EPILOG KITA - 6
SEKALI lafaz sahaja, Hani Abdullah sah menjadi milik Muhammad Ryan Zikri. Usai lafaz akad nikah meniti di bibir Ryan, Hani buat muka getik. Kalau perempuan lain mungkin akan menangis atau tersenyum, tapi dia rasa nak cekik-cekik pengantin lelaki tu. Biarlah dia jadi janda berhias sekali pun, ingat dia kisah

Dia rasa seperti mengkhianati diri sendiri. Menerima tawaran lelaki itu dengan rela. Ye ke rela Rela kerana diugut!

Mama tak sangka Hani akan buat keputusan macam ni. Mama terkilan dengan Hani, suara sebak milik Puan Maizurah buat Hani merasa pilu.

Hati mama mana yang tak sedih bila anak kesayangannya memilih untuk menamatkan zaman bujang sepantas ini. Tiada majlis yang meriah, hanya sekadar sebuah bilik pejabat Agama yang agak suram bertemankan pengantin, kadi, wali hakim, dua orang saksi serta dua orang ahli keluarga Hani. Puas ditegah, namun Hani seolah-olah membelakangkan mereka. Sungguh hatinya pilu.

Hani minta maaf ma, tapi ini pilihan Hani. Hani harap mama dapat terima keputusan Hani ni. Doakan Hani ye, ma Bisik Hani dengan suara pilu yang cuba disembunyikan.

Dia lakukan semua ni demi Kak long dan keluarganya. Sekurang-kurangnya keputusan yang dia lakukan saat ini dapat menyelamatkan satu nyawa kecil yang sedang bertarung di hospital sana.

Tak payah lah nak menangis sangat. Sayang, macam mana Happy tak jadi isteri abang

Kepala Hani terteleng ke arah Ryan yang berdiri menghadapnya dengan t-shirt putih dan berjaket coklat. Sakit hatinya naik mendadak bila bibir Ryan termuncung-muncung seperti nak menciumnya. Bukan dia tak tahu, lelaki tu sengaja nak sakitkan jiwanya.

Sekarang ni, dia dah jadi mama aku, kan Dan dia ni pun dah jadi kak long aku, kan Jari Ryan terhala pada Puan Maizurah sebelum beralih pada Sarah.

Sarah yang sedari tadi diam, mengutuk sikap Ryan yang dirasakan sangat biadab. Sungguh dia tak kan pernah merestui Hani berkahwin dengan lelaki yang nampak gila ni. Muka je ada market, tapi perangai macam orang tak ketahuan!

Hai ma, hai kak long. Hani ni dah jadi milik saya. Jadi saya dah boleh ambil dia, kan Terima kasihlah sebab dah jaga anak mama ni baik-baik.

Lepas ni dia dah jadi milik saya. Mama dan kak long tak payah risau lagi. Saya akan jaga dia seperti menjaga bintang yang dikutip dari langit, janji Ryan seolah-olah mempermainkan dua wanita dihadapannya. Selamba tangan Hani yang ditarik dan memaksa gadis itu seperti terhumban ke dada bidangnya.

Jaga sikit sikap tu boleh tak! Gumam Hani geram. Betul-betul di tepi telinga Ryan.

Ryan angkat tangan tanda mengalah. Dengan muka bosan, dia mencebik.

Fine, tapi sekarang ni cepatlah kau berindurinduan dengan mama dan kak long kau ni. Aku nak balik ni. Ada banyak kerja aku yang tak selesaikan. Aku ni banyak kerja tahu. Cepatlah!

Hani ketap bibir. Memang betul la lelaki ni Topeng Raksasa!

Ma, kak long, Hani pergi dulu. Insya-Allah ada masa Hani melawat mama dan kak long ya Tangan kedua-dua orang kesayangannya digenggam.

Sarah tertunduk. Entah kenapa hatinya hiba melihat wajah keruh milik Hani. Dia yakin ada sesuatu yang buat Hani mengambil keputusan drastik ni.

Kak long nak Hani tahu yang sampai bilabila kak long memang tak kan tadahkan tapak tangan kak long untuk terima lelaki tak beradab tu, tapi Kak long percaya Hani mesti ada sebab Hani buat semua ni. Kak long kenal Hani dan kak long tahu Hani tak kan pilih lelaki macam tu. Hani jaga diri elok-elok. Kalau ada sesuatu terjadi, Hani kembalilah. Rumah kita sentiasa terbuka untuk Hani, panjang ucapan Sarah pada adik angkat kesayangannya. Sesekali dia menjeling geram pada muka tak berperasaan Ryan.

Betul tu Hani. Mama sentiasa doakan Hani. Kami tahu siapa Hani dan kami percayakan Hani, mama angkatnya pula bersuara.

Rasa terharu menyusup terus ke tangkai hati Hani. Lega bila keluarga angkatnya menerima keputusannya walaupun jauh disudut hati mereka sebenarnya membantah.

Tunggulah ma, kak long. Hani akan kembali suatu hari nanti. Cuma berilah peluang untuk Hani bantu dia, bisik hati Hani sebelum memandang Ryan.

Mungkin pada pandangan orang lain, lelaki itu seperti seorang lelaki gila. Mungkin bagi satu dunia, Ryan adalah Topeng Raksasa. Namun ada satu sisi Ryan yang menunjukkan lelaki itu hanyalah seorang lelaki biasa. Lelaki yang kecewa dengan hidupnya sendiri. Baginya, Ryan hanyalah seorang lelaki biasa yang hatinya penuh luka.

Kau pandang aku, apa hal Dah habis ke Kalau dah habis, jom keluar. Ujar Ryan sombong sebelum berlalu keluar meninggalkan Hani.

Keluar saja dari Pejabat Agama, Ryan memejamkan matanya. Akhirnya dia sudah menemui senjata untuk menyakitkan hati musuhnya. Namun ada ruang kecil di dalam hatinya seakan memarahi diri sendiri kerana ketidakadilan hatinya pada Hani.

Argh!! Persetankan semua tu!

Hani, gadis itu kuat melawan. Gadis itu kadang-kadang mencabarnya, namun kadangkadang pandangan gadis itu seperti menembus perasaannya. Seperti tadi, pandangan sayu gadis itu seolah-olah cuba menebak perasaannya. Hani memandangnya seolah-olah simpati. Dia tak suka semua tu! Dia bencikan pandangan seperti itu.

Lelaki Sepuluh Juta, kau ni memang tak ada adab, kan!

Ryan tersentak sebelum memandang Hani yang muncul tiba-tiba. Mulut gadis itu asyik tercebik-cebik. Ryan mengeluh.

Kau boleh gelarkan aku apa saja, tapi aku tak suka gelaran sepuluh juta tu. Lagi bagus kau pangil aku Topeng Raksasa! Pantas Ryan berlalu.

Mulut Hani terjuih. Raksasa, lah sangat! Urghhh!!! BAGUSLAH kalau kau dah setuju. Aku memang tahu yang kau akan setuju dengan cadangan aku. Cuma tak sangka kau akan serahkan diri pada aku secepat ini, sinis Ryan.

Hani mendengus sebelum mengambil tempat duduk di hadapan meja Ryan. Ini kali ketiga dia menjejak kaki ke ruang pejabat Ryan. Memang dia angin lepas Ryan ugut dia, tapi selepas tiga hari berfikir, dia rasa dia tak mungkin dapat lari dari ugutan Ryan. Dia tak nak keluarganya diapaapakan dan dia juga tak nak kak long kehilangan pekerjaan yang menjadi kebanggaannya.

Siapa suruh kau duduk soal Ryan sinis.

