Hakimi tersengih sendiri. Rasa kelakar bercakap dengan gambar Arissa yang menjadi wallpaper telefon bimbitnya. Payah! Tidurnya tidak lena kerana terpaksa tidur sendirian.
Tak apalah... sayang abang fahamkan. Terima kasih sebab sentiasa memahami, hmm...
Aduh, Hakimi... macam gila bayang! Dia ketawa akhirnya. Pandangannya beralih kepada ke pintu sebaik mendengar ketukan. Dia bangun dari birai katil dan melangkah ke pintu yang hanya beberapa langkah sahaja.
Umi...
Umi dah siapkan sarapan. Jom makan. Puan Hanim kembali menuruni tangga.
Sekejap.
Hakimi melangkah kembali ke katil untuk mengambil telefon bimbit dan dompetnya. Kemudian terus menuruti langkah Puan Hanim.
Umi masak
Kimi ingat Umi tak pandai masak Perlahanlahan dan penuh hati-hati Puan Hanim meniti anakanak tangga.
Bukan begitu. Tapi, jarang Umi masak. Puan Hanim menoleh tanpa senyuman.
Ini Umi dah masak. Jangan banyak songeh.
Jelingnya dan terus melangkah menuju ke tangga menuju ke tingkat bahagian bawah pula. Menyusahkan je rumah sebegini, sampai dua tingkat setengah. Letih dia, turun naik macam ni, omelnya.
Hakimi sengih. Terkejut dia melihat mi goreng kegemarannya yang sering dimasak oleh Arissa untuknya.
Ini tak pedas sangat. Puan Hanim mula menyenduk mi goreng ke dalam pinggan Hakimi.
Tak apa. Ini pun dah lebih mencukupi.
Hakimi sengih. Nampak menyelerakan. Tanpa bertangguh dia terus menyuap ke dalam mulutnya.
Hmm... Umi!
Haa Kenapa Masin Tawar Pedas sangat ke Cepat-cepat Puan Hanim menuang air kopi ke dalam cawan Hakimi.
Hakimi sengih. Taklah... sedap sangat-sangat. Macam masakan Umi dulu-dulu. Masa Kimi tengah sekolah. Umi kan suka masak sarapan lepas tu Kimi mesti bawa ke sekolah. Dia mengingatkan kisah lama.
Puan Hanim senyum.
Lebih sedap daripada Arissa masak ke Sengaja hendak menduga anak itu.
Dua-dua sedap... Umi masak pun sedap. Arissa masak pun sedap.
Masakan Arissa tu macam masakan ibu dia.
Memang sedap. Mak Cik Marini tu memang suka memasak. Tok pun rajin mengajar dia masak. Wan pun rajin makan. Macam-macamlah dia masak kalau makan tengah hari. Segala apa yang ada daun, pucuk di belakang rumah Tok dan Wan tu semua dia tanya boleh masak apa. Umi ni malas sikit. Puan Hanim mengimbas kembali saat manisnya suatu ketika dahulu tanpa memandang Hakimi.
Umi marah lagi ke Tangan wanita itu dipegang dengan erat. Kimi minta maaf. Kimi tak salahkan sesiapa. Ini semua salah faham.
Tak... Tiada guna dia memanjangkan amarah. Hakimi sudah pun bernikah dengan Arissa. Dengan Wafa yang buat perangai, untuk apa dia mengharap lagi. Biarlah anak itu bahagia. Kenapa harus diganggu bahagia mereka
Sepatah jawapan Puan Hanim membuat dia berasa lega sangat-sangat.
Kimi... tiba-tiba dia bangun dan melangkah ke meja konsul di belakang sofa di ruang tamu. Dicapai sampul surat putih berlogo Sweet Arena Hotel, Doha.
Apa ni Hakimi memandang Puan Hanim selepas Puan Hanim meletak sampul tadi atas sebelah pinggan mi goreng Hakimi.
Tengoklah.
Hakimi segera menarik keluar perjanjian yang pernah dibuat antara Puan Hanim dan Puan Talha dahulu. Laju mata Hakimi menelek perjanjian itu dan sedikit terkejut melihat syarat-syaratnya.
Jadi macam mana ni Hakimi bertanya kembali kepada Puan Hanim.
Biarlah... cuba pujuk Naim nikah dengan Wafa. Kesian Umi dengan dia.
