PUAN AINON sibuk melayan tetamu. Sekejap dia berada di laman dan sekejap pula di ruang tamu. Keluarga Razman dan Zarina juga turut sama hadir. Aira pula berlari-lari ke sana ke mari bersama budak-budak yang lain. Kenduri kesyukuran yang diadakan untuk meraikan dirinya dan Imran agak meriah. Majlis yang diadakan semata-mata untuk menyambung kembali silaturahim. Anis jeling ibunya yang tersenyum dari tadi.
Anis hanya melihat dari celah tingkap yang sedikit terbuka. Memang benar kata-kata Jay a.k.a Imran. Dia akan datang ke rumahnya. Keluarga Imran masih belum sampai. Dia duduk semula di hujung katil. Pandangannya beralih pada komputer riba.
Laman sosial dibuka lagi. Hatinya masih sangsi dengan pengakuan Imran.
Anis mula memberi salam pada Jay. Bertanya khabar lelaki itu. Tiada jawapan. Lama Anis termenung. Tanpa sedar, Sarah sudah tercegat di muka pintu.
Assalamualaikum! Sempat lagi buka facebook Sarah mendekati Anis yang manis dan ayu dalam busana jubah putih.
Eh! Sarah! Bila sampai Anis cepat-cepat klik laman sosial. Tidak nampak di skrin.
Tu la..mengelamun lagi. Cantik kau Anis! Sarah bersalam dan berpeluk dengan Anis seketika.
Err..Zafran mana
Ada kat laman..tunggu Imran datang.. Sarah senyum.
Sarahmaaflah sebab aku tak dapat hadir masa kau kahwin dulu. Anis mula rasa bersalah.
Tak apa..aku faham. Kau bawa diri jauh nun di Perancis Sarah gelak sambil mengusik Anis.
Aku belajarlah! Anis pertahankan diri.
Dah ada isi belum Anis pandang perut Sarah.
Belum lagi la Anisaku nak sangat anak. Sarah mula sugul.
Sabarlah. Semua tu rezeki Allah. Berdoa dan berusaha selalu. InsyaAllah, Allah akan makbulkan. Aku ada baca dalam sebuah buku. Kau amalkan zikir Ya Musowir sebanyak mungkin dan berpuasa tujuh hari berturut-turut. InsyaAllah.. Anis peluk lagi Sarah dan memberi semangat kepada teman serumahnya dulu.
InsyaAllah..terima kasih Anis. Kau pun cepat-cepatlah dapat anak! Sarah mula ceria. Sempat mengusik Anis.
Anis hanya senyum hambar. Dia masih berbelah bagi menerima Imran setelah apa yang telah berlaku.
Eh! Pengantin lelaki dah sampai! Sarah jenguk tingkap yang terbuka luas. Kelihatan keluarga Imran sudah sampai di laman rumah.
Pengantin Anis terpinga-pinga.
Anggaplah kenduri ni untuk majlis nikah kau sekali lagi. Tengok tu! Segak! Sarah tuding ke arah Imran yang mula keluar dari perut kereta.
Anis turut jenguk. Imran segak dengan baju Melayu putih dengan samping berwarna kelabu.
Huh! Mengada-ngada! Anis duduk semula di atas katil.
Mengada-ngada pun laki kau jugak! Senyumlah sikit! Muncung je aku tengok! Dah hilang manis tu. Sarah usik lagi Anis yang mula muncung.
Semua yang hadir mula mengambil tempat di ruang tamu. Anis masih di dalam bilik. Terasa dia berada di dunia lain. Jelas kedengaran para tetamu bersembang sesama sendiri. Ada yang berbisik memuji ketampanan Imran. Ah! Semuanya dirasakan hambar. Tiada lagi rasa teruja.
Anis pandang ke arah pintu bila pintunya diketuk.
Ada apa mak Anis buka pintu. Ibunya sudah tercegat di situ.
Imran dah sampai. Keluarlah. Puan Ainon senyum lagi.
Biarlah dia...
Eh budak ni! Itu kan suami Anis. Cepat keluar.. Puan Ainon faham dengan sikap Anis.
