kaki dihala menuju ke arah balkoni. Dah nampak dia tengah syok dengan telefon, Idlan datang mengganggu pula. Lepas tu diajaknya keluar. Lagilah dia tak mahu. Setakat keluar jalan-jalan, apa barang Tak mainlah balik nanti tangan kosong aje. Tak berbaloi langsung kalau dia nak ikut Idlan keluar.
Idlan menggeleng. Cuba menahan sabar yang semakin nipis. Dia berdiri dan melangkah ke arah Irdiana yang jauh termenung. Kalau dia janji belikan sesuatu supaya Irdiana keluar, tentu Irdiana tak memberi alasan. Mungkin melompat-lompat nak ikut. Faham sangat kemahuan Irdiana.
Ir... marilah kita keluar. Ada barang I nak belikan untuk you Idlan cuba memancing.
Harap-harap Irdiana bersetuju dan tak merajuk lagi. Malam tadi dia layari laman web beg tangan jenama LV dan jenama itu ada mengeluarkan model terkini. Tentu Irdiana suka. Harganya pun boleh tahan. Tak kisahlah. Janji Irdiana okey dan akan melayannya baik-baik selepas ini. Itulah yang dia harapkan.
Mata Irdiana bersinar. Reaksinya gembira seperti baru menang loteri. Segera lengan Idlan dipaut mesra. You nak beli apa Soalnya teruja.
Perbalahan semalam dan telefon yang diambil Idlan, terus lenyap dari fikiran. Bukan main lagi dia. Bila dengar Idlan nak belikan hadiah, macam kanakkanak ribena jadinya. Rasa macam nak melompat bintang!
Idlan tersenyum lebar. Terkena juga umpannya kali ini. Sebut saja mahu belikan sesuatu untuk Irdiana, tentu wajah Irdiana bertukar ceria. Nasib akulah dapat isteri macam Irdiana. Keluhnya dalam hati.
Something special, jawab Idlan secara bertekateki. Kedua-dua kening menari-nari.
Irdiana muncung sedepa. Lengan Idlan digoncanggoncang, Alaa... cakap laa... Tak sabar sungguh nampaknya dia.
Idlan mencuit lembut pipi Irdiana, You ikut dulu. Dah sampai nanti tentu you suka dengan apa yang I nak belikan untuk you.
Okey. I pergi siap sekarang. Terima kasih you! Sepantas kilat pipi Idlan dikucup sebelum dia masuk semula ke bilik untuk menukar pakaian.
Idlan menggeleng berulang kali. Wajah diraup. Rambut dilurut ke belakang. Entah sampai bila keadaan ini akan berulang. Sampai bila dia nak lambakkan kemewahan depan mata Irdiana untuk membuatkan wajah itu selalu ceria. Untuk membuatkan Irdiana tak marah-marah lagi padanya. Dia sendiri tak pasti sampai ke tahap mana sabarnya boleh bertahan.
SUASANA di pusat membeli belah agak sibuk. Idlan dan Irdiana jalan berpimpin tangan di tengah-tengah orang ramai. Tangan Irdiana langsung tak dilepaskan walau seminit. Begitulah yang selalu dilakukan Idlan pada Irdiana. Sayang benar pada Irdiana walau hatinya sering disakiti. Tak mengapalah. Mengalah adalah jalan yang terbaik.
You cakaplah nak beli apa kat I Soal Irdiana tak sabar.
Tu. Kita ke sana, Idlan menunjuk ke satu arah.
Irdiana ternganga. Mata tak berkelip. Seakan bermimpi bibir Idlan memuncung ke arah itu.
Are you serious
Manalah dia tak terkejut. Baru saja dua bulan lepas dia ke situ bersama Idlan dan membeli beg tangan dikehendakinya. Dah buang tabiat agaknya Idlan ni. Selalunya asyik nak berkira saja.
Idlan senyum sebaris. Dia tahu, pasti Irdiana tak percaya.