Bagai hendak tercabut jantungnya mendengar cadangan Puan Hanim. Dia sudah punya rancangannya sendiri. Hakimi berdehem sambil meletak perjanjian tadi ke dalam sampul surat.
Karang Umi nak guna kereta Kimi. Nak pergi ke Tesco. Beli apa yang patut. Nanti Arissa balik tak payahlah terkocoh-kocoh nak beli itu ini. Nanti panggillah Mak Ciknya kerja balik. Minggu depan Umi ingat nak balik ke Shah Alam. Duduk seminggu dua. Lepas tu rasa nak tengok Abang Mie di Doha. Puan Hanim sudah mengatur rancangannya.
Lama Hakimi memandang Puan Hanim. Ada rasa gembira dengan perubahan Uminya. Tetapi, pulang ke Shah Alam tu yang dirasakan tidak seronok. Kenalah dia memanggil Mak Wan dan Sumi balik menemani Uminya di sana. Kalau hendak ke Doha memang tak ada masalah.
Tak nak bagi tahu Walid ke
Nanti malam-malam sikit Umi mesej Walidnya. Walid bila balik sini Puan Hanim memandang Hakimi.
Minggu ni ada menteri nak datang. Mungkin minggu depan kut. Dia sendiri tidak pasti dengan jadual Walidnya yang sering berubah-ubah.
Arissa
Tegak mata Hakimi memandang Puan Hanim yang memandangnya. Sekali lagi Hakimi berdehem. Tidak pasti apa yang patut dijawabnya.
Dia tak jawab mesej Kimi semalam. Ya, Arissa tidak menjawab mesejnya semalam. Sedihnya.
Puan Hanim senyap dan hanya memandang mi goreng yang sedikit di dalam pinggannya. Entah mengapa dia rasa tidak selera hendak menjamah apa-apa pagi itu. Di matanya bagai melihat Marini tersenyum lembut. Semalam dia bermimpikan adiknya itu. Dua hari lepas dia bermimpi kedua orang tuanya datang dengan senyum gembira.
Hakimi segera menghabiskan sisa-sisa mi gorengnya tadi. Kemudian meneguk kopi yang berasap nipis., Kimi pergi dulu Umi. Dia menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Puan Hanim.
Majlis resepsi tu macam mana Puan Hanim memegang erat tangan Hakimi sambil mendongak memandang anak itu.
Err... kena tangguhkan dululah. Kenapa Puan Hanim menggeleng-gelengkan kepalanya. Didepangkan tangannya untuk memeluk Hakimi. Lama dia tidak memeluk anak itu rasanya.
Hakimi akur. Lama dia berada di dalam pelukan wanita itu.
Umi sayang Kimi semua tahu! keras suara Puan Hanim memberitahu Hakimi.
Hakimi sengih. Ya... Kimi tahu. Kimi pun sayangkan Umi. Maaf sebab Kimi banyak buat Umi kecewa selama ni. Dia melepaskan pelukan itu dan memandang Puan Hanim yang nampak tenang dengan senyumannya.
Wanita itu mengangguk.
Lama sungguh dia tidak melihat senyuman itu. Nafas ditarik dalam-dalam. Rasa lapang dan lega. Nampaknya misinya hampir berjaya dan kini dia perlu memujuk isterinya pula.
Okeylah, Kimi pergi dulu. Kunci kereta ada dekat meja konsul tu ya... Hakimi mengingatkan tentang kunci Toyota Harriernya.
Ya.
Puan Hanim terus melangkah mengekori Hakimi sehingga ke pintu.
Kimi, panggil wanita itu.
Hakimi menoleh. Tidak jadi melangkah ke keretanya. Ya.
Jaga Arissa elok-elok. Jaga cucu Umi tu elok-elok.
Hakimi senyum dan mengangguk beberapa kali.
Seketika dia melangkah kembali ke keretanya. Dia mengangkat tangan sebaik Puan Hanim mengangkat tangannya sebelum keretanya bergerak. Ada rasa lega di hatinya. Mungkin wanita itu sudah mula dapat menerima isterinya. Alhamdulillah, dia mengucap rasa syukur.
MEMANG majlis resepsinya kena ditangguhkan. Ya, lebih elok ditangguhkan daripada diteruskan dalam suasana yang tidak menentu. Perkara itu sudah diberitahu kepada Chef Shakir dan Pengurus Dewan Bankuet, Encik Jamal.
