TRAGEDI TSUNAMI DAN GEMPA BUMI - 6
Kebanyakan gempa bumi disebabkan dari pelepasan energi yang dihasilkan oleh tekanan yang dilakukan oleh lempengan yang bergerak. Semakin lama tekanan itu kian membesar dan akhirnya mencapai pada keadaan di mana tekanan tersebut tidak dapat ditahan lagi oleh pinggiran lempengan. Pada saat itu lah gempa bumi akan terjadi.

Gempa bumi biasanya terjadi di perbatasan lempengan lempengan tersebut. Gempa bumi yang paling parah biasanya terjadi di perbatasan lempengan kompresional dan translasional. Gempa bumi fokus dalam kemungkinan besar terjadi kerana materi lapisan litosfer yang tersepit ke dalam mengalami transisi fase pada kedalaman lebih dari 600km.

Ombak laut kebiasaanya disebabkan oleh pergerakan angin yang menghasilkan ombak yang menghempas ke pantai, tetapi gelombang tsunami merupakan gelombang laut yang teramat kuat yang terhasil oleh letupan gunung berapi, tanah runtuh bawah laut, gempa bumi, dan hemtaman oleh asteroid atau komet pada permukaan laut.

Gelombang tsunami mampu bergerak sejauh 900 batu merentasi lautan dan masih mampu menghancurkan bandar berhampiran laut, memusnahkan dan mengakibatkan kehilangan nyawa yang tidak terkira jumlahnya.

Hentaman komet atau asteroid juga mampu menyebabkan tsunami gergasi. Walaupun tiada sesiapa pernah melihatnya, simulasi komputer menunjukkan bahawa gelombang tsunami gergasi yang mampu menghapuskan pencakar langit Manhattan boleh dan sudah tentunya pernah berlaku pada masa lalu.

Pakar sains di Los Alamos National Laboratory di New Mexico menjangkakan bahawa sekiranya asteroid sebesar tiga batu lebar menghentam pertengahan lautan Atlantik, gelombang tsunami akan menengelamkan pantai Barat atas sehingga pergunungan Appalachian dan menengelamkan persisiran Perancis dan Portugis.

Bagaimana Tsunami Terhasil

Punca utama gelombang tsunami adalah pergerakan muka bumi dasar laut yang berpunca daripada gempa bumi dasar laut. Gempa bumi tsunami berlaku pada zon terbenam subduction zones di mana kepingan kerak bumi atau lithosphere yang dikenali sebagai plak tetonik bertembung sesama sendiri menyebabkan satu daripadanya terbenam di bawah yang satu lagi. Terdapat zon terbenam subduction zones dipinggir negara Chile, Nicaragua, Mexico, dan Indonesia yang mencetuskan tsunami pembunuh dalam tempoh 100 tahun lalu.

Di lautan pasifik, terdapat rekod 17 tsunami dari tahun 1992 sehingga 1996 yang bertanggungjawab mengakibatkan kehilangan 1,700 nyawa. Negara Indonesia terdedah kepada bencana alam disebabkan kedudukannya yang merupakan pertembungan 3 plat tetonik, iaitu kepingan Euro-Asia, kepingan Indo-Asutralia dan kepingan Pasifik. Selain ketiga kepingan yang besar itu, Indonesia juga menjadi pertemuan plak tetonik dengan skala kecil seperti kepingan Filifina.

Apabila kepingan kerak bumi terbenam ke dasar, pergerakannya bergerak tersekat-sekat melekat sekejap sebelum tergelincir. Apabila ia terlekat pada tebing benua, tekanan terhasil. Apabila kawasan yang terlekat terbebas, sebahagian daripada dasar laut mungkin melantun naik seperti papan anjal, ketika tekanan terbebas; sementara bahagian lain mungkin tenggelam. Seketika selepas gempa bumi, air yang tertolak membentuk gelombang dan tsunami pun terhasil.

