Abstrak Cinta Aku & Dia - 60
BAB 60

SEBULAN berlalu.

Nanti...yang ini, susun kat depan. Yang tinggi tu, letak belakang. Cepat sikit. Rombongan dah nak sampai niSuara Mak Lang Mazni rancak memberi arahan itu ini. Dia bertindak sebagai pembantu tuan rumah pula sementelah Puan Mariah lebih banyak menghabiskan masa di dapur, menguruskan hal ehwal makanan dan minuman.

Mujurlah mereka mempunyai saudara-mara yang ramai dan erat pula silaturrahim. Tidaklah susah mahu meminta bantuan.

Hari yang dinanti tiba jua. Seperti yang dijanji, hari ini, rombongan keluarga Hanif akan datang sekali lagi bertamu di sini. Urusan merisik dan meminang akan dijalankan serentak. Memang keluarga Hanif kelihatan agak teruja dan mahu semuanya disegerakan.

Mungkin kerana Hanif adalah anak bongsu dan satu-satunya lelaki dalam adik-beradiknya. Mungkin juga teruja kerana Hanif saja yang belum bernikah. Amy pula, diterima baik dalam keluarga Hanif. Sikap Amy yang peramah dan cepat mesra itu pastinya dengan

mudah memikat hati Puan Normah, ibu Hanif lantas mahukan perkara baik itu dipercepatkan. Hubungan mereka direstui kedua belah pihak.

Semua orang teruja dan gembira. Begitu juga Encik Alwi dan Puan Mariah.

Walaupun Encik Alwi dan Puan Mariah memilih untuk bersederhana, kemeriahan suasana ketika majlis kenduri-kendara sebegini cukup terasa. Ini kerana keluarga mereka lebih suka bergotong-royong menyediakan juadah jamuan daripada menempah makanan dari pihak katering. Hubungan persaudaraan yang memang yang sedia terjalin bertambah erat ketika meraikan majlis sebegini.

Klik.

Zack mengambil gambar dulang hantaran terakhir yang berisi manisan. Ada tujuh dulang kesemuanya dari pihak perempuan manakala hantaran yang bakal diterima dari pihak lelaki pula, hanya lima. Itu adalah permintaan dari Encik Alwi dan Puan Mariah sendiri yang mahu bersederhana saja dalam majlis ini. Tidak perlu terlalu banyak hantarannya, cukuplah sekadar buat memenuhi syarat.

Atas permintaan Amy, Zack menjadi jurugambar tak bergaji pada hari ini. Bak kata Amy semasa menyuarakan hasrat dahulu, dia kekurangan bajet untuk mengupah jurugambar profesional. Jadi, terpaksalah meminta bantuannya. Tapi, Zack tahu, Amy hanya berseloroh tentang itu. Permintaan Amy dipenuhi walau dalam hati, sembunyi rasa terkilan. Dia pun tak pasti, adakah Amy tahu apa yang dia tahu.

Hingga saat ini, sama ada dia, Amy atau Hanif, tidak seorang pun antara mereka membincangkan perkara ini secara terbuka.

Zack memerhatikan gambar yang sudah ditangkap. Banyak yang diambil secara candid. Dia memang suka mengambil gambar candid kerana situasi yang terakam ketika itu adalah lebih natural dan bersahaja.

Zack berjalan meninggalkan ruang tamu rumah. Dia menuju kebahagian belakang, ke arah bilik tidur Amy. Dia pasti, Amy sudah lengkap bersiap ketika ini. Amy mahu gambarnya sebelum bergelar tunangan Hanif turut dirakamkan.

Di hadapan pintu bilik Amy, Zack tercegat. Amy, Shima dan Aini sedang berbual rancak. Sesekali, kedengaran tawa mereka pecah. Amy menjadi bahan usikan mereka. Maklumlah, bakal menjadi tunangan orang dalam masa beberapa waktu saja lagi.

Dari celahan pintu yang terbuka, Zack dapat melihat jelas refleksi wajah Amy dari pantulan cermin di meja solek. Amy tampak jauh berbeza. Wajahnya yang jarang sekali terpalit dengan sebarang solekan, kelihatan sungguh ayu setelah ditata dengan solekan ringkas namun mampu menyerlahkan wajah manisnya. Baju kurung moden berwarna ungu lembut dipadankan dengan tudung warna hampir seiras, menyerlahkan lagi keanggunannya.

Zack tahu, memang warna kegemaran Amy adalah warna ungu. Amy tak sukakan warna merah jambu kerana pada Amy, warna merah jambu terlalu keperempuanan. Tak sesuai langsung dengan dirinya yang agak gila-gila.

Walaupun agak gila-gila, Amy baik hati dan seorang pendengar yang setia. Setiap kata nasihat yang diberi, adalah seikhlas hati.

