BINTANG AL-NILAM DI LANGIT MENTAKAB - 6
Desas desus orang minyak menggila di kampung Pasir Rawa berjangkit ke mana-mana. Semua kawasan dan jajahan bercerita tentang kisah sama. Sebut sahaja di mana, kantin, kebun, sekolah, kelas malah seluruh bilik guru semuanya akan bersungguh-sungguh bercerita tentang seramnya orang minyak yang mengganas.

Leman duduk kemas menanti cikgu memasuki kelas. Dilihatnya keletah Nurul yang masih lagi membaca dan tidak terbawa dengan keriuhan kelas. Sekejap-sekejap Nurul menyelak helaian buku yang dibaca, kadang-kadang berkerut kadang-kadang ketawa kecil. Leman ikut senyum melihat wajah itu bergembira dengan alamnya.

Nurul, balik nanti jomlah ikut kami ke rumah Mak Lang, boleh beli aiskrim! ajak Bahari. Nurul menggeleng tetapi senyum, Leman hanya memandang sipi-sipi. Acah-acah tidak ambil tahu tetapi mengharap seribu ya dari Nurul.

Loceng rehat jam 10.00 pagi berbunyi. Leman mengeluarkan bekal dari bawah meja dan mengekori Faduli ke kantin sedang Bahari sudah pun laju berlari beratur membeli makanan.

Nah, sudu kau. Itu lauk kau, mak aku dah siapkan dua bekas, Leman menghulur satu bekas plastik putih kepada Faduli. Memang sudah terbiasa mereka berdua ini membawa bekal dan berkongsi makanan. Kadang-kadang Mak Cik Cah akan sediakan, kadang-kadang Mak Cik Vijaya. Dua-dua saling melengkapi antara satu sama lain.

Sedang Faduli menyuap makanan, Leman memberi senyum kepada Nurul yang duduknya setentang di meja perempuan. Kemudian, Nurul menyuapkan epal merah ke dalam mulutnya dan mengunyah perlahan-lahan.

Epal Mana dia dapat buah itu dalam kampung kita ni tanya Leman.

Mestilah dia boleh dapat, Tok Penghulu kan selalu ke Temerloh. Kita ini nak sampai ke pekan Mentakab pun susah.

Leman mengangguk. Tak sangka budak bernama Nurul ini meminati buah merah yang kononnya paling berkhasiat dari negara orang putih. Ternyata jika beliau dapat hadiahkan epalepal merah yang dijual secara lambak di Pasaraya Pahang Temerloh pastinya dapat memikat hati Nurul. Leman memasang strategi untuk ke Temerloh. Di perhatikan waktu bila bas Union melalui kampung, kemudiannya barulah dikira berapa duit di dalam tabung.

Usai sahaja persekolahan, Leman berlari balik ke rumah. Dihempaskan tabung dan berderailah kaca-kaca di seluruh bilik. Mak Cik Vijaya yang sedang mengangkat jemuran terpingapinga.

Baru sahaja Mak Cik Vijaya masuk ke dalam rumah dan mahu melihat apa yang berlaku, Leman lantas keluar dan memecut ke persimpangan stesen bas kampung. Sedang berlari-lari dan berhajat mahu mendapatkan bas yang waktunya paling hampir, pandangannya terpana ke Cilawagi Tujuh. Leman berhenti. Memandang betul-betul apa yang dilihatnya. Duit syiling yang kemas dipegang dibalut dengan sehelai kain yang dibungkus pula plastik kecil itu dipegang erat. Leman berjalan perlahan menuju ke Cilawagi Tujuh. Berdebar-debar. Di antara sedar atau tidak Leman memberanikan diri mendekati apa yang dilihatnya tadi.

Leman mengatur langkah perlahan, kemudian berdiri sambil melekapkan belakang badan di dinding Cilawagi. Kepalanya dipalingkan ke kanan dan memandang ala James Bond sedang menyiasat. Ya Tuhan, ini seakan orang minyak! Leman memberanikan diri untuk melihat dengan lebih dekat. Sekujur tubuh hitam pekat yang beliau nampak tadi masih terhincuthincut berjalan kini sudah pun terbaring di dalam Cilawagi. Berdengus-dengus bunyi nafas lembaga tersebut. Leman terketar-ketar.

Manusia yang ditakuti itu sedang mengerang sakit. Nafasnya laju dan wajahnya sedang menahan-nahan sesuatu. Sakit barangkali.