Tanpa menunggu jawapan Idlan, Irdiana terus menarik lengan Idlan memasuki butik LV. Satu per satu beg tangan berjenama LV di atas rak dilihatnya penuh minat. Seminit kemudian, Irdiana beralih pula ke bahagian rak berkaca. Wajahnya berkerut memandang Idlan.
You macam tahu-tahu pula LV keluarkan beg tangan model terbaru.
Idlan membetul rambut yang terjuntai di dahi Irdiana dan hidung isterinya dipicit perlahan.
Untuk you, I sanggup siasat benda-benda ni semua.
Irdiana mencebik kecil sebelum melebar senyum, I tahu, you tengah nak pujuk I, kan
Apa salahnya kalau I cuba pujuk you I nak you ceria macam dulu. I tak suka tengok muka you masam 24 jam. Lemas I tengok. Silap haribulan, I cari isteri lain, baru you tahu, gurau Idlan.
You jangan mengarut, Irdiana menempelak.
Terusik hatinya sedikit apabila Idlan menyentuh perkara sensitif bagi kaum hawa.
I boleh kahwin sampai 4, usik Idlan lagi.
You! Irdiana berdecit. Lengan Idlan dipukul geram.
Idlan tersengih dengan menayang gigi. Kalau you tak nak I kahwin lagi, you kenalah layan I baik-baik. Masakkan untuk I dan cakap baik-baik dengan I. Jangan asyik nak memberontak aje. Idlan menyampaikan maksud.
Harap-harap Irdiana memahami. Namun jauh di sudut hati dia tak mahu menduakan Irdiana. Sehingga ke hari ini, cintanya tak pernah berpindah pada perempuan lain. Hanya Irdiana yang dia cinta walau hampir setiap hari terpaksa menerima layanan buruk dari isterinya itu. Makan dan pakainya langsung tak diurus.
Irdiana pernah mencadangkan supaya mereka mengambil orang gaji, tapi dia enggan berbuat demikian. Apa guna ada isteri kalau tak boleh berkhidmat untuknya. Lagipun Irdiana tak bekerja. Jadi tak ada alasan untuk Irdiana mengabai urusan rumahtangga.
Irdiana berpeluk tubuh sambil menjeling Idlan dengan hujung mata, You ugut I ke ni Macam nak kahwin betul-betul pula. Mentang-mentanglah dia kurang memberi layanan, sedikit sebanyak tentu hati Idlan mula berubah.
Anggap jelah macam tu, balas Idlan.
Ada riak tak senang di wajah Irdiana yang mencuri perhatian. Tahu pula Irdiana cemburu bila dia sebut soal itu. Dia fikirkan Irdiana sudah hilang rasa sensitif.
Irdiana tarik muka. Tak suka dengan kata-kata Idlan yang dianggap sebagai ugutan, Kalau macam tu, kita balik ajelah. I dah tak ada mood nak beli beg LV ni lagi.
Irdiana melangkah setapak, tapi lengannya lekas-lekas diraih Idlan dari belakang. Menyampah betul. Orang lelaki macam itulah. Sikit-sikit, nak cari pengganti. Sikit-sikit nak tambah cawangan baru. Tapi, ada dia kisah
Dia sebenarnya tak kisah langsung. Perasaan sayang dan cinta pada Idlan semakin hari semakin hilang. Sudah tawar untuk dirasa. Semua gara-gara Idlan yang semakin kedekut dengannya. Semua benda Idlan nak berkira. Itu tak boleh, ini tak boleh. Susah betul hidup dengan Idlan sekarang. Kalau dia boleh lari, nak aje dia lari jauh-jauh meninggalkan Idlan yang membosankan.
Wait, sayang. I gurau sajalah. Jom, pilih beg mana you nak, pujuk Idlan.
Seboleh-bolehnya dia tak mahu bergaduh lagi dengan Irdiana. Dia juga tahu penat. Tahu rimas dan letih dengan keadaan yang semakin hari mencabar kesabaran dan iman di dada.
Selesai Irdiana memilih beg tangan yang diidamkan, Idlan segera membayarnya secara tunai. Apabila keluar dari butik LV, Irdiana mengajak Idlan mengisi perut di sebuah outlet makanan segera.