Amy tidak mudah menangis, namun Amy agak sensitif orangnya. Suka memendam rasa.

Amy suka menonton drama Korea.

Amy lebih sukakan coklat dari bunga.

Zack tak tahu, kenapa kala ini, semua perkara tentang Amy terbit dalam kepalanya satu demi satu. Perkara yang sudah lama dia ketahui tetapi tidak pernah diambil kisah.hingga saat ini.

Oh mak kau! Aini termelatah kuat.

Zack tersentak.

Eeeekau ni, Zack. Terkejut aku.Hampir saja Aini melanggar Zack apabila dia mahu keluar dari bilik Amy.

Zack tarik nafas perlahan. Berharap tiada sesiapa yang menyedari tingkahnya tadi.

Aku nak ambil gambar.Terang Zack, ringkas.

Aini anguk dan senyum.

Masuklah. Shima ada kat dalam dengan Amy. Aku nak pergi ambil air.Balas Aini dan terus berlalu.

BolehmasukZack meminta kebenaran..

Amy memberi kebenaran dengan senyuman. Shima juga menghadiahkan senyum. Shima yang kini sedang hamil lima bulan, kelihatan ceria. Seri ibu mengandung terpancar di wajahnya.

Perlahan-lahan Zack melangkah masuk ke dalam bilik. Menjadi segan secara tiba-tiba apabila dua pasang mata memerhatikannya. Walhal, bukan dia tidak biasa dengan Amy dan Shima. Cuma hari ini, tidak tahu kenapa kejanggalan yang dirasa menjadi-jadi.

Zack mengangkat muka, memandang tepat pada Amy. Aku ambil gambar, ekSekali lagi, Zack meminta kebenaran.

Tapi Zack, aku tak pandai posinglahAmy berkata. Nada segan terluah sama. Kelihatan sedikit kekok.

Alabuat macam biasa ajeBalas Zack.

Amy senyum sumbing. Walau kekok sekalipun, dia tetap mahu agar hari pertunangannya diabadikan dalam gambar sebagai kenangan.

Zack memberi beberapa arahan supaya kerja mengambil gambar lebih mudah. Dia tidaklah terlalu handal seperti jurugambar profesional tetapi pengalaman dan tunjuk ajar yang dikutip hasil berkawan dengan Danny, diaplikasikan sebaik mungkin.

Amy menurut saja walau ada ketikanya, dia terasa seperti patung kayu. Ada beberapa kali juga tawanya terlepas kerana terlalu kekok untuk beraksi depan kamera.

Okaylast shot.Zack berkata. Kelihatan Amy menarik nafas lega. Zack menghalakan lensa kameranya pada Amy. Ready, onetwo

Amy mengukir senyum paling manis.

Secara tiba-tiba, Zack menjadi kaku. Bagaikan kilat, satu perasaan asing menyelinap dalam hati. Wajah Amy yang tersenyum manis itu membuatkan jantungnya berdetak lebih laju dari biasa. Dia kekal begitu untuk beberapa saat sebelum akhirnya, kamera diturunkan tanpa merakam apa-apa.

Satu keluhan nafas dilepaskan perlahan. Dia tunduk, pura-pura melihat skrin kameranya.

Zack Panggil Amy. Kenapa

Zack hanya senyumtawar. Kenapa adalah soalan yang tak mampu untuk dijawab kala ini. Dia pun kurang pasti, ada apa dengannya pada saat ini.

Zack

Sorry.Sahut Zack.Okayone more. Senyum. Zack berkata. Sekali lagi, lensa kamera dihalakan pada Amy.

Aku tetap akan mendoakan kau bahagia walau tiada aku di dalamnya.Pandangan mata bertaut walau hanya dalam lensa kamera. Lama. Senyuman manis Amy yang menghiasi bibirnya mula pudar.

Zack menurunkan kamera buat kali kedua. Kali ini, mata mereka bertautan tanpa ada penghalang.

Zack Sekali lagi, Amy bersuara perlahan.

AmyleaakuZack tidak meneruskan kata-kata.

Akuapa

Dari riak wajah Amy, jelas dia mahukan penjelasan. Zack hembus nafas kasar lalu dia memalingkan muka. Apa dia sudah gila Hari ini, Amy bakal bertunang. Bukan dengan sembarangan orang, tetapi Amy bakal bertunang dengan Hanif, sahabat baiknya sendiri.

Saat ini, akal warasnya memberi amaran untuk tidak meneruskan kata-kata. Akal warasnya memaksa agar dia berfikir panjang. Akal warasnya bekerja keras supaya dia tidak melakukan kerja bodoh. Akal warasnya menyuruh agar dia keluar saja dari bilik Amy.

