MY PRETTY BOY - 6
PENTHOUSE SRI PERMAISURI yang lengkap dengan perkhidmatan kolam renang agak sunyi malam ini. Mungkin kebanyakan mereka lebih suka duduk memerap di dalam bilik kondo melayan jiwa dari melepak di luar beranda.

Tunku Hardie merenung sepi di luar jendela. Kolam renang yang lengang itu sedikit pun tak menarik perhatian mata lensanya. Di kala dia sedang dibuai perasaan, ada tangan merayap perlahan-lahan di atas bahu. Dia tersentak dan sekilas menoleh sedikit ke sisi dengan jelingan yang tajam.

You renung apa tu, sayang

Kenapa kau call aku Tak cukup lagi ke setiap minggu kita jumpa cara begini

I rindukan you, setiap masa dan waktu! II jealous bila nampak you dengan dia! Tinggalkan dia untuk I, please! mendayu-dayu suara wanita itu mendesis di telinga. Semakin hari diakui semakin rimas setiap kali bertemu muka dengan si penagih cinta ini.

Aku perlukan Qamra dalam hidup aku, bukan kau!

Kau hanya parasit yang hancurkan hubungan aku dan dia! Aku yakin Qamra setia pada aku!

You kata I parasit Kalau tak kerana I, you takkan tau siapa sebenarnya perempuan kampung yang you cintakan sangat tu!

Aku tak percaya. Selama aku couple, tak pernah Qamra curang dengan aku. Aku aku menyesal sebab percayakan cerita karut kau, sangkal Tunku Hardie keras. Walaupun hatinya mulai goyah namun masih lagi kukuh pertahankan cintanya terhadap Qamra Ain.

I akan buktikan kata-kata I benar, Hardie! Avon merentap tas tangan di atas sofa. Dia menarik kuat pintu berkayu itu dan terus melangkah keluar. Pintu ditutup dengan kuat hingga terasa gegaran di sebalik dinding. Tunku Hardie menghela nafas panjang. Setiap hari, hidupnya semakin serabut. Mana lagi memikirkan tentang pesakit, tentang Qamra Ain dan tentang parasit yang mengganggu hubungannya selama ini.

Qamra Ain, dia rindukan gadis naif itu. 4 tahun Qamra Ain setia pada cinta sedangkan dia, semakin mencurigai cinta gadis itu oleh kerana termakan pujuk si parasit yang baru beredar sebentar tadi.

Benarkah kau menduakan aku, Qamra