Zon terbenam subduction zones terdapat di seluruh dunia, tetapi lokasi yang paling dikenali adalah di sepanjang lingkaran Cincin Api Pasifik. Pasific Ring of Fire (Lingkaran Cincin Api) Pasifik merupakan sempadan pertembungan antara dua plak tektonik. Lingkaran Cincin Api Pasifik terletak sepanjang pantai barat tengah dan Selatan Amerika, Jepun dan Filipina, merentasi New Zealand, ke lautan Atlantik. Gunung berapi juga wujud di tengah laut sepanjang rabung laut. Rabung Tengah Atlantik merupakan contoh gunung berapi dasar laut. Apabila gunung berapi dasar laut ini meletus, ia mampu menghasilkan gelombang tsunami.

Gelombang tsunami boleh menyababkan air laut surut dan ikan tertinggal di dasar lautan. Ini menarik orang ramai berkumpul melihat keadaan ini sebelum gelombang tsunami menghentam menyebabkan kematian mengejut mereka.

Pada tahun 1993, satu gelombang tsunami menghentam bandar di Jepun, ombak purata setinggi 15 hingga 20 meter (50 - 65 kaki). Tetapi pada suatu tempat, ombak tertumpu pada bentuk V memampatkan ombak dalam ruang yang semakin sempit dan akhirnya menghasilkan gelombang tsunami setinggi 32 meter (90 kaki) dari aras laut, setinggi bangunan 8 tingkat.

Negara Indonesia terdedah kepada bencana alam disebabkan kedudukannya yang merupakan pertembungan 3 plat tetonik, iaitu kepingan Euro-Asia, kepingan Indo-Australia dan kepingan Pasifik. Selain ketiga kepingan yang besar itu, Indonesia juga menjadi pertemuan plak tetonik dengan skala kecil seperti kepingan Filipina.

Apabila kepingan kerak bumi terbenam ke dasar, pergerakannya bergerak tersekat-sekat melekat sekejap sebelum tergelincir. Apabila ia terlekat pada tebing benua, tekanan terhasil. Apabila kawasan yang terlekat terbebas, sebagaian daripada dasar laut mungkin melantun naik seperti papan anjal, ketika tekanan terbesar. Sementara bahagian lain mungkin tenggelam. Seketika selepas gempa bumi, air yang tertolak menbentuk gelombang dan tsunami pun terhasil

Zon terbenam subduction zones terdapat di seluruh dunia, tetapi lokasi yang paling dikenali adalah di sepanjang lingkaran Cincin Api Pasifik. Pacific Ring of Fire. Lingkaran Cincin Api Pasifik merupakan sempadan pertembungan antara dua plak tetonik.

Lingkaran Cincin Api Pasifik terletak sepanjang pantai barat Tengah dan Selatan Amerika, Jepun, dan Filipina, merentasi New Zealand, ke lautan Atlantik. Gunung berapi juga wujud di tengah laut sepanjang rabung laut. Rabut tengah Atlantik merupakan contoh gunung berapi dasar laut.Apabila gunung berapi dasar laut ini meletus, ia mampu menghasilkan gelombang tsunami.

Alam lautan lepas, gelombang tsunami mencecah kelajuan 500 batu sejam, selaju jet penumpang. Tetapi di lautan lepas, gelombang tsunami itu tidak dapat dibezakan dengan ombak biasa. Di lautan dalam, ombak tersebar dan merunduk, dengan beratus batu antara puncak ombak yang hanya kelihatan beberapa kaki tinggi. Berbeza ombak yang disebabkan oleh angin yang berkesan pada lapisan atas air, gelombang tsunami terbenam sehingga beribu kaki di dalam laut.

Oleh kerana pergerakan ombak begitu kuat, dan sifat pedam air, gelombang tsunami mampu bergerak beribu batu dan hanya sedikit kehilangan tenaga. Sebagai contoh, gelombang tsunami yang disebabkan oleh gempa bumi di persisiran Chili pada tahun 1960 menghasilkan gelombang tsunami yang mempunyai cukup tenaga untuk membunuh 150 orang. Di Jepun setelah bergerak selama 22 jam sejauh 10,000 batu. Gelombang tsunami tersebut kemudiannya berulang-alik menyeberangi lautan selama beberapa hari.

Apabila gelombang tsunami sampai ke pantai, ia menjadi perlahan disebabkan dasar laut menjadi cetek, dan kehilangan laju ini diiringi oleh peningkatan dalam ketinggian ombak. Ombak tersebut terhimpit antara satu sama lain seperti akordian dan meningkat naik. Bergantung kepada jenis punca gelombang tsunami itu, gelombang tsunami boleh menyebabkan air laut surut menyebabkan ikan tertiggal di dasar lautan. Ini menarik orang ramai untuk berkumpul melihat keadaan ini sebelum gelombang tsunami menghentam menyebabkan kematian mereka.

Gelombang tsunami juga mampu melanda dengan tiba-tiba tanpa sebarang amaran. Gelombang tsunami yang melanda tidak bergulong di kemuncak seperti ombak biasa. Mereka yang terselamat menggambarkan gelombang tsunami sebagai dinding air yang gelap. Ombak gergasi tsunami yang terdiri daripada jisim air yang menggunung ini akan menghentam ke pantai dan menenggelamkan kawasan persisiran, menumbangkan pokok dengan mudah seolah-olah seperti ranting kering, merobohkan tembok batu, dan rumah api, dan memusnahkan bangunan seperti bangunan permainan.

Bentuk permukaan dasar laut seperti berbentuk parit, dan persisiran pantai memainkan peranan penting dalam menentukan jenis gelombang tsunami yang terhasil. Pada tahun 1993, satu gelombong tsunami menghentam bandar, di Jepun, ombak purata setinggi 15 hingga 20 meter (50-65kaki). Tetapi pada suatu tempat, ombak tertumpu oleh bentuk V. Ia Memaparkan ombak dalam ruang yang semakin sempit dan akhirnya menghasilkan gelombang tsunami setinggi 32 meter (90 kaki) dari aras laut, setinggi bangunan 8 tingkat.

Pada masa kini tidak terdapat banyak yang dapat dibuat oleh mereka yang berhadapan dengan gelombang tsunami. Di kepulauan Jepun, kerajaan telah membina benteng di persisiran pantai untuk menahan bandar dari bahaya gelombang tsunami, tetapi bagi orang perseorangan, tidak banyak yang dapat dibuat oleh mereka kecuali mengosongkan kawasan yang dijangka akan dilanda tsunami.

Penduduk di persisiran pantai di kawasan yang sering menghadapi tsunami juga perlu pergi ke arah tanah tinggi apabila berlaku gempa bumi atau letusan gunung berapi bagi yang tinggal berhampiran gunung berapi. Mereka juga perlu mengelakkan dari pergi ke arah pantai sekiranya berlaku tanda-tanda awal tsunami seperti air yang surut secara tiba-tiba.

Tsunami juga mampu melanda beberapa kali, oleh itu adalah tidak digalakkan untuk pergi ke kawasan pantai untuk melihat kerosakan selepas ombak tsunami pertama melanda. Ini adalah untuk mengelakkan dilanda ombak tsunami yang berikutnya.

Gelombang Tsunami

Gelombang ombak tsunami yang bergerak pada kelajuan yang berbeza dan sudah tentu nampak yang berlaku juga tidak sama. Bukan semua tsunami akan mengakibatkan ombak yang besar. Malah pernah di catatkan gelombang tsunami setinggi 6 inci. Gegaran di bawah laut atau di plat bumi sentiasa berlaku. Namun pergerakan-pergerakan yang kecil tidak begitu memberi kesan.

Tsunami Jarak Dekat (Lokal)

Tsunami akan berlaku pada jangka masa sekitar 0 ke 30 minit setelah berlaku gempa jarak pusat gempa ke lokasi ini sekitar 200km. Besar kemungkinan daerah di sekitar gempa bumi akan merasakan kesan gegaran. Malah ia boleh merosakkan bangunan. Tanda-tanda yang akan memberi isyarat akan berlaku tsunami adalah getaran kuat dan diikuti oleh pasang surut air yang mendadak. Ikan dan kebanyakan spesis laut akan menunjukkan reaksi yang agak ganjil apabila tsunami ingin melanda.

Tsunami Jarak Menengah

Kategori ini akan menyaksikan tsunami baru datang pada jangka masa sekitar 30 minit ke 2 jam setelah berlaku gempa. Jarak pusat gempa dengan lokasi adalah sekitar 300 ke 1000km.