P-JUN - 6
Uzair menghendap dari celahan bangunan itu. Matanya begitu liar sekali melihat kenderaan yang lalu-lalang di atas jalan. Dia melihat ke langit. Langit begitu cerah disirami sinaran bulan. Namun, bulan kesunyian tanpa kehadiran bebintang yang sentiasa menjadi peneman di kala malam berlabuh.

Apabila bunyi siren polis kedengaran, dia menapak sedikit ke belakang, menggelapkan diri dalam celahan bangunan yang kelam. Tangan kanannya kejap memegang pistol laser sebagai persediaan kepada setiap kemungkinan.

Sial! Bagaimana aku hendak keluar Polis ada di mana-mana! bisiknya dalam keresahan.

Sesekali dia menyumpah-nyumpah dirinya kerana bertindak melarikan diri daripada Mahkamah Jenayah Kota Migi siang tadi. Tetapi, dia memang tidak bersalah. Dia memang telah dijadikan kambing hitam kepada jenayah yang tidak dilakukannya.

Dia masih ingat siang tadi, dia berusaha menyakinkan pihak hakim bahawa dia tidak membunuh Tuan Presiden Kota Migi. Dia telah diumpan oleh seseorang agar datang ke pejabat Tuan Presiden.

Masakan awak tidak bersalah! Sudah terbukti cap jari awak ada pada alat pembunuhan. Awak juga telah merempuh masuk ke dalam pejabat Tuan Presiden tanpa sebarang sebab. Malahan, awak berada di tempat kejadian ketika awak ditangkap. Itu tidak cukup lagi untuk membuktikan awak bersalah balas Tuan Hakim secara jelas.

Uzair menggeleng-gelengkan kepala. Dia tidak mempercayai segala bukti yang ada. Dia berasakan ada orang telah merancang semuanya sebelum ini. Perancang yang licik.

Peguam bela kepada Uzair tidak dapat berbuat apa-apa. Semua bukti menjurus kepada Uzair.

Cuba periksa semula. Maksud saya, periksa kamera televisyen litar tertutup yang ada dalam pejabat itu. Mungkin sudah berlaku pembunuhan sebelum saya masuk! pinta Uzair setelah dia melihat peguam belanya mengaku kalah. Biarlah jaksanya mengaku kalah tetapi dia tak akan berbuat demkian. Yang jahat tetap perlu dihukum.

Semua mata tertumpu pada skrin maya yang terletak di tengahtengah kamar mahkamah itu. Terduduk Uzair di kandang pesalah melihat rakaman video itu. Memang dia yang telah membunuh Tuan Presiden. Dia jugalah yang merempuh masuk pejabat itu tanpa sebab. Terbukti, dia yang bersalah.

Karut! Saya tak bersalah! Ini semua fitnah! Saya datang sebab Tuan Presiden yang panggil. Dia sendiri yang panggil! Uzair semakin beremosi. Dia tidak dapat lagi mengawal perasaannya. Tangannya memegang kuat besi yang dijadikan kandang pesalah. Air matanya tumpah satu persatu, laju membasahi pipinya.

Sabar, Uzair! Saya hanya menjalankan tugas dan saya bertindak atas apa yang saya dapat daripada segala bukti yang ada. Jadi, beri masa sedikit kepada saya untuk berbincang dengan pihak juri bagi menentusahkan kesalahan saudara, ujar Tuan Hakim cuba menenangkan keadaan.

Ah, penipu! Dasar kapitalis! Awak semua tahu menindas sahaja. Sengaja nak menganiaya diri saya!

Uzair terus melompat turun ke bawah. Dia merampas pistol laser yang tersisip di pinggang seorang polis. Dia melepaskan tembakan ke udara sehingga menghancurkan sebahagian siling kamar mahkamah itu. Dengan pantas, dia berlari keluar melalui pintu automatik yang berdekatan. Pihak polis mengejarnya. Dia seperti menjadi seekor haiwan buruan yang terlepas dari kandangnya.

Di celahan bangunan itulah tempat dia bersembunyi seketika. Di situlah dia menangis semahu-mahunya, menangisi segala musibah yang telah berlaku atas dirinya. Dia tidak tahu kenapa dia yang terpilih untuk dijadikan mangsa dalam kes ini. Apa salah dia Itu pun dia tidak mengetahuinya.

