Dia akui agak terhibur semasa acara menari dan berebut kerusi. Malah dia dan Khairul Rasheed pun ikut sama makn. Sepuluh orang berkumpul di tengah ruang, sembilan kerusi diletakkan. Kemudian muzik berkumandang dan semua orang mulai menari. Apabila muzik berhenti, mereka berebut untuk duduk di kerusi. Sesiapa yang tidak dapat duduk akan terkeluar. Begitulah setiap pusingan, sebuah kerusi diambil dan seorang peserta terkeluar. Akhirnya tinggal satu kerusi dan dua orang peserta berebut kerusi yang sama. Situasi jadi lucu dan gamat apabila masing-masing ingin berebut kerusi yang itu. Malang bagi peserta akhir apabila berebut dan terjatuh ke lantai. Sementara peserta wanita menang dalam acara itu.
Awak seronok tak kat majlis tu tadi tanya Khairul Rasheed semasa mereka dalam perjalanan pulang.
Kharlissa tersenyum. Dia akui belum pernah menghadiri mana-mana majlis hari jadi yang meriah begitu. Namun dia tidak dapat melupakan wajah Dato Emmer. Wajah itu kini menari-nari di ruang matanya.
Ya, saya terhibur. Pertama kali menghadiri majlis hari jadi yang meriah. Selain tari-menari, acara berebut kerusi tu memang lucu.
Sebelum ni awak tak pernah pergi party tanya Khairul Rasheed tidak percaya.
Bukan tak pernah tapi party tadi tu memang berbeza sikit dari majlis-majlis yang pernah saya hadiri, jawab Kharlissa, Awak kenal rapat ke dengan Dato Emmer
Kharlissa sudah terlalu ingin tahu mengenai lelaki itu. Alang-alang Khairul Rasheed mengenalinya, jadi tak salah jika dia cuba mengorek sedikit maklumat.
Dia kawan keluarga kami. Saya kenal seluruh keluarganya. Dia hebat.
Ya, memang saya tahu dia hebat. Sekali pandang saja saya tahu dia orang yang berkarisma, elegen, bijaksana dan kaya. Pasti dia bukan sebarang orang. Betul tak first impression saya ni tanya Kharlissa.
Wow! Melambung tingginya pujian awak untuk Dato Emmer. Awak tertarik dengan dia ke Dia dah berumurlah, sebaya ayah saya. Lagipun dia ada dua isteri. Masih ramai lagi orang muda yang menarik dan bergaya. Macam saya ni masih bujang trang tang tang. Walaupun tak kaya, tapi gaji saya empat angka tau! kata Khairul Rasheed seperti mempromosi diri sendiri sahaja.
Kharlissa tertawa mendengar kata-kata Khairul Rasheed.
Khairul Rasheed ikut ketawa apabila menyedari dia bagaikan disambar api cemburu.
Tak nak singgah mana-mana dulu sebelum balik rumah Minum kopi dan snek tanya Khairul Rasheed, segera menukar haluan perbualan.
Kereta terus dipandu laju meninggal Lebuhraya Persekutuan. Mereka menuju ke pusat kota. Perjalanan lancar. Malam kian larut dan kereta agak berkurangan di sepanjang jalan.
Nak pergi mana lagi dah tengah malam ni tanya Kharlissa.
Kita pergi minum kat mana-mana. Malam minggu macam ni restoran dan kafe buka sampai ke pagi.
Tak naklah. Saya masih kenyang, Kharlissa menolak dengan sopan.
Sebenarnya dia tidak sabar untuk pulang. Dia ingin membuka kembali envelop yang dikirim Maxy, ingin memastikan segala yang bermain dalam fikirannya tidak benar. Hanya satu khayalan. Dia fobia bergaul dengan orang ramai. Dia sudah biasa bersendirian.
Tiba sahaja di rumah, Kharlissa terduduk apabila dia mengeluarkan gambar bersaiz 5R yang dikirim Maxy. Gambar close-up wajah lelaki itu direnungnya dengan mata tidak berkelip. Memang gambar itu adalah gambar Dato Emmer. Seseorang mahu lelaki itu mati dan Kharlissa bakal membunuhnya.
Kharlissa memegang kepala yang tiba-tiba berdenyut. Dia meletakkan gambar itu dengan kasar ke lantai. Pandangannya mulai kelam dan kabur digenangi air mata. Dia tidak sanggup untuk membunuh lagi. Tidak! Dia sudah berjanji pada dirinya sendiri bahawa dia tidak akan memegang senjata api buat selama-lamanya. Dia tidak ingin menjadi Carra yang kejam seumur hidup.
Tuhan! Izinkan aku kembali menjadi Kharlissa yang bersih. Kharlissa yang suci. Kharlissa yang sudah pun jatuh cinta pada Khairul Rasheed. Kharlissa berseru dan air matanya mengalir perlahan.
