SURAT DARI SYURGA: Kisah Benar Teoh Beng Hock - 6
Biar aku ceritakan secara ringkas kronologi yang telah berlaku merujuk kepada laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja.

Pada jam tiga petang, 15 Jun 2009, seperti yang mereka rancangkan, mereka datang ke tingkat 15 Bangunan SUK di mana tempat aku bekerja tempat di mana YB Ean Yong Hian Wah ditempatkan sebagai salah seorang exco Kerajaan Negeri. Mereka meminta kerjasama daripada aku untuk menyerahkan dokumen-dokumen perakaunan bagi tahun 2008 dan 2009. Salah seorang daripada pegawai yang datang telah meminta untuk menyerahkan komputer riba peribadiku. Namanya Mohd Najeib Ahmad Walat. Daripada tugas asalnya mencari dokumen berkaitan, mereka amat berminat dengan empat dokumen yang dijumpai yang dikatakan draf bertujuan bagi mendapatkan peruntukan daripada Pejabat Daerah. Ya, aku percaya empat dokumen inilah yang akan digunakan bagi memerangkap Ean Yong.

Ketika itu aku sedang bekerja seperti biasa. Jika ada persidangan, aku akan membaca soalan-soalan sidang Dewan Negeri, menyemak jadual dan aktiviti, membaca laporan-laporan akhbar dan begitulah rutinku. Dengan tiba-tiba beberapa orang pegawai SPRM menyerbu pejabat kami. Katanya mereka mahu membuat siasatan dan mencari dokumen berhubung peruntukan kerajaan negeri.

Salah seorang pegawai memperkenalkan dirinya sebagai Mohd Anuar Ismail. Aku panggil dia Anuar sahaja. Pegawai itu memintaku menyerahkan beberapa dokumen berkaitan beberapa tuntutan peruntukan program yang dijalankan antara tahun 2008 dan 2009.

Menurut Anuar, dia dan yang lain datang ke pejabatku atas arahan pegawai atasan bernama Hishamuddin Hashim. Pegawai atasannya itu menurut Anuar mendakwa bahawa pada 24 Jun 2009, Ean Yong telah membuat tuntutan pembayaran palsu kepada Pejabat Daerah. Tambahnya lagi, Hishamuddin mendapat maklumat bahawa Ean Yong menggunakan peruntukan kerajaan negeri bagi tujuan kepentingan parti politik dan bukan untuk kepentingan orang ramai. Aku hanya mendengar apa yang diberitakan Anuar. Apapun, sebagai sebuah negara yang mempunyai undang-undang, semua dakwaan itu tidak benar selagi tidak dibicarakan mahkamah.

Anuar juga memberitahu bahawa dia juga diarahkan bosnya itu supaya mencari program-program anjuran Ean Yong yang konon dakwa mereka direka-reka semata-mata untuk mendapat wang peruntukan. Jika ada bukti katanya lagi, Ean Yong boleh didakwa di bawah Akta Suruhanjaya Anti-Korupsi Malaysia 2009.

Sebelum memulakan operasi, Hishamuddin memanggil pegawai-pegawai tertingginya untuk diberi taklimat. Ini bukan calangcalang orang untuk didakwa. Orang yang akan dibawa ke muka pengadilan ialah seorang wakil rakyat yang dipilih. Maka, rakyat perlu dimaklumkan dengan secukup-cukup fakta sehingga para pengundi mengetahui bahawa mereka sebenarnya telah memilih seorang wakil yang tidak berwibawa.

Kita perlu bahagikan pasukan kita kepada dua satu akan siasat Seri Kembangan dan satu lagi akan diarahkan ke KampungTunku, itu arahan Hishamuddin.

Nampaknya, tindakan mereka untuk memulakan siasatan selepas tiga hari mendapat maklumat adalah amat cekap dan mungkin kes secekap ini merupakan kes terpencil berlaku di Malaysia.

Kamu mungkin telah maklum, amat jarang sesebuah suruhanjaya agensi kerajaan sesecekap ini melainkan jika ada kejadian kecemasan seperti tanah runtuh,banjir, kemalangan, kebakaran dan seumpamanya. Mungkin tindakan cekap SPRM ini wajar menjadi contoh kepada agensi lain agar lebih peka terhadap aduan dan masalah rakyat.