Tak ada siapa suruh pun. Saya duduk dengan kerelaan hati, so ada masalah Sekarang ni saya datang bukan nak dengar masalah pasal duduk ke, berdiri ke. Saya datang sebab saya nak bincang pasal perkahwinan kita. Perkahwinan yang kononnya akan menyempurnakan rancangan awak tu, ejek Hani meluat.

Entah apalah rancangan Topeng Raksasa ni pun dia tak tahulah. Yang peliknya, hanya perkahwinan yang mampu menyempurnakan rancangan mamat ni. Gila betul!

Walaupun mulut kau tu macam wisel, bising! Tapi, aku suka dengan cara kau. Tegas! Kau jangan risau, aku tak kan perangkap kau terus dalam perkahwinan ni.

Meaning

Ryan mula bongkokkan tubuhnya sedikit ke arah Hani dengan senyuman penuh makna bergayut di tepi bibirnya.

Aku nak kau tolong aku laksanakan rancangan aku. Kalau prestasi kau bagus, aku akan pastikan kau bahagia seumur hidup kau. Ya, menjadi perempuan paling bahagia di dunia ni dengan... wang ringgit.

Berkerut dahi Hani jadinya.

Saya masih tak faham.

Kau ni lembablah. Kau tunggu sekejap. Kutuk Ryan sebelum membuka laci mejanya.

Bengang je Hani rasa apabila dikutuk depan muka. Tak hormat orang langsung!

Aku nak kau tengok betul-betul muka dia ni. Satu gambar diletakkan di atas meja.

Hani memandang Ryan sejenak sebelum menarik gambar itu mendekati dirinya. Biji matanya terbuka luas meneliti gambar seorang perempuan tua bertopi di dalam gambar itu.

Itu musuh aku. Perkahwinan kita ni hanya satu rancangan untuk menyakitkan hati perempuan tua tu. Jadi kau jangan risau. Kau tak nak anggap aku suami pun tak apa. Anggap saja yang kita berdua ni rakan sepasukan.

Rakan sepasukan Wajah Hani terangkat sendiri. Rakan sepasukan apa, bila dia tak ingin pun berkahwin dan jadi rakan sepasukan Ryan. Lagipun, perkahwinan tu satu ikatan yang suci dan tak harus dipermainkan. Haih, kenapa baru sekarang dia rasa dengan menerima permintaan Ryan, dia seakan mempermainkan ikatan suci itu. Tapi, apa pilihan yang dia ada

Kenapa saya kena jadi rakan sepasukan Kenapa saya perlu jadi sebahagian daripada rancangan awak Saya tak ada masalah dengan perempuan tua dalam gambar ni, jadi kenapa pula saya kena sakitkan hati dia Siapa dia ni sebenarnya Hani sengaja bersuara begitu untuk menyakitkan hati Ryan.

Ryan dah sakitkan hatinya dan buat dia terlibat dengan sesuatu yang di luar dari kewarasan manusia. Jadi adil lah kalau dia sakitkan hati Ryan balik.

Perempuan ni memang suka mencabar dia! Huh, sakit betul hati Ryan mendengar suara yang seakan mencabarnya. Sesuai dengan nama gelarannya Topeng Raksasa, jadi dia perlu lebih bersabar. Kalau tidak sebahagian raksasa dari dalam dirinya akan muncul. Natijahnya nanti, Hani akan terpaksa tunduk padanya dengan paksaan yang tak pernah perempuan tu bayangkan seumur hidupnya!

Adakah semua yang kau cakap tadi tu bermakna kau tak nak jadi sebahagian dari rancangan aku Kalau macam tu, okey. Agaknya kak long kau sedih tak kalau kena tendang dari syarikat dia bekerja ssekarang ini

Stop! Hani angkat tangan. Dia diugut dalam lembut lagi.

Aku akan stop kalau mulut kau yang suka bising tu diam. Sekarang dengar cakap aku. Perempuan dalam gambar tu tak lain tak bukan dia adalah... nenek aku. Tapi, kau boleh gelarkan dia Nenek Kebayan atau nenek lampir sebab dia ni sangat-sangat jahat dan kejam!

