Ramlan dan Suhaili terus mencari jalan keluar. Sudah lama mereka berada di lorong tersebut. Setiap kali mereka berasa mampu keluar, penghujung lorong itu tersekat jalan mati.
Suhaili telah beberapa kali menghela nafas panjang. Ramlan tahu, wanita itu tidak berpuas hati tetapi tidak tahu bagaimana hendak melepaskan kemarahannya.
Hanya ada satu cara. cari jalan mula kita datang tadi. Orang ramai tentu masih mengerumuni mayat pe minta sedekah itu sebelum polis datang, kata Suhaili. Matanya melilau ke merata arah.
Mungkin juga polis dah sampai, kata Ramlan dengan kecewa.
Jangan memperlihatkan kebodohan kau. Kau adalah peguam. Kau tentu tahu, setiap kali polis datang untuk satusatu kes, mereka akan datang dengan siren. Dan kalau ada siren, bermakna kita boleh mendengarnya, marah Suhaili.
Ramlan terdiam. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia jadi begitu benak. Sedangkan dia pernah dipuji kerana kehebatannya mengendalikan kes di mahkamah.
namun adakah kedatangan polis di sebuah bandar ke cil yang hanya dihuni oleh beberapa ratus orang pen duduk itu akan mengeluarkan sebarang siren Tambahan pula ti dak banyak kenderaan di bandar itu yang boleh meng halang laluan polis. Dan yang paling penting, polis di band ar itu besar kemungkinan tidak memiliki kereta peronda bersiren.
Suhaili dan Ramlan tidak berbual lagi. Mereka terus ber jalan. Kepenatan telah menyerang hampir segenap pelusuk tubuh mereka. Penat lelah mereka terbayar juga akhir nya. Mereka telah menemui suatu tanda. Petanda yang membolehkan mereka keluar dari tempat itu tiang lampu berwarna merah!
Ramlan menarik nafas panjang. Kelegaan; hampir se pa ruh daripada tenaganya telah hilang. Mereka mungkin telah berjalan sejauh sepuluh kilometer.
aku yakin, jalan inilah yang menuju ke banglo kita, kata Suhaili. Kita cuba jalan ini.
Ramlan merenung jalan yang kelihatan gelap dan lengang dengan perasaan serbasalah. nampak lain macam saja. Kenapa pula Ramlan berpaling.
Takkan orang ramai dah balik Lagipun tiang lampu merah tu, kita jumpa berhampiran dengan kawasan ber pagar zing. Tapi pagar zing tu...
Mungkin tak jauh dari sini, Suhaili memotong katakata Ramlan dengan pantas.
Mungkin untuk mengelakkan daripada bersoal jawab lebih panjang dengan peguam muda itu, Suhaili me lang kah. Meninggalkan Ramlan yang masih berdiri sambil memandang sekeliling.
Ramlan tidak mempunyai pilihan lain. Dia terpaksa juga melangkah, walaupun bukan itu yang dia mahu. Perasaan serbasalah masih menyerang segenap pelusuk hatinya.
Siapa yang tidak serbasalah kalau terpaksa berhadapan dengan situasi ganjil seperti sekarang
Mereka berjalan sehingga tiba suatu selekoh di sebuah ba ngunan. Dan di sebalik selekoh bangunan yang tegak berdiri itu, suasana bertukar menjadi suram. Lampulam pu jalan yang menjadi ganti fungsi matahari, tidak mampu mem bantu memberikan cahaya yang mencukupi. beberapa orang yang ada di situ memandang
mereka kemudian kembali mengerling ke arah wanitawanita ber mekap tebal. Wanitawanita itu begitu setia menunggu pe lang gan di tepi dinding bangunan yang berlumut.
bodoh! Suhaili mempercepatkan langkahnya.
biarlah. itu kan satu daripada cara mereka mencari keseronokan berbeza dengan orang seperti kau, mereka mencari keseronokan murah walaupun terpaksa menanggung risiko dijangkiti aiDS, lembut Ramlan menuturkan katakatanya.