Kharlissa menggagau telefon bimbit yang disertakan dalam kotak kiriman Maxy. Dia menekan punat, mencari nombor telefon. Terlihat satu nombor di dalam phone book telefon bimbit. Dia terus menekan nombor itu kerana dia yakin dan pasti pada nalurinya. Nombor itu akan membawa dia kepada Maxy.
Hello! Suara garau Maxy akhirnya menyapa gegendang telinga Kharlissa.
Telinganya dapat jua menangkap suara hingar bingar di belakang Maxy. Maxy berada di dunia yang lagi satu. Dunia barat yang waktunya berbeza dengan di Asia. Pasti Maxy masih berada di negara Uncle SAM.
Aku tahu kau akan contact aku akhirnya. Tapi mengapa begitu lambat kau call aku, Carra Aku menunggu panggilan kau sepanjang minggu ni!
Max, aku tak mahu melakukannya lagi, kata Kharlissa dengan tegas.
Carra, kau pekerja terbaikku. Aku tak boleh dapat pengganti yang lebih baik dari kau. Jadi, aku harap kau pertimbangkan tawaran ni sebaik-baiknya. Upahnya sangat lumayan.
Ini bukan soal bayaran Max. Ini adalah soal prinsip dan janjiku pada diri sendiri.
Carra... Carra! Kau tak perlu lakukannya segera. Take you time, babe. Tak perlu gopoh. Aku beri masa tiga bulan. Yang penting kau lakukannya dengan apa cara sekali pun.
Bukan juga soal masa Max! Berapa kali aku bagitahu kau yang aku dah tak mahu lagi kerja tu! Aku sendiri jijik mengenangkan betapa kejamnya aku. Kau dah janji untuk benarkan aku pergi hidup dengan aman damai di sini. Di tempat aku dilahirkan.
Janji boleh saja dimungkiri sayang, jawab Maxy sambil tertawa kecil.
Im done! Tapi mengapa kau masih lagi mahu aku melakukannya
Takkah kau rasa kerja tu dah sebati dengan kau, Carra
Kharlissa terdiam. Memang dia akui pekerjaan yang satu itu amat sebati dengannya. Dia tidak punya kemahiran lain, selain dari menggunakan senjata api. Sejak berusia sebelas tahun Maxy telah mendidiknya memegang senjata api. Mengajar dia menembak. Dia menjalani latihan bagaikan seorang pelatih askar. Akhirnya dia muncul menjadi seorang yang terkuat dan termahir. Dia menjadi kesayangan dalam organisasi jenayah terancang yang diterajui Maxy.
Masih diingatinya dengan jelas segala yang berlaku. Dia memang terhutang nyawa pada Maxy. Lelaki itu yang menarik dia dari kegelapan dan menghadapi cahaya. Tanpa Maxy dia pasti sudah mati. Dia tidak akan hidup hingga ke hari ini. Terlalu banyak perkara yang diajar Maxy tentang hidup. Walaupun kehidupan itu bukanlah satu kehidupan yang putih bersih.
Carra sayang, dengar sini! Kau adalah seorang pembunuh upahan dan kau takkan berjaya menjalankan kerja-kerja selain daripada kerja yang satu tu, kata Maxy.
Tak ada salahnya dengan kerja kau tu kerana orang yang akan kau bunuh tu bukan seorang lelaki yang baik. Kalau dia seorang lelaki yang budiman pastilah tiada sesiapa yang inginkan kematiannya. Pastilah dia disayangi oleh keluarga, saudara mara dan rakan-rakan.
Siapa yang mahu lelaki itu mati tanya Kharlissa.
Selama ini dia tidak pernah bertanya. Dia hanya menurut sahaja kerana menganggap itu adalah pekerjaannya. Tidak perlu membebankan fikiran dengan pelbagai hal orang lain. Bunuh saja kemudian tutup buku.
Itu rahsia. Aku tak boleh beritahu kau siapa yang upah organisasi. Top secret. Maxy tertawa.
Agh! Kalau kau boleh bagitahu apa alasannya pasti aku mahu melakukannya tanpa banyak soal, Kharlissa sengaja bermain tarik tali dengan Maxy.
Kau dah berubah, kata Maxy membuat tanggapan dengan cepat.
Memang... memang aku mahu berubah tapi belum berubah secara total. Aku masih dibelenggu diriku yang lama walaupun di sini aku menggunakan nama asalku, Kharlissa Yusuf. Kharlissa mengakuinya tanpa berselindung.
Apa yang ada pada nama. Kau tetap diri kau. Kau tetap Carra, manusia yang aku didik, yang aku sayangi seperti anak sendiri, kata Maxy lagi.