Amy kini adalah kekasih Hanif. Tak sepatutnya dia membuat onar terutama di hari pertunangan mereka.

Hanif sudah dianggap seperti saudara. Jangan sekali-kali dikhianati kepercayaan itu.

Amy berhak bahagia. Tapi, dengan siapa Amy masih boleh membuat pilihan, bukan

Saat ini, akal warasnya berada dalam persimpangan. Zack memejamkan mata seketika.

Zack

Zack buka mata, memandang ke arah empunya suara. Amy merenungnya, lama. Riak wajah Amy memberi gambaran yang telah dia menyedari sesuatu.

KenapaAmy menyoal lagi. Kali ini, dengan nada yang berbeza.

Akutak tahukenapa aku rasa macam ni Jawab Zack.

Mereka terdiam lagi.

ZackAmy memecah sunyi. Aku dah nak tunang

Ada sebak dalam suara Amy. Zack kekal mendiamkan diri. Namun dia masih tidak mengalihkan pandangan dari Amy.

Aku dah nak tunang, Zack... Ulang Amy dan serentak dengan itu, setitis air mata luruh di pipi.

Amylea

Nafas dihela panjang.

MAJLIS pertunangan telah lama tamat. Keluarga pihak lelaki juga telah beransur pulang selepas Asar tadi. Yang tinggal, hanya saudara-mara yang masih setia membantu mengemas apa yang perlu.

Mana yang tidak mampu di sudahkan, akan disambung keesokan hari.

Zack memencilkan diri sendirian di bawah pokok rambutan di luar rumah. Sengaja menjauhkan diri seketika dari keriangan dan kemeriahan suasana kenduri yang masih bersisa. Mahu sedikit masa untuk menenangkan hatinya yang galau. Mahukan ruang untuk memujuk hati sendiri.

Sebatang gula-gula Chupa Chups berperisa strawberi disuap ke dalam mulut. Entah mengapa, saat ini gian hendak merokok datang merambat walau sudah berbulan tabiat merokok ditinggalkan. Oleh kerana tidak mahu memungkiri janji dengan Kate, maka gula-gula itu dijadikan pengganti.

Sambil-sambil itu, jarinya ralit menekan punat kamera. Memerhatikan satu demi satu gambar-gambar kenangan yang telah dirakam.

Pelbagai gaya dan emosi dapat dilihat walau hanya dari gambar. Ada yang mencuit hati, ada yang mengundang sayu.

Gambar Puan Mariah sedang berdiri depan pintu sambil mengukir senyuman. Penat lelah menguruskan kenduri bagai tidak tergambar di wajahnya. Hati seorang ibu. Apa saja sanggup dilakukan demi anak-anak tersayang.

Gambar Encik Alwi dan Encik Lokman berdiri sebelah menyebelah. Ceria sungguh bakal besan ini.

Gambar Hanif yang kelihatan segan dan gugup ketika sesi berpantun. Jarang dia melihat Hanif seperti ini. Zack tersengih sendiri.

Gambar Puan Normah mencium pipi Amy setelah menyarungkan cincin pertunangan. Ada syahdu tatkala melihat gambar itu.

Gambar Amy dan Hanif berdua selepas tamat majlis pertunangan. Zack menghembus nafas perlahan.

Gambar Amy mengukir senyum manis. Secara rasminya, Amy kini tunangan Hanif. Keluhan dilepaskan.

Zack

Namanya dipanggil. Zack mengangkat muka. Amy sedang tersenyum sumbing kepadanya.

Boleh duduk sini Soal Amy.

Sejak bila pulak kau kena mintak kebenaran Zack menjawab dengan soalan.

Amy sengih lalu duduk berhadapan dengan Zack. Lama mereka mendiamkan diri.

Tak elok kau duduk berembun macam ni. Kau tu dah tunang, darah manisZack memulakan bicara, setelah terdiam beberapa lama.

Baru pukul sembilan, dah ada embun ke Zack

Tawa Zack terlepas. Amy turut ketawa. Zack kemudiannya menggeleng.

Terdiam lagi.

Perlahan-lahan, Amy mengeluarkan sesuatu dari bungkusan plastik yang dibawanya lalu diletakkan di atas meja.

Kening Zack terangkat melihat apa yang dibawa oleh Amy. Ketawanya terlepas lagi.

NahPatung Ultraman itu, Amy tolak ke arah Zack.

Zack senyum. Patung Ultraman itu dicapai lalu dibelek-belek seketika. Kenangan waktu kecil bermain dalam minda. Patung Ultramanlah yang menjadi punca mereka bersengketa, dari kecil membawa ke dewasa.

Aku dah lama nak ganti balik patung kau ni. Baru sekarang ada kesempatan Sambung Amy.

Buat lawaklah kau. Aku nak buat apa dengan patung ni Soal Zack.

