Kenapa dia jadi begini desusku dalam hati.
Rasa ingin tahu membuak-buak. Aku perlahan-lahan melihatnya selaku sesuatu yang bukan manusia; tidak bernyawa. Kelopak matanya yang bergerak katup buka seolah artifisial benar.
Kau hidup lagi ke tanyaku.
Aku dapat rasa mereka-mereka yang berada di dalam bilik ini (tolak aku, Krishnan dan juga Mitchelle) adalah satu salinan realiti. Sekujur jasad tanpa roh. Sekadar paparan hologram yang mencecah 5 dimensi penguraiannya. Aku mencuit pipi budak lelaki yang berbaring itu, dan aku dapati bebola matanya bergerak mengikuti jari telunjukku. Dia menyedari aku ada di sini.
Dah siap bereksperimen suara Krishnan yang terbit entah dari mana. Aku menoleh dan mendapati dia sedang menyorong longgokan buku yang penuh di troli. Berdecit-decit bunyi roda getahnya mencium lantai. Troli diberhentikan di sisi Mitchelle yang masih duduk umpama bertafakur itu. Tanpa mempedulikan Mitchelle, Krishnan menyusun buku-buku yang berlonggokan di atas troli itu membentuk satu bulatan yang mengelilingi Mitchelle. Bulatan yang cukup untuk memuatkan tiga orang.
Aku mengangguk lalu mendekati mereka. Sebelum aku menyertai Krishnan di dalam bulatan tersebut, aku menoleh ke arah budak lelaki yang masih terbaring di atas lantai itu. Matanya bergerak menyoroti pergerakanku dan entah mengapa, aku dapat merasa dia menggeleng. Dia mengisyaratkan agar aku tidak menyertai kelompok The Things ini.
Memikirkan ia hanya satu delusi, aku meneruskan perjalananku. Sebaik sahaja aku berada dalam diameter bulatan yang dibuat dari aturan buku, Krishnan mempercepatkan usahanya untuk menyusun buku-buku itu tadi.
Kelajuannya begitu luar biasa dan sudahnya, kami berada dalam satu igloo yang diperbuat daripada longgokan bukubuku tebal. Kegelapan menyelubungi semerta. Aku dengar mancis dinyalakan lalu landskap berubah. Aku kini berada di dalam sebuah bilik berkubah yang putih benar dindingnya. Krishnan dan juga Mitchelle telah duduk bersila sambil senyuman meleret di wajah mereka. Sementara itu, orangorang yang pegun, rak-rak buku dan setiap objek di dalam perpustakaan ini dikekalkan seperti asal. Aku memerhati kubah itu yang melangit tinggi. Indah benar reka bentuknya.
Krishnan menyalakan cerut di bibirnya dengan mancis yang menyala tadi, lalu menghembuskan asapnya ke merata tempat. Namun tidak pula dapat aku cium baunya.
Jari dipetik lalu senaskhah buku terbit di atas tapak tangan Mitchelle.
Buku ini menceritakan perihal Fermi. Paradoks Fermi. Mengapa tiada makhluk asing berinteraksi dengan manusia selama ini Ataupun, mengapa tiada makhluk asing dikesan bukti fizikalnya selama ini
Kini kami muncul di depan kau, selaku makhluk asing yang telah lama menjadi paradoks dalam perbincangan ilmiah ilmuwan bumi. Mengapa sekarang Mengapa bukan dahulu
Mitchelle menyelakkan buku itu. Setelah beberapa halaman buku diselak, dia tiba di mukasurat 56. Aku masih gagal mendapatkan informasi tajuk buku tersebut. Ia berkulit tebal dan tidak dicetak sebarang huruf ataupun gambar di depan mukanya. Hanya satu lembaran tebal berwarna biru dibalut baldu. Bebola matanya bergerak menghadap muka surat yang terselak menunjukkan pembacaan sedang berlaku. Namun ia tidak lama. Dia menghalakan muka surat itu kepadaku.
Apa yang aku nampak hanya kekosongan.
Permukaan kertas itu putih bersih tidak bertulis apa-apa.
Lalu aku bertanya kepadanya, akan motif perbuatannya itu.
Terdapat dua persoalan yang kami akan jawab, dan jawapannya tiada di dalam buku-buku yang kamu boleh mengerti dengan kapasiti otak yang kamu miliki kini.
Soalan pertama berbunyi berikut, mengapa tiada makhluk asing ataupun artifaknya, yakni, kami, dijumpai di bumi dan sistem suria ini
Soalan kedua pula berbunyi begini, mengapa tiada langsung tanda-tanda kewujudan kebijaksanaan yang lain dikesan di ruang alam semesta yang lain
Mitchelle berhenti seketika sebelum menyambung penerangan itu. Dia melepaskan buku dalam genggamannya lalu ia jatuh mencium lantai. Berdentuman bunyinya, melontarkan gema ke segenap ruang. Gema itu membuatkan orang-orang yang berada di meja masing-masing bergetaran. Mereka itu laksana boneka yang dijelmakan secara hologram, tetapi cukup satah-satah dimensinya untuk mengulit realiti.