Terpegun Hani dibuatnya. Nenek dalam gambar ni jahat Biar betul Tak nampak bahagian yang jahat pun. Lembut je muka. Mulalah Hani belek-belek gambar tu. Mencari sisi jahat pada wajah kaku itu.

Hoi, kau buat apa tu

Cari sisi nenek awak yang jahat tu la.

Ryan mendengus. Sabar je lah dengan Perempuan Mulut Wisel ni!

Kau tak kan dapat cari kejahatan dia dalam gambar tu la sebab kejahatan dia hanya wujud di sini. tangan Ryan melekap di dadanya. Maksudnya dalam hati Kalau macam tu saya tahu kenapa dia ni ditakdirkan jadi nenek awak. Nenek dengan cucu sama je. Kejahatan ada di sini. laser mulut Hani dengan tangan turut melekap di dada.

Hani Abdullah!

Gurau je la. Tapi, kenapa awak benci sangat dengan nenek awak ni Apa dia dah buat Melihat Ryan suara Ryan meninggi, pantas dia tayang muka bergurau padahal, dia memang tak bergurau pun.

Yang tu kau tak perlu tahu.

Eh, kenapa pula Saya kena tahu la. Macam mana saya nak jadi rakan sepasukan awak kalau saya tak tahu kejahatan nenek awak ni Tak kan saya nak sakitkan hati orang tua ni sedangkan saya tak tahu apa dosa dia pada awak. Kalau macam tu, saya tak sampai hati nak buat macam tu. Silap hari bulan mungkin saya akan jadi geng nenek awak pula

Ryan ketap gigi. Memang la perempuan ni! Nak jadi geng nenek konon. Jangan mimpi lah!

Kau jadi geng Nenek Kebayan ni Dia tak kan sukakan kau la malah silap hari bulan dia akan hina kau. Buat kau rasa sedih, rasa marah. Perempuan tua ni amat pentingkan status. Dengan status kau sebagai anak luar nikah, dia akan berusaha habis-habisan untuk singkirkan kau dari hidup aku nanti. Tanpa sedar Ryan sudah membuka cerita.

Kenapa Kenapa dia benci sangat pada anak luar nikah Sebenarnya, kenapa awak benci sangat dengan nenek awak

Orang cakap tak perlu tahu, perempuan ni tetap juga nak tahu. Baik! Kau nak tahu sangat kan Sekarang dengar.

Selagi aku tak cerita selagi tu kau akan bising kan Jadi dengar. wajah Ryan berubah ketat sekelip mata.

Perempuan tua itulah penyebab kekasih aku mati!

Hani tersedar dari khayalan tiba-tiba saat terasa ada benda seakan menampar pipinya. Kenangan di bilik pejabat Ryan hilang. Kepalanya dipusingkan melihat Ryan yang tenang memandu di sebelah.

Kau tengok aku apa hal Kau jatuh cinta pandang pertama dengan aku ke Soalan yang pernah Hani utarakan padanya, dipulangkan kembali pada perempuan tu.

Eii... Jangan nak perasan sangat. Saya tak kan jatuh cinta dengan Lelaki Sepuluh Juta la. Lagipun awak tu Topeng Raksasa. Kejam dan jahat! Balas Hani tanpa pedulikan perasaan Ryan.

Lelaki tu mana ada perasaan.

Kenapa kau tak habis-habis panggil aku Lelaki Sepuluh Juta, hah

Sebab hidup saya musnah disebabkan sepuluh juta awak tu! Kalaulah saya tak marah client sepuluh juta awak tu, saya tak kan dipanggil mengadap awak. Awak tak kan kenal saya dan awak tak kan fikir nak jadikan saya sebahagian dari rancangan awak tu. Semuanya sebab sepuluh juta tu! Huh!