Suhaili mengerling dengan ekor matanya. Memerhati ke arah manusia yang bergerak dan beredar ke belakangbelakang pintu hotel murahan yang bertaburan di lorong tersebut.
Seumur hidupnya, inilah kali pertama dia berjalan di lorong maksiat. Hidupnya yang diselubungi kemewahan membuatkan dia terlupa pada realiti kehidupan yang lain. Dan sekarang, dia berada di ambang realiti sebenar. Se suatu yang tidak pernah terlintas di fikirannya sebelum ini.
Puan Suhaili! Halus dan nyaring suara itu memanggil.
Suhaili dan Ramlan berpusingpusing. Mereka cuba mencari orang yang memanggil nama Suhaili sebentar tadi. namun orang itu tidak kelihatan.
Puan Suhaili!
Seorang pengemis, berpakaian compangcamping, keluar dari celah orang ramai. Janggutnya seperti jerumbai tandan buah enau, separas dada. Tangan dan kakinya yang terdedah, berlumur daki. Sebuah bakul rotan dibimbitnya.
Pengemis itu berjalan ke arah Suhaili dan Ramlan. Suhaili dan Ramlan saling berpandangan antara satu sama lain. Mereka yakin, lelaki itulah yang memanggil nama Suhaili sebentar tadi.
Kan aku dah cakap, kawankawan pengemis yang tadi tu akan cari kau. Kau tentu dah percaya sekarang, kan tanya Ramlan kepada Suhaili.
Suhaili terdiam. Dia dapat merasakan kelainan pada lelaki compangcamping yang mendapatkan mereka itu. Lelaki itu bukanlah pengemis biasa seperti sangkaan Ramlan. Malah Suhaili turut merasakan ada pandangan tajam yang mengarah ke arah mereka. cuma dia tidak tahu, dari manakah pandangan itu datang.
Mereka kini berada betulbetul di bawah cahaya lampu.
Ya allah! jerit Suhaili. Tanpa disedarinya, tangan nya sudah berpaut pada lengan Ramlan.
Pengemis itu mendekati mereka. berdiri di hadapan Suhaili dan Ramlan tanpa rasa rendah diri.
Puan Suhaili.... Sudah lama saya menantikan keda tangan puan. Tolonglah! Puan perlu mendengar nasihat saya. ambillah ular ini! Tolonglah Puan
Suhaili! inilah yang dimaksudkan oleh Salman di dalam nota ringkasnya. Salman telah menemui lelaki ini. Dan sekarang giliran mereka pula. entah mengapa, Ramlan cuba menghubungkaitkan dengan kejadian sesat tadi. namun dia masih tidak nampak apakah kaitan dengan pembunuhan pengemis malang itu.
Suhaili dan Ramlan tidak dapat melarikan pandangan mereka daripada bakul rotan yang berada di tangan lelaki tua tersebut. Mereka tidak langsung tertarik dengan lelaki tua yang berbadan hapak itu, walaupun kemunculannya adalah secara tibatiba.
apa yang kau hendak dari Suhaili
Saya hendak bercakap dengannya. Dia dalam baha ya.
Ramlan berpusing kepada Suhaili dan berbisik, Tak ubah macam jalan cerita dalam sebuah novel misteri. Mungkin lepas ni, dia akan beritahu yang
kita bakal ter kena sumpahan. Ramlan tersenyum.
Suhaili sedikit pun tidak terusik dengan katakata Ram lan itu. air mukanya kelihatan begitu serius.
Dia te lah tahu tentang apa yang menantinya. cuma dia tidak menj angkakan, dia akan menemui sesuatu yang benarbenar memeranjat. Dia tidak sangka akan berhadapan dengan situasi ganjil yang tidak dapat dijangkau dengan logikal pemikiran. bakul rotan di tangan pengemis tua itu bergerak
gerak. Mungkin benda yang berada di dalam bakul tersebut kepanasan ataupun ingin mencari udara segar.