Kusyuk menikmati rezeki tengahari itu, Irdiana ditegur seorang lelaki, Hai, Irdiana kan
Mereka mendongak serentak. Wajah persis lelaki Arab menjadi tumpuan.
Hey, you buat apa dekat sini Mata Irdiana membulat. Tak percaya dengan apa yang dilihat. Arash, bekas kekasih lamanya!
Idlan ketap bibir. Pandangan dilempar ke sisi. Malas mahu menatap keterujaan Irdiana apabila Arash datang menegur. Lelaki itu merupakan cinta pertama Irdiana. Sebelum dia masuk jarum mengurat Irdiana dulu memang Irdiana sedang bercinta dengan Arash.
Idlan garu kening. Hati tak enak dengan kemunculan Arash yng tiba-tiba saja datang mengganggu. Kalau tak tegur dan buat-buat tak nampak tak boleh ke Menyibuk saja. Omelnya sekadar di hati. Masih terasa bahang cemburu walau Irdiana kini milik mutlaknya. Dia berasa lain macam apabila Arash dan Irdiana bertemu semula. Seakan-akan Arash mahu membalas dendam pula.
Saja jalan-jalan. Bosan kat rumah, I datanglah sini. Tak sangka terjumpa you, Arash memberi senyum manis pada Irdiana. Sengaja memberi pandangan menggoda. Langsung tak mengendah lelaki yang duduk bersama Irdiana.
Bukan dia tak kenal Idlan. Memang dia sengaja mahu Idlan cemburu. Sekurang-kurangnya rasa sakit hati dulu berbalas. Dasar lelaki kampung tak sedar diri. Sesuka hati kau saja rampas girlfriend orang. Siap buat bini pula tu. Hati kecil Arash berbisik. Marahnya belum habis.
Perbualan demi perbualan antara Irdiana dan Arash, buatkan Idlan tak senang duduk. Wajahnya nampak bengang dengan layanan mesra Irdiana pada Arash. Dia yang duduk di hadapan, macam tak wujud. Jom kita balik, Idlan berdiri.
I belum habis makan lagi, balas Irdiana tanpa menoleh ke arah Idlan. Dia masih kusyuk memberi tumpuan pada Arash. Sudah lama tak berjumpa, teringin juga berbual panjang. Cepat betul Idlan mengajaknya pulang. Tak sabar-sabar.
Idlan gigit bibir. Geram dengan jawapan Irdiana, Macam mana nak habis makan kalau you sibuk berbual dengan lelaki ni! Tak semena, suara Idlan tinggi sehingga menarik perhatian pelanggan lain.
Ah, peduli apa dengan mereka. Lantaklah kalau orang tengok sekalipun. Dadanya ini macam dah nak meletup dengan suasana tak menyenangkan depan mata. Mesra sungguh Irdiana melayan Arash berbual. Suami mana yang tak sakit hati
Irdiana meneguk liur. Tak menyangka Idlan sanggup meninggi suara padanya di khalayak ramai. Lantas, dia berdiri sambil memandang Arash.
Sorry, lain kali kita berbual lagi. Hesy... geram betullah dengan Idlan ni. Tak menyempat nak balik. Dah tu, main tengking-tengking pula.
Arash tersenyum. Dia nampak gembira dengan apa yang berlaku depan mata. Ternyata, Idlan cemburu. Untung-untung balik rumah nanti, Idlan dan Irdiana akan bergaduh. Itu yang dia mahu. Biar rumahtangga mereka berantakan. Biar mereka bercerai berai. Nanti senang dia nak menyelit.
Apa yang dia mahu, Irdiana mesti menjadi haknya semula. Dah alang-alang terjumpa Irdiana, lebih baik dia menyeluk sampai ke pangkal lengan. Kalau boleh, sampai ke pangkal bahu pun tak apa. Biar padan dengan muka Idlan. Dasar lelaki perampas. Dan Arash tak menduga, Irdiana menyambut baik kemunculannya.