Ryan menggeleng perlahan. Macam-

macamlah perempuan ni. Tapi, ada betulnya juga. Kalau tak disebabkan kontrak sepuluh juta tu, memang dia tak kan sedar kewujudan gadis ini.

Aku tak kan musnahkan hidup kau. Kau tak ingat perjanjian kita

Hani diam. Ye perjanjian! Selepas lelaki tu puas tengok neneknya sakit hati dan mengalah, lelaki itu akan tunaikan apa saja permintaannya. Apa saja termasuk kembalikan hidupnya seperti dulu. Dia boleh kembali bekerja dan mereka akan berpisah. Dia akan hidup kembali bersama mama dan kak longnya. Disebabkan perjanjian tu la, dia yakin untuk membuat keputusan. Melihat wajah Ryan, dia tahu lelaki tu tak akan menipu.

Ingat... jawabnya meleret-leret sebelum memandang ke luar cermin.

Entah kenapa hatinya sedikit gusar ingin bertemu dengan nenek Ryan. Kekasih lelaki itu meninggal disebabkan nenek tua tu. Memanglah bukan orang tua tu yang membunuh, tapi semuanya terjadi disebabkan orang tua itu.

Teringat cerita Ryan, kekasihnya bernama Riana itu seorang anak tak sah taraf. Namun kerana cinta, status itu menjadi perkara terakhir dalam hubungan mereka. Tapi, nenek lelaki tu tidak merestui. Ada saja jalan untuk memisahkan Ryan dan Riana. Malah Nenek tu pernah menculik Riana untuk putuskan hubungan Riana dan cucunya. Namun, cinta Ryan dan Riana cukup kuat.

Hubungan Ryan dan Riana akhirnya terputus apabila nenek Ryan mengugutnya untuk menjadikan hidup Ryan susah seperti orang gelandangan. Malah nenek Ryan juga mengugut untuk melingkupkan perniagaan ayah Riana. Rentetan itu, Riana mengalah.

Namun, hati gadis itu terluka teruk kerana mengkhianati janjinya pada Ryan untuk hidup bersama. Gadis itu hampir mengalami tekanan jiwa. Dek kerana cinta dan rindu, Riana sanggup merayu pada nenek Ryan, tapi langsung tak dipedulikan. Dia pulang dengan hati yang hancur. Namun, dipertengahan jalan, gadis itu kemalangan. Riana meninggal dunia dengan cinta yang masih tersisa di dalam hatinya.

Ryan pula yang beranggapan Riana belot kerana sanggup mengkhianati janji mereka untuk bersama saat suka dan duka. Tapi, takdir membuatkan Ryan mengetahui kisah disebalik pengkhianatan Riana. Malah lelaki itu juga tahu yang Riana meninggal dunia akibat daripada kesan kemalangan selepas berjumpa dengan nenek.

Sejak dari tu, Ryan menyalahkan neneknya. Ryan membenci perempuan tua itu. Hidupnya diselubungi rasa bersalah pada Riana kerana gagal melindungi gadis itu sedangkan mereka berjanji akan bersama-sama menghadapi cabaran dalam perhubungan mereka. Namun, Riana pula yang terkorban dalam hubungan ini. Kalau nenek itu tak wujud dalam hidupnya, dia yakin Riana dan dirinya akan bahagia saat ini.

Sedih hati Hani saat cuba menyelami hati milik seorang gadis bernama Riana. Pasti gadis itu terlalu cintakan Ryan. Melihat Ryan yang menyala dengan kebencian juga, buat dia sedar yang Ryan selama ni hidup dengan rasa bersalah pada arwah kekasihnya. Memang hebat cinta mereka cuma takdir tak mengizinkan mereka untuk bersama.

Bukan dia tak nampak betapa terlukanya Ryan saat berbicara tentang itu. Saat Ryan bercerita, dia nampak satu sisi seorang lelaki yang penuh dengan rasa benci terhadap diri sendiri. Hakikatnya Ryan bukan hanya membenci neneknya, tapi turut membenci dirinya sendiri. Malah, dia bertekad untuk memberi penderitaan yang sama pada neneknya.

