SEOUL LOVE STORY - 6
Abriel menanggalkan apron yang dipakainya dan melipatnya. Sudah sampai masa untuk pulang. Nenek Kim menunggu dengan payung di tangan. Tuhan mentakdirkan hujan untuk turun pada hari Abriel tidak membawa payung.

Dia mengira wang di dalam mesin juruwang sambil sesekali melirik ke luar tingkap dan melihat hujan yang seperti tidak mahu berhenti. Sambil berbual-bual dengan Nenek Kim, dia mengeluh tentang cuaca yang tidak menentu. Orang tua itu cuma tersenyum saja mendengarkan ocehan Abriel. Tiba-tiba loceng pintu berdenting. Secara automatik Abriel berdiri dan menunduk hormat sambil mengucapkan selamat datang. Selalunya hujan-hujan begini akan ada yang datang membeli payung atau baju hujan.

Yang datang itu seorang lelaki yang memakai baju hujan warna hitam yang dizip sampai ke atas untuk melindungi diri daripada hujan. Kepalanya juga bertutup. Saat lelaki itu menurunkan tudung kepalanya, Abriel tersentak. Jaejoong! Dah nak balik ke Baguslah. Saya ingatkan awak dah baik sebab sekarang dah pukul sepuluh. Tapi tadi masa lalu saya nampak kedai masih buka. Jadi saya cuba-cuba singgah. Tak sangka awak masih ada kat sini.

Nada suara itu mesra dan ramah, namun tetap saja membuat Abriel rasa marah dan jengkel. Apatah lagi saat melihat Jaejoong membongkok sopan sambil menyapa Nenek Kim. Nama saya Park Jaejoong. Kawan Abriel, ujarnya santun.

Nenek Kim tersenyum walaupun riaknya agak terkejut. Kawan Abriel Dia tak pernah cakap pun dia ada kawan lelaki, ujarnya.

Memang tak ada, bidas Abriel agak kasar. Jaejoong hanya tersenyum mendengarnya.

Nenek Kim memandang Jaejoong yang masih berdiri di hadapannya. Pengalaman hidupnya mengajarnya cara menilai perwatakan seseorang melalui air muka dan sinar matanya. Dia serta-merta tahu yang pemuda di depannya itu seorang yang tulus dan baik hati. Manakala Abriel sudah dianggap seperti cucunya sendiri. Dengan berteman dengan lelaki ini, mungkin Abriel akan lebih bahagia. Dia tahu, lelaki ini pasti akan sanggup melakukan apa saja untuk Abriel.

Berapa umur kamu soal Nenek Kim ramah.

23 tahun, nek, sahut Jaejoong sopan.

Maknanya lebih tua dua tahun dari Abriel. Sudah kerja atau masih belajar

Jaejoong senyum. Sekarang dia tahu usia Abriel. Sudah bekerja, nek Jadi apa

Penyanyi.

Mata Nenek Kim membulat. Terkenal

Bolehlah jawab Jaejoong merendah diri. Walaupun sebenarnya perkataan bolehlah itu langsung tidak tepat untuk menggambarkan karier Jaejoong. Penjualan albumalbumnya selalu lebih dari sejuta unit. Peminatnya ada di mana-mana dan jumlah penghasilan yang sudah diterima dia dan ahli kumpulan Blue yang lain hampir tidak terkira. Tetapi baginya, saat berbicara dengan orang tua, dia harus merendah diri.

Kalau nak pulang sama-sama, kena pakai payung besar, kata Nenek Kim. Tunggu sekejap nenek ambilkan, katanya sebelum bersedia untuk beredar ke belakang.

Nenek! seru Abriel sebal. Tadi dia berharap Nenek Kim akan menghalau Jaejoong. Orang tua biasanya tidak suka dengan anak muda yang berambut perang, bertindik di telinga dan bertatu di lengan. Walaupun cuma sebaris perkataan sepanjang tangan, tatu itu pasti akan menarik perhatian orang tua itu, kan

Eh, tak perlu nek. Kereta saya dekat depan tu. Ini pun cukup, ujarnya sambil mengambil payung di tangan Nenek Kim. Banyak kerja lagi soalnya pada Abriel yang terpaku sambil memandangnya. Wang di tangan gadis itu dipandang.