Hakikatnya, manusia itu sendiri tidak mendengar dan melihat dengan teliti. Ah, tak boleh salahkan mereka juga. Setiap spesis yang melata di alam semesta ini masih belum mencapai tahap yang kami telah kuasai. Komunikasi agak sukar sebenarnya. Dan ini adalah kali pertama kami dapat berinteraksi sebegini dengan kamu, manusia tiba-tiba Krishnan menyampuk.
Manusia hanya ada alat bergelar kebarangkalian berdasarkan teori untuk masa kini. Ia amat menyedihkan kami. Kami dilabel selaku tidak wujud, hanya kerana manusia tidak dapat menafsir sesuatu yang di luar kemampuannya.
Dan kamu patut berbangga dapat berinteraksi dengan kami begini. Kami patut cuba menguasai aspek-aspek qualia sebelum ini agar perbincangan semesta dapat dikuasai lebih awal. Kehancuran sedang berlaku, Razali. Awak tak boleh halang kehancuran itu. Kami pula hanya mempertahankan beberapa kawasan khusus yang memadai untuk kewujudan kita untuk terus bertahan dalam alam semesta yang sudah berada di hujung usia.
Lupakan Fermi, Drake, Konstantin Tsiolkovsky dan ramai lagi saintis manusia! Mereka tidak dapat mengesan kewujudan kami dan memutuskan status kewujudan kami hanya dengan pengiraan matematik dan kebarangkalian mereka yang terbatas.
Kami wujud, dan kami perlukan bantuan setiap spesis yang berada di seluruh alam semesta ini. Hanya kita yang mampu halang kehancuran dengan mendeklarasi kewujudan kita pada alam. Kita mahu terus wujud. Dan ia akan terus kekal begitu, Razali
Mitchelle bangun lalu mendekatiku. Aku terpaku di atas lantai tidak mampu bergerak hatta sedikitpun. Aku mendongak dan cuba memahami mengapa aku tidak dapat bergerak tiba-tiba.
Qualia dapat diukur dan dikuasai. Untuk berhubung antara satu sama lain, kita harus menetapkan satu sistem parameter untuk mengukur tahap sesuatu yang diklasifikasikan oleh manusia selaku metafizik sebelum ini.
Oh ya, satu lagi sebab manusia tidak dapat menemui kami adalah definisi kehidupan dikira dari faktor biologinya. Bagaimana pula dengan kehidupan yang sudah melepasi tahap pos-biologikal dan menyerupai sesuatu yang mirip dengan persekitaran exoplanet yang didiaminya
Ingat Razali, untuk mengetahui semua ini, kami harus mengubah sifat biologi manusia itu secara paksa. Satu evolusi yang akan membawa kamu ke tahap kami. Dan kita akan boleh berkomunikasi dengan mudah seperti sekarang.
Kau sedar ke apa yang berlaku dengan diri kau
Mitchelle menunjal dahiku dengan jarinya. Seraya itulah aku rebah ke lantai yang dingin. Tidak cukup di situ, Krishnan segera mengheretku keluar dari ruang bahagian bacaan kanak-kanak dengan mengenggam erat pergelangan kakiku. Bunyi tubuhku bergeselan dengan lantai aneh. Seolah-olah tubuhku diperbuat daripada logam-logam yang bergerigi permukaannya.
Kau kini separa sibernetik! ujar Krishnan.
Dia mengheretku terus menaiki anak tangga yang membawa kami ke ruang bacaan orang dewasa. Bunyi logam bertembung dengan anak-anak tangga cukup lantang. Tiada kesakitan menyergah rasa, tetapi akibat hantukan demi hantukan itu, aku dapat membayangkan kesakitannya masih menular dalam memori.
Aku mengaduh biarpun tidak berasa sakit. Adakah aku sudah menjadi zombi filosofikal Aku masih percaya aku manusia biarpun bunyi-bunyi logam yang berdentingan tatkala bertembung dengan lantai ini cukup nyaring.
Sebaik sahaja aku tiba di tingkat atas, aku dicampakkan Krishnan ke arah rak-rak buku yang cantik kemas tersusun. Tatkala tubuhku merempuh rak-rak tersebut, aku berasa mual sedikit. Namun tiada kesakitan yang mengigit kulitku. Jasad ini kekal utuh tanpa sebarang kecederaan. Bunyi rak demi rak runtuh cukup bingit dan aku hampir-hampir percaya rempuhan ini akan meruntuhkan binaan ruang tingkat atas perpustakaan. Dalam timbunan buku-buku, aku berusaha sedaya upaya untuk menolak buku-buku yang menimpaku.
Krishnan sudah duduk di kerusi yang ditariknya dari meja kosong berhampiran. Dengan duduk menyilang kaki dia memerhati tindak-tandukku dengan pandangan acuh tak acuh, seolah menghina. Dia tersengih melihat aku terkialkial keluar dari timbunan buku tersebut.
Kini kau dah hampir setaraf dengan kami. Jadi apakata kita mulakan sesi kedua kita
Krishnan mendepakan kedua-dua belah tangannya. Tanpa mengubah postur kedua-dua belah tangannya itu, dia melangkah perlahan ke arahku. Ketika itulah aku dapat lihat perubahan demi perubahan berlaku ke atas jasadnya.
Aku akan diubah dari akar memori dan beberapa informasi baru akan dimasukkan ke dalam rangkaian memoriku yang asal. Apa yang akan terjadi nanti Aku jadi gerun seketika.
Hal ini berada di luar jangkauanku.