MY DARLING ANGEL - 60
MY ANGEL, okey tak ni Abang tengok My Angel pucat je. Nak Abang

bawa pergi klinik tak Soal Brian penuh prihatin. Telapak tangannya terus diletakkan ke dahi isterinya untuk memeriksa suhu badan.

Tak apalah. Abang jangan risau, Im okay. Mungkin penat kot sebab kerja dekat sekolah banyak.

Ingatkan hari ni nak rehat je.

Sure ni Tak nak Abang bawa pergi klinik

Elzaara hanya menggeleng. Dia senyum nipis melihat suaminya yang prihatin akan keadaan dirinya, Tak apa Abang. Abang pergilah cepat, nanti anak teruna Abang tu merajuk pula kalau lambat.

Kejap.

Brian berlalu menuju ke dapur. Elzaara sudah tidak larat untuk mengekori langkah suaminya. Apa yang dia inginkan kini hanyalah tidur. Badannya terlalu letih dan kepalanya pening. Tubuhnya terus direbahkan di atas sofa panjang. Brian kembali ke ruang tamu dengan menatang dulang yang berisi bubur nasi panas-panas dan juga segelas air suam. Terdapat juga dua biji panadol di dalam dulang tersebut.

Okey, abang pergi dulu. Apa-apa My Angel call abang tau. Kalau My Angel tak sihat lagi, balik nanti abang bawa pergi klinik ya. Brian mengucup dahi dan juga kedua-dua belah pipi isterinya.

Elzaara cuba untuk bangun dan menyalami tangan suaminya tetapi di tahan oleh Brian.

Its okay My Angel. My Angel rehat je. Abang pergi dulu. Ingat tau, apa-apa call abang.

Okey. Hati-hati ya, abang.

Brian mengangguk. Senyuman manis diberikan untuk isterinya yang tercinta. Dari luar sudah kedengaran suara Haziq yang sedang membebel kerana Brian masih belum keluar dari rumah. Wajahnya cemberut sambil tangannya disilangkan ke dada sebaik sahaja melihat susuk tubuh Brian di muka pintu.

Pa, kejap lagi trainer Haziq mesti marah sebab Haziq lambat. Papa ni... rungut Haziq.

Sorrylah sayang. Papa tengok mama dulu tadi. Mama tak sihat. Okey, dah jom kita pergi sekarang.

Haziq dengan wajah cemberutnya terus sahaja meloloskan dirinya ke dalam kereta. Brian sudah mengetahui bahawa anak terunanya masih merajuk apabila wajah cemberut Haziq masih belum padam.

Okey, lepas kelas taekwando nanti papa bawa

Haziq pergi makan McD ya

Mama

Tak apa. Mama ada dekat rumah. Papa dah masakkan bubur untuk Mama tadi. Nanti dekat McD papa belikan Haziq McFlury.

Erm, nanti kita belikan Mama burger boleh tak pa Kesian Mama tak dapat ikut kita.

Boleh sayang.

Pa...

Ya Haziq Kenapa soal Brian sambil matanya masih lagi fokus pada pemanduan.

Mama sakit apa Teruk ke pa soal Haziq. Wajahnya yang cemberut tadi kini sudah bertukar risau apabila mamanya sakit.

Mama sakit kepala je. Tapi, papa dah bagi mama makan ubat tadi. Haziq risaukan mama ke

Haziq mengangguk laju! Brian tersenyum. Dia tahu walau semarah atau sekuat mana pun Haziq merajuk, dia tetap memikirkan soal wanita yang telah menjaganya sejak bayi lagi. Walau semanja mana pun Haziq dengannya, manja lagi Haziq dengan Elzaara kerana walaupun mereka tidak mempunyai ikatan sebagai ibu dan anak kandung, tetapi Elzaaralah yang telah menjaga Haziq sejak kecil selepas kematian Mama kandung Haziq, Elfira.

Haziq merasa bersalah kerana telah menyangka yang buruk-buruk tentang Mama dan papanya itu tadi. Brian yang boleh mengagak apa yang berada di dalam kepala Haziq, terus sahaja mengusap tangan anak terunanya untuk memenangkannya.

Brian menghentikan kereta Toyota Camrynya di petak parking kereta yang disediakan. Enjin kereta dimatikan segera. Kelihatan ramai budak-budak berpakaian seragam putih menuju ke dewan yang menjadi tempat belajar taekwando mereka.

Okey, kita dah sampai. Ingat, belajar betul-betul tau. Lepas kelas kita pergi McD lepas tu balik. Kita jaga

Mama sama-sama balik nanti okey

Okey pa.

Handphone ada bawa Apa-apa call papa nanti.

Alright Pa.

Haziq bersalaman dengan Brian dan berlari menuju ke arah dewan. Brian hanya tergelak melihat telatah anak terunanya yang sebijik macam perangai isterinya. Menyebut saja soal isterinya, dia terus mencapai handphonenya dan mendial nombor isteri tercintanya.

Hello... kedengaran suara lemah di hujung talian.

Hello, My Angel My Angel okey tak ni Nak Abang balik bawa My Angel pergi klinik tak Brian gusar apabila mendengar suara lemah isterinya. Sudah tidak keruan dibuatnya apabila memikirkan isterinya yang sudah terlalu lemah dan tidak bermaya itu. Terbayang wajah pucat isterinya saat dia ingin keluar daripada rumah tadi.

Oh Abang. Tadi lepas makan ubat terlelap kejap. Abang dekat mana ni Abang dah sampai kafe ke Soal Elzaara.

Belum lagi. Abang baru lepas hantar Haziq. Ni masih ada dekat dewan lagi. Abang risaukan My Angel. Abang balik rumahlah ya Temankan My Angel.

Eh, tak apalah. Abang tak payahlah risau Angel okey je, dah rasa segar sikit badan ni. Abang pergi jelah kafe ya. Nanti malam Angel masak untuk Abang.

Tak apalah My Angel. Malam ni My Angel tak payah masak, kita makan dekat luar. My Angel rehat

je. Kejap lagi Abang call balik.

Okey Abang. Hati-hati drive tu ya.

Okey My Angel. Love you.

Love you too.

Klik! Punat merah ditekan. Brian lega apabila isterinya berkata dia sudah okey. Brek kereta di turunkan dan empat biji tayar mula bergolek meluncur di atas jalan raya.

ELZAARA yang sudah berasa dirinya sedikit elok selepas menelan dua biji panadol terus saja ke dapur untuk menyediakan makanan tengah hari untuk anak terunanya nanti. Dia tahu bahawa suaminya jarang pulang ke rumah untuk makan pada waktu tengah hari kerana waktu itulah pelanggan akan ramai di kafenya.

Sebaik saja Elzaara membuka pintu peti ais, segera dia berlari ke singki dan memuntahkan segala isi perut. Perutnya yang tadi diisi dengan bubur kini mula habis berteraburan dalam singki. Dia terduduk di atas kerusi dan tiba-tiba dia merasakan tekaknya kembang. Dia menyelongkar peti ais dan mencari sesuatu. Tetapi, hampa. Apa yang dia cari tidak di ketemui.

Loyanya terus-menerus dan sakit kepalanya semakin kuat. Elzaara sudah tidak mampu untuk menahan lagi. Dia segera menuju ke bilik untuk bersiap dan keluar untuk mencari asam. Enjin kereta MyVinya dihidupkan dan terus meluncur keluar.

Sebaik saja Elzaara sampai ke rumah, hatinya gusar. Handphonenya sudah hilang! Melilau dia mencari di sekeliling rumahnya. Dia mencari di dapur kerana seingatnya tadi dia membawa handphonenya ke dapur. Tiada! Dia bergegas ke ruang tamu dan mendial handphonenya menggunakan telefon rumah.