Sudah acap kali dia berkata begitu. Namun Kharlissa tidak mahu percaya. Maxy sengaja memujuk untuk melembutkan hatinya sahaja. Supaya Kharlissa tidak berani menolak permintaannya.
Lakukan saja, Carraku sayang. Kau tak rugi apaapa, pujuk Maxy.
Dia bukan sesiapa bagi kau kan Dia bukan ayah kau, saudara kau ataupun orang yang rapat dengan kau. Jadi apa masalahnya Soal Maxy lagi.
Masalahnya lelaki itu adalah kenalan Khairul Rasheed. Kawan baik keluarganya. Dan aku baru jumpa dia di majlis hari jadi Doktor Razin. Kelihatan dia orang yang baik, tidak sombong. Walaupun sudah berumur tapi nampak masih kacak.
Kharlissa mengeluh perlahan. Maxy mendengar keluhannya itu dan dia segera berkata, Kau sedang hadapi waktu yang sukar, Carra
Hmm, aku masih cuba menyesuaikan diri di sini. Aku sedang berusaha untuk mencari ibuku.
Untuk apa lagi Lupakan saja dia... Tapi kalau kau mahu cari ayah kau, aku boleh tolong dapatkan maklumat. Bukankah kau pernah dengar cerita dari ibu kau, dia pulang ke Jepun. Orang-orangku di Jepun boleh tolong jejaki dia. Tentu kau nak kenal siapa ayah kau kan Tentu kau mahu jumpa dia sebab seumur hidup kau tak kenal orang yang menyebabkan kau lahir ke dunia ni... Maxy cuba memujuk dengan cara paling halus.
Bolehkah Maxy Kau boleh dapatkan maklumat tu Kharlissa kedengaran teruja.
Bukan saja ayah kau. Aku juga boleh carikan ibu kau dengan mudah. Seperti memetik jari.
Soal ibuku biar aku yang uruskan. Aku pasti akan jumpa dia suatu hari nanti. Tapi kau tolong dapatkan maklumat tentang ayahku.
No problem babe, jawab Maxy sambil tertawa kecil,
Aku tolong kau dan kau tolonglah aku. Okey sayang
Kharlissa merengus, memahami maksud Maxy.
Jadi, aku harus juga bunuh lelaki tu, Kharlissa mengeluh lagi dan menyambung kata, Walaupun aku harus mengorbankan prinsipku.
Maxy tertawa.
Aku gembira kau memahami aku, sayang. Tak siasia aku menyelamatkan kau. Pasti kau masih ingat kan Kharlissa tidak menjawab. Dia tidak mahu mengingati peristiwa yang telah menjadi sejarah.
Untuk tugas bodoh tu, aku perlukan kereta. Kau pun tahu aku tak ada kad pengenalan Malaysia. Aku hanya ada passport. Kau uruskan semuanya, termasuk lesen memandu dengan JPJ, kerajaan Malaysia. Aku mahu kereta, kad pengenalan dan lesen memandu kerajaan Malaysia ada depan pintu kondoku.
Beres! Dalam masa seminggu semuanya akan tersedia, kata Maxy dengan cepat dan menamatkan perbualan panjang itu.
Kharlissa merenung telefon bimbit di tangan, kemudian mematikannya. Dia sepatutnya mengeluarkan kad sim di dalam telefon bimbit itu lalu memusnahkannya. Tapi entah mengapa dia tidak berbuat begitu, sebaliknya dia menyimpannya semula di dalam kotak. Dari dalam kotak itu juga dia menarik keluar sebuah lagi envelop. Di dalamnya terdapat pelbagai info. Dia membeleknya satu per satu.
Info tentang Dato Emmer hampir-hampir lengkap. Nama penuhnya Dato Emmerizal Shafie, seorang ahli perniagaan. Dia memiliki rangkaian pasaraya di seluruh Malaysia. Dia juga memiliki beberapa buah syarikat. Terdapat gambar-gambar dan alamat lengkap semua syarikat Dato Emmer yang cukup gah. Di Kuala Lumpur ini, Dato Emmer mempunyai banyak rumah dan dia menetap di rumah banglo di sebuah kawasan elit pinggir kota.
Di dalam surat itu juga terdapat nombor telefon seseorang yang boleh Kharlissa hubungi untuk mendapatkan senjata api. Kharlissa merenung sahaja nama lelaki itu. Nama yang ringkas, Ario. Apakah dia akan menghubungi Ario untuk mendapatkan senjata api Ataupun dia boleh gunakan cara lain untuk mendekati lelaki itu. Tidak perlu terburu-buru, fikir Kharlissa.
Lebih baik sekiranya aku mendekati Dato Emmer terlebih dulu. Kenali dia, kemudian... Kharlissa tidak menghabiskan kata-kata yang terdetik di hati. Dia tidak pasti apa yang akan dilakukannya kemudian.