Bilik Elfira yang sentiasa berbau wangi diperhatikan segenapnya.
Akak, adik rindukan Akak. Rindu sangat-sangat. Kenapalah dunia ni kejam sangat ragut Akak daripada adik Elzaara mengongoi sambil memeluk bingkai gambar Elfira yang terletak di atas meja solek.
Diari Elfira di dalam rak buku yang tersusun rapi dan mula membaca. Dia tahu hobi Kakaknya itu yang suka sangat mengumpul diari dan bahan bacaan terutamanya novel-novel cinta. Dahulu dia sering mengejek Elfira kerana hobinya yang suka membaca novel-novel jiwang yang entah apa-apa.
Diari milik Elfira diselaknya sehelai demi sehelai dan dia mengambil beberapa keping gambar yang terselit di dalam diari tersebut. Dia melihat ada sekeping gambar mereka berdua, sekeping gambar mereka satu keluarga, gambar Kak Elfira bersama bekas suaminya berserta sekeping gambar ultrasound sewaktu dia mengandungkan Haziq. Gambar mereka dua beradik diusap dengan penuh kasih sayang.
Argh! Lelaki jahanam! Tak guna! Kau menyusahkan hidup Kakak aku dan keluarga aku. Kau jahat! Kau memang syaitan yang bertopengkan manusia! Pekik Elzaara. Dia mengoyakkan gambar Kakaknya bersama bekas suaminya itu dan mencampakkan diari tersebut ke atas lantai. Amarahnya mula menguasai dirinya semula.
Air mata yang bergenang tidak mampu lagi ditakung. Deras juraian air mata membasahi pipi disambut dengan gelengan. Elzaara terduduk di atas lantai lalu mengutip kembali diari tersebut dan mengesat juraian air jernih yang mengalir di pipinya itu. Ada sesuatu di helaian yang membuatkan Elzaara tertarik untuk membaca di helaian tersebut. Dia mengesat dan mula membaca helaian tersebut di sisi katil.
29 SEPTEMBER 2010
Hari raya kali ini amat bermakna bagiku kerana dapat menyambut bersama keluarga tersayang dan paling bermakna kali ini beraya bersama suami tercinta. Paling menggembirakan keluargaku apabila aku membawa perkhabaran gembira bahawa tidak lama lagi akan ada orang baru hadir dalam kehidupan kami sekeluarga.
Ibu dan ayah sangat gembira apabila status mereka bakal bertukar menjadi atuk dan nenek. Adikku Elzaara, sempat lagi mengusik aku dengan mengatakan aku takkan cantik lagi sebab aku akan membesar dan gemuk.
Aku senyum sahaja dan membalas kata-
katanya... alah dik, Akak gemuk pun sebab bawa
anak buah adik. Nanti baby dah keluar Akak mesti akan cantik lagi. Lebih cantik daripada adik tau! Jangan jeles ya. Oh lupa, adik mesti jeles dengan Akak sebab Akak lagi cantik daripada adik kan
Tak sabar nak tunggu lagi lapan bulan yang akan datang. Pastinya hidup kami sekeluarga akan bertambah bahagia selepas ni. Tak sabar rasanya nak bergelar Mama! Agaknya macam manalah rupa anak aku kelak Terujanya!
p/s: Dik, Akak sebenarnya tak taulah nak bagi nama baby apa. Adik tolong sediakan nama yang sedap-sedap untuk anak Akak boleh tak Akak confused, banyak sangat nama baby yang sedap-sedap dan cantik-cantik. Lagi satu, Akak nak suruh adik jaga anak Akaklah boleh tak Akak nak test adik sama ada boleh tak adik jaga baby. Kalau lulus bolehlah Akak carikan calon suami untuk adik. Jangan marah ya, adikku sayang... nanti kena jual.
Elzaara tersenyum apabila membaca coretan arwah Elfira. Usik mengusik antara mereka dua beradik sememangnya menjadi permainan antara mereka berdua. Dia ingat lagi wajah ceria Elfira saat mengkhabar berita gembira itu pada kami sekeluarga. Kalaulah dia tahu di situlah bermulanya kisah duka
Elfira...
30 DISEMBER 2009
Semakin hari semakin teruk aku didesak oleh suamiku untuk mengugurkan kandungan. Apakah dosa anak dalam kandunganku ini sehingga papanya sendiri tidak mahu menerima kehadirannya di dunia ini Hanya disebabkan aku tidak mahu mengikuti segala kehendaknya, sebagai balasan dia sanggup memukul, menginjak perutku dan membelasahku sesuka hatinya tanpa belas kasihan.