Hakimi memandang contoh kad jemputan tetamu yang dipilih oleh Arissa beberapa hari yang lalu. Bibirnya mengulum senyum sendiri melihatkan pilihan Arissa. Butik tempah dia menyewa baju pengantin pun sudah diberitahu. Mujurlah tuan butik itu seorang yang memahami.
Hakimi menggeleng-geleng sendiri. Cadangnya hendak menurut Arissa ke Pulau Langkawi esok tetapi tidak sanggup hendak meninggalkan Puan Hanim sendiri. Kasihan dia dengan Uminya.
Shima! Terkejut dia melihat Shima sudah berdiri di hadapan pintu bilik pejabatnya.
Dia tak ada buat appointment dengan Kimi.
Anita bersuara di sebelah Shima. Jenuh dia cuba menahan gadis itu namun Shima berkeras hendak bertemu dengan Hakimi. Katanya kawan baik Arissa.
Shima melangkah laju menghampiri Hakimi yang sudah berdiri di sisi mejanya. Seketika tangan gadis itu sudah hinggap di pipi Hakimi.
Cik!
Terpekik Anita melihat situasi itu. Namun langkahnya terhenti sebaik melihat tangan Hakimi diangkat menandakan yang dia tidak apa-apa.
Hakimi menggerak-gerakkan mulutnya sebagai membetulkan rahangnya. Kuat sungguh perempuan ni menamparnya. Rasa senget pula rahangnya.
Tak apa... akak keluar. Tutup pintu. Faham dia dengan tamparan daripada Shima. Pasti ia ada kaitan dengan Arissa.
Sampai hati Encik Kimi buat Arissa macam tu! Luah Shima sebaik mendengar pintu bilik Hakimi ditutup.
Ianya salah faham sebenarnya. Hakimi melangkah sedikit menjarakkan kedudukannya dengan Shima.
Salah faham! Apa maksud Encik Kimi dengan salah faham! Shima sudah meletak tangan di kiri dan kanan pinggangnya.
Hakimi menghela nafasnya.
Ia melibatkan Umi, sepupu dan Arissa. Rasanya tidak perlulah dia menjelaskan kepada Shima. Ia melibatkan Puan Hanim. Masakan dia hendak menyalahkan Uminya.
Pasal yang Encik Naim cuba nak perkosa Arissa hari tu ke
Bulat mata Hakimi. Dia beritahu awak
Ya. Dia ada beritahu saya masa ke Langkawi hari tu. Dia tak mahu beritahu Encik sebab takut Encik dan
Encik Naim bergaduh. Masa tu kan Dato Azizan ada. Hakimi mengangguk.
Pandai Naim putar cerita. Hakimi pula sudah meletak kedua tangannya di kiri dan kanan pinggang.
Haa! Terkejut Shima.
Hakimi mengangguk mengiakan kata-katanya sebentar tadi.
Tak sangka Encik Naim tu putar cerita, ya.
Tiba-tiba dia merasa bersalah dengan Hakimi sebab menampar lelaki itu tadi. Baru dia teringat, Dato Azizan ada beritahu yang Naim balik ke hotel dalam keadaan mabuk. Wajah kena tumbuk. Wah, pandai lelaki itu cuba mengaburi apa yang telah dilakukan.
Saya minta maaf Encik Kimi, pinta Shima. Dia rasa bersalah sangat-sangat dengan apa yang dilakukan sekejap tadi. Terasa malu yang amat malu.
Tidak tahu di mana hendak diletakkan mukanya.
Tak apa... saya faham. Awak baik dengan Arissa.
Dia kat Langkawi. Encik tahukan
Ya.
Hakimi memandang jam di tangannya. Baru pukul 11.30 pagi. Patutkah dia menuruti isterinya hari ini atau esok Dia menjadi serba salah hendak meninggalkan Puan Hanim tinggal sendirian.
Feri pukul 2.00 petang Encik. Shima seperti faham melihat reaksi Hakimi.
Hakimi memandang Shima. Masih berkirakira dengan rancangannya. Dia berpaling sebaik mendengar telefon bimbit berbunyi.
Assalammualaikum Encik Amrin.
Waalaikumussalam Encik Hakimi... saya rasa Toyota Harrier Encik kemalangan ni. Nombor platnya... sebut Encik Amrin di sebelah sana.
Ya. Memang kereta saya tu. Dadanya sudah berdebar-debar.
Saya rasa Puan ada dalam itulah, Encik Hakimi.
Ya Allah. Teruk ke Di mana ni
Simpang dekat Tesco nak masuk ke rumah Encik. Nampak teruk sangat!