Yalah Anis. Pergilah jumpa Imran. Dia datang secara rasmi jemput kau. Lupakanlah yang dulu-dulu tu. Sarah turut mengiakan kata-kata Puan Ainon.
Kenapa Anis pulak yang nak kena jumpa dia Anis duduk semula di atas katil.
Sarah memberi isyarat kepada Puan Ainon. Puan Ainon berlalu pergi.
Anis..dahlah tu. Imran dah mengaku kesalahannya. Takkan kau tak boleh maafkan dia Sarah pegang lembut tangan Anis yang mula sejuk.
Eh! Apahal sejuk je tangan kau ni Kau menggelabah eh Sarah mula usik Anis.
Mana ada Angin dari luar tu yang kuat. Anis cuba bersikap selamba. Sebenarnya dia resah dan gelisah. Tak sanggup melihat Imran a.k.a Jay. Teringat kata-kata Jay masa chat dengan dia dulu. Jay ingin ke rumah gadis idamannya, gajah.
Tetamu dah menunggu tu..jomlah.. Sarah cuba pujuk Anis yang masih berdegil.
Assalamualaikum!
Serentak Anis dan Sarah berpaling. Imran sudah tercegat di muka pintu bilik sambil menguntum senyum.
Anis mendongak. Jantungnya berdegup kencang. Imran segak dengan baju Melayu putih dan bersamping kelabu seperti yang dia lihat sebentar tadi.Senyuman Imran dirasakan begitu menusuk kalbu. Wajah Imran ditatap lama. Terkesima.
Sarah senyum melihat gelagat Anis. Tadi bukan main lagi tak nak! Dia segera bangun dan berdiri di tepi dinding. Keluarga Imran turut hadir di belakang Imran. Masing-masing senyum.
Ehem! Tak nak jawab salam ke Izara mencelah memecah kesunyian.
Hah Erwa..waalaikumussalam Anis bersuara perlahan sambil menundukkan wajah.
Imran mendekati Anis yang manis berjubah dan bertudung serba putih. Sebentuk cincin bermata berlian disarung ke jari manis Anis.
Anis pula masih tidak percaya dengan apa yang berlaku. Dia tunduk melihat jari jemarinya digenggam Imran. Cincin yang disarung ke jari manisnya ditatap seketika. Tak sangka sampai begitu sekali Imran ingin memujuknya. Terasa seperti saat dia dinikahkan semula.
Apa lagi Takkan sarung cincin je Macam tak biasa. Suami isteri pun malu ke Sekali lagi Izara mengusik..
Anis..ciumlah tangan suami. Puan Ainon mendekati Anis yang kelihatan masih kaku di depan Imran.
Err Anis dongak ke arah Imran yang tersenyum dari tadi.
Imran mengucup lembut dahi Anis bila melihat Anis masih terpinga-pinga.
Anissuami dah tunggu tu.. Puan Ainon turut senyum melihat Anis yang masih begitu. Seperti orang yang tidak sedar apa yang telah berlaku.
Betul ke awak Jay Entah macam mana soalan itu yang terpacul dari mulut Anis.
Semua yang ada di situ terkejut dengan pertanyaan Anis.Wajah Imran mula berubah namun dia cuba bersikap selamba.
Ya wahai Humaira Imran menutur lembut sebagaimana yang selalu disebut dalam facebook semasa berbual dengan Anis.
Anis terkedu. Berkali dia menggenyeh mata mencari kepastian dari kata-kata Imran tadi. Ya, ucapan itu hanya Jay yang tahu.
Imran duduk mengadap Anis yang masih bersimpuh di situ. Sekali lagi tangannya diletakkan atas kepala Anis dan membaca doa.
Anis masih diam membisu.
Awak masih tak percaya Imran senyum lagi melihat Anis terkebil-kebil begitu.
Biar saya bacakan satu ungkapan yang saya ambil dari nota usrah awak. 'Buta mata' berpunca daripada kekerasan hati.Kekerasan hati berpunca daripada banyaknya dosa.Banyak dosa berpunca daripada melupakan mati.Melupakan mati berpunca daripada panjang angan-angan.Panjang angan-angan berpunca daripada cinta dunia.Cinta dunia merupakan sumber segala maksiat. Imran senyum lagi. Mata bundar milik Anis ditatap lembut.