Suhaili masih mampu memandang walaupun dia semakin dilanda ketakutan.
bukan... bukan kita... aku... dia maksudkan aku. Mungkin Salimah juga pernah mengalami keadaan yang serupa.
bagaimana dia tahu kita ada di sini
aku tak tahu.
agaknya Salman yang beritahu dia
Tak mungkin! Salman lebih takutkan ular dari aku.
Ramlan memandang pengemis tua. Hei, lebih baik kau berambus dari sini! Kami tak ada urusan apaapa dengan kau. Pergi! Kalau kau degil sangat, aku panggil polis.
Pengemis itu tidak menghiraukan amaran Ramlan.
Puan Suhaili. Suaranya menjadi bertambah perlahan. Tolonglah Puan Suhaili! Saya tahu mengapa puan ke sini. Puan sering gelisah. Puan bimbang kalau puan tak dapat berjumpa dengan saudara perempuan puan, kan
Ramlan tertarik dengan katakata lelaki tua itu.
Seka rang baru dia sedar, lelaki tua yang berdiri di hadapan mereka, adalah seorang manusia misteri. bukannya seo rang pengemis biasa yang mereka lihat terbaring di tepi jalan mengharap simpati.
Lelaki tua itu ada satu misi. Lelaki tua itu mempunyai segala kunci kepada masalah pencarian mereka. Malah lelaki tua itu mungkin akan mencerahkan peluang mereka untuk menemui seseorang Salimah! buat pertama kali Ramlan merenung dan meneliti wajah lelaki tua itu. Wajah lelaki itu semakin dimamah usia. Retak kedut jelas kelihatan walaupun hanya berte mankan lampu jalan yang malap di belakang sebuah lorong maksiat.
Lelaki itu tidak mempunyai gigi lagi. Malah dia juga tidak berbiji mata. bulu matanya seakan tergantung sekali pandang tidak ubah seperti kain buruk di ampaian dan di dalam soket matanya... sesuatu bersinar merah!
Serentak dengan itu, tedung hitam yang tadinya hanya bergerak, kini menjengulkan kepala dan menjalar keluar. Lidahnya terkeluarkeluar. Ular itu berdesis.
Suhaili terperanjat. Dia bergerak ke kanan dan ber un dur beberapa langkah. Sedangkan Ramlan sendiri... dia terlalu terpempan untuk terus bergerak.
Pengemis tua itu bagaikan mengetahui pergerakan Suhaili. Dia terus mengatur beberapa langkah dan seiring dengan pergerakan Suhaili sendiri.
Puan jangan khuatir. Ular ini akan menolong puan. Puan dan kawan puan akan menemui kematian dan kega galan. Puan tak akan mendapatkan apa yang puan hajatkan, bahkan puan akan menjadi sebahagian daripada me reka di gunung itu, ujarnya lagi. begitu tenang dan yakin.
Orang ramai yang tadinya tertarik untuk melihat pelacurpelacur tua, kini mengalihkan perhatian. Seorang wanita dan seorang pemuda sedang berhadapan dengan seorang pengemis tua bersama tedung hitamnya, itu adalah lebih baik daripada melihat daging hidup yang memberi nikmat dengan hanya beberapa keping wang ker tas.
Ular ini boleh menolong Suhaili mengerutkan wa jah nya. Ramlan tidak pasti sama ada Suhaili memper ca yai katakata pengemis tua itu atau sebaliknya.
Ular ini akan menyelamatkan puan. Puan akan men dapat pandangan kedua daripada ular ini. Ular ini tahu apa yang akan berlaku dan ia boleh mengelakkannya daripada menimpa puan.
Suhaili terlalu tergamam untuk menjawab penjelasan pengemis tua itu. Malah dia sebenarnya langsung tidak faham dengan katakata tersebut.