Akhirnya dibacanya ayat Kursi berulang kali. Sudah rasa mahu terkencing, akhirnya Leman berlari sekuat hati menuju ke rumah. Tidak dihirau lagi cantiknya Sungai Semantan, epal merah untuk Nurul dan duit-duit yang ada ditangannya. Yang penting sampai ke rumah dan mendapatkan ayahnya. Abaaahhhh!! Abaaaahh!

Leman Ya Allah, kenapa Leman Mak Cik Vijaya menekup wajah anaknya dan minta ditenangkan. Kenapa Ni, kenapa Cikgu Muhammad keluar dan mendapatkan Leman.

Abah, tadi orang nampak orang minyak kat Cilawagi bah.

Hah Kamu cakap betul ni

Betul bah, dia sakit, dah tak boleh jalan, macam dah nak mati bah.

Cikgu Muhammad lekas menyarung seluar. Dicampakkan sahaja kain sarung yang dipakainya tadi dan terus menuju ke rumah Tok Penghulu.

Polis, Tok Penghulu dan seluruh kampung berkumpul di hadapan Cilawagi Tujuh. Sudah macam pesta hampir seluruh penduduk Pasir Rawa mahu melihat sendiri manusia yang dicari-cari selama ini ditangkap di depan mata. Ada yang berwajah takut, ada yang menutup muka dengan satu dua jari dibuka dan mahu melihat juga. Ada juga yang memaki hamun dan terjerit-jerit gembira. Semua lengkap.

Manusia berjiwa hantu ini ditangkap dan digari polis. Memang ya sungguh hitam. Entah minyak apa yang digunakan, memang gelap gelita dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki. Matanya sahaja yang putih. Badannya seakan melekit-lekit dengan minyak yang disapu ke seluruh badan dan ia cukup menjijikkan.

Akhirnya orang minyak yang dicari-cari selama ini dapat ditangkap. Orang minyak tersebut sudah cedera teruk walau terlepas dari ditangkap baru-baru ini. Tidak semena-mena Leman diangkat menjadi juara kampung. Beberapa kali Tok Penghulu dan tuan polis mengucap tahniah dan terima kasih kepadanya. Seantero penduduk kampung menepuk-nepuk bahu Leman dan menyorak bangga. Mak Cik Vijaya dan Cikgu Muhammad tumpang bangga. Sedikit-sedikit memuji kehandalan anaknya dan mengiakan peribahasa bapa borek anak rintik.

Tok Penghulu berjanji mahu menziarahi Leman dan keluarga dan memberi sedikit cenderahati kerana membantu seluruh penduduk kampung. Sedang semua itu berdrama panjang, Nurul memerhatikan sahaja keletah Leman yang semakin tidak senang duduk. Leman sudah kembali teringatkan epal merah. Sekejap-sekejap pandangannya tunduk, sekejap-sekejap dilihat jam di tangan kanannya, bimbang terlepas bas.

Duit syiling yang dipegang masih di tangan. Saat mahu kecewa kerana tidak dapat membeli epal di pasar raya besar di Temerloh, tiba-tiba Nurul menerpa. Hebatnya kau tangkap orang minyak.

A Aa Aa Ttakk ttaaakk adalah, ke keee betulan... Leman kelu. Dicuba juga bercakap tetapi lidahnya tersangkut-sangkut. Nurul terus berlalu bersama ibunya dan Tok Penghulu. Leman berlari balik ke rumah dan memeluk erat duit syiling. Epal sudah diganti dengan wira kampung. Kini Leman hero.

Faduli dan Bahari ikut memasuki bilik dan ketawa melihat keletah Leman yang masih lagi tersenyum memandang syiling kayu berpetak-petak dengan framing ranting kecil.

Nurul tegur kau tadi kan Ha ha habislaaah sudah angau! Usik Bahari.

Kau jangan main-main sama Leman sekarang Baha, dia sekarang wira kampung kita! Ha! Ha! Ha! tambah Faduli. Leman tidak terkata. Hanya ikut ketawa walau dalam hati masih kuat tentang apa yang keluar dari mulut Nurul sebentar tadi. Tentang ayat. Tentang suara. Tentang ambil tahu. Tentang semua.

Saban hari di sekolah semua orang mengangkat Leman sebagai hero. Di perhimpunan, di dalam kelas malah di kantin Leman terus menerus mendapat pujian. Dari budak kecil yang dianggap paling kenit di dalam kelas, kini Leman sudah besar dengan nama yang ada padanya. Lebih lagi dia anak guru besar sekolah yang sama.

Sesekali Cikgu Muhammad dan beberapa guru lain menasihati Leman supaya terus belajar dengan baik dan tidak mengambil terlalu tinggi pujian-pujian sebegitu. Sungguhpun begitu, Leman tetap tenang dan bersahaja.