Berbeza dengan Farah dan Hazim yang mempunyai minat yang mendalam dalam bidang ini, aku memilih posting ini kerana aku ingin melihat kes-kes misteri seperti dalam drama Hollywood; kisah budak kecil yang membunuh kakaknya, multiple personality disorder atau pembunuh bersiri. Mungkin juga kerana terpengaruh dengan siri Sherlock Holmes dan The Mentalist.
Farah dan Hazim merupakan anak jati Kelantan manakala rumahku pula di Terengganu. Yes, aku anak jati Ganu. Bagiku sebulan di Kelantan adalah salah satu saat yang paling best kerana hampir setiap hari kami akan buat food hunting dan sememangnya Kelantan adalah syurga makanan. Serius best!
Sedang kami asyik berbual dengan salah seorang pesakit di situ, datang seorang gadis comel molek menghampiri kami. Rambutnya yang hitam diikat tocang, berkulit putih dan sedikit berisi badannya. Mukanya ala-ala pan asian. Dia memakai makeup yang tebal dan gincu berwarna merah terang. Gelagatnya yang ceria membingitkan suasana di dalam wad itu. Lets call this lady, the gorgeous Miss Ann.
Awak ni cantiklah, cantik sangat! ucap Miss Ann kepada Farah. Farah sememangnya seorang gadis yang cantik dan ayu perwatakannya, boleh dikatakan dialah gadis melayu terakhir. Pujian Miss Ann membuatkan Farah tersimpul malu. Namun usikannya tidak terhenti di situ.
Tapi nak tahu something tak tanya Miss Ann. Matanya yang bulat menyerlahkan lagi keyakinan dirinya.
Hazim mencelah, Of course lah nak! Hazim memang terkenal dengan sifatnya yang suka mengusik orang. Di kolej kami, dia sememangnya dikenali ramai disebabkan perwatakannya yang ceria dan ramah.
Tapi I lagi cantik lah! kata Miss Ann sambil melayanglayangkan rambutnya. Kata-katanya membuatkan kami tergelak besar. Gayanya persis seorang diva.
Tahu tak saya boleh tiru gaya Hermione cakap! Macam dalam cerita Harry Potter tu! Serius! Sekali dengan slang lagi! Miss Ann bersungguh-sungguh meyakinkan kami dengan bakat terpendamnya.
Oh yes, please! Kami mengusiknya.
Dia membetulkan posisinya, kemudian menanggalkan spec mata bingkai hitamnya. Drama British bermula.
No, stop, stop, stop! Youre going to take someones eye out. Besides, youre saying it wrong. Its Leviosa, not Leviosar. Miss Ann menuturkan satu demi satu perkataan itu dengan jelas berserta slang British nya.
Kami tergelak besar melihat gelagatnya yang melucukan itu. Dia sememangnya boleh meniru adegan itu dengan baik sekali. Hazim mengusiknya lagi, Awak ni memang hebatlah! Memang sama dengan Hermione. Awesome sangat ni! Biasalah tu! balas Miss Ann, bangga.
Namun, suasana yang ceria itu tiba-tiba menjadi dingin apabila seorang pesakit perempuan di situ menyuruhnya untuk merendahkan suara. Mereka bertengkar sehingga menyebabkan seorang jururawat perempuan datang untuk meleraikan pergaduhan itu. Kami agak terkejut melihat perubahan sikap gadis itu. Namun, mujurlah keadaan kembali tenang seperti sedia kala.
Miss Ann semestinya menarik perhatian kami. Kami menemu bualnya dan mendapati bahawa dia mempunyai keyakinan yang tinggi dalam dirinya. Sememangnya pesakit-pesakit sepertinya mempunyai high self esteem.
Saya ni memang pandai tiru gaya orang British cakap. Dahlah cantik, pandai speaking.. Saya sebenarnya nak jadi peguam. Tapi sekarang terpaksa masuk dekat sini pula. Tapi tak apalah, lepas keluar ni saya pergilah sambung belajar balik. Sambung belajar kat overseas, baru high-class gitu, bicara Miss Ann dengan lancar. Dia bercakap dengan lantang dan bersungguh-sungguh.
Jika diberi peluang menjadi pengacara, pasti dia akan berjaya.
Saya ni bukan macam tu, dia menuding jari ke arah pesakit yang menganggunya tadi.
Dia tu gila! sambungnya lagi.
Kami bertiga memandang satu sama lain, dan hanya tersenyum. Cuba menahan gelak dalam hati.
Dia ni sure tak tahu kenapa dia masuk sini, getus hatiku.
Namun, telenovela itu tidak berhenti di situ sahaja.
Nanti kalau saya kahwin dengan orang kaya dari German, saya jemputlah awak semua ye.
Huh Awak nak kahwin dah ke soal Hazim.
Yalah, nanti bila orang tu datang melamar memanglah saya nak kahwin. Eh, jangan main-main tau. Saya ni ramai peminat! Dahlah dia tu kaya, hensem, pandai. Memang awak tak ada harapanlah ya! kata Miss Ann dengan penuh bangga kepada Hazim.
Kami akhirnya tidak dapat menahan gelak. Mujurlah Miss Ann tidak memarahi kami. Takut juga sekiranya dia tiba-tiba berubah angin lagi.