Tolong panggilkan ambulans. Saya datang sekarang. Tanpa mendengar apa-apa dari Encik Amrin dia terus memutuskan taliannya. Pandangannya terarah kepada Shima yang nampak cemas. Kuat tangannya memengang meja kerjanya.
Encik Shima segera menghampiri namun raguragu hendak membantu lelaki itu.
Tolong teman saya kat tempat Umi saya accident. Rasanya dia sudah tidak boleh memandu. Tangannya sudah merasa sejuk dan menggigil semacam.
Ya, boleh-boleh. Encik boleh berjalan ke Kalau tak saya panggilkan security. Shima masih memandang Hakimi.
Boleh. Hakimi cuba menguatkan semangatnya. Insya-Allah, Umi tak apa-apa, bisiknya sendiri sambil melangkah perlahan-lahan kearah pintu yang didahului oleh Shima.
Beberapa saat kemudian mereka berdua melangkah menuju ke lobi lif untuk ke tempat kemalangan.
ENAM PULUH SATU
RALIT Encik Razali melihat pembentangan yang dibuat oleh Arissa dan Encik Ariff di hadapan.
Kombinasi keduanya membuat dia sedikit terpegun. Masing-masing mempunyai idea yang bagus untuk mempromosi resort mereka.
Matanya kembali menatap mesej dari Puan Hanim. Entah apalah mimpi isterinya menghantar mesej itu semalam. Begitu pun tidak dibalasnya. Sengaja dia mahu mendera sedikit isterinya. Biar wanita itu terasa. Dia senyum sendiri. Harap-harap wanita itu berubahlah. Itu saja yang dimahunya kini.
Sejuk ke Walid bisik Badrul dari belakang Encik Razali.
Aah. Air con kuat sangat. Mata Encik Razali sudah beralih kepada penghawa dingin yang terletak di atas siling di belakang bilik mesyuarat tapak projek. Bilik mesyuarat yang kerap digunakan oleh kakitangan projek bermesyuarat digunakan oleh kakitangan Sweet Arena Langkawi Resort pula sebagai tempat mereka untuk berbincang memandangkan ruang pejabat masih dalam pengubahsuaian.
Badrul segera mendapatkan Encik Kamarul untuk memberitahu akan perkara itu dan kemudian kembali duduk di tempatnya tadi tidak jauh di belakang Encik Razali. Telefon bimbit di tangan yang berbunyi menandakan ada mesej yang masuk segera dibukanya.
Astaghfirullah al azim! ucapnya perlahan.
Perlahan-lahan dia menghampiri Encik Razali.
Walid.
Encik Razali beralih memandang Badrul. Terkelipkelip mata Badrul memandang lelaki itu.
Apa dia Geram pula dia melihat Badrul yang memandangnya tanpa suara.
Badrul menunjuk mesej daripada Shima. Shima mengantar mesej kepada Arissa tetapi tidak berjawab. Yalah, perempuan tu sedang membuat pembentangan di hadapan sana manalah Arissa hendak menjawab telefon bimbitnya. Telefon bimbitnya pun entah di mana diletaknya.
Astaghfirullah al azim! terkejut Encik Razali.
Terhenti kata-kata Arissa di hadapan sebaik mendengar Encik Razali mengucap. Yang lain juga turut memandang Encik Razali dan Badrul. Encik Johan sudah menghampiri mereka berdua. Walid!
Bergegas Arissa mendapatkan Encik Razali. Hatinya dari tadi merasa tidak sedap. Tidak tahu mengapa. Entah beberapa kali dia tersasul semasa membentangkan pelan perancangannya.
Walid tak sihat ke Itu yang paling dibimbangkan.
Ni. Badrul menunjuk telefon bimbitnya kepada Arissa.
Arissa menyambar dari tangan Badrul.
Ya Allah! Mungkin inilah yang dirasa tadi, desis Arissa sendiri.
Encik Razali duduk semula sambil dibantu oleh Badrul.
Kita kena balik... tapi bot pukul 5.00 petang. Badrul memandang Arissa.
Kita naik bot ke Kuala Kedah je. Dari sana kita ambik teksi ke Penang. Tak boleh nak duduk sini tunggu pukul 5.00 petang. Masa dah banyak terbuang. Arissa kembali mendapatkan Encik Ariff dan Encik Kamarul memberitahu akan perkara itu.