Aku dah bagi apa yang kau nak. Tapi kau pulak yang lebih-lebih. Kalau itu yang kau mahu, ambillah, carilah, siasatlah! Aku tak takut! Apa salah aku, hatiku mengerutu sendiri.

Daripada tugas asalnya mencari dokumen berkaitan, mereka amat berminat dengan empat dokumen yang dijumpai yang dikatakan draf bertujuan bagi mendapatkan peruntukan daripada Pejabat Daerah. Ya, aku percaya empat dokumen inilah yang boleh digunakan untuk memerangkap Ean Yong. Aku percaya, apa jua maklumat boleh sahaja dimanipulasi. Negara ini ditadbir tangan-tangan yang kemaruk kuasa tetapi takut berhadapan dengan realiti. Di sini, yang benar boleh menjadi salah, yang salah pula boleh bebas dan terus melakukan kesalahan. Kamu pun tahu bukan

Sambil mereka mentelaah keempat dokumen yang bakal dirampas itu, aku cuba menghubungi Ean Yong. Dengan segera, Ean Yong datang ke pejabatnya yang pada ketika itu berlangsungnya persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor di bangunan bersebelahan. Cerdiknya Ean Yong pada waktu itu, beliau telah mengajak sekumpulan wartawan yang berkhemah di perkarangan lobi di luar dewan bagi turut sama mengikuti beliau bagi membuat liputan. Setiap kali berlangsungnya persidangan Dewan Negeri Selangor, berpuluh-puluh wartawan dihantar oleh ketua media masing-masing untuk buat liputan. Mereka sibuk merakam dan menulis sesi debat dan hujah yang berlangsung. Ada juga jurufoto yang hadir bersama kamera seberat dua kilogram itu mengambil foto yang aku pun tidak pasti bila ia akan digunakan bagi siaran media mereka. Ada wartawan yang datang melangut tidak menulis apa-apa dan menghabiskan masa menunggu. Mungkin menunggu kejadian seperti apa yang berlaku sekarang. Maka, dengan pelawaan Ean Yong untuk buat liputan kehadiran pegawai-pegawai SPRM di pejabatnya, tak berlengah para wartawan ini datang. Seperti para wartawan, pegawai-pegawai yang datang menyiasat tidak mempunyai waran menggeledah. Barangkali mereka sudah ada lesen besar untuk melakukan kerja geledah ini.

Tiba saja di pejabat, Ean Yong bertengkar dengan pegawai SPRM. Beliau tidak berpuas hati dengan cara kerja mereka yang bertindak sesuka hati memasuki premis tanpa waran geledah. Beginikah

kaedah sebuah agensi profesional Kerajaan Persekutuan menjalankan tugas Jadi, kamu tidak perlu hairan jika mendengar terdapat banyak aduan tentang sikap dan cara kerja kakitangan awam yang bertindak sewenang-wenangnya. Mungkin kamu juga salah seorang dari orang awam yang pernah menjadi mangsa akibat sikap negatif kakitangan awam ini.

Selepas pertengkaran itu, Anuar dan pegawai yang lain turun ke bawah menuju ke kawasan parkir kereta. Keadaan di pejabat menjadi reda.

Hello boss, kami dah jumpa dokumen tu. Saya rasa semua dokumen ni boleh pakai. Celakanya, YB bawa reporter tuan!

Di kawasan parkir, mereka bertemu dengan seorang lagi pegawai SPRM bernama Hairul Ilham. Hairul berada di sana atas arahan Hishamuddin. Mungkin pegawai yang baru datang itu lebih senior hinggakan Hishamuddin mungkin mengaggap bahawa kehadiran para wartawan tidak dapat menakut-nakutkan geng SPRM yang lain. Hal ini sama macam samseng sekolah yang panggil Abang Long untuk minta tolong bila mereka rasa tak dapat tumpaskan geng lawan.

Ean Yong turun semula ke dewan persidangan sebaik geng pegawai SPRM itu turun ke parkir. Tapi, sebaik sahaja geng SPRM ini ke pejabat Ean Yong semula, maka, beliau pun bergegas kembali ke pejabatnya itu.

Kali ini Ean Yong datang bersama seorang teman dan juga peguam bernama Manoharan a/l Malayalam. Beliau juga merupakan Ahli Dewan Negeri bagi Kota Alam Shah, Selangor. Ean Yong meminta operasi penggeledahan itu disaksikan sendiri oleh peguam yang dilantiknya bagi mengelak sebarang fail-fail penting dibawa keluar.

27 28

Aku lihat wajah cina Ean Yong bertukar merah. Dia sangat tidak senang dengan kehadiran pegawai SPRM sekali lagi ke pejabatnya. Sudahlah mendapat tekanan ahli-ahli dewan yang bersidang, bertambah lagi tekanannya apabila muka macai SPRM ini muncul. Kali ini sekali lagi pertengkaran berlaku kerana Anuar meminta aku untuk dibawa ke dipejabat SPRM bagi soal siasat.

Jangan main-main! Manoharan peguam yang tegas. Ketegasan peguam Manoharan ini amat berkesan. Sebongkak-bongkak dan sebengis-bengis muka Hairul Ilham dan konco-konconya, mereka tewas dengan ketegasan Manoharan.

Pada mulanya, Manoharan mahu agar beliau dibenarkan untuk ikut bersama geng SPRM ke pejabat mereka. Geng SPRM pada mulanya bersetuju tetapi ia sebenarnya helah Anuar. Anuar kemudiannya langsung tidak membenarkan Manoharan memasuki pejabat SPRM dan menemani aku di sepanjang sessi soalsiasat.

Setelah perbincangan lanjut, akhirnya satu kompromi tercapai. Aku akan di bawa ke pejabat SPRM manakala peguam Manoharan dibenarkan untuk turut serta memerhati sesi soal siasat. Beliau akan datang ke pejabat SPRM kemudian. Aku bersetuju untuk disoal siasat di pejabat SPRM yang tidak jauh daripada bangunan SUK. Aku merelakan diri. Sudah aku kata, tidak ada apa yang perlu aku takutkan. Aku tidak mengambil wang haram. Dokumen-dokumen yang dirampas orang-orang Hishamuddin itu dokumen sah program yang pejabat ini anjurkan pada tahun 2009. Lagipun, lebih lama mereka berada di pejabat aku, lebih rimas kakitangan-kakitangan yang ada. Susah untuk bekerja. Aku juga berjanji untuk memberi seberapa banyak maklumat yang aku tahu bagi menjaga integriti pejabat aku dan majikan ku. Aku dibayar gaji untuk ini.

Pada mulanya, Manoharan mahu agar beliau dibenarkan untuk ikut bersama geng SPRM ke pejabat mereka. Geng SPRM pada mulanya bersetuju tetapi ia sebenarnya helah Anuar. Anuar kemudiannya langsung tidak membenarkan Manoharan memasuki pejabat SPRM dan menemani aku di sepanjang sessi soalsiasat.

Dibohongi pegawai SPRM

Aku meninggalkan pejabat menuju ke pejabat SPRM sekitar jam enam petang diiringi dua orang pegawai SPRM menaiki kenderaanku sendiri. Dua orang ini ialah pegawai bernama Mohd Hafiz Izhar Idris dan Mohamad Azhar Abang Mentaril. Masing-masing mereka membawa CPU komputer pejabat dan komputer riba milikku. Aku tak banyak cakap.

Kamu tau Walaupun geng SPRM bersetuju membenarkan peguam Manoharan melihatku disoal siasat, tetapi rupanya ia sekadar helah Anuar. Apa yang berlaku ialah, Anuar kemudiannya langsung tidak membenarkan Manoharan memasuki pejabat SPRM untuk menemani aku sepanjang sesi soal siasat. Ini adalah satu sikap tidak bertanggungjawab, hipokrit dan sekadar mahu melepaskan jerut di leher. Aku sangat kecewa dan marah.

Selain itu, dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja, pegawai SPRM bernama Anuar dan Hafiz membuat pembohongan terangterang apabila mereka menyatakan aku menyimpan sendiri komputer ribaku sepanjang perjalanan hingga masuk ke dalam pejabat SPRM sedangkan dalam rakaman CCTV di Plaza Masalam Tingkat 4, rakaman itu jelas menunjukkan Azhar membawa satu beg berisi komputer riba dan aku tidak memegang apa-apa kecuali telefon bimbitku. Mengapa mereka perlu berbohong

Sebelum aku di soal siasat, aku memohon kebenaran kepada Anuar untuk menghubungi Ean Yong dan kemudiannya Manoharan. Aku kemudian diarahkan supaya memtikan telefon bimbitku. Buat pengetahuan kamu pembaca, itulah kali terakhir aku berhubung dengan orang di luar sebelum ditemui mati di anjung tingkat lima Plaza Masalam.