Dia juga sering mendera emosiku dengan membawa pulang perempuan simpanannya yang silih berganti ke rumah dan mereka seronok menjadikan aku sebagai hamba abdi mereka. Di hadapan aku tanpa segan silu mereka boleh berzina dan bergelak ketawa tanpa mempedulikan perasaan dan jeritan batinku ini.
Apakah tidak ada rasa malu langsung dalam diri mereka apabila bersikap sedemikian di hadapanku. Tidak sedikit pun terdetik di hatinya bahawa aku adalah isterinya yang sah dan sedang mengandungkan zuriatnya. Dia langsung tidak kisah apa yang berlaku pada diriku ini. Tak pernah aku terfikir bahawa lelaki yang aku sayangi dan cintai dengan sepenuh hati akan bertukar menjadi sebegini rupa.
Elzaara kini tersedu-sedan setelah membaca coretan arwah Kakaknya kembali menutup diari tersebut. Dia tidak kuat untuk menyambung pembacaan kerana dia tahu akan penderitaan yang ditanggung oleh Kakak kesayangannya itu. Elzaara menyimpan kembali diari tersebut di dalam rak buku dan merebahkan tubuhnya di atas katil Elfira sambil memeluk teddy bear besar kesayangan arwah. Dia terkenangkan kembali zaman kanak-kanak dan remajanya bersama arwah Elfira.
Kak, kalaulah Akak dengar cakap adik dulu mesti hidup Akak takkan jadi macam ni. Akak takkan sengsara sampai macam ni sekali. Kalaulah Akak tak kahwin awal dengan jantan tu dulu, mesti Akak dah berjaya menjadi seorang setiausaha macam yang Akak impikan dulu. Tapi malangnya Akak yang tak nak dengar cakap adik, Akak degil. Akak lebih percayakan jantan tu daripada adik Akak sendiri. Sampaikan Akak hampir dibunuh pun Akak sanggup nak bela dia lagi. Adik sedih sangat Kak. Betul firasat adik pasal jantan tu. Dah banyak kali adik cakap yang dia tu bukannya sayangkan Akak pun tapi dia cuma nak permainkan Akak je. Kak, adik rindu dekat Akak! Rindu sangatsangat! Rindu nak bersembang sama-sama, adik rindu nak usik Akak. Elzaara yang sedang mengomel sendirian tidak menyedari bahawa Haziq sedang berdiri dibelakangnya dan ditangannya terdapat mainan.
Acu... lembut sahaja panggilan Haziq.
Elzaara menoleh ke belakang dan dia terkejut melihat Haziq yang sedang berdiri tegak disisi katil. Elzaara menggamit Haziq ke arahnya dan tanpa membuang masa Haziq terus melompat naik ke atas katil. Dia menyapu air mata yang mengalir di pipi Acunya.
Ya sayang...
Kenapa Acu nangis Siapa buat Acu nangis atuk marah Acu ya
Eh, taklah. Mana ada Acu menangis. Haziq ni pandai je cakap Acu nangis. Mata Acu berair sebab masuk habuk tadi. Acu tengah kemaskan bilik ni, banyak habuk. Haziq buat apa datang sini
Haziq nak main tapi tak ada orang nak teman. Acu temankan Haziq main boleh tak Haziq meraih simpati Elzaara supaya Elzaara bermain bersamanya.
Oklah, jom Acu temankan Haziq main ya. Jom kita main dekat luar, tak mau main dekat dalam bilik. Nanti semak bilik tak ada siapa nak kemas. Elzaara segera bangkit dari katil dan memimpin tangan Haziq keluar dari bilik arwah Elfira lalu menutup pintunya perlahan.
Acu, tu bilik siapa Haziq selalu perasan kalau Acu masuk bilik tu Acu mesti nangis. Kenapa Bilik tu ada hantu ya Acu Aju Haziq.
Hm, tu bilik Mama Haziq. Kakak Acu. Nantilah satu hari nanti Acu cerita dekat Haziq pasal Mama Haziq ya Sekarang ni Acu teman Haziq main dulu. Haziq nak main dekat mana Dekat depan tv ke dekat luar soal Elzaara mengalihkan topik.
Haziq nak main dekat depan tvlah. Nanti boleh tengok movie kartun sekali.
Okey, jom!
Acu, nanti Acu cerita ya pasal Mama Haziq. Haziq tak pernah jumpa Mama dengan papa.
Ya sayang. Nanti Acu cerita. Tapi, bukan sekarang. Kita main dulu ya
Haziq mengangguk mendengar janji manis Acunya itu. Diperhatikan Haziq yang merenung kereta mainannya. Belum masanya lagi untuk Haziq tahu pasal Mama Haziq. Bila Haziq dah faham erti kehidupan nanti baru Acu akan ceritakan pada Haziq. Tapi, bukan sekarang ya sayang... monolog Elzaara dalam hati.