Aku tidak perlu terburu kerana kawan aku yang akan melapor diri di pasukan yang sama masih belum tiba. Dia berasal dari Pulau Pinang dan merupakan skot aku bernama Zainal Abidin bin Ismail yang akan sama-sama memulakan tugas di pasukan yang baru.
Di stesyen keretapi itu aku bertemu dengan 2 orang gadis yang cukup sporting serta peramah. Mereka sedang menunggu kakak dan bertanya ke mana aku hendak pergi. Kamipun bertukar nombor talipon dan sejak hari itu seluruh keluarganya menjadi seperti keluargaku. Aku boleh datang dan makan di rumah mereka pada bila-bila masa.
Mereka dari keluarga yang bijak-bijak dan mempunyai pemikiran yang luas. Kami selalu keluar makan bersama dalam satu kumpulan. Ada ketikanya kami di jemput ke rumah mereka jika ada apa-apa majlis. Itulah keluarga pertama yang aku kenali di Kluang.
Kami dibawa dengan sebuah kenderaan tentera yang diiringi oleh saorang pegawai yang menyamar sebagai saorang pesuruh. Pandai dia berlakun. Tetapi aku tetap tidak percaya kerana aku telah di maklumkan fenomena ini lebih awal.
Sebaik sahaja tiba di wisma perwira 16 Rejimen Askar Melayu Diraja (16 RAMD), semua pegawai menunggu kami dan layanannya sungguh baik. Mereka bertanya beberapa soalan tanda ingin berkenalan.
Aku tetap berwaspada dan menaruh syak wasangka. Aku tidak mahu tersalah langkah. Air yang tenang jangan di sangka tiada buaya. Aku pesan kepada skot agar jangan terlalu gembira sangat kerana apa-apa sahaja boleh berlaku. Tengok wajah mereka pun aku dapat bayangkan peribadi yang dimiliki. Aku pula tidak mahu prejudis terhdap merreka.
Aku memang ingin menjadi saorang pegawai yang baik dan aku amat berharap supaya akan mendapat bimbingan dan tunjuk ajar dari mereka yag lebih berpengalaman
Pada hari kedua, selepas taklimat telah nampak bunga-bunga bahawa langit tidak selalunya cerah. Amaran serta sindiran yang diberikan menunjukkan mereka bakal melakukan sesuatu. Memang betul..! pada petang tersebut kami telah menjalani orientasi kem sejauh hampir 5 km dengan berpakaian lengkap bersama pack.
Itu adalah cabaran pertama kami. Aku dapat rasakan bahana hari mendatang. Orientasi yang benar-benar menguji kekuatan mental dan fizikal. Pada malam tersebut kami disuruh melakukan berbagai pergerakan senaman serta tugasan yang perlu di laksanakan dengan pantas.
Aku awal-awal lagi telah berpesan kepada skot agar jangan sesekali melarikan diri. Buktikan kepada mereka bahwa kita cukup kuat untuk menghadapi cabaran tersebut Setiap hari aku tidur tidak awal dari jam 2 pagi dan perlu bangun pada jam 0530.
Semua kasut senior perlu dikilat termasuk kasut aku dan mereka perlu di kejut mengikut masa-masa yang telah mereka tetapkan. Kalau masa tersebut bertindih akan menyebabkan kami akan di denda kerana gagal memenuhi masa yang ditetapkan walau apa alasan yang aku berikan.
Satu hari aku terpaksa mengambil gambar di kubur tentera gurka yang terletak di ladang kelapa sawit di dalam kem tersebut. Malam itu hujan renyai-renyai jam 12 tengah malam aku dan skot telah berpecah di sekitar kubur untuk mencari gambar simati yang bernama Nilamsari.
Masa itu dah tak takut dah dengan hantu sebab hantu di dalam kem (senior) lagi menakutkan. Akhirnya aku jumpa gambar tersebut. Dan aku menjerit mengajak skot aku pulang. Masa itu jam menunjukkan sekitar 0140 pagi.
Beginilah aku lalui setiap hari sehingga aku menjadi sangat kurus kerana tidak tentu hala. Sepak terajang jangan kiralah. Berpuluh kali malah beratus-ratus kali aku terima walaupun kesalahan yang di buat sangat kecil atau tak salahpun.
Namun aku tetap menghargai senior aku kerana bukan mudah untuk aku menjadi kawan mereka sebelum melalui ujian-ujian sedemikian. Mereka hendak lihat sikap aku dalam menerima sesuatu hukuman atau amanah.
Tiga perkara yang mereka beri penekanan iaitu, jangan hipokrit, mesti jujur dan selalu berfikiran ofensif serta pantas berfikir dalam apa juga tindakan yang di buat. Aku boleh terima semua itu kecuali penghinaan.
Penghinaan di hadapan isterinya yang di lakukan saorang pegawai. Dia kahwin dengan operator kem tersebut tetapi terlalu sombong. Baru kahwin dengan operator pun dah sombong. Apa kelas!
Selepas hampir 2 bulan menjalani orientasi aku bertuah kerana berpeluang melaksanakan operasi yang pertama di sempadan Malaysia/Thailand iaitu di kawasan hutan Belum. Aku masuk dengan pesawat Nuri melalui Tanah Merah Kelantan. Tidak ada perhubungan lain kecuali radio set. Ini adalah pengalaman yang sangat berharga buat aku.
Satu hari lebih kurang jan 1230 tengahari aku terdengar bunyi tembakan yang bertubi-tubi dari jarak 500 meter dari kem. Apa lagi kami terus mencapai senjata dan peluru serta mengambil perlindungan di arah bunyi tembakan tersebut. Aku mengarahkan agar jangan tembak melainkan aku memulakan dahulu.
Suasana amat mendebarkan terutama sekali aku mempunyai 15 orang anggota baru yang belum ada apa-apa pengalaman. Tiba-tiba aku lihat leftenan Yahaya ketua platun dari sector sebelah muncul dari arah tersebut. Lantas aku arahkan agar semua meletakkan senjata. Ini adalah untuk mengelakkan sesiapa terpicit picu dan melepaskan tembakan.
Termengah-megah Leftenan Yahaya memberitahu aku bahawa anggotanya cedera parah kerana di pijak gajah tunggal. Gajah tersebut sangat besar dan tinggi. Kami tidak memikirkan pada masa itu samada sudah makan tengahari atau belum yang penting misi menyelamat mesti di segerakan
Ketua kompeni aku memaklumkan pegawai memerintah untuk bantuan pesawat udara sementara aku membawa kumpulan menyelamat dan anggota medical ke tempat tersebut. Keadaan anggota yang bernama prebet Idris amat kritikal. Beliau telah dipijak gajah ketika meronda.
Pipinya telah koyak, pinggang dan kakinya telah patah dua. Anggota medical menghadapi masalah mencari urat untuk disuntik morfin. Darah telah banyak keluar dan keadaan amat membimbangkan pada ketika itu.
Sambil kami menyiapkan pengusung, beliau berusaha menyuntik morfin 2 dos sehingga berjaya. Selepas itu kami segera membawa prebet Idris ke lokasi asal kami di mana pesawat udara sedang menunggu. Jarak adalah sekitar 5 km tetapi di dalam hutan ia akan manjadi ganda dua kerana keadaan muka bumi yang tinggi rendah.
Setibanya kami di sana pesawat telah lama tunggu. juruterbang adalah bekas pegawai Askar Melayu dan beliau cukup faham situasi tersebut. Doktor yang di terbangkan khas telah membuat pemeriksaan dan mendapatkan maklumat dari anggota medical sebelum di terbangkan ke hospital Pulau Pinang.
Aku mendapat maklumat dari leftenan Yahaya bahawa anggota malang tersebut ada bercakap agak tinggi malam sebelum kejadian, serta keinginan beliau untuk bertemu dengan gajah besar. Nah bila jumpa lain pulak jadinya. Moral di sebalik kejadian tersebut ialah, kita jangan bercakap besar di dalam hutan atau di mana-mana sahaja.
Selepas sebulan di lokasi tersebut aku di keluarkan dengan pesawat alloutte untuk mengambil alih tugas dari Kapten Azuha kerana beliau terpaksa di keluarkan untuk membantu isterinya akan bersalin. Satu lagi cabaran memimpin anggota-anggota lama.
Selesai operasi aku pulang ke kem untuk menbuat pentadbiran. Dua minggu selepas itu pasukan aku menbuat persiapan untuk mewasitkan latihan Gonzales lasak. Seperti biasa aku terpaksa berjalan berbatu-batu di dalam hutan untuk menilai pasukan yang membuat latihan tersebut.
Sepatutnya pegawai dari pasukan aku akan bergilir-gilir mengikut jarak-jarak yang tertentu. Namun ia tidak manjadi kenyataan kerana sebagai saorang pegawai yang baru aku terpaksa menggantikan mereka hingga habis.