SEMBANG TEPI JALAN - 6
19Jul*, 2005 "Ayah...Ayah sayang Amy tak" "Tentu sekali Ayah sayang Amy. Amy kan anak Ayah" Kemesraan yang dipupuk sejak dari dalam perut ibunya membuahkan bunga- bunga kasih antara sang ayah dan anaknya. "So, mana kita nak pergi ni Amy Dah pukul 12 tengah malam. Nanti ibu awak bising." "Alali, kita jalan-jalan jer Ayah. Ayah pun kerja^Vr. Mana ada masa nak layan Amy kan Nanti Ayah bagitahu ibulah." "Ayali, kawan sekelas Amy tu, Irwan. Ayah kenal tak" "Mana ler ayah kenal kawan-kawan awak Amy. Kenapa dengan dia Amy" "Dia cintakan Amylah ayah. Tapi Amy tak cintakan dia. Nyampah, dia selalu kacau Amy...eeee...geramnya." "Haaaa Amy, awak baru sembilan tahun tahu. Mana boleh nak bercinta lagi. Tidak apa. Kalau dia kacau Amy lagi, bagitau dia, Ayah kita garang tau, makan orang." "Okay, set, nanti Amy bagitahu dia." Maka berjalanlah si Ayah sambil dipeluk bahu anaknya dengan penuh manja dan kasih sayang. Mereka menyusuri jalan, berlagu riang, menggendong sarat makna sukacita yang tersemat kukuh dalam jiwa, menjadi darah dan daging hingga akhir hayat. Inikah nikmatnya apa yang dikatakan cinta Tuhan Begitulah, aku amat menghargai apa yang diberi dan bersyukur atas apa yang ada. Jika ada keluh kesah lagi, itu hanyalah permainan dari akal fikiran yang sentiasa mahu itu dan ini. Bukankah bahagia ini nyata untuk aku hargai Aku amat menghargai kanak-kanak - suci sesuci bayi, bagai cmbun pagi. Al