Dengan perasaan bercelaru, Abriel menyerahkan wang itu ke tangan Nenek Kim sambil menyebut jumlah jualan pada hari ini. Nenek Kim tersenyum sambil menyambut wang itu.

Sudah, kamu baliklah dengan dia. Nenek dengan datuk risau kalau kau pulang sorang-sorang waktu malam, katanya sambil menolak lembut bahu Abriel, menyuruhnya mengikut Jaejoong.

Tapi aku tak nak, nek. Aku tak suka dia gerutu Abriel perlahan.

Nenek Kim mengibaskan tangan, membantah katakata Abriel. Jangan banyak cakap. Biarkan dia hantar kamu, katanya. Dia kemudian menoleh ke arah Jaejoong. Jaejoong, nenek amanahkan cucu nenek pada kau. Hantar dia pulang ke rumah dengan selamat, ya

Jaejoong tersenyum lebar, merasa seperti ada yang menyokongnya. Baik nek, jangan risau, katanya sebelum tunduk penuh hormat. Selamat malam, nek! katanya sebelum menarik tangan Abriel. Tangan lembut itu digenggam erat, risau gadis itu lari sebelum sempat dia menghantarnya.

Di depan pintu, Jaejoong membuka payung dan memayungi Abriel dengan satu tangan. Sebelah tangannya menekan butang penggera keretanya. Selepas memastikan Abriel masuk ke dalam kereta, dia berlari menuju ke pintu sebelah pemandu. Sebenarnya dia risau Abriel akan melompat ke tempat duduk pemandu dan terus meninggalkannya di situ dalam hujan.

Ternyata tekaannya salah. Saat dia masuk ke dalam kereta, Abriel sudah duduk tenang dengan tali pinggang keledar yang terpasang. Kita makan dulu, ya ujarnya dengan senyuman paling mesra.

Tak nak. Saya dah makan, ujar Abriel sambil memandang ke luar tingkap.

Okay, temankan saya makan.

Abriel menoleh dengan perasaan jengkel dan tidak percaya. What Temankan dia makan Rasanya lelaki ini salah pilihan mangsa untuk dibuli. Baiklah, kau tunggulah nasib kau lepas ni Park Jaejoong!

Kereta berhenti di depan pintu The Theft. Makan sini Ini tempat kegemaran kau ke soal Abriel kaget. Lebih kuranglah. Pemiliknya pakcik kepada Ilwoo. Kalau kami datang, tempat ini akan ditutup sebahagiannya untuk orang luar, ujar Jaejoong sambil membukakan pintu The Theft untuk Abriel.

Maksudnya

Maksudnya, kalau awak datang bukan atas jemputan kami, awak tak akan dibenarkan masuk, jelas Jaejoong sambil menunjuk ke arah seorang lelaki berbadan sasa yang berdiri di tepi pintu masuk.

Abriel mengangguk, Hai, sapanya. Dia kenal lelaki itu. Lelaki yang sama dilihatnya beberapa hari lalu saat membawa Jaejoong yang mabuk pulang.

Ini Uncle Sim, pemilik The Theft, ujar Jaejoong memperkenalkan. Abriel dan lelaki yang diperkenalkan sebagai Uncle Sim itu berjabat tangan. Kenalkan ini Gabrielle.

Dari mana soal Uncle Sim pada Abriel.

Maksud uncle

Kamu asal dari negara mana Saya pasti kamu bukan orang Korea atau Jepun atau China, jelas Uncle Sam dengan senyuman lebar.

Oh, saya dari Malaysia.

Ah! Sabah! ujar lelaki itu. Saya pernah ke Sabah masa saya masih muda dulu. Kami pergi menyelam, makan, minum. Waktu yang sangat indah.

Tak perlu ceritakan kisah muda uncle pada dia. Itu kisah bertahun-tahun lepas, usik Jaejoong dengan sinaran mata yang nakal.

Why not Dia kan sudah besar. Kau mahu dengar cerita aku soal Uncle Sim kembali kepada Abriel. Abriel menggeleng, kurang berminat.

