Tamadun kuno manusia pada tahun 2016 menyaksikan perbalahan di antara negara Israel dan Palestin merebut sekeping tanah yang dijanjikan, juga perseteruan di antara negara Amerika Syarikat dan Rusia. Namun kemustahilan adalah satu perkara yang mustahil; malah tidak mustahil suatu hari nanti, manusia akan melupakan Tuhan.
Suatu hari itu ternyata adalah hari ini.
Manusia-manusia (neo-Human) antarabangsa
(atau digelar foreign-neo) adalah manusia yang bertuhankan material kerana kepercayaan kepada Tuhan menurut mereka hanya akan memecah-belahkan keindahan perpaduan dunia seperti yang terjadi seratus tahun, malah sejak dua milenia yang lalu. Kesatuan Israel-Palestin (Isratin) kini (yang diperintah oleh foreign-neo) telah lama menembok proto-human (yang berbangsa yahudi dan palestin), dan pemenjaraan itu merupakan satu rahmat buat Isratin.
Malah perkataan Zionis mahupun al-Qassam sudah lama dikuburkan; semua itu menjadi puing-puing sejarah yang menyaksikan nyawa manusia diperlakukan seperti sisa buangan yang tidak berharga. Malangnya, bangsa Yahudi dan umat Islam ketika itu masing-masing beragama, lalu apakah Tuhan itu sendiri yang menganjurkan keganasan dan pembunuhan atas nama-Nya
Justeru foreign-neo kini sudah menghapuskan jejak-jejak Tuhan demi perpaduan manusia sejagat. Memanglah kemustahilan itu adalah satu perkara yang mustahil.
Tinta Pujangga adalah delegasi neo-Kuala Lumpur yang dihormati di persada antarabangsa; malah pernah kesatuan Isratin cuba-cuba melobi untuk mendapatkan khidmatnya di kesatuan mereka. Ketokohannya mula diangkat apabila dia berjaya membina dasar-dasar pentadbiran baru untuk neo-Kuala Lumpur selepas tragedi Gempa Mega dan Tsunami Raya yang celaka itu. Kali ini dia hadir mengenakan Kebaya Merah dan berselendang nipis di bahu, ditemani Laksamana Jaafar sebagai delegasi ketenteraan Neo-Kuala Lumpur.
Persidangan tahunan ini sebetulnya perlu dihadiri oleh Mama Juwita (malah mereka bertiga kadangkala digelar The Holy neo-Trinity) namun Juwita terpaksa menarik diri di saat-saat akhir. Pujangga tahu, Juwita perlu berada di Makmal Keabadian Kubah Gemawan untuk bertarung dengan Alif Lam Lam Ha yang acapkali mengganggu tidur anak tunggalnya (atau barangkali dia rasa tercabar kerana ciptaannya tidak lagi sempurna).
Kemustahilan adalah satu perkara yang mustahil.
Bumi yang didiami kini telah tenat; ke-tenat-an itu tidak lain adalah berpunca daripada tangan-tangan protoHuman yang berleluasa mengikut hawa nafsu mereka, yang meruntuhkan ketamadunan alam yang tercipta sejak sekian lama. Kali ini delegasi-delegasi kesatuan World United (WU) dibawa untuk mendalami puing-puing sejarah dan percaan masa hadapan yang dicantum-cantum oleh harapan dan kajian saintifk saintis-saintis dunia melalui satu imej yang terpancar di tengah pentas utama. Gelap.
Masa depan semakin gelap.
Dunia telah dikawal selia oleh kuasa-kuasa besar; ah sebenarnya selalu sahaja begitu sejak dari zaman protoHuman dahulu lagi. Namun Jaafar dan Pujangga bukanlah pemimpin atau jemaah menteri yang hanya tahu menindas rakyat (dengan kehilangan duit dan kenaikan cukai) serta mengikut telunjuk Kesatuan Amerika sahaja. Jaafar, Pujanggan dan Juwita malah merupakan jemaah menteri kabinet yang sentiasa berkorban apa sahaja demi kemajuan negara baharu neo-Kuala Lumpur. Malah, Pujangga acapkali tampil menceritakan sejarah ketamadunan dahulu kala bila mana penguasa atau pemerintah proto-Human sering meluaskan hegemoni mereka melalui senjata ekonomi, politik, sosial mahupun agama.
