Kali pertama aku bertentang mata dengan Cherry, aku rasa dia datang dengan Ricky Din naik White Grandpa. Masa tu malam, dekat satu padang besar--luas. Aku, Cherry, Ricky Din, Sam O dan kengkawan lain kami yang konon bohemian duduk melepak berbicara hal-hal kesenian di tengah padang, malam buta separa dingin. Exciting times, the rise of counter culture rebels.
Cherry dan aku jauh macam Bumi dan Mars. Kami tak pernah hang out berdua. Bila kami berdua, kami awkward. Lama-lama, entah waktu bila, entah macamana, semacam kena pukau, kami mula memberontak--dinding awkward tu kami robohkan. Kami mula keluar berdua tanpa pengetahuan yang lain. Aku mula pandai kejutkan dia dengan kepak ayam goreng, makanan kegemarannya. Dia mula pandai text aku malam-malam. Bila berjauhan, kami dah mula angau. Sampai sekarang, ketika ni, angau tu belum habis. Dan aku tak mahu angau ni habis.
Mabuk kepayang gila bayang, kepala otak melayang-layang teringatkan Cherry sorang. Aku nyanyikan rangkap-rangkap cincai di tengah malam. Rangkap-rangkap yang tak ada satu pun dapat menggambarkan secara adil betapa indahnya lukisan yang Cherry dah lukiskan dalam hidup aku. Cherry adalah warna-warna gilang gemilang yang mewarnai hidup aku yang sebelumnya kelam gelap
dipenuhi warna-warna pudar.
Di malam sepi begini, aku, Joni, penulis yang sedang mabuk cinta mahu menjerit-jerit seperti tersampuk polong melalak melolong, Auooooooo!!! Aku mahu dunia tahu, mahu semua orang tahu, mahu semua pak kaduk-pak kaduk, mak tok nek pak hang semua tahu, this is the very best part of my weird life.
Cherry undeniably is the light.