Dia menjenguk sekali lagi. Kereta peronda polis sudah pun berlalu pergi. Perlahan-lahan, dia keluar daripada tempat persembunyiannya dan melewati kaki lima jalan itu. Dia berkira-kira hendak mencuri manamana kereta elektrik yang diletakkan di tepi jalan.

Tiba-tiba, dia dapat melihat sebuah papan selaju yang ditinggalkan

di hadapan sebuah rumah. Tanpa membuang masa, dia terus mengambil papan selaju itu tanpa mengira sama ada tuan rumah terlupa untuk simpan atau tidak. Setelah menekan punat-punat tertentu pada papan selaju itu, dia melompat ke atas kenderaan itu. Perlahan-lahan papan selaju itu terapung sebelum meluncur laju.

Dia menuju ke selatan Kota Raya Migi. Dia perlu berjumpa dengan seseorang. Seseorang yang boleh membantunya.

Bella terkejut apabila Uzair berdiri di hadapan rumahnya. Badannya terketar-ketar menyambut kehadiran yang tidak disangka-sangka itu.

Uzair! Apa yang awak buat kat sini tanya Bella. Matanya liar memerhatikan ke sana ke mari. Dia khuatir kedatangan Uzair itu akan mengundang kehadiran pihak polis. Dia tahu status Uzair sekarang. Seorang pelarian mahkamah.

Maafkan saya kerana menakutkan awak, Bella! Tapi, saya amat memerlukan bantuan awak. Tiada siapa yang percayakan saya kecuali awak! Awak seorang, pujuk Uzair. Dia benar-benar mengharapkan gadis ini dapat membantunya. Dia perlu merungkaikan segala misteri yang menyelubungi dirinya.

Jeda seketika.

Bella menarik tangan Uzair masuk ke dalam rumah. Mereka meluru ke dalam bilik Bella. Bilik sederhana besar itu dicat warna biru dan disusun teratur. Katil diletakkan betul-betul di sebelah sebuah meja kecil yang memuatkan sebuah komputer. Skrin maya terapung-apung di atas meja itu.

Saya tak bersalah, Bella! Saya dijadikan kambing hitam oleh orang lain. Saya tak pernah buat jenayah tu, Bella! Percayalah saya! ujar Uzair sambil mundar-mandir di hadapan gadis itu. Bella diam sahaja. Dia masih nampak takut lagi.

Apa yang awak buat kat situ kalau betul awak tak bunuh Tuan Presiden tanya Bella. Matanya tidak lepas daripada memerhatikan gerak-geri lelaki itu. Perasaan ragu-ragu masih wujud dalam dirinya. Ada juga perasaan menyesal dalam hatinya kerana membantu Uzair.

Saya tak tahu! Seseorang telah menelefon saya. Katanya Tuan Presiden hendak jumpa. Saya, Pengerusi Badan Kepimpinan Universiti kita dijemput hadir. Tuan Presiden hendak membincangkan mengenai tuntutan Badan Kepimpinan untuk menjadikan bahasa negara kita sebagai bahasa rasmi di universiti kita. Bukan dengan menggunakan bahasa luar! Uzair berapi-api menyatakan apa yang berlaku.

Khali.

Uzair menyambungnya, berapi-api kembali, Bila saya sampai di ruang pejabatnya, saya lihat Tuan Presiden sudah pun terbaring di atas lantai. Pakaiannya berlumuran darah. Salah saya juga kerana merempuh masuk. Saya dah ketuk pintu tapi tak ada orang yang menyambut. Lagipun saya terdengar bunyi orang bergelut. Ruparupanya, semua itu adalah perangkap. Silap saya sekali lagi kerana menyentuh pistol laser yang ada berdekatan dengan Tuan Presiden!

Lelaki itu terduduk di satu penjuru bilik itu. Dia menangis lagi teresak-esak. Tiada rasa kekok diperhatikan oleh seorang gadis yang pernah menjadi buah hatinya. Perlahan-lahan, Bella bangun dan merapatkan diri ke arah Uzair. Dari tepi, gadis itu memeluk Uzair. Dahinya dirapatkan ke telinga lelaki itu. Dia cuba menenangkan bekas kekasihnya.

Sabarlah, Uzair! Pasti ada penyelesaian kepada semua ini. Mesti ada cara untuk menangkap bedebah yang cekap memerangkap kau itu. Pasti! ujar Bella lalu membelai rambut Uzair yang kusut masai setelah beberapa hari ditahan di lokap. Dia kelihatan tidak terurus semenjak ditahan oleh pihak polis tempoh hari.