Proto-Human mengamalkan sistem demokrasi yang akhirnya menjerat diri mereka sendiri. Dua gajah berkelahi, semut semut yang bising; terpijak lalu mati.
Mata Jaafar mulai fokus apabila Presiden WU, James Mc Neon-XV membawakan usul untuk menggubal dasar baharu; dasar campur tangan untuk keharmonian sejagat yang dipanggil WUFP World United Foreign Policy. Atas nama kebebasan bersuara dan hak asasi neoHuman, WUFP berhak melakukan campur tangan keatas negara ahli WU yang menyekat kebebasan bersuara dan hak asasi manusia (neo-Human).
Hak asasi proto-Human tidak terpakai. Malah mereka perlu sedar, bukankah ini layanan proto-Human kepada orang-orang asli sewaktu mereka menjarah tanah asal mereka pada zaman kuno dahulu Apa Christopher Columbus hanya berdiam diri semata-mata Atau Albuquerque datang tanpa rencana God, Gold and Glory nya Barangkali mereka sengaja melupakan, getus Pujangga.
Pujangga bangun dengan tiba-tiba. Api amarahnya marak menyala.
I am the Royal Professor, Dr Srikandi MahaUsaha Tinta Pujangga, neo-Kuala Lumpur.
Dewan sunyi.
Mc Neon, and fellow members of World United.
May I have your attention
Please, Dr Pujangga, the stage is yours.
Tinta Pujangga lantas bangun tersamping dengan sepuluh orang jejaka gagah yang membawanya untuk diarak ke dalam tandu yang diperbuat daripada kristal unggul, ditempa istimewa dari emas Sierra Leon. Tandu itu dipayungi indah dengan perhiasan estetika dari zaman kuno Majapahit, berserta dengan rampaian sulaman awan larat yang juga menempelkan mantera-mantera suci kerajaan Funan, mengembalikan nilai indah nian seni zaman silam. Semua delegasi faham benar dengan personaliti Tinta Pujangga; malah dia dilayan selayaknya sebagai seorang maha diva!
Tinta Pujangga tiba di podium. Terompah antigravitinya teraktif, membolehkan Pujangga terapungapung di pentas utama dewan persidangan World United. Seolah penari agung Mak Yong sahaja alunannya. Intercom yang terpakai mula diaktifkan para delegasi; itu permintaan istimewa daripada Tinta Pujangga, supaya dia mampu untuk bertutur di dalam Bahasa Melayu tanpa perlu berkompromi dengan sang foreign-neo yang imperial itu.
Dewan persidangan mulai gelap, hanya kecopong (perhiasan atas kepala yang dipakai oleh penari Mak Yong) dan platform anti-graviti yang mengeluarkan nuansa biru neon, terang-benderang. Pujangga kini terbang tinggi; kain batik jawanya berkibar anggun tersamping dengan kebaya merah disulam tangan oleh golongan kuli proto-Human. Muzik gamelan dimain rancak, seolah pewayangan maha sakti lagikan sakral bakal bermula.
Dengarkan aku!
Maka lengang diulit sepi dewan persidangan WU saat Tinta Pujangga mula menggetarkan peti suaranya yang maha intelektual; separa hormat, separa takut delegasi WU akan kehadiran Pujangga. Meraka tahu wanita besi ini tidak akan bersetuju dengan mana-mana polisi campur tangan negara. Malah mereka semua berpendapat bahawa tidak akan ada neo-Human yang melebihi skala angkuhnya berbanding Srikandi MahaUsaha Tinta Pujangga.
Akulah Tinta Pujangga, hidup sekian lama kerana terselamat aku daripada gocohan Gempa Mega dan Tsunami Raya. Lalu dengan mata telanjang aku ini, tiada satu kepingan puing memori pun aku lupa akan tempik lolong proto-Human di CNN, yang begitu musnah dipatah-patah alam.
Aku bingung memikirkan; sungguh tergamak kalian, untuk mengulang dosa umat mereka yang berbalah, sibuk pula mencari daulat tersendiri dalam pagaran kampung milik orang lain! Apakah nafsu perangmu tak bisa dipadam sampai engkau gila berkehendakkan sesuatu yang bukan kepunyaan mu
Laksamana Jaafar tunduk, patuh. Perwakilan lain terus membisu, patuh menurut.