Puan perlukan pertolongan. Saudara perempuan puan masih di gunung itu. Dia sedang menanti kedatangan puan. Hidupnya dikelilingi udara kematian. Kematian yang tak pernah diundangnya. Kematian yang bersebab dari dirinya sendiri.
Orang ramai yang mengerumuni mereka hanya men de ngar tanpa sebarang ulasan. Mereka mahu tahu apakah yang akan berlaku seterusnya.
Segalagalanya berjalan secara perlahan tetapi lancar.
Wanitawanita bermekap tebal dan berpakaian seksi, mencebikkan bibir masingmasing. Mungkin mereka bera sakan katakata lelaki tua itu adalah saingan mereka yang baru. atau boleh jadi juga mereka jijik melihat lelakilelaki yang sepatutnya ghairah terhadap mereka bertukar rentak. Mereka tidak lagi tertarik dengan perempuan berdada besar dan separuh terdedah. Mereka lebih tertarik dengan seorang pengemis yang membawa binatang bisa dengan bau busuk mengitari seluruh badannya.
Suhaili menatap sebentar bakul yang dibimbit oleh pe ngem is tua itu. Kemudian pandangannya beralih ke wajah pengemis tua.
Pengemis itu tersenyum. Kelopak mata yang terpero sok dan hanya sedikit ruang untuk cahaya merah dilihat, bergerak. Senyumannya... tiada perumpamaan yang bo leh diberikan; mesra dan menyejukkan sesiapa yang mena tapnya.
Orang ini begitu mengambil berat tentang aku. Siapa dia dan apa yang dia mahu apa maksud semuanya ni Suhaili bertanya di dalam hati.
Tedung hitam yang terkenal dengan bisanya, kini menunjukkan keseluruhan tubuhnya yang bersisik, berkilat. Tubuhnya yang gemalai, membeliti pergelangan tangan tuannya. Kepalanya dijulur ke dagu tuannya dan menjilat dengan cabang lidahnya.
Tengoklah! Ular ini tidak membahayakan walaupun bisanya boleh membunuh seorang manusia dalam masa 30 saat.
Ular itu berdesis lagi. Seolaholah bersetuju dengan pendapat tuannya.
Suhaili memegang lengan Ramlan dengan erat. Ramlan! Jauhkan dia dari aku. aku tak mahu dipagut ular itu!
Dia buta Suhaili.
Ya... aku tahu... aku nampak.
bagaimana dia boleh mencari kita bagaimana dia boleh tahu ke mana dia harus pergi dan dengan siapa dia harus bercakap
Ramlan! Tolonglah! Mari kita beredar dari sini.
Suhaili melepaskan pegangan pada pergelangan ta ngan Ramlan. Dia mula menghayunkan langkah mening galkan tempat itu.
Suhaili! aku rasa aku tahu apa yang pengemis ini maksudkan. Mungkin dia nak suruh kau mengalaminya sendiri, sama seperti yang berlaku pada Salimah dulu. biarlah ular ini menyen tuh kau. Ular ini tidak akan memagut kau. Dan kalau ia pagut, aku tahulah apa yang harus aku buat dengan penge mis tua ni, kata Ramlan tanpa memandang ke arah Suhaili yang melangkah pergi.
Suhaili berhenti. Dia melemparkan pandangan ke arah tedung hitam, pengemis tua dan Ramlan. Ketakutan mem buatkan wajah Suhaili berubah menjadi pucat. Tedung hitam yang bermain mesra di tangan tuannya, membuatk an Suhaili menarik wajah ngeri.
Dia berundur beberapa langkah. Orang ramai yang mengerumuni mereka, memberi laluan kepada Suhaili. Dia cuba membuatkan Ramlan mengekorinya seperti selalu. Tetapi tindakannya itu tidak berjaya mempengaruhi Ramlan. Ramlan begitu asyik dengan tedung hitam dan tuannya.
Suhaili... aku rasa kau patut ikut nasihat orang tua ini, kata Ramlan tanpa memandang ke arah
Suhaili.