Simpanlah. Nanti, kalau kau dah ada anak, boleh bagi pada dia

Kalau ada...lah. Kalau aku tak kahwin-kahwin, macam mana

Amy tunduk, menyimpul senyum seketika dan kembali memandang ke arah Zack.

Jodoh tu, Allah yang tentukan Zack. Dengan siapa, bila akan terjumpa, lambat atau cepat, semua tu rahsia Dia. Bila tiba masanya, baru kita akan tahu.

Zack senyum dan mengiyakan.

Kadang-kadang, tak semestinya apa yang kita harapkan tu...kita dapat. Mungkin sebab, apa yang kita harapkan itu, bukanlah apa yang kita perlukan sebenarnya Sambung Amy.

Zack terus mendiamkan diri. Peristiwa siang tadi mula muncul kembali. Saat dia berhadapan dengan Amy, saat dia hampir-hampir saja mahu meluahkan rasa. Saat itu juga, hadir satu suara menasihati agar tidak terlalu mengikut hati. Suara itu juga menasihati agar membuang saja rasa itu jauh-jauh. Doakan saja kebahagian Amy dan Hanif. Itu lebih baik daripada mengucar-kacir situasi.

Lagipun, dia tidak tegar menikam Hanif dari belakang. Dia juga masih tidak pasti, apakah perasaan sebenarnya pada Amy. Dan dia sudah jauh terlewat untuk mencari kepastian itu. Jadi, biarlah semua perkara berlaku seperti yang sepatutnya. Tidak perlu lagi cuba mencari tahu.

Aku dah lama kenal Hanif. Dia memang baik. Aku yakin, Hanif sayangkan kau seikhlas hati. Tutur Zack.

Kau pun baik, Zack. Aku yakin, akan ada seseorang nanti yang sayangkan kau Balas Amy.

Mereka saling bertukar senyum.

Darah, lebih pekat dari air. Walaupun dalam tubuh mereka, tiada darah yang sama mengalir namun rasa persaudaraan itu lebih penting dari segala-galanya. Biarlah sengketa dilupakan. Biarlah rasa terkilan itu dibuang jauh-jauh. Waktu akan mengubati segala perit dan pedih namun kasih-sayang yang terbina itu akan tetap kekal selamanya.

Kau tetap adik aku sampai bila-bila Sambil senyum Amy berkata.

Zack ketawa lagi.

Yalah..kakak.

Amy kekal tersenyum.

Amy. Aku minta maafkalau selama niaku ada sakitkan hati kau

Aku pun, Zack.

Macam hari raya pulak

Masa raya, mana ada kau pernah mintak maaf dengan aku Soal Amy.

Ahkau pun sama. Cakap orang

Dah kau poyo sangat.

Siapa poyo Kaulah poyo!

Amy dan Zack saling memandang. Kening terangkat.

Monyet!

Beruk Mat Yeh!

Ketawa mereka terburai.

Birmingham, England

MATANYA pegun memandang skrin telefon bimbit. Ayat dalam e-mel dibaca satu-demi satu.

After thatI saw her teardrops falling. And I just stood there, looking at herwordless. It takes me 10 seconds to realized, that I should walk away. So I did. I walked away. *Sigh*

Kate, seriously I tak tahu, kenapa I rasa macam ni. Am I really fall for Amy Is it because I feel lonely Guilty Or this feeling is just a rebound

But then again, tak perlu rasanya I cari sebab kenapa I rasa macam ni. Amy dah bertunang. Hanif is my best friend. Tak mungkin I sanggup rosakkan hubungan Amy dan Hanif.

After all, Amy deserves to be happy and loves by someoneyang lebih baik dari loser macam I. Kan Anyhow, Amys engagement ceremony went well. My mum cried. Happy moment. They will get married next year.

I tahu, you mesti nak tanyaI okay ke tak

Well Kate, I will be okay sooner or later. Things happen for reasons and life must go on no matter what. Right

Hhhmmmwhat else I guess, thats all from me.

Talk again later. Bye sayang

Hey Kate.

Bacaan tergendala. Kate mengangkat muka setelah disapa. Seperti yang dijanji, Chad muncul lalu mengambil tempat duduk berhadapan.

Hi Chad. Balas Kate.

Whats up with that face Soal Chad. Wajah kelat Kate direnung dengan riak tanda tanya.

Zack

Chad mengangkat kening. Whats wrong with yourkawan

Kate senyum, agak hambar dan melepaskan keluhan.

Want to talk about it

Kate angkat bahu. Soalan Chad tidak dijawab. LatteChad

Yup. Chad angguk. Lets talk about it over Latte.and Blueberry Muffin.

Kate senyum lagi. Dia lalu bangun dan meninggalkan Chad untuk menyediakan pesanan yang diminta.