Baiklahbaiklah kata Uncle Sim dengan riak sedikit kecewa. Duduklah. Aku akan siapkan makanan untuk kamu semua. Ada ikan tuna segar di dapurku, katanya. Spontan Jaejoong bertepuk tangan kegirangan.

Sebelum meninggalkan mereka berdua, Uncle Sim berkata. Sekejap lagi kawan-kawan kamu akan datang.

Jaejoong mengangguk-angguk. Uncle Sim kemudiannya menghilang di sebalik pintu dapur.

Sejak tadi mata Abriel memerhatikan keadaan sekitar bar itu yang tidak begitu diperhatikannya saat dia pertama kali datang ke sini. Ruangan itu kosong. Ada meja billiard di sudut bilik, sofa-sofa yang kelihatan selesa dan jukebox lama.

Suka tempat ni soal Jaejoong yang sudah duduk dengan kaki diletakkan di atas meja.

Abriel mengangkat bahu. Malas berkomentar. Baginya bar adalah bar. Tidak ada bezanya satu bar dengan bar yang lain. Akhirnya dia memilih untuk duduk berhadapan dengan Jaejoong dan menatap telefon bimbitnya.

Jaejoong langsung faham, gadis itu tidak mahu bercakap dengannya. Jadi dia menatap riak wajah Abriel yang sedang leka dengan telefon bimbitnya. Entah apa yang dibuatnya. Kadang-kadang dia serius, kadang-kadang dia tersenyum, kadang-kadang dia tertawa dan kadang-kadang keningnya berkerut. Tapi yang paling disukainya adalah saat Abriel memuncungkan mulut. Jarang seorang gadis kelihatan tetap comel dan manis walaupun saat sedang memuncungkan mulut.

Uncle Sim keluar dari dapur. Okay, sementara tunggu ikan kalian masak, kamu berdua mahu mainum apa Beer Soju Atau yang lain soalnya.

Ada Coke soal Abriel kembali. Uncle Sim dan Jaejoong saling berpandangan. Pandangan yang bermaksud kau pasti umurnya sudah lebih dari 21 tahun.

Adaada Coke, akhirnya Uncle Sim menyahut walaupun sedikit tergagap. Dia menoleh ke arah Jaejoong. Macam biasa soalnya. Jaejoong mengangguk.

Uncle Sim kemudiannya menuju ke belakang bar. Sebentar kemudian dia kembali dengan satu tin Coke dan sebuah botol kaca berisi cecair berwarna perang muda dan dua gelas berisi ais. Abriel yakin minuman warna perang itu pasti tinggi kandungan alkoholnya.

Kalau awak minum air tu, saya balik naik teksi. Saya tak nak pulang dengan orang yang tak bertanggungjawab, yang bukan saja boleh membahayakan dirinya sendiri, tapi orang lain! ujar Abriel tegas. Wajahnya serius tanpa sebarang ekspresi.

Tangan Jaejoong yang mahu meraih gelas di depannya terhenti. Dia memanggil Uncle Sim. Uncle! Bawakan teh ais saja! teriaknya.

Serentak dengan itu, pintu bar terbuka. Sekumpulan lelaki kacak berwajah riang, melangkah masuk seperti satu pertunjukan model ternama. Mereka ketawa memanggil nama Jaejoong nyaring seperti lelaki itu berdiri seratus meter jauhnya daripada mereka. Ada lima orang yang melangkah masuk. Dua darinya memang Abriel kenali, Yoohwan dan Ilwoo. Yang tiga orang lagi Abriel tidak kenal tapi rasanya dia pernah melihat mereka di televisyen.

Tawa Yoohwan terhenti saat melihat kehadiran Abriel di situ. Serta-merta wajahnya menjadi serius dan sedikit kehairanan. Melihat perubahan wajah Yoohwan, Abriel yang tadinya tersenyum tiba-tiba berubah wajah juga.

Siapa ni soal seorang lelaki berambut coklat dengan mata besar. Tangannya dihulur ke arah Abriel tetapi matanya menatap Jaejoong.

Kawan, sahut Jaejoong singkat.

Aaaaah sahut lelaki itu. Abriel menyambut salamnya.

Gabrielle Setiawan. Nice to meet you, ujar Abriel memperkenalkan dirinya. Kemudian dia bersalaman dengan yang lain.