Baru saja talian disambungkan, kedengaran nada Innocence bergema disekitar ruang tamu. Segera Elzaara menoleh dan cuba mencari kelibat handphonenya itu. Tiba-tiba Elzaara menangkap cahaya yang berkelip-kelip tersorok di celah sofa.

Alhamdulillah! Mujur jumpa. Kalau hilang tadi erm... Rungut Elzaara.

Elzaara membelek handphonenya dan melihat 30 misscall dan 10 mesej. Kesemuanya daripada Brian.

Dia membuka satu per satu mesej.

Abang Sayang:

My Angel, okey tak ni Abang call tak angkat.

Abang Sayang:

My Angel, Abang risau. My Angel pergi mana Angkat call Abang, sayang.

Abang Sayang:

Are you okay My Angel Abang call handphone tak angkat. Call rumah pun tak angkat. My Angel tolong call Abang balik. Abang risau.

Belum sempat Elzaara menghubungi Brian, nada Innocence kembali berteriak. Nama Abang Sayang tertera di skrin handphonenya. Terus saja punat hijau ditekan.

Hello My Angel My Angel dekat mana ni Abang call daripada tadi tak angkat. Okey tak ni Abang risau tadi My Angel tak angkat call.

Belum sempat Elzaara menyahut, kedengaran suara Brian panik di hujung talian.

Abang, Abang. Kejap-kejap. Angel okey. Sorry tadi Angel keluar sekejap tapi tertinggal handphone dekat rumah. Sorry Abang. Sorry sebab tadi Angel keluar tak bagitahu Abang. Abang maafkan Angel ya

My Angel takutkan abang je. Abang dah panik sangat bila My Angel tak jawab call tadi. Tak apalah, yang penting dah selamat. My Angel buat apa ni

Tak ada buat apa bang. Abang, kafe macam mana Ramai pelanggan ke hari ni

Alhamdulillah ramailah juga. My Angel okey Sakit pening tadi dah okey

Dah okey, bang alhamdulillah. Abang, nanti Abang balik boleh bawa Moist Chocolate Cake tak Angel teringinlah nak makan kek.

Boleh My Angel. Nanti Abang balik Abang bawa balik kek coklat ya. My Angel jaga diri tau.

Okey Abang. Abang jangan risau. My Angel tak apa-apa. Senyum Elzaara.

Okey My Angel, Abang ada hal ni. Pelanggan dah ramai datang. Ingat tau, jangan tinggal handphone lagi. Kalau tak Abang cubit pipi My Angel tu nanti.

Nakallah Abang ni. Dahlah, Abang pergilah layan pelanggan dulu. Nanti bising pula pelanggan tak ada orang layan.

Tau takut. Abang lupa nak cakap dengan My Angel. Abang tak dapat nak ambil Haziq kejap lagi, tapi Abang dah minta tolong ayah ambilkan Haziq. Malam ni Haziq tidur dekat rumah ayah tau.

Eh, Haziq okey ke bang Angel takut susahkan ibu dengan ayah pula nak jaga Haziq tu. Elzaara melampiaskan kegusarannya kepada Brian.

Taklah, ayah dengan ibu dah tau. Abang cakap My Angel tak sihat sebab tu ayah suruh Haziq tidur dekat rumah mereka je. Lagi pun mereka rindu sangat dengan Haziq tu. Dah, My Angel tak payah risau apaapa. Haziq pun okey, Abang dah call dia tadi. Okey My Angel, Abang pergi dulu. Nanti Abang call lagi okey

Okey Abang. Take care of yourself. Abang jangan lupa makan tengah hari tau.

Take a good rest My Angel.

Elzaara memandang saja handphone Samsung Galaxy SIIInya itu. Masih terngiang-ngiang gelak tawa suaminya itu tadi. Tiba-tiba dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluar dan tersenyum lebar apabila sekeping sampul berada di dalam genggamannya. Sempat Elzaara membayangkan wajah comel suaminya sebaik saja dia mengetahui isi yang ada dalam sampul tersebut.