Dude! I'm Getting Married - 60
BAB 60

MUNDAR-MANDIR Seri dalam bilik. Pukul dua petang nanti, pihak lelaki akan tiba. Fikirannya dah kusut. Dia jenguk ke laman. Dari beranda bilik, laman rumahnya sudah dihias cantik dengan bunga segar dan khemah.

Macam majlis nikah. Aku nak bertunang je pun! Seri menapak semula ke katil. Duduk melangut di hujung katil.

Ucu! Mengapa tak siap lagi ni

Seri mendongak. Mama dah terpacak di muka pintu bilik.

Alahlambat lagi. Baru pukul satu setengah. Seri muncung.

Lambat apanya! Setengah jam lagi pihak lelaki akan sampai. Ni..dengan sarung batik dan baju T-shirt macam ni, bila nak siap Mama dah membebel.

Yalah! Seri bingkas bangun. Dia menapak ke arah almari. Sempat jeling mama di muka pintu. Mama dah blah!

Eii! Nak kena pakai baju ni ke Seri tenung jubah berona ungu dan merah jambu berenda manik warna mutiara di sekeliling lengan baju dan hujung jubah.

Jubah dicapai perlahan. Tayang di badan seketika.

Hmmmacam nak nikah pun ada. Kenapa la ma pilih baju ni Haih Seri terpaksa juga sarung jubah itu ke tubuhnya. Lama pula dia termenung di depan cermin besar. Nampak seluruh badan.

Cantik adik abang!

Seri menoleh. Acik pulak tersengih di muka pintu bilik.

Cantik ke

Acik angguk.

Huh! Ucu pakai baju ni bukan nak goda Jai tu. Semua ni ma yang pilih. Ikut Ucu, Ucu nak pakai baju raya je. Seri henyak tubuh atas katil semula.

Acik ketawa. Muka Seri dah berubah rona.

Pakailah baju apa punUcu tetap cantik di mata abang. Acik berkata lembut. Kalaulah mama benarkan aku nikah dengan Seri pun, aku nak. Kami halal nikah.

Ya ke Seri senyum.

Acik angguk lagi. Puji sikit dah kembang hidung!

Hmm..abang nak tahu tak, kalau abang ni bukan abang Ucu, nak jugak Ucu bercinta dengan abang. Abang pun handsome apa! Baik hati, suka bergurau dan yang penting abang tak pernah kecewakan Ucu. Seri duduk dekat dengan Acik.

Acik menelan liur. Fikiran Seri sama dengan fikirannya. Kebetulan ke apa Acik tenung Seri yang dah berseri-seri. Rambut lebat hitam milik Seri yang mengurai panjang hingga melepasi bahu begitu mempesona. Ah..tak sepatutnya aku lihat aurat Seri yang nyata halal untuk aku nikah. Dah ditakdirkan aku dan Seri hidup sebagai adik-beradik.

Err..Ucu pakai tudung cepat. Tetamu dah nak sampai tu. Acik dah serba salah. Sejak Seri hilang ingatan, Seri dah lupa yang mereka bukan adik-beradik kandung. Dulu, masa mula-mula Seri dapat tahu hal tu, Seri tak pernah dedah aurat sesuka hati selepas tu.

Abang..tunggu la Ucu. Seri cepat-cepat mengenakan tudung yang juga berona ungu.

RUANG TAMU rumah Datuk Kamaruddin mula dipenuhi tetamu. Encik Muzaffar dan Puan Aishah bersama tetamu yang lain mula mengambil tempat duduk.

Err..Jai tak datang ke Datin Rubiha senyum sambil bersalam dengan Puan Aishah.

Ada kat laman tu. Dia segan nak masuk. Yalah..ni kan majlis pertunangan dia. Puan Aishah senyum.

Nak segan apanya. Zaman sekarang ni, dah tak ada semua tu. Janji tak ada yang melanggar syariat. Datin Rubiha turut jenguk ke laman. Jai sedang duduk di kerusi dekat dengan kolam renang.

Entahlahbiarlah dia kat situ. Puan Aishah jenguk ke arah Jai. Dari arah ruang tamu, nampak jelas kolam renang di luar.

Jai tak datang ke makcik Acik pula bertanya. Liar matanya melihat tetamu yang hadir.

Ada kat kolam renang tu!

Acik pandang mama yang terjuih mulut ke arah kolam renang. Dia melangkah perlahan ke arah Jai.

Weh! Buat apa sorang-sorang kat siniAcik tepuk belakang Jai. Jai hanya mengenakan pakaian kasual.

Jai pantas menoleh. Eii! Nasib baik aku ni muda lagi, kalau tak dah kojol aku terjatuh dalam kolam renang tu!

Habis tu..nak suruh aku masuk sekali Jai jeling Acik yang dah melabuhkan punggung di kerusi sebelah.

Apa salahnya..majlis dah nak mula tu. Acik senyum. Malu tapi mahu!

Tak apalah..Seri tu bukan suka aku pun. Buatnya dia tak nak bertunang Tak ke haru! Jai menopang dagu.

Kau nibelum apa-apa dah buat conclusion. Seri tu akan pulih nanti. Bila dia ingat semula, kau orang pertama yang dia akan tanya. Trust me! Acik tepuk-tepuk bahu Jai.

Jai hanya mengukir senyuman hambar. Hanya Allah yang tahu Acik..

Acik!

Aku nak masuk dulu. Along dah panggil tu. Aku kenalah temankan Seri tu. Acik minta diri. Jai dibiarkan sendirian di kolam renang.

Kau jangan bimbang. Cincin tu tetap berada di jari manis Seri! Acik kenyit mata sebelum melangkah ke ruang tamu semula.

LEGA. Semuanya sudah selamat. Jai sandar di kepala katil. Foto Seri ditatap lama. Foto di majlis pertunangan yang sempat diabadikan. Seri cantik dengan busana labuh ungu. Agaknya warna ungu memang kegemaran Seri. Dulu masa pertunangan Seri dengan Koci pun, Seri pilih warna ungu. Semuanya gambar Seri dan familinya termasuk famili aku sekali. Tidak ada satu pun gambar aku dan Seri bergambar berdua saja. Jenuh Acik pujuk aku bergambar dengan Seri. Aku sendiri yang tak nak. Sebelum Aku Terima Nikahnya dilafazkan, selagi itulah aku tetap dengan pendirian aku. Malah tangan Seri pun tak pernah aku pegang. Hanya Seri saja yang kalut menghempap tubuh aku tiga kali dulu. Itu pun aku tak pernah ambil kesempatan.

Bagi aku, biarlah syariat mendahului segala. Apa yang haram tetap haram. Aku bersusah payah didik hati aku untuk tidak terlalu mencintai manusia. Apa yang berlaku antara aku dan Seri ada hikmahnya. Semuanya mengajar aku erti kesabaran. Erti pengorbanan seorang sahabat. Wajah Koci muncul di ruang mata.

HmmKoci pun dah pergi jauh dari Malaysia. Jai buka e-mel yang dihantar Koci dua bulan lepas. Koci dah bawa diri ke Dubai. Dia terima tawaran kerja di sana.

Jai belum tidur lagi

Jai menoleh ke arah muka pintu yang terbuka luas. Kak Long sudah tersenyum di situ.

Eh! Kak Long tak balik lagi

Belum..abang Adam nak bermalam lagi kat sini dua tiga malam.

Jai senyum. Kak Long dan abang ngah turut memeriahkan majlis pertunangannya dua hari lepas.

Ni..duk tenung gambar dari tadi, takkan dah rindu kut. Dah tak sabar ke nak nikah Kak Long mengusik. Dia duduk sebelah Jai.

Tak ada la kakJai terkenang kisah dulu-dulu. Seri dah tak macam dulu. Dia masih tak ingat apa yang berlaku. Nada Jai dah kendur. Suram.

Sabarlah..berdoalah satu hari nanti Allah kembalikan ingatan Seri tu. Tak sangka yajodoh Jai dengan Seri tu kuat sungguh. Rupanya Seri tu bekas tunang Jai dulu. Kak Long senyum meleret.

Jai senyum hambar. Teringat kata-kata Acik. Aku akhirnya jatuh cinta dengan bekas tunang sendiri. Koci pulak, sampai sekarang tak tahu yang Seri tu bekas tunang aku.

Sebenarnya masa mula-mula Jai bertunang dulu pun, akak dah suka kat budak ni. Yalahnak buat macam mana. Jai dan budak ni masih mentah. Baru habis sekolah. Kalau akak pun akak bantah. Kak Long sengih.

Tahu tak apa Jai turut sengih.

Macam mana Jai boleh suka pulak kat Seri ni

Jai pandang Kak long yang dah merenung tajam. Haihnak karang semula cerita cinta aku ni..berkurun jugak baru habis!

Kebetulan kakmasa tu Jai jadi ketua untuk projek kesihatan. Pekerja Jai semuanya student tahun akhir. Salah seorang tu Seri la. Tapi masa tu Jai pun tak tahu yang Seri bekas tunang Jai. Lepas Acik beritahu, barulah Jai percaya. Jai terpaksa juga ulang semula kisahnya.

Ohmacam tu rupanya. Cinta pandang pertama la ni tapi kenapa Jai tak kenal Seri tu Dia kan bekas tunang Jai dulu. Kak Long dah berkerut kening.

Dulu Jai tak pernah tengok foto dia. Jai sandar di kepala katil. Komputer riba diletak atas katil. Dibiarkan terbuka.

Laapatutlah nak putus! Jadi selama ni Jai tak pernah kenalah siapa bekas tunang Jai dulu tu

Jai angguk.

Habis tu..takkan nama pun tak tahu

Malas nak ambik tahu. Jai sengih. Gelihati mengenangkan kisah pertunangannya dulu. Memang macam budak-budak!

Kak Long geleng.

Akak harap kali nijadilah sampai bernikah. Kak Long senyum.

Err..Jai tak risau ke..dua tahun lagi baru nak nikah Kak Long tanya lagi.

Dah itu kehendak Seri. Jai pulak takkan nak lepaskan peluang belajar. Setahun dah Jai belajar. Sebenarnya tak sampai pun dua tahun lagi kak.

Banyak masa lepas ni, Jai kena buat research je. Bermakna Jai boleh balik awal ke Malaysia. Semua hasil research tu nanti, Jai boleh hantar kemudian. Jai senyum. Teringat kursus yang diambil.

Oh..kalau macam tu, cepatlah Jai nikah. Akak risau la..mana tahu Seri atau Jai sendiri yang berubah hati atau jumpa orang lain

InsyaAllah kakdoakan jodoh Jai dengan Seri.

Kak Long angguk. Dia minta diri.

Jai senyum sendiri. Bukan akak je..aku pun harap lebih dari tu. Sudah lama aku pendam perasaan aku ni. Tiba saat aku nak luahkan, Seri pula hilang ingatan.

JAM di pergelangan tangan dilihat sekilas. Melilau matanya melihat ke arah pintu masuk di balai pelepasan. Sesekali Jai pandang ke arah pintu luar di ruang menunggu.

Tak datang la ni..

Jai tengok apa

Jai senyum. Mak dah senyum dari tadi. Ayah pulak sibuk dengan panggilan telefon dari tadi.

Tak ada apa.. Jai senyum kelat.

Ohpatutlah resah gelisah je. Tunggu Seri rupanya..tu dah datang dah! Mak tuding ke arah pintu luar.

Jai mendongak. Acik dan Seri dah terpacak di situ. Ah..terubat rindu aku.

Jai! Berlari Acik ke arah Jai.

Seri di belakang pulak melangkah malas. Ikutkan hati malas nak datang KLIA kalau tak Acik yang ajak.

Maaf, aku lambat sikit. Ni..tunang kau ni buat hal pulak. Acik jeling Seri di sebelah yang dah tunduk.

Jai hanya senyum. Faham maksud kata-kata Acik. Dah Seri memang tak suka aku, buat apa nak datang hantar aku kat sini.

Tak apaaku faham. Kau naik ERL ke bawa kereta Jai senyum. Sempat jeling Seri di sebelah Acik.

Bawa kereta. Jam tadi kat bulatan masjid KLIA tu. Ada accident. Pukul berapa flight kau Acik pandang skrin di papan atas bahagian pelepasan. Penerbangan ke London belum dibuka untuk check in.

Lambat lagi..pukul empat petang. Sekarang baru pukul satu. Jai jeling lagi jam di pergelangan tangan.

Kalau macam tu, kita lunch dulu! Acik tarik tangan Seri dekat dengan Jai.

Pakcik dan makcik dah lunch Acik menala pula ke arah mak ayah Jai.

Makanlah..kami kenyang lagi. Puan Aishah senyum.

Seri cium tangan bakal mak mertuanya. Jai jeling tingkah Seri. Sejuk hati melihat Seri macam tu.

Mak, ayah..kami pergi makan dulu ya. Jai minta diri. Dia menapak bersama Acik dan Seri ke arah restoran.

DI MEJA MAKAN, Seri asyik menguis spagetti Bolognese dalam pinggan. Acik jeling Seri yang dah monyok. Dah lunyai spagetti ditonyoh dari tadi.

Ucu buat apa ni Kalau tak lapar kenapa sibuk nak order Kan membazir namanya tu! Acik siku lengan Seri. Dah la tunduk macam nak makan pinggan tu.

Biarlah Acikdia kenyang agaknya tu.. Jai senyum.

Jai..bila pulak kau cuti Acik dah habis satu pinggan lamb chop.

Mungkin enam bulan dari sekarang. Aku mungkin habis awal sebab lepas ni hanya research je. Habis je research, aku balik Malaysia. Paper work tu aku ingat buat dari sini je. Jai habiskan spgetti Oleo Oglio. Dia menahan pedas. Habis satu gelas jus lemon diteguk.

Acik angguk-angguk.

Hmmkalau macam tu..cepatlah kau nikah dengan Seri nanti. Aku ingatkan kena tunggu sampai dua tahun! Acik senyum. Lega. Dia jeling Seri yang masih diam membatu dari tadi.

InsyaAllah.. Jai tenung Seri yang tunduk dari tadi. Tidak sedikit pun Seri angkat muka.

Hmmtak sabar aku nak tunggu saat tu.. Acik sengih.

Seri cepat-cepat mendongak. Tak sabar Tak sabar nak tuntut hadiah la tu!!

Kau pulak yang lebih! Jai turut sengih.

Dah..makan cepat. Nanti tertinggal flight pulak! Acik habiskan jus oren.

Mereka bertiga menapak semula ke balai pelepasan. Mak dan ayah Jai dah menunggu di situ.

Sempat Acik berbisik ke telinga Jai. Seri jeling tingkah Acik yang menyorokkan sesuatu darinya. Tak apa