Baizura melemparkan pandangan ke luar jendela. Bunga seri gading cantik. Sekelompok sana dan di sini. Ada mawar pelbagai warna di halaman yang mem-bebaskan aroma segar dan mengharumkan. Taman kecil di hadapan rumahnya penuh dengan bunga-bungaan. Anggerik, orkid dan mawar adalah bunga berdarjat yang ditanam di hadapan rumah.
Hatinya masih mengharap. Kalaulah kau tahu apa yang berdetik di dalam hati ini. Apa yang sedang meronta-ronta dan memberontak dalam diri. Jiwa ini parah. Perasaan ini terluka sentiasa. Sejak dari peristiwa di Central Park dahulu lagi, aku tidak pernah pun mengubah cinta ini. Rindu ini. Asmara ini. Kasih dan sayang, tekad kuberikan kepadamu. Akan tetapi aku ini siapa Sedar amat aku. Entah kenapa kau menganggap aku sekadar sahabat. Entah kenapa
Hati ini tidak pernah berubah. Aku mengundurkan diri, ya! Namun aku yang tidak malu ini masih mengharap. Senyummu terbayang setiap detik tahun demi tahun. Jika aku bersalah mencintaimu, Tuhan ampuni aku. Cinta. Siapalah yang benarbenar memahami erti cinta. Kerana ia mujarab! Ia tidak dapat dirasa dan dielus-elus. Jadi sekiranya aku menangis pun, siapa yang memahami
Baizura ingin menangis. Dia membiarkan sahaja. Dia tahu dia tidak akan mengalirkan air mata kerana air mata telah tiada. Kering lantaran bertahun-tahun merindu. Bodoh Ooo, sudah tentu aku ini bodoh kerana masih menunggu. Kalau tidak kerana cekal di hati. Kalaulah tidak kerana iman. Sudah tentu. Ya, sudah tentu aku....
Baizura melarikan matanya dari pemandangan itu. Dia bangun perlahan-lahan menuju ke pintu, memutar tombolnya lalu melangkah tanpa maya ke luar halaman. Di taman kecil dia cuma memerhatikan sahaja kembang bunga-bungaan. Baizura menghampiri kelompok seri gading, dia melutut. Ada sesuatu yang tidak kena pada bunganya ini. Putihnya tidak lagi semerdanta seperti selalu. Putihnya lebih pucat. Dia bangun dan kepalanya berpusing-pusing melihat keadaan sekeliling. Dia mengulum senyum, mendongakkan kepala ke langit untuk melihat pelangi. Terlalu cantik, sayangnya tidak kekal lama.
Kadang-kadang memang ada khayalan-khayalan erotik di kepala. Dia menggambarkan J.C bersama-samanya di atas ranjang penuh kemesraan sebagai sepasang suami isteri. Khayalan nakal itu barangkali didorong oleh nafsu. Atau syaitan. Yang pastinya, ia tidak pernah disengajakan. Setulusnya dia perempuan biasa. Dia mempunyai keinginan dan kehendak seperti orang lain. Kehendaknya itu J.C. Sesungguhnya dia sedar dia dari jenis yang ingin selalu dibelai, di-manjakan, diambil berat.
Jadi Baizura tidak mahu berputus asa. Dia mencintai J.C dan tidak salah untuk dia terus mengharap. Meskipun J.C sentiasa melarikan diri.
***
Rumah itu satu-satunya banglo kepunyaan bangsa Melayu di Changi.
Ia dibina mengikut reka bentuk bangunan Cina. Seakan-akan sebuah tokong dari kejauhan. Bumbung pula agak terpengaruh dengan unsur-unsur seni bina orang-orang Minang. Pada dinding sebelah kanan mengarah ke dapur ada tulisan kaligrafi Xing. Banglo dua tingkat itu kelihatan pelik. Lebih menghairankan penghuninya berbangsa Melayu.
Di halaman banglo terdapat air pancutan dengan kawasan taman yang agak luas, meriah dengan pelbagai jenis bunga. Kawasan itu meliputi sebuah gelanggang tenis dan kolam renang berbentuk kayak. Sebuah khemah untuk bersantai-santaian terdiri berhampiran.
Norman meletakkan keretanya di garaj sebelum melangkah masuk ke dalam banglo tersebut. Orang gaji berbangsa Filipina yang menyambutnya tersenyum manis. Penuh hormat terhadap anak majikannya. Norman menyerahkan begnya kepada perempuan separuh umur itu. Dia terus melangkah masuk tanpa kekok.
Dia berada di ruang tamu dengan kepalanya berpusing sekejap ke kiri dan ke kanan. Tidak banyak berubah, bisik hatinya.
Tuan minta tuan muda tunggu beliau di bilik perpustakaan.
Norman tidak berkata apa-apa. Dia memerhatikan ruang tamu yang kekal keadaannya. Almari antik besar itu masih di sudut sana. Kemudian di sudut yang sama masih ada almari kabinet rendah. Gambar-gambar keluarga tergantung di atasnya, semacam menaungi kebinet tersebut. Pasu bunga berisi diletakkan di antara gambar-gambar itu. Mengapit almari kecil ialah pokok bonsai plastik setinggi dua meter.
Norman terus masuk ke bilik perpustakaan. Rak-rak buku mengelilingi bilik. Norman melepaskan lelahnya di atas sofa sebelah cermin kaca yang besar. Cahaya mentari memancar masuk menembusi langsir biru laut yang nipis. Dia bersandar gelisah. Pertemuan dengan bapanya bukanlah sesuatu yang menyenangkan hati ini. Tidak pernah ada perjumpaan yang tidak diakhiri dengan pertengkaran dan perbezaan pendapat. Dan sering juga Norman mengungkit kisah-kisah zaman silam. Dia sama sekali tidak mahu bapanya itu berasa bahagia bersamanya. Sentiasa mencari jalan untuk menyakitkan hati bapanya.
Jantung Norman berdebar-debar keras. Perasaan tidak menentu hampir tiba ke kemuncak. Resah semakin menggugat ketenangan dirinya tatkala dia melihat potret besar Haji Yusuf yang terletak di dinding bilik perpustakaan itu. Dia mencebik, seolah-olah mengejek. Dia kenal dengan lelaki itu. Penipu, pengkhianat dan perosak segala-galanya.
Dia masih dapat mengingat dengan jelas bagaimana bapanya gila memukul ibunya setelah bertengkar sepanjang malam. Ibu akan menangis tanpa henti. Dan Haji Yusuf tanpa kewarasannya terus bertindak melebihi batas kemanusiaan. Dia tidak dapat melupakan sama sekali. Kau dah lama tiba
Norman mengalihkan panahan matanya dari potret ke wajah Haji Yusuf yang sebenar. Ayahnya bertongkat duduk di kerusi antik Taiwan tidak jauh darinya. Norman memandang muka lelaki yang berhubung darah dengannya. Air muka kosong. Dalam hati benci dan marah melaung-laung.
Baru. Jawab Norman pendek.
Haji Yusuf mendengus. Jawaban anaknya itu begitu dingin sekali.
Kau ada masalah yang ingin dibincangkan
Tidak. Saya ada perkara ingin saya beritahu kepada ayah.
Emmm, teruskan. Orang tua itu membetulkan duduknya. Dia mengurut-ngurut janggut pendek di dagu. Aku tak banyak masa ni.
Saya faham, ayah. Gaya Norman berbicara lebih kepada menyindir.
Emmm, silakan.
Saya akan berhenti menyanyi.
Haji Yusuf mengangkat mukanya. Ada sorak girang dalam dada. Dia berasa kemenangan hampir tiba jua. Dia ingin menjerit gembira, namun ditahan. Dia cuma tersenyum puas dan lega.
Bagus, ayah pun sudah tua dan kau memang sudah layak untuk mengambil alih perniagaan ini.
Norman seperti ingin ketawa. Seperti suatu lawak dari tukang jenaka yang terkemuka dipantakkan ke telinga ini. Betapa bodohnya orang tua ini. Norman tersenyum tanpa makna.
Hahhh, saya juga tidak berminat dengan urusan ayah. Tidak sama sekali. Norman meluahkan apa yang terbuku.
Haji Yusuf berkerut. Air mukanya berubah. Dia marah, ditahan sentak yang datang tiba-tiba. Apa
Jelas, saya tidak mahu terlibat dengan ayah.
Orang tua itu seperti akan rebah mendengar kata-kata anaknya. Dia geram.
Habis Haji Yusuf meninggikan suara.
Saya ingin bina karier sendiri.
Haji Yusuf ketawa. Tawanya itu tidak dimengertikannya. Namun dia terus ketawa seolah-olah memperkecilkan hasrat baru Norman itu. Ayah boleh ketawa sepuas-puas hati.
Haji Yusuf terus ketawa. Apabila ia merosot, dia memerhati muka Norman dengan wajah lucu. Kau berjenaka
Saya juga ingin putuskan pertunangan saya dengan Lis.
Hahhh! Mata Haji Yusuf terjegil besar. Tangannya terketarketar. Bibirnya bergetar sumbang, digetapkan. Dia hilang katakata. Ingin sahaja diangkat tangan atau tongkatnya itu untuk dibalun ke tubuh Norman.
Kau tahu apa risikonya
Norman mengangkat bahu. Itu masalah ayah. Ayah yang buat perjanjian. Saya tidak mencintainya.
Kenapa Kenapa kau berkelakuan sebegini Hah Daud dah berhenti! Kau nak putuskan tunang dengan Lis, kau nak berhenti menyanyi dan bina perniagaan sendiri. Apa ni
Norman menahan tawanya. Dia gembira dapat menyakitkan hati orang tua dungu di hadapannya. Bodoh! Kerana saya bencikan ayah.
Haji Yusuf tergamam. Dia menekan dadanya. Sakit dan pedih sekali kata-kata Norman itu. Dia memandang Norman dengan kepiluan yang terbendung.
Saya sangat bencikan ayah! Ya, ayah yang sentiasa memukul ibu. Ayah yang saya lihat dengan mata kepala saya sendiri berkelakuan sumbang dengan Kak Su, orang gaji kita, kemudian ayah juga yang menyimpan perempuan. Ayah juga yang memeras segala kekayaan ibu. Ayah juga yang....
Haji Yusuf jatuh tersungkur. Tidak bernafas.
***
Selesai segala urusan polis dan di hospital, Norman kembali semula ke Kuala Lumpur. Haji Yusuf meninggal dunia kerana serangan sakit jantung secara mendadak. Norman tidak berasa kesal walaupun sedikit. Malah dia berasa memenangi suatu pertandingan yang cukup panjang. Kebenciannya selama bertahun-tahun ini terpadam begitu sahaja. Dia gembira, Tuhan mencabut nyawa Haji Yusuf. Dan paling meriangkan kematian Haji Yusuf itu disebabkannya sendiri. Kalau tidak kerana orang tua itu menjalinkan hubungan sulit dengan Kak Su dan mendera ibu setiap waktu, Tuhan tidak akan membalas perbuatan itu dengan cara yang seganas yang telah berlaku.
Norman memandu Proton Wiranya penuh hati-hati. Dia telah berbincang dengan Encik Rosli, setiausaha ayahnya. Haji Yusuf akan dikebumikan secara kecil-kecilan sahaja. Semua harta ayahnya yang tidak sempat untuk diwasiatkan kepada sesiapa akan diserahkan ke tabung anak yatim. Semoga rohmu itu selamat di alam kuburan, jerit hati Norman disambut dengan ketawa sendirian.
Jalan raya cukup licin. Hujan telah berhenti tetapi tayar kereta masih berputar hati-hati. Norman berfikir-fikir lagi. Dia yakin pihak media sedang sibuk menyiarkan berita kematian ayahnya. Dia tersenyum, berita itu akan tambah hangat apabila dia mengumumkan pengundurannya dari dunia seni hiburan.
J.C, sekarang kita boleh berdua tanpa gangguan. Aku tahu kau akan maafkan aku. Kanabis yang aku ambil bukan penghalang dan bukan juga penyebab. Kita akan berdua, J.C. Aku tahu marahmu itu bakal mereda. Aku tahu kau tidak bersungguh dalam ugutanmu itu dahulu. Aku tidak percaya sama sekali yang kau tergamak meninggalkanku. Bukankah kita sepasang kekasih Mustahil hanya kerana dadah yang kuambil kau bertindak sedemikian. Tidak munasabah, J.C.
Norman tersenyum manis kemudian dia ketawa merendah. Dia cukup ingat. Tetap tergambar dalam kotak ingatan ini seperti monitor yang berpusing di hadapan mata. Lima tahun dahulu percutian mereka di Hong Kong. Ah, indah J.C. Ketika kita dari Hotel Regent, kau dan aku mengenakan raincoat dalam gerimis menuruni Salisbury Road di Kowloon menuju ke Tsim Shat Sui untuk ke pengkalan feri Star Ferry Pier. Kita berdakapan di atas feri ketika ia melintasi lautan ke Hong Kong.
Malam itu kau begitu mesra J.C. Kita merasai makanan cara India di Restoran Ashoka, Wyndham Street. Kita juga sejoli bersamasama tatkala membeli-belah barangan antik di kawasan Ladder Street di Hollywood Road. Masihkah kau ingat Masakan kau lupa!
Skreeeeiiiiittt...
Norman tersentak. Haluan stereng dibetulkan. Kereta itu ke tengah ke tepi. Hon memanjang kedengaran dari kenderaan belakang. Dia cemas. Dadanya berombak kencang. Kereta itu berada di laluan yang betul semula. Dia menghembuskan nafas dari mulut tanda lega. Dia menumpukan sepenuh perhatian. Sekali ini entah kenapa dia berasa cukup gentar untuk mati.
Dia tidak mahu menjejaki Haji Yusuf. Manusia keparat. Norman ketawa senang menuju ke Kuala Lumpur.
***
Tombol pintu itu diputar perlahan sekali. Seperti tidak mahu mengganggu penghuni di dalam. Pancaran lampu jalan memancar masuk dibelakanginya. Dia dapat melihat tampang yang setia duduk di dalam kegelapan. Lembaga itu dipastinya J.C terduduk aman di atas sofa. Norman seperti pencuri terjingkit-jingkit masuk. Dia kembali merapatkan daun pintu. Perlahan-lahan dihampirinya lembaga tersebut. Dia hampirhampir berlaga dengan tiang yang memisahkan bahagian ruang tamu dengan bahagian tengah. Dan diyakininya pada tiang itu terdapat suis lampu, dipetiknya.
Seisi ruang terang-benderang.
J.C duduk bersandar. Matanya kelihatan kuyu. J.C sangat lemah dan letih. Wajah pula pucat dan jelas cengkung yang tergaris pada kedua-dua belah pipi. Rambut juga tidak terurus. Kadangkadang Norman berasa kasihan. Acap kali pula dia berasa hairan mengapa J.C berkeadaan sedemikian. Terlalu mengejar kejayaan dalam karier. Ya, J.C terlalu bertungkus-lumus.
Masih belum tidur honey tanya Norman. J.C tidak menjawab. Bisu.
Kau masih marah Norman menghela nafas sebelum raguragu mendekati J.C dan duduk di sebelah. Mata Norman tidak mahu dialihkan. Tetap menatap J.C.
J.C tidak menyahut. Cuma membetulkan duduk, menarik nafas berat dan mengisar perlahan pandangan matanya ke seluruh ruang. Dan tiba-tiba ia berlaga dengan pandangan mata Norman. Dalam diselaminya.
Aku tahu aku mungkir janji. Kau tak bersungguhkan
J.C tidak melarikan matanya. Kebisuan. Hanya kedengaran turun naik nafas yang masuk dan keluar melalui rongga hidung. Tapi kau buat juga. Suara J.C sekeras mungkin.
Norman terkejut dengan nada suara yang tidak disangka tetapi dia tidak mahu mengalah. Dia baru memenangi pertandingan seumur hidup menentang Haji Yusuf. Justeru itu dia mahu memenangi pertandingan ini pula. Cuma sekali itu saja.
J.C membelalakkan matanya. Aku benci orang pembohong!
Norman terdiam. Dia berfikir-fikir. Dia tidak mahu kehilangan J.C. Apa masalah kau yang sebenar Aku cuma ambil kanabis dan berkhayal. Salahkah
Itu dadah. Kau ketagihan dan kau dah janji tidak akan ambil lagi. Tapi
Norman bingkas dan lambat-lambat menuju ke peti sejuk di dapur. Dia mengeluarkan setin bir. Kemudian kembali semula ke ruang tamu lalu tanpa arahan, dia duduk di sisi J.C. Dia membuka rakus penutupnya dan meneguk sekali dua. Mata masih kepada J.C. Kau tidak bersungguhkan apabila kau mengatakan yang kau akan meninggalkanku. Norman berasa bimbang. Dia terus mengeser. Tangannya digeserkan ke pipi J.C. Lembut mengusap.
J.C menepis marah. Itu perjanjian kita untuk kebaikan kau! Bukankah kau sendiri yang berjanji begitu. Hahhh, dan kau langgar, kau gila dengan ganja, L.S.D dan kanabis.
Norman risau. J.C bersungguh Sayang, apa maksud kau
J.C ingin menangis tetapi ditahannya. Kuat membendung. Untuk kebaikan, kita berpisah.
Norman sukar mempercayainya. Dia tercengang dalam perasaan gementar. Begitu mudah Setelah bertahun-tahun kita bercinta dan begitu sahaja
J.C perlahan-lahan angguk dalam kepiluan. Tidak, pilu mesti disekat. Dia harus bijak berlakon. Dia berasakan sudah tiba masanya. Kerana terlalu lamalah maka kita mesti berhenti. Apa yang merasuk kau J.C
J.C geleng laju. Aku tidak dirasuk. Aku waras.
Aku tak faham. Norman menengking tinggi. Dia memegang kedua belah bahu J.C lalu menggoncangnya keras tanpa henti. Norman tidak dapat mengawal emosi. Dia sangat buntu. Dia tidak mengerti alasan J.C yang terlalu mudah itu.
Hentikan Norm.
Kenapa Kau buat begini kerana ada orang lain Siapa perempuan itu Dan apa...
Norm.
Kau tidak cintakan aku lagi Norman terus menggoncang kedua belah bahu J.C ganas. Dia kecewa. Dan dia berasa kalah sedangkan J.C sangat dicintainya.
Norm.
Kenapa kau berubah J.C Aku sanggup berkorban apa sahaja untuk kau! Norman teresak-esak menangis. Akan tetapi dia tidak berhenti lagi menggoncang bahu J.C.
Normm.
Kau juga menolak untuk bercumbu dengan aku sekian lama. Kenapa Norman tambah hilang pertimbangan.
Norm.
Aku mahu J.C sekarang. Norman terus membenamkan mukanya ke celah tengkuk lalu mengucup dan menjilat ganas. Dia berusaha pula mencari bibir seulas J.C itu. J.C meronta. Norman enggan melepaskan. J.C sudah hampir terjatuh dari sofa tersebut. Norman merangkul pinggang J.C sambil terus mencium pipi dan apa sahaja yang terdapat. J.C merontaronta sambil menjerit-jerit cuba menyedarkan Norman. Kini J.C memukul sekuat hati lengan dan bahu sasa Norman. Tiada hasil. Norman ganas. Mencari-cari bibir J.C untuk dikucup dan dinikmati.
Aku ada AIDSSS!
Norman tersentak besar. Dia melonggarkan pelukan. Dia ternganga merenung wajah J.C. Dia mengharapkan kata-kata yang dilafazkan itu tidak benar.
J.C angguk perlahan. Benar, sejak beberapa tahun yang lalu. Norman longlai. Dia berdiri tetapi terduduk semula di atas permaidani. Dia kosong sama sekali. Aku tidak punya masa lagi Norm.
Norman merenung J.C. Siapa
J.C menahan pilu, menahan keliru, menahan sebak dan pelbagai perasaan lagi. Dia memandang Norman penuh kasih. Simpati dan mengasihani. Ralph. Dia bertanggungjawab memindahkan virus sial itu ke dalam tubuh aku.
Kenapa kau rahsiakan
Kerana... entahlah Norm. Yang tahu pun cuma doktor peribadiku, Paul dan social worker di klinik AIDS. J.C bersuara perlahan. Norman menitiskan air mata.
Sukar untuk dia mempercayai J.C telah mencuranginya sekian lama. Bukan itu sahaja J.C yang sebumbung, semakan, sepakai (kadang-kadang) dan setidur dengannya itu telah menyorokkan rahsia yang sebegini besar. Rahsia AIDS. Norman menyeluruhi wajah J.C. Kecewa bercampur-campur sedih dan terperanjat menguasai diri.
Mungkin kau juga wajar membuat ELISA. J.C menambah lagi.
Bagaimana kesihatan kau sekarang ini Norman tidak mempedulikan saranan J.C. Dalam kepalanya berserabut amat. Terlalu banyak yang datang menerjah hari ini.
Emm, emm. J.C tidak memberi jawaban. Gumam sahaja. Dia membuka butang bajunya perlahan-lahan. Dan seketika itu dadanya terserlah. Jelas. Tompok-tompok ungu kebiruan dan sedikit merah perang bertebaran di badan. Di dada.
Norman menundukkan kepalanya. Dia tidak sanggup melihat lagi.
Ini KS. Barah kulit.
Norman masih tidak mahu mengangkat mukanya lagi. Dia tidak tahu, mahu berkata apa. Di matanya tergambar kemesraan J.C dulu-dulu. Sesekali wajah ibu dan paling menakutkan wajah ayahnya menerpa hadir.
Jadi J.C
J.C diam. Dia bingung. Dia berharap dapat memberitahu Norman dalam keadaan yang baik. Yang tidak memilukan. Yang tidak meresahkan seperti ini. Dia terlanjur dalam segala katakatanya. Dia kasihankan Norman. Berat untuk mengucapkan selamat tinggal sahajalah, aku ingin pulang ke New York. Dia tidak tergamak. Tidak sanggup!
Jadi...
Norman tatap muka J.C bersungguh-sungguh. Entah berapa banyak masa lagi yang diperuntukkan untuknya. Berapa Berapa AIDS itu ibarat dinamit yang sumbunya telah menyala. Menanti masa untuk meledak menghancurkan apa sahaja.
Jadi J.C
J.C menyelami mata Norman. Norman dipastinya ketagihan dadah kanabis. Dan J.C tahu hanya perpisahanlah ubat paling mujarab. Dia masih ingat janji Norman untuk meninggalkan L.S.D dahulu, dia bersetuju perpisahan sebagai taruhannya.
Ada dua yang mendorongnya pergi. Pertama, kerana AIDS yang ingin dijauhkannya dari Norman yang masih disayanginya itu. Kedua, kerana dia mahu menghukum Norman. Semoga dengan terlaksana benar-benar ancaman lama itu menginsafkan kekasihnya. Dia mesti bertegas meskipun dia tidak tahu benar atau tidak tindakannya.
Jadi aku mesti pergi juga.
Norman tidak berkata apa-apa. Seperti sudah bersedia dijatuhi hukuman berat sebegitu. Dia terbayang wajah ayahnya lalu berkata perlahan. Ayah aku meninggal hari ini.
J.C memandang wajah Norman dengan air muka simpati. Walau apa pun dia akan tetap meninggalkan Norman.
***
SEKALI ini Norman benar kekosongan. Rakan-rakan di kelab pun tidak dapat menolongnya. Dia benar-benar mengenali erti sunyi. Erti sepi. Di luar, media sibuk mempermainkan kisahnya. Kisah pertunangannya yang putus. Kisah kematian ayahnya. Dan kisah pengunduran dari dunia hiburan.
Dalam benak Norman berbagai-bagai. Ada wajah ibunya melambai-lambai. Ada muka ayahnya yang dirasakan ngeri sekali. Ada wajah J.C yang telah pergi. Ada wajah Lis yang hampa. Ada pelbagai.
Dan Norman cuma duduk memerap di rumah. Dia kekosongan.
Benar-benar kekosongan.