I memang phobia tahap Gaban kalau bab kembangkan payung sebab pernah terjentik mata. Serik sudah Akhir solusi terpaksa diserah payung itu ke tangan Yoonaniza.
You ganas sangat kut, Qamra. Oh ya macam mana tadi Okey Yoonaniza bertanya sambil mengembangkan payung itu lalu dipanggil Qamra Ain berjalan beriringan melintas jalan di bawah payung.
Qamra Ain mengimbau kembali peristiwa yang terjadi 9 tahun dulu, sama dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Penyakit yang sama dan usia lelaki tua yang lebih kurang sama. Cuma, situasi yang berbeza. Disebabkan kejadian malam itu juga, Pandora dan payung merah pemberian Tunku Hardie juga turut babai sama seperti babainya lelaki curang itu dari hidupnya.
Apalah khabar agaknya lelaki tua yang aku selamatkan dulu Hidup lagi ke dia Kalau umurnya masih panjang, Alhamdulilah sebab dengar sindiran aku. Kalau sebaliknya, nak buat macam mana. Ajal maut di tangan Tuhan. Lagipun, aku tinggalkan macam tu aje masa hujan hari tu. Kejamnya kau, Qamra Ain!
You mengomel sorang diri, Qamra
Tak... tak ada apa-apa. Jadi tak nak pergi tengok wayang
Mulut Yoonaniza herot sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Dia melirik jam yang sudah tepat menunjuk tepat pukul 8. Hari yang semakin larut malam tambahan pula hujan renyai-renyai menimbulkan rasa tak keselesaan untuk berjalan.
I rasa elok kita tangguhkan ajelah dulu, Yoona. Apa kata kita singgah kaf hujung lorong sana, ajak Qamra Ain serta memaut lengan Yoonaniza. Mereka harus berjalan sepantas yang boleh bagi mengelak air lopak yang dalam di depan perhentian bas. Silap-silap lalu kereta, mahu basah lenjun mereka malam ini.
Setengah jam berjalan akhirnya mereka sampai di hadapan Hazhoneys Caf. Qamra Ain menolak pintu ke dalam manakala Yoonaniza pula menguncupkan payung lalu diletakkan dalam bekas yang disediakan di luar.
Rein, aku datang mencarimu! Laung Qamra Ain sambil mengatur langkah mendekati kaunter.
Kosong. Tunku Hazreen tiada di situ. Mungkin berada di ruang dapur. Yoonaniza melangkah masuk ke dalam. Dia melurut lengan baju yang basah sedikit akibat tempias hujan renyai tadi.
You duduk dulu. I nak ke dapur kejap cari tauke kaf, Qamra Ain menarik kerusi di meja bar lalu mempersilakan Yoonaniza duduk. Kemudian beredar pergi menuju ke arah dapur.
Yoona tanya Tunku Hazreen yang baru mengorak sila dari bawah kaunter.
Tertanya-tanya juga bagaimana pekerja Papanya boleh tahu tentang kaf di sini. Setahunya, tiada siapa pun warga THSC tahu yang dia membuka kaf di hujung lorong ini kecuali Qamra Ain. Qamra Adakah dia datang dengan Qamra
Ni kaf you, Rein Klasik wei! Yoonaniza turut melahirkan rasa terkejut berbaur teruja. Dia tahu Tunku Hazreen membuka perniagaan kaf tapi hanya lokasi saja yang dia tak tahu. Rupanya di hujung lorong tak jauh dari THSC.
You datang dengan siapa Soalan Tunku Hazreen dijawab oleh Yoonaniza dengan memuncungkan sedikit mulut ke arah Qamra Ain yang melilau mencarinya di dapur.
Kat situ rupanya kau. Puas aku cari kat dapur.
Aku kat sini tadi, betulkan wayar berselirat kat bawah. Patutlah berat hati aku nak tutup awal kaf tadi, ujar Tunku Hazreen beralih melirik ke arah Yoonaniza.
Qamra Ain sengih sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
Qamra, kebetulan kau kat sana ambilkan cheese cake dalam freezer. Aku baru buat tadi, boleh bagi cik kak ni rasa sekali.
Qamra Ain masuk semula ke dalam dapur. Sementara menunggu gadis itu keluar semula, kesempatan masa yang ada dia perlukan jelaskan secepat yang mungkin pada Yoonaniza.
You kenal, Qamra
Diakan doktor intern THSC. I tak tau you juga kenal dia.
I harap you buat-buat tak kenal I, sebab Qamra tak tau THSC itu hospital Papa I dan I keturunan Tunku. Dialah gadis yang keluarga I cari selama ini sejak hilangkan diri 7 tahun lepas. Demi Hardie I tak nak dia lari lagi, Yoona. Ini pun nasib baik Reza bagitau I yang dia kerja kat Mels E lepas balik ke KL.
Patutlah, Tuan Harith beria-ia nak rekrut dia. Baru I faham baru Yoonaniza tahu akan kebenarannya mengapa Tun Tunku Harith sebolehboleh mengarahkan HRMD rekrut Qamra Ain dalam pasukan DMD. Rupanya, itu ceritanya.
Kalau sebab Tunku Hardie, Qamra Ain berada di THSC. Bagaimana pula dengan viral yang tersebar menyatakan Tunku Raffzul mula bertukar tune disebabkan Qamra Ain yang baru 2 hari bekerja
Qamra tak tau langsung yang keluarga I jaga dia dalam jarak jauh selama ni dan sebaliknya pula dia tak tau yang kami semua ada kaitan satu sama lain, cerita Tunku Hazreen agar Yoonaniza lebih memahami situasi yang dihadapi oleh mereka sekeluarga sekarang.
