Syak, cuba kau buka Instagram kau, suruh Alisa. Mata terhala ke arah gadis itu. Dahinya sedikit berkerut.
Kenapa pula Aku malaslah nak buka. Buat habis data aje, balas Syakila. Dia sambung menjamah makanan semula.
Buka ajelah! Kau kena tengok sendiri! arah Mariana pula. Sedikit tegas nada suaranya. Dia dan Alisa begitu teliti menghadap telefon pintar masingmasing.
Mahu tak mahu Syakila keluarkan juga telefon pintarnya. Dia swipe skrin telefon kemudian tekan aplikasi Instagram.
Matanya sedikit terjegil apabila menerima follower hampir tiga ribu! Komen pula hampir mencecah satu ribu. Apakah semua ini Kenapa tiba-tiba naik mendadak ni
Keluar pula direct message yang banyak di tepi. Jemari Syakila pantas menekan notifikasi yang tertera.
Pretty.xoxo.Girl: Tak guna! Kenapa kau yang menang
Phia.Lovely: Profile pun tak cantik. Kenapa kau pula yang terpilih Memang nak makan kaki aku ni!
Adik_Cun_Kiki: Patutnya I dengan si dia tu. Kenapa you pula You ni siapa Diva ke Nak berlagak diva
Yu.Ni.Zar: Muka pecah rumah, ada hati nak date dengan Zairis. I yang patut menang! I tak terima semua ni. Kalau I jumpa you, memang I tarik rambut you sampai menangis!
Baby_Didi: Heii, saya ni dah lama mengidamkan saat ini. Tapi, kenapa awak yang caras Zairis Memang awak ni sengaja. Tengoklah, saya godam Instagram awak nanti!
Syakila klik ke bahagian notifikasi mengenai post yang mendapat perhatian ramai. Pantas jari telunjuknya menekan link tersebut.
Zairis_Haikal_Official: Assalamualaikum semua. Pasti anda berdebar-debar, ingin mengetahui siapakah pemenang dan siapakah yang dipilih untuk komen yang terakhir, kan Pemenang tersebut bakal keluar bersama model terkenal, Zairis Haikal. Bukan saja makan bersama, tetapi bersiar-siar bersama. Pasti semua sudah gigit jarikan untuk mengetahui keputusan Okey, tanpa membuang masa pemenang dan komen terakhir yang bertuah ialah
Dub Dab Dub Dab Dub Dab Dub
Dab
@Shi_Ka Tahniah!!!!! Pihak kami akan hubungi @Shi_Ka dalam waktu terdekat untuk dapatkan maklumat peribadi.
Terima kasih, untuk semua yang mengikuti giveaway ini. Pada yang tak menang, jangan risau! Manalah tau ada next giveaway pula, kan Sama-sama kita nantikan!
Zairis sangat menghargai semua peminat yang sentiasa menyokong!
Sekian.
Bagai hendak tersembul keluar biji mata Syakila. Bila masa dia masuk giveaway ni Nasib baik dia tak letak gambar sendiri, kalau tak memang kantoilah! Tiba-tiba, satu mesej masuk lagi.
Zairis_Haikal_Official: Hai, cik. Dah bersedia nak jumpa saya
Gatalnya model ni! Dia tak tahu kut siapa Shi_Ka ni Huh! Kalau aku jumpa kau, siaplah aku sentalsental kulit kau tu. Biar hilang semua kegatalan yang ada!
Shi_Ka: Siapa
Zairis_Haikal_Official: Cik mesti cantik kan. Profail cik aje dah menggambarkan sesuatu. Ada aura gitu. Bila nak jumpa Nanti beri detail ya. Nama, alamat, dan nombor telefon. Saya bagi lokasi, nanti kita jumpa okey. Satu lagi, tolong tukar gambar cik tu. Terlebih aummlah! Bye!
Hah Memang kaki gatal! Kaki buaya! Kita tengok bila jumpa, kau akan cakap aummm ke tidak. Silapsilap, aku yang aummm kau nanti! Desis hati Syakila.
Woi! Meja ditepuk sedikit kuat. Tersentak Syakila. Pandangan dialihkan pada wajah Alisa dan Mariana. Baru sedar kehadiran mereka berdua di sini.
Macam mana kau boleh menang Suara Alisa dan Mariana mula serius. Sah, ini peminat model gatal tu! Syakila pula, teringatkan Zainura. Entah-entah
Apa yang terjadi ini kerja gadis itu Sejak dua menjak ni, pelik semacam aje si Nura tu.
Nura, apa yang kau buat dengan Instagram aku! Jerit hati Syakila sambil membuang pandang ke arah lain. Tidak mahu bertentang mata dengan kedua-dua kawannya itu.
Aduhh, nak cakap apa ni