Ada satu suara seakan berbisik di telinga Hani, supaya dia membantu lelaki itu. Lelaki itu bukan raksasa kerana lelaki itu hanya seorang lelaki yang jiwanya sudah hancur lebur.

Kita dah sampai.

Hani terkejut dek sergahan di tepi telinganya. Dia memandang Ryan yang asyik mengangkat kening sebelum memandang rumah besar di depannya. Dah sampai rupanya!

Tunggu apa lagi, jom lah masuk. Aku tak sabar nak perkenalkan kau pada Nenek Kebayan tu. Ryan buka pintu keretanya.

Hani menurut namun ada resah dalam hatinya. Ryan nampak gembira sangat nak kenalkan dia pada wanita tua tu. Tapi, macam mana kalau nenek Ryan bunuh dia nanti Tak pasal-pasal dia mati katak. Tak pasal-pasal dia terima nasib yang sama dengan Riana.

Kau dah sedia ke Soal Ryan saat menghampiri Hani. Tangan gadis itu dicapai.

Eh... Sekejap! Tangan tu kenapa nak berlingkar-lingkar. Tepilah! Berulang kali Hani menepuk lengan Ryan.

Sesuka hati je nak pegang orang.

Kau jangan bising boleh tak Aku nak pastikan yang orang tua tu terima kejutan yang besar. Mana tahu dia kena heart attack ke nanti Bolehlah aku panggil ambulance dengan rasa gembira. Ryan ketawa besar. Seronok sangat!

Sah! Ryan ni dah gila. Kesian betul lah dia dengan lelaki ni. Duit banyak, harta banyak, malangnya otak tak berapa nak betul.

Asyik sangat memaki Ryan dalam hati, terasa tangannya ditarik. Sedar-sedar mereka dah berdiri di hadapan pintu besar itu.

Nenek Kebayan. Bisik Ryan saat melihat kelibat seorang wanita tua yang sedang membaca sesuatu dengan tekun. Ryan tanpa kata menarik tangan Hani menghampiri wanita itu.

Bulat mata Hani dibuatnya. Tidak! Dia rasa tak bersedia. Badan dikeraskan namun Ryan tetap juga menariknya. Sekali tengok macam Ryan tengah tarik batu besar.

Hello, my witch grandmother...

Hani melihat perempuan tua itu mengangkat muka. Mula lah jantungnya buat irama pop rock. Yang si Ryan pun satu, cara dia tegur dah macam sengaja nak pancing mata tua tu.

Ryan Wanita itu seakan tergamam.

Yes witch grandmother. Kenapa Tak pernah tengok cucu sendiri ke

Datuk Fatimah mengeluh. Sakit hati tuanya melihat gelagat Ryan yang seolah-olah jijik padanya.

Mak, Laila nak... Ada satu suara lain muncul namun terhenti saat melihat Ryan dan Hani yang berpegangan tangan.

Siapa pula perempuan lagi seorang ni Hati Hani tertanya-tanya.

Baguslah witch grandma dan ibu ada dekat sini. Ryan nak buat satu pengumuman penting. Nampak tak perempuan yang berdiri sebelah Ryan Kenalkan, ini Hani... Isteri Ryan.

Terkejung Datuk Fatimah dan Puan Laila dibuatnya. Isteri Ryan Masa bila Ryan kahwin

Melihat neneknya yang nampak terpingapinga, Ryan lantas melepaskan tangan Hani. Selamba dia menapak ke arah neneknya yang sudah berdiri sejak pengumumannya. Hani yang melihat hanya tersengih kecut.

Ryan mendekatkan bibirnya ke telinga Datuk Fatimah seraya berkata And yes! Dia adalah anak luar nikah sama seperti... Riana.