Puan Suhaili! betul katakata kawan puan ini, kata pe ngem is tua dengan nada sedih. Saudara puan sebe narnya sudah mati.
Tidak semenamena dia menarik lengan baju Suhaili. Suhaili tidak sempat mengelak. Malah dia tidak sempat melarikan diri. Pergerakan pengemis buta itu terlalu pantas.
Dia hampir menangis. bukan kerana perbuatan pengemis itu tetapi kerana katakatanya.
Tidakkah kau tahu, kalau Salimah sudah mati, aku akan kehilangan RM90 Juta bagaimana kau tahu semua ini Siapa yang menyuruh kau mengekori aku Suhaili ingin mengutarakan semua soalan tersebut kepada pengemis tua aneh. namun keadaan di sekeliling nya tidak memungkinkan dia bertanya. Keadaan di sekeliling yang terlalu kelamkabut. Terlalu...
Suhaili mencari kekuatan untuk menjerit. Pandangannya liar. Dia ingin meronta tetapi pegangan pengemis itu terlalu kejap. Dia cuba mencakar muka pengemis tersebut. Dan lima jarinya sudah mendarat di muka pengemis itu. Di tempat yang sepatutnya terdapat biji mata!
Suhaili menggigil.
Saya boleh melihat walaupun tanpa mata, puan. Saya mendapat bantuan ular ini.
Pergelangan tangan Suhaili ditekan kuat ke soket matanya.
Tekan kuatkuat puan. Jangan takut! Saya masih boleh melihat. Kalau puan mahu, saya boleh bagi keajai ban ini kepada puan.
Ular itu mula menjalar dari lengan tuannya kepada Suhaili.
Suhaili menjerit. Kegelian. Satu kekuatan muncul di otot kakinya. Dia meronta dan berjaya melepaskan diri. Pantas menyelitkan dirinya di celahcelah orang ramai yang berkerumun, kemudian menghilang.
Ramlan memandang gerakgeri Suhaili kemudian memandang ke arah pengemis tua yang masih lagi berdiri.
Datang ke banglo kami nanti. ada benda yang hen dak dibincangkan dengan kau. Ramlan menyeluk saku seluarnya; mengeluarkan beberapa keping wang kertas dan meletakkan semuanya di atas tangan pengemis buta kemudian mengekori jejak Suhaili yang sudah menjauh.
Dan ketika yang sama, seorang pemuda tersenyum senang melihat peristiwa yang berlaku di lorong tersebut. Pisau bergerigis tajam dikeluarkan dari sisipan di ping gangnya.
Suhaili.... Tengoklah macam mana aku bertindak bagi pihak kau!
Dia berjalan perlahanlahan. Orang ramai yang ber keru mun sebentar tadi, kini sudah menjauh dan mula mendekati pelacurpelacur yang masih menunggu pelang gan yang seterusnya.
Dia terus berjalan dengan pantas. Pisau besar tajam bergerigis terhunus. Dia tahu, di dalam keadaan sekarang, tidak seorang pun daripada orang ramai akan menum pukan sepenuh perhatian terhadapnya. Mereka tidak akan mengambil tahu apa yang akan dilakukannya. Sebaik sahaja dia merapati pengemis tua yang terus berdiri kaku seperti patung dengan tedung hitam menju lur kan kepala ke arahnya, pisau besar itu terus dirodokkan ke rusuk lelaki itu.
Tiada jeritan. Tiada juga suara kesakitan.
Lelaki tua itu rebah. Darah mengalir di lorong hanyir. Dan dia terus menghilangkan diri.
Orang ramai kembali berkerumun. Kali ini mereka me li hat satu kejadian ngeri yang tidak disangka. Satu lagi pembunuhan berlaku.
Tedung tadi tu, mana pula perginya salah seorang daripada mereka bertanya.
Tiada siapa pun yang tahu ke mana tedung hitam itu menghilang. Malah ketika tedung itu menyusur dan menghilang di celah longkang berhampiran lorong hanyir itu, tidak siapa pun yang sedar.