Apakah tiada langsung tercerna dalam cakera akalmu mempelajari sesuatu dari kelaknatan yang tersamping daripada pemerintahan yang tidak menghormati kedaulatan pagaran wilayah masingmasing Apa kita mahu jadi seperti manusiamanusia zaman dahulu, malah sebelum itu yang sibuk bertempik perihal kebebasan bersuara, tetapi akhirnya tergadai perpaduan dan keamanan!
Anehnya mereka bertuhankan agama, dan Tuhan mereka tersamping cuma.
Apa kita sekarang ini mahu membiarkan sejarah itu berulang semula Tidak, aku tidak redha akan polisi sebegini rupa; tiadalah layak duli aku ini bergentayangan di sini, jika mata telanjangku hanya untuk dipuas berahi imperial kamu!
Sebatian itu diteguk perlahan-lahan. Itu bukan sebatian biasa.
***
Kamu, Pujangga..., terlalu kasar aku kira...
Jaafar membantu pujangga memperkemas serat keselamatan Kapsul Angklung. Binaan berbentuk separa bulat itu membelah awan dengan kelajuan supersonik, maka perjalanan dari neo-Kuala Lumpur ke International Space Station hanya memakan masa selama beberapa jam sahaja. Kapsul Angklung ini dicipta oleh Mama Juwita; sebagai hadiah kepada Tinta Pujangga kerana hampir seratus tahun mereka bersahabat baik. Semenjak di Harvard lagi. Imej Buhaira tiba-tiba menjelma. Ah, mengapa!
Apa benar aku yang kasar, atau mereka itu yang hilang adab, Jaafar Sepanjang aku menjadi delegasi kehormat, ini kali pertama tandu ku diberhalakan, dan aku mula terapung marah. Aku marah, Jaafar. Dan kamu tahu sebabnya!
Tapi Pujangga, apakah kita ini bersedia ditekan oleh Kesatuan Amerika-Rusia dan Kesatuan Isratin Mereka-
Rumahku di tepi pantai, tinggi binaannya
Jaafar. Tinggi. Hempasan ombak, tidak langsung menggetarkanku.
Apa ancaman Nuklear MahaBoson akan menggetarkan temulangmu, Pujangga
Itu tugas mu Jaafar. Kamulah laksamana kami. Apa kamu mahu kita jadi lembu yang tercucuk hidungnyakah
Tapi ...
Apa kehormatanku lucut di matamu, Jaafar Aku ini Srikandi! Pujangga mula meninggikan suara.
Ampun, Pujangga. Ayuh kita pulang. Kapsul Angklung memecut laju.
***
Siapa Juwita tidak suka kelekaannya terganggu; namun dia tahu, barangkali itu Pujangga yang baru sahaja pulang dari Persidangan Langit sebentar tadi.
Juwita, ini aku.
Masuklah.
Wanita anggun (tetapi berusia lebih seratus tahun) itu mula menapak di Makmal Keabadian, Kubah Gemawan. Kelihatan Mama Juwita memakai jubah putih, tekun dengan paparan skrin mega yang menunjukkan analisa yang terkandung di dalam riwayat seorang neo-Human. Skrinskrin mega yang tergantung itu rancak memperihal DNA manusia hibrid, sedang Juwita masih ralit menganalisa jujukan nucleotide yang tersambung bina; kalau-kalau wujud unsur-unsur yang mungkin menempangkan ciptaanya.
Masih tiada jawapan, Ju
Entah, Pujangga. Aku tidak pernah sebegini buntu. Aku perlu segera menghubungi Razief, untuk mengambil sampel selnya.
Apa mungkin sampel otak diambil dari jasad bernyawa, Juwita
Pujangga, apa kamu lupa yang kita semua ini, aku sudah sempurnakan imprinting-nya. Cuma aku harus memastikan bacaan kedua dari Razief itu bertepatan dengan neo-Human Database yang aku ada.
Ah, hasil tukangan sains mu itu Juwita, terlalu agung untuk aku cerna. Kepintaran mu itu, selayaknya dijadikan Presiden!
Hahaha... aduh kamu ini tak kering dengan seloka. Tapi, mengenai Presiden, ada satu perkara yang merisaukan aku, Pujangga.
Apadia
Kamu, pernah berjumpa dengan Tuan
Pemerintah
Berjumpa
Bukan berjumpa di alam maya atau sekadar percikan zarah-zarah hologram. Tapi berjumpa semacam ini, bersentuhan fizikal.