Aku Joongshin. Kenalkan ini Minhwan, Eric, Ilwoo dan Yoohwan, kata lelaki berambut perang itu sambil memperkenalkan rakan-rakannya. Abriel mengangguk sopan.

Dah kenal, ujar Yoohwan dengan wajah serius.

Kenal Macam mana boleh kenal soal Joongshin.

Dia pernah datang ke sesi bertemu peminat beberapa minggu lepas, jelas Yoohwan lagi, nadanya begitu sinis.

Temankan kawan je, potong Abriel pantas yang kemudiannya disambut oleh anggukan Joongshin dan teman-teman yang lain. Hanya Yoohwan yang kelihatan tidak percaya dengan penjelasannya.

Dia ni kenapa Kening Abriel berkerut. Tidak faham kenapa Yoohwan sedingin ini dengannya. Senyumannya seperti sedang mengejek Abriel, seakan mahu mengatakan ye lah tu. Mungkin kerana sudah terbiasa memiliki beriburibu peminat membuat dia susah menerima kenyataan ada orang yang tidak tertarik langsung dengannya. Di tengahtengah keriuhan dan usikan teman-teman lain, tidak ada yang perasan Abriel dan Yoohwan sedang berlaga pandang. Yoohwan merenungnya tajam, renungan curiga dan tidak puas hati yang tidak difahami Abriel.

Makanan dah siap! teriakan Uncle Sam mengejutkan Abriel. Mereka duduk mengelilingi meja itu. Abriel yang masih kebingungan hanya menurut. Dan saat Jaejoong meletakkan ikan ke dalam pinggannya, Abriel terlanjur mengucapkan terima kasih dengan nada yang lembut dan mesra.

Jadi selepas acara itu kamu berdua selalu berhubung soal Joongshin saat mereka sedang menikmati makanan itu Abriel menggeleng laju.

Tak ada, sahut Jaejoong sambil cuba menyuap sepotong ikan pada Abriel.

Abriel merenung penyepit di hadapannya dengan perasaan bercampur baur. Dia memandang Jaejoong yang memberi isyarat agar dia menerimanya. Kemudian dia memandang sekeliling, melihat reaksi teman-teman lain pada adegan sebabak itu. Joongshin dan Minhwan nampak tertarik, Eric dan Ilwoo kelihatan curiga dan Yoohwan langsung tidak menoleh ke arahnya. Lelaki itu terus makan tanpa mempedulikan apa yang sedang terjadi.

Akhirnya perlahan-lahan Abriel membuka mulut, membenarkan Jaejoong menyuap ikan itu ke mulutnya. Yang akhirnya membuat dia mengalah adalah saat teringat yang menolak makanan yang disuapkan orang dalah tidak sopan dalam budaya masyarakat Korea. Dia tidak mahu kelihatan seperti perempuan yang tidak sopan dan kurang ajar, walaupun sebenarnya dia sangat ingin menolak tangan Jaejoong itu.

Jaejoong mengangguk puas sambil tersenyum pada Abriel. Perbualan diteruskan. Sesekali Jaejoong menyuap lagi makanan ke mulut Abriel yang hanya diam sejak tadi.

Dia tidak berminat untuk menyertai perbualan itu. Jadi dia memilih untuk diam dan hanyut dalam lamunannya sendiri. Pada satu saat Jaejoong mengelus bibirnya untuk membuang sisa makanan yang terlekat di situ, ianya disambut dengan keluhan Aaah dari empat teman semeja mereka. Semuanya kecuali Yoohwan.

Entah kenapa Abriel merasa Yoohwan membencinya. Jelingan lelaki itu, wajahnya yang selalu masam dan keengganannya memandang tepat ke wajah Abriel menguatkan lagi sangkaan itu.

Walaupun dia tidak selesa diperlakukan begitu oleh Yoohwan, Abriel cuba untuk mengelak dari berfikir yang bukan-bukan. Tetapi dia tidak suka dibenci tanpa sebab dan perasaan itu mengganggunya sehingga dia tidak sedar telefon bimbitnya di genggamannya berdetar. Hanya selepas beberapa saat barulah dia perasan detaran yang menandakan ada panggilan masuk itu.