Seketika ketiga-tiga mereka meninggalkan resort yang masih dalam pembinaan menuju ke Pantai Cenang untuk bersiap-siap pulang ke Pulau Pinang melalui Kuala Kedah. Lama Arissa memandang telefon bimbitnya. Berkira-kira hendak menghubungi suaminya itu.
Akhirnya dia menghubungi Shima sebab Shima yang menghantar mesej kepada Badrul dan ke telefon bimbitnya tadi. Macam mana perempuan itu boleh ada dengan Hakimi, hatinya berdesis sendiri.
Hello! Kedengaran suara cemas Shima di sebelah sana.
Kau kat mana ni
Aku dah nak ke hospital. Ambulans baru pergi kejap ni tadi.
Umi macam mana
Tiba-tiba dia merasa cemas. Maknanya Shima berada di tempat kemalangan Puan Hanim sebelumnya. Ya Allah, selamatkanlah Umiku, doanya di dalam hati. Air matanya sudah bertakung di tubir mata.
Aku tak tahu nak cakap. Nanti apa-apa aku call kau ya. Aku tengah drive ni.
Okey. Arissa memutuskan talian telefon bimbitnya.
Apa kawan Arissa kata Encik Razali yang berada di tempat duduk hadapan menoleh memandang Arissa yang ada di belakangnya.
Dia pun tak pasti lagi. Dia orang tengah dalam ambulans, jelas Arissa.
Nak naik bot pukul berapa ni Badrul menjeling di cermin pandang belakang.
Pukul berapa yang ada masa kita sampai kat sanalah. Dia sendiri tidak pasti pukul berapa feri ke Kuala Kedah. Jadual feri ke Kuala Kedah agak kerap berbanding feri ke Pulau Pinang yang agak terhad.
Badrul senyap.
Sesampai di Chalet Abang Ali, Badrul terus menemani Encik Razali ke chalet kemudian mendapatkan Abang Ali untuk memberitahu yang mreka terpaksa pulang ke Pulau Pinang dengan segera. Dia minta lelaki itu tolong tengok-tengokkan barang mereka yang ditinggalkan di situ. Tidak pasti berapa lama mereka akan berada d Pulau Pinang.
Setengah jam kemudian mereka mula bergerak menuju ke Pekan Kuah untuk mengambil feri di jeti Kuah ke Kuala Kedah dengan menaiki van teksi yang dipanggil oleh Abang Ali.
Arissa:
Umi macam mana
Shima:
Dia masih dalam Emergency Room.
Arissa:
Apa-apa nanti kau beritahu aku ya.
Shima:
Ya. Insya-Allah.
Uminya macam mana Encik Razali yang duduk di sebelah Arissa memandang menantunya.
Dalam emergency room lagi. Perlahan jawapan Arissa.
Encik Razali menghela nafasnya.
Dah lama sangat dia tak bawa kereta, keluh Encik Razali.
Arissa senyap. Tak tahu nak dibalas dengan apa. Namun hatinya berasa sebak sangat-sangat. Harap-harap wanita itu tidak apa-apa dan selamatlah hendaknya.
MENITIS air matanya sebaik menerima berita itu daripada doktor yang cuba menyelamatkan Puan Hanim sejak beberapa jam yang lalu. Tidak disangka begitu cepat Allah mengambil wanita yang melahirkannya dari dirinya.
Sabar Encik Hakimi. Allah lebih sayangkan dia. Encik Amrin terus memujuk dan berada di samping lelaki itu sejak kemalangan tadi.
Hakimi hanya mampu mengangguk sahaja. Suaranya seperti tersekat jauh di dalam rengkung. Terbayang-bayang wajah wanita itu pagi tadi. Masih terasa pelukan Puan Hanim yang begitu erat memeluk tubuhnya sebelum dia keluar pergi bekerja.
Ya Allah, Umi!
Macam mana dia hendak menghadap hari-hari esok tanpa wanita itu. Terimbau kenangan-kenangan bersama wanita itu. Semakin laju air matanya seakan tidak mahu berhenti. Beginikah seksanya sebuah kehilangan Walau seteruk mana pun wanita itu dia tetap ibunya, ibu yang melahirkannya dan benarlah seperti yang pernah dikatakan oleh Arissa dahulu.
Sabar Encik, sabar... tak baik begini. Kalau Encik sayangkan Puan. Allah berjuta kali sayang padanya. Itu sebab Allah ambil dia balik dari kita. Dia kepunyaan Allah. Begitu juga dengan diri kita. Banyak-banyak bersabar. Banyakkan sedekah Al-Fatihah pada dia. Erat Encik Amrin memeluk tubuh tegap Hakimi yang memeluknya.