Entah. Mungkin Jaafar pernah. Kenapa
Aku sebenarnya memikirkan sesuatu, Pujangga. Tapi, apakah aku harus mempercayaimu
Juwita, kamu tu aku anggap kakakku.
Apa, aku kelihatan tua Hahaha ...
Hahaha.... bukankah kita ini, fosil-fosil yang dihidupkan kamu semata-mata
Hahaha ... Pujangga, aku sempat dihubungi Comprandron yang menghantar maklumat bahawa kamu itu, diangkat menjadi diva di sana. Apa benar
Ah, si robot Comprandron itu suka mereka cerita, nanti aku baiki papan litarnya! Begini Juwita, aku rasa kita selalu terancam dan diancam.
Ah, sejak dari nenek moyang kita bukankah
Jangan patuh pada mereka!
Betul tu Ju. Kali terakhir kita meminta pendatang menghulurkan bantuan, bukankah beratus tahun lamanya kita dijajah Tetapi proto-Human yang bodoh itu belum serik dengan ideologi Barat. Nescaya lihatlah mereka kini. Kita, jangan terpedaya.
Apa yang kamu buat, Pujangga Ceritakan!
Ruginya aku kerana tidak hadirkan diri.
Aku diarak ke dalam tandu sebelum aku megah
terbang, menegaskan bahawa aku tidak akan sekalikali redha dengan dasar campur tangan asing masuk ke dalam pagaran tanah milik kita.
Aku setuju dengan kamu. Barat, tidak pernah berlaku ikhlas dengan kita semenjak dari zaman kuno dahulu lagi. Hanya proto-Human yang bodoh, terpedaya dan tidak terfikir akan muslihat mereka. Lalu Jaafar bagaimana
Ah, si tua itu nama sahaja lelaki, tetapi tiada jantannya dia. Dia asyik mengingatkan aku tentang Senjata Nukelar MahaBoson. Jaafar itu, terlalu kebaratan! Ah, soalan kamu tadi, apa dia
Aku kan Pujangga, selalu tertanya-tanya. Sehingga ke saat ini, kita belum pernah bertemu dengan Tuan Pemerintah secara fizikal. Tetapi kita tetap patuh padanya.
Apa, aku fikir apa yang kamu fikirkan
Iya, kamu memahami aku! Kita ini tidak ubah seperti proto-Human yang patuh kepada Alif Lam Lam Ha yang mereka sendiri tidak nampak! Kegilaan apakah ini
Sebenarnya, aku pun sudah lama memikirkan akan hal itu, Juwita.
Pujangga... apakah aku harus mempercayaimu
Demi aku yang tidak bertuhan ini, seluruh inci tubuhku boleh dipercayai, Juwita.
Mari kupimpin kamu. Juwita mendapatkan tangan mulus Tinta Pujangga.
Aktifkan Lorong Rentas Juwita!
Tersudut di ruang belakang mereka adalah belahan dinding yang diperbuat daripada kaca, melorongkan mereka ke sebuah pintu berwarna merah. Ukiran pintu berwarna merah itu diserikan dengan serakan haiwan-haiwan berupa kijang, dengan tombol pintu yang diperbuat dari tembaga.
Tun Fatimah-Cohedron merupakan Robot Penjaga yang menjaga kerahsiaan Lorong Rentas Juwita. Usai mengimbas maklumat pada kornea Juwita dan Pujangga, pasangan sabahat baik itu dilorongkan oleh Cohedron saat pintu kijang bertombol tembaga itu terbuka.
Pujangga melopong!
Matanya tertancap melihat sebuat binaan majestik, maha besar dan maha kuasa. Fikirnya, ini boleh menyaingi Alif Lam Lam Ha ciptaan Proto-Human. Lebih dua puluh Cohedron yang lain sibuk mengimpal binaan besar itu, menggunakan Inter-galactic Laser Conduit pemberian dari Kesatuan Jepun Raya (untuk melobi Juwita suatu ketika dahulu). Binaan yang terkimpal itu membentuk sebuah alat pemancar yang begitu misteri lagikan unggul. Iris Tinta Pujangga tidak henti-henti bersinar.
Ju...Juwita... khabarkan aku tentang bongkahnya mega.
Pujangga, ini untuk kita. Kubah Anti-Nuklear
MahaBoson Cik Siti Wan Kembang!