Anis dongak sekali lagi. Memang itu nota yang ditulis. Fikirannya mula teringat pada tulisan terakhir yang sempat dicoretkan sebelum buku kecil itu hilang dari simpanannya.
Awakawak baca nota saya yang terakhir Anis tergagap-gagap bersuara. Keluarga kedua belah pihak yang masih berada di situ sudah tidak dihiraukan lagi. Dia perlu kepastian dari Imran.
Imran angguk.
Jadi maknanya Anis tidak dapat meneruskan kata-katanya. Pipinya sudah mula berubah kemerahan .
Yanak saya bacakan juga ke Imran senyum lagi. Kali ini dia rasakan satu keindahan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Wajah kemerahan Anis begitu mendamaikannya.Sweet!
Anis geleng. Dia pandang sekitar. Semua mata tertumpu pada mereka berdua. Ya Allah..malunya. Tanpa sedar mereka menjadi tumpuan para tetamu yang hadir.
Simpan jelah untuk malam karang! Sekarang ni sesi bergambar pula! Dah penat dah tengok drama yang tak ada penamat ni! Izara sekali lagi mengusik.
Tetamu yang lain mula ketawa dengan lawak selamba Izara. Sesi bergambar mula ambil alih drama sebabak itu. Anis masih terkial-kial bila Imran memeluknya dengan erat. Pinggangnya dirangkul mesra oleh tangan sasa itu.
Selesai sesi bergambar, mereka mula menjamah hidangan yang sudah tersedia di laman rumah. Suasana menjadi semakin riuh bila ada yang mengusik. Anis hanya tunduk membisu. Sukar untuknya percaya semua itu.
Hai Im! Fuad muncul sambil menghulurkan hadiah.
Hadiah apa ni Kami bukannya buat majlis kahwin. Kenduri kesyukuran saja. Imran ambil hadiah yang dihulur Fuad.
Tak apa..masa kau kahwin dulu pun aku tak datang. Ni kira hadiah perkahwinan kaulah! Fuad sengih.
Anis senyum melihat gadis di sebelah Fuad. Kawan yang sama-sama belajar di Perancis dulu.
Anis Liya terpinga-pinga. Tak sangka majlis yang dia hadiri itu adalah majlis Anis, kawan satu kolej di Perancis.
Jadi kau dah lama kahwin Tanya Liya lagi. Riaknya sudah keliru.
Anis angguk.
Tapibukan ke.. Liya pandang pula Imran. Seingatnya bukan lelaki itu yang dia jumpa di Paris dulu.
Apa khabar Saya Jay! Imran perkenalkan diri kepada Liya. Kesian melihat Liya masih terpinga-pinga.
Jay Betul awak Jay Sekali lagi Liya keliru. Penampilan Jay di hadapannya jauh berbeza dengan Jay yang dikenalinya.
Imran angguk.
Anis..tahniah! Liya peluk Anis dengan erat.
Terima kasih. Kau pun sama..selamat pengantin baru! Anis menyambut hadiah yang dihulur.
Im..kita tengok siapa yang dapat anak dulu! Fuad mengusik Imran sambil menjeling ke arah Liya dan Anis.
Imran jeling lembut Anis yang mula kemerahan pipinya. Kalaulah semudah itu
ANIS termenung di tepi katil. Jam di atas meja sudah hampir larut malam. Semua tetamu juga sudah pulang termasuk keluarga Imran. Keluarga Razman juga sudah pulang. Suasana kembali sunyi. Kini hanya tinggal mereka bertiga. Anis jenguk bilik ibunya.
Dikuak sedikit pintu. Puan Ainon sudah tidur lena di atas katil. Letih benar agaknya melayan tetamu sejak dari pagi tadi.
Jenguk apa
Anis menoleh. Imran sudah tercegat di belakangnya.
Err..tak ada apa. Tengok mak... Anis berkata perlahan. Bimbang ibunya terbangun nanti.
Imran senyum. Anis dilihat masih bertudung litup dalam busana putih pengantin.Perlahan dia menutup pintu bilik Puan Ainon dan memegang lembut tangan Anis.
Dah lewat..biarlah mak tidur. Tak payah kacau. Imran melemparkan senyuman manis.
Anis hanya menurut Imran yang mengajaknya ke bilik. Imran pula masuk ke bilik air membersihkan diri. Anis mengambil kesempatan itu membuka laman sosial. Ada jawapan dari Jay.
JS > waalaikumussalamsaya on the way ke rumah bakal isteri saya
Anis senyum. Kini sudah separuh hatinya percaya dengan Imran. Tinggal lagi nota terakhir yang perlu diketahuinya dari mulut Imran sendiri. Komputer riba di tutup.
Awak buat apa Tak nak mandi ke Imran keluar dari bilik air. Sudah siap berbaju tidur.
Er..tak apalah..dah malam.. Anis tunduk semula. Rasa janggal bila tahu Imran adalah Jay. Kalau dulu dia rasa resah dan berdebar bila pertama kali duduk satu bilik dengan Imran.
Takkan awak nak tidur macam ni Imran pandang Anis yang masih dalam busana putih.
Anis diam. Dia beri ruang kepada Imran duduk di sebelahnya di hujung katil.
Saya faham perasaan awak. Saya tak akan sentuh awak selagi awak tak izinkan walaupun saya berhak. Imran pegang tangan Anis yang masih tunduk membisu. Sejuk!
Hmm..saya tahu awak tunggu saya ucapkan nota terakhir yang awak coret dalam nota usrah awakkan Sambung Imran lagi setelah melihat Anis seolah tidak puas hati dari tadi.
Anis diam. Dia tundukkan wajahnya. Masih keliru dengan apa yang berlaku.
Awak nak dengar yang mana Yang kutuk atau rasa pelik
Anis kembali dongak. Teringat apa yang pernah dicoretkan pada nota itu. Perasaan marah dan geram pada Imran diluahkan di halaman terakhir itu.
Hmmbaiklah. Saya akan baca keduanya sekali. Yang kutuk.Awak jangan perasan kacak! Saya tak hairan dengan rupa awak. Buat apa ada rupa kalau sikap tidak seiring wajah..dan rasa pelik pula..Buat pertama kali hati aku berdetak melihat wajahnya walau ku tahu sikapnya begitu. Rasa pelik yang entah bila menghuni ruang hati ini. Ya Allahsungguh benar rasa pelik ini. Ya Allah..janganlah kau hadirkan rasa pelik ini atas dasar nafsu tapi biarlah ia atas dasar kerana redhaMU.
Anis menatap lembut wajah kacukan itu. Terkedu mendengar ucapan itu. Tiada satu pun yang tertinggal. Itulah coretan yang ditujukan kepada lelaki bermata biru yang berjaya mencuri hatinya.
Imran capai pula komputer riba di atas meja dan meminta broadband dari Anis. Anis hanya melihat tingkah Imran. Laman facebook dibuka.
Ni laman profil saya, JS.. Imran menunjukkan profil miliknya kepada Anis.
Anis tatap setiap apa yang terpapar di skrin. Memang itu laman profil Jay. Tidak syak lagi.
Awak masih meragui saya wahai Mawar Putih Imran pandang redup mata Anis. Sungguh cantik ciptaan Allah.
Anis sekali lagi terkedu. Dia masih keliru. Imran pula bersungguh-sungguh membuktikan dirinya adalah Jay.
Dan saya juga layan awak bila awak nak goda saya masa awak chat dengan saya..err.maksud saya..Imran. Imran mula buka rahsia.
Jadi awak tahulah yang saya adalah Mawar Putih Anis pandang dengan riak terkejut.
Yup! Sengaja saya tanya soalan macam-macam pada awak dan sengaja saya jual mahal. Sekejap.. Imran keluar dari bilik menuju ke laman. Dia mengambil sesuatu dari bonet keretanya dan kembali semula ke bilik.
Taraaa!!!! Imran tersenyum di muka pintu bilik.
Anis mendongak. Di depannya kini bukan lagi Imran tapi Jay. Lelaki yang dikenali di alam maya sedang tersenyum manis. Di tangannya ada sejambak mawar putih.
Anis sebak. Dia cuba menahan air mata yang mula bergenang.
Sekarang awak percaya Imran mendekati Anis yang tidak berkelip memandang perubahan dirinya yang berjambang dan bermisai. Imran senyum. Dibiarkan saja Anis melayan perasaannya sendiri. Jambang dan misai palsu dibuka semula dan diletak di atas meja belajar. Bunga pula diletakkan atas bantal. Dia mula baring.
Anis masih diam membisu. Imran yang sudah lena di sebelahnya dipandang penuh kasih. Anis mula mengambil selimut dan menyelimuti tubuh Imran yang nampak keletihan.Entah kenapa dia sukar terima kenyataan walaupun Imran beria membuktikan padanya. Mungkin dia masih terkejut dengan semua ni.
Perlahan Anis ke bilik air membersihkan diri. Sebelum tidur, dia menunaikan solat sunat syukur. Quran di atas meja dicapai dan dibaca perlahan.
Ya Allahampunkan dosaku. Aku terlalu meragui suamiku sendiri. Ampunkan dosaku ya Allah.
Anis meraup muka. Telekung dibuka dan dilipat kemas di dalam sejadah. Dia mula menukar pakaian setelah pasti Imran sudah nyenyak tidur. Tidak betah dengan kehadiran lelaki di bilik yang sama. Dia cuba biasakan diri berbaring di sebelah Imran. Agak jauh sedikit. Jenuh dia cuba pejamkan mata tapi tidak juga mahu lelap. Anis bingkas bangun. Dia renung Imran yang begitu lena tidur di sisinya. Sejambak mawar putih di atas bantal dicapai dan dihidu lembut.
Anis cepat-cepat rebahkan badan bila menyedari Imran menggeliat kecil. Dia cuba pejamkan mata serapat mungkin.
Imran mula mengiring mengadap Anis. Dia buka mata perlahan.Sebenarnya sejak tadi dia mencuri pandang pada Anis.Lama wajah Anis ditatap. Rambut hitam berkilat milik Anis dibelai penuh manja.
Ya Allah..terima kasih kerana kurniakan aku isteri sehebat Anis. Alhamdulillah Imran mengucup dahi Anis.
Anis buka matanya perlahan. Wajah Imran hanya seinci dari mukanya. Dia cepat-cepat bangun.
Aduh! Anis menggosok dahi yang terhantuk dengan dahi Imran.
Tulahnak bangun tu tengok-tengoklah dulu. Imran turut bangun dan duduk di sebelah Anis. Dahinya digosok perlahan.
Maafsaya tak sengaja. Sebenarnya saya tak boleh tidur Anis tunduk. Tangannya masih pada dahi.
Kenapa tak boleh tidur Imran pegang tangan Anis. Dahi Anis turut digosok lembut.
Anis pandang Imran yang merenung ke arahnya dengan tenungan penuh makna. Hatinya semakin berdebar.
Saya teringat sabda Rasulullah s.a.w. yang saya baca, Apabila suami mengajak isterinya ke tempat tidur sedangkan isterinya menolak (tanpa uzur) sehinggalah suami itu tidur dalam keadaan marah dan kesal, malaikat akan melaknat isteri itu hingga ke subuh. Anis menutur lemah. Takut dan gementar pada hukum Allah.
Wahai Humaira..abang tak marah pun. Abang tak nak paksa. Pernikahan kita dulu sudah cukup mengajar abang erti sebuah pengorbanan. Anis sudah cukup menderita kerana perjanjian tu kan Imran cuba pujuk Anis yang mula sugul, cuba menahan rasa getar di hati lelakinya.
Anis diam.
Awak..kalau awak tak bersedia, jangan paksa. Saya faham. Sudahlah. Dah lewat malam. Tidurlah. Imran tarik selimut semula.
Anis hanya melihat Imran mula menyambung tidur. Maafkan aku Imran..maafkan aku