The Nickys
THIS is our last song before we taking a break for the first session. Anna membuat pengumuman sebelum memberi isyarat kepada semua ahli kumpulan. Enjoy the song.
Alunan muzik mula bergema.
Staring at the bottom of your glass, hoping one day
You'll make a dream last
Buat dreams come slow and they go so fast
You see her when you close your eyes, maybe one day
You'll understand why
Everthing you touch surely dies
But you only need the light when it's burning low
Only miss the sun when it starts to snow
Only know you love her when you let her go
Only know you've been high when you're feeling low
Only hate the road when you're missin' home
Only know you love her when you let her go
Starting at the ceiling in the dark, same old empty
feeling in your heart
'Cause love comes slow and it goes so fast
Well you see her when you fall asleep, but never to
touch and never to keep
'Cause you loved her too much
And you dived too deep
But you only need the light when it's burning low
Only miss the sun when it starts to snow
Only know you love her when you let her go
Only know you've been high when you're feeling low
Only hate the road when you're missin' home
Only know you love her when you let her go
And you let her go...
Habis saja persembahan yang dibuat, tepukan perlahan kedengaran dari para pengunjung. Kemudian, muzik alunan gitar berentak Spanish Melody menjadi pengganti sementara.
Hey.Anna menepuk bahu Zack, perlahan. Agak pelik apabila Zack masih tidak berganjak manakala pandangannya ditebar terus ke satu arah.
Zack menoