KITAB XX - 30 Langkah Memikat Lelaki - 6
Wahai gadis, usaha pencarian lelaki yang menjadi idaman bukanlah seperti kita mencari barang untuk dibeli di pasaraya. Mereka tidak diletakkan di atas rak untuk dipamer. Mereka juga tidak diletakkan tanda harga untuk dibeli.

Pencarian lelaki yang bakal menjadi pasangan hidup kita haruslah tepat dan mampu dicapai. Jika kita mahukan seseorang yang seperti impian selama ini, kita haruslah mencari di tempat yang betul.

Ramai gadis seperti kamu yang bangun pagi, sering tertanya-tanya, mengapa aku masih belum temui jejaka idaman Adakah kamu juga seperti ini

Kajian mendapati 1 daripada 5 orang di Amerika adalah bujang dan masih mencari pasangan hidup mereka. Begitu juga di Malaysia, nisbah gadis bujang lebih besar berbanding lelaki. Ia boleh sahaja mencecah 5:1 atau lebih. Di sini kita harus menerima hakikat, lebih ramai gadis yang tidak menemui jejaka idaman seperti yang diharapkan dan ia memakan masa yang sangat lama.

Pencarian bakal suami yang baik sering membuatkan seseorang gadis terpaksa mengorbankan masa mudanya. Ada yang terpaksa berkahwin dengan mana-mana lelaki yang meminangnya lantaran tidak bertemu jejaka idaman hati.

Apakah silapnya Apakah menjadi suatu kesalahan jika kita mencari seorang lelaki yang diidamkan selama ini Tidak. Ia bukanlah suatu kesalahan. Hanya ia merupakan silap kita yang utama, iaitu kita tidak mencari di tempat yang betul.

Jadi, apakah tempat yang betul Apakah ada ciri-ciri lokasi yang sesuai untuk kita mendapatkan jejaka idaman

Sudah tertulis di dalam Al-Quran, setiap manusia dijadikan berpasang-pasangan. Lelaki yang baik dijadikan untuk gadis yang baik, begitu juga sebaliknya. Justeru, jika kita mahukan jejaka idaman seperti mana yang kita tanamkan impian tersebut selama ini, mulakan mencari di tempat yang memenuhi ciri-ciri tersebut.

Jika kita mencari di tempat maksiat, berkemungkinan kita akan menemui lelaki yang tidak elok perangainya. Begitu juga jika kita mencari di tempat yang baik-baik, berkemungkinan besar kita akan menemui lelaki yang baik juga.