Lambat laun dia akan tau juga, Rein. Dia gadis yang cukup baik dan tak sepatutnya dilukai sekali lagi. You nak tau baru 2 hari dia bekerja dengan sepupu you yang hot temper tu, asyik kena taichi tak habishabis. Kesian sungguh. Macam dianaktirikan. Lagi
satu you masih ingat lagi Elle, kan
Si minah senget ex couple, Sein tu
Perempuan kekwat tu pun satu hal juga, sengaja cari pasal dengan Qamra. Mentang-mentanglah doktor intern tak berani lawan cakap dengan doktor senior. I rasa nak cili-cili aje mulutnya tadi. Laser sangat! Cerita Yoonaniza bersemangat.
Geram juga tadi bila Elmina merendah-rendahkan kewibawaan Qamra Ain disebabkan gadis itu masih hijau di THSC. Ialah, baru 2 hari diberi kepercayaan penuh oleh Tunku Raffzul untuk kendalikan kes VIP dari ER Resus sedangkan dia yang sudah 4 tahun bertugas di DMD belum pernah diberi peluang untuk kendalikan kes sekritikal itu.
Thats why Sein tinggalkan dia. Berlagak sangat! Sokong Tunku Hazreen. Bersyukur bila adiknya mengadu yang telah akhiri hubungan cinta dengan Elmina di CA.
Perbualan mereka terhenti di situ bila Tunku Hazreen mengetuk perlahan meja bar dengan hujung jari telunjuk memberitahu yang Qamra Ain sudah keluar dari dapur.
Terliur aku tengok cake kau, Rein puji Qamra Ain sambil menatang cheese cake di atas tangan kanan lalu di letakkan atas meja.
Oh ya, Rein. Kenalkan kawan aku, Yoonaniza. Ketua jururawat cum setiausaha, Tunku Raffzul. Si Gabanto yang aku cerita kat kau tempohari.
Aku dah borak dengan dia tadi. Katanya, dia satu Jabatan dengan kau, jawab Tunku Hazreen sambil melirik ke arah Yoonaniza yang tersenyum mendengar. Macam mana 2 hari kau jadi doktor intern Kawan kau ni kata yang kau jadi mangsa smackdown ketua kau.
Aku tak ambil hati pun kalau dorang nak smackdown aku, Rein. Aku anggap sebagai satu gurauan yang patut diterima oleh seorang doktor intern baru. Dengan cara ini, aku dapat berkenalan dengan lebih mesra lagi. Betul tak, Yoona Qamra Ain menghulurkan pinggan yang berisi sepotong Kek Cheese ke tangan Yoonaniza. Gadis itu hanya mengulum senyuman dan kemudian menceduk sesudu kek tadi lalu disuap ke dalam mulut.
Masih kekal rasanya macam dulu, bisik Yoonaniza perlahan.
Tunku Hazreen tersengih bila dipuji sebegitu.
Qamra, I gerak dulu ya. Dah lewat sangat, esok I nak kena datang awal. Tuan Raff ada presentation depan MC esok pagi, I kena assist dia. Lepas mesyuarat, dia nak team DMD update pasal kes Salina. Oh ya, I pinjam payung you, Qamra.
Yoonaniza bangun dari kerusi dan menyandang tali tas tangan atas bahu. Selepas bertukar salaman dengan Tunku Hazreen dan Qamra Ain, dia beredar keluar dari kaf. Selang beberapa saat kedengaran bunyi bip mesej menerjah masuk ke dalam telefon SG N5 milik Tunku Hazreen.
Keluarga Tun Harith (5) 3/1/2012 8.32 PM
Cousin_Gaban>
For your info, Mr. President admitted again!
Pasal apa Asthma lagi
THussein>
Gi tengok Papa, kak. Sein tak boleH, banyak kerja kat opis
Envy!
Tunku Hazreen menutup terus aplikasi WeChat. Sejak akhir-akhir ini galak benar Papanya diserang asma. Itulah padah yang diterima kalau tak mendengar kata. Berbuih-buih sudah mereka dua beradik beri nasihat. Bukan sehari dua malah puluhan tahun tanpa jemu mereka memujuk Tun Tunku Harith yang seorang perokok tegar. Cuma, lepas dari insiden malam itu, terus Papanya berhenti dari menghisap rokok. Itupun katanya, disebabkan guardian yang selamatkannya menyindir secukup rasa pada malam itu.
Kenapa, Rein Ada sesuatu yang tak kena Qamra Ain perasan perubahan riak di wajah temannya seperti ada sesuatu yang membelenggu gadis itu sekarang.
Tak... tak ada apa. Jom, Qamra kita kemas. Kalau nak tunggu hujan renyai berhenti, sampai esok pagi belum tentu lagi. Kau tidur di kondo aku ajelah malam ni. Tunku Hazreen menukar topik perbualan, bimbang jika Qamra Ain bertalu-talu soalan yang boleh mendesaknya bercerita.
Takut terkeluar pula cerita yang tak seharusnya didengari oleh gadis itu malam ini. Silap haribulan, Qamra Ain menghilang diri sekali lagi seperti 7 tahun dulu! Biarlah rahsia buat masa ini.