Layar telefon bimbit memaparkan HOME. Panggilan dari rumah. Dia bingkas bangun dan berjalan menuju ke lorong kecil yang menuju ke pintu keluar. Panggilan daripada ibu yang bertanya macam-macam padanya. Dia menjawab soalan-soalan itu seadanya. Panggilan berakhir dengan pesanan dan harapan seorang ibu yang merindui anak perempuan yang bersendirian di tempat orang. Akhirnya panggilan ditamatkan. Dia terpaku di situ untuk beberapa ketika.

Home. Rumah. Perkataan yang selalu membawa bersama kenangan-kenangan yang tidak akan dia lupakan sampai bila-bila. Walaupun dia tidak lagi dapat merasakan kehangatan tubuh Ruben, tetapi nama dan wajahnya masih terpateri kuat di ingatannya. Caranya tersenyum, ketawa, memujuk dan menggoda. Dia tahu ingatan manusia tidak terlalu lama. Tetapi dia tidak mahu Ruben menjadi kenangan pudar yang hanya diingatinya samar-samar. Kakinya tidak akan berganjak dari bayang-bayang lelaki itu. Ruben kesayangannya. Miliknya. Suaminya.

Abriel membalikkan badan dan saat itu jantungnya hampir terhenti kerana kaget. Yoohwan sudah berada begitu hampir dengannya, jarak di antara mereka kurang dari satu meter.

Oh, my god! keluh Abriel sambil menekapkan tangan ke dada. Jantungnya berdegup kencang seperti mahu meletup. Raut wajah Yoohwan yang sangat dingin membuatnya melangkah setapak ke belakang, menjauhi lelaki itu.

Apa niat kau mendekati dia soal Yoohwan datar.

Apa maksud kau soal Abriel kembali, tidak mengerti.

Jangan buat-buat bodoh. Ini trik yang sudah selalu aku lihat. Pura-pura jual mahal tapi sebenarnya kau suka. Perempuan tahu lelaki akan makin terjerat dengan sikap sebegini. Apa yang kau mahu Duit Populariti Status

Kebingungan Abriel tentang tingkah laku Yoohwan yang dingin terhadapnya akhirnya sirna. Rupanya inilah sebab lelaki itu jelas tidak menyukainya. Dia ketawa sinis walaupun hatinya benar-benar marah. Aku tak mahu apaapa daripada dia, ujarnya setenang mungkin.

Jangan menipu. Entah-entah esok lusa kau akan kata kau cintakan dia, ujar Yoohwan sebelum tertawa kecil yang sama sinisnya.

Tidak! pintas Abriel. Jatuh cinta itu bukan sesuatu yang mudah untuk aku. Tapi mungkin kau tak tau.

Apa maksud kau Nada Yoohwan tiba-tiba berubah. Abriel tahu lelaki itu memang sedang benar-benar marah. Dia menjongket bahu dan mula beredar namun dihalang oleh Yoohwan. Lelaki itu mencengkam lengannya sehingga Abriel mengaduh kecil. Wajahnya didekatkan pada Abriel. Kalau aku tahu kau mendekati hyung aku dengan niat jahat

Tak perlu risau! suara Abriel pecah. Aku tak berminat langsung dengan hyung kau ujarnya sedingin mungkin. Matanya merenung tepat ke mata Yoohwan. Lama mereka berkeadaan begitu sehingga terdengar suara Jaejoong memanggil nama Abriel.

Yoohwan melepaskan pegangannya pada lengan Abriel yang kemudiannya terus mendekati Jaejoong.

Saya nak balik. Kalau awak belum nak balik, saya naik teksi, katanya sebaik sampai di hadapan Jaejoong.

Jaejoong merenung gadis itu dengan wajah bingung. Okay, saya hantar awak pulang,ujarnya. Nak cakap selamat tinggal dengan yang lain dulu

Abriel menggeleng lemah. Dia sudah terlalu penat.

Okay tunggu sekejap. Saya ambil kunci dan beg tangan awak, ujar Jaejoong lalu beredar ke dalam. Beberapa saat kemudian, Yoohwan menyusulinya ke belakang tanpa menoleh sedikit pun ke arah Abriel yang sedang merenungnya dengan mata yang merah menahan tangis.