Hakimi mengangguk dan mengesat matanya. Patutlah Puan Hanim memasak sarapan untuknya. Meninggalkan beberapa pesanan untuk disempurnakan. Mengapa dia boleh tidak perasan akan perkara itu Sangkanya Puan Hanim sudah berubah namun perubahan itu menandakan yang dia akan meninggalkan mereka semua buat selamalamanya.
Saya dah minta pihak hospital uruskan jenazah Puan Hanim. Elok kalau Encik Hakimi beritahu perkara ni kepada Encik Razali. Insya-Allah, Encik jangan risau saya dan pihak hotel akan uruskan semua ni. Encik Amrin terus memujuk Hakimi.
Shima hanya memandang lelaki itu yang sudah hilang semangatnya. Hendak memujuk lebih-lebih memang dia tidak mampu dan lelaki itu bukan mahramnya.
Hakimi mengangguk lalu menyandakan tubuhnya di badan bangku yang diduduki. Lama dia memandang telefon bimbitnya. Lalu dititip mesej ringkas untuk Arissa.
Hakimi:
Umi dah meninggal, sayang. Umi dah meninggalkan kita untuk selama-lamanya.
Apa yang diharapkan adalah Arissa akan sentiasa berada disampingnya kelak. Dia mahu seseorang yang disayangi berada di sisinya ketika itu.
VAN yang membawa mereka ke jeti Kuah sampai tepat pukul 1.15 petang. Berlari Badrul ke kaunter tiket meninggalkan Arissa dan Encik Razali terkial-kial keluar dari van teksi itu. Mujurlah pemandunya sudi membantu kedua mereka.
Terima kasih, Pak Cik, Hanya itu yang mampu diucapkan selain membayar tambang kepada lelaki yang hampir sebaya Encik Razali.
Hampir 10 minit menunggu Badrul, lelaki itu berlari mendapatkan mereka.
Dapat Arissa bertanya sambil mengangkat beg sandangnya.
Aah... pukul 1.30. Ada 5 minit lagi. Cepat sikit. Badrul sudah mengangkat beg Encik Razali.
Alhamdulillah.
Encik Razali meraup kedua tangannya ke muka. Harap-harap perjalanan mereka ke Pulau Pinang dipermudahkan. Itu sahaja yang dimahukan. Dadanya sentiasa berdebar-debar. Tidak tahu mengapa. Apa pun diharap isterinya tidak mengalami kecederaan yang teruk.
Elok mereka melabuhkan punggung di kerusi masing-masing, feri mula bergerak perlahan-lahan meninggalkan Pulau Langkawi. Arissa dapat melihat feri itu bergerak perlahan dan akhirnya tidak kelihatan tanah Mahsuri itu dari pandangannya.
Sepanjang perjalanan di dalam feri ketiga-tiga tidak bersuara.
Berada di tepi tingkap membuat dia dapat melihat pemandangan laut yang luas. Seperti terpandangpandang wajah Puan Hanim yang garang memarahinya. Jam di pergelangan tangan di tatapnya. Sudah hampir empat puluh lima minit namun terasa sudah berjamjam berada di dalam feri yang akan membawa mereka ke Kuala Kedah.
Bunyi mesej masuk di telefon bimbitnya membuat dia kalut mencari telefon bimbit itu.
Hakimi:
Umi dah meninggal, sayang. Umi dah meninggalkan kita untuk selama-lamanya.
Sebaris ayat dari Hakimi seperti merentap jantungnya bagai hendak terkeluar. Dia memandang Encik Razali di sebelahnya yang sedang lena tidur.
Badrul mengangkat kening seperti bertanya lalu dihulurkan telefon bimbitnya kepada lelaki itu. Bimbang kalau dia bersuara akan mengejutkan Encik Razali pula.
Inna Lillahi wa inna ilaihi rajiun, ucap Badrul perlahan.
Kenapa! Tiba-tiba Encik Razali terbangun dan memandang Badrul di sebelah kanannya. Kemudian beralih kepada Arissa di sebelah kirinya. Dan kembali memandang Badrul.
Badrul menghulurkan telefon bimbit Arissa kepada Encik Razali.
Innalillahiwainnailaihirajiun... menitis air matanya di atas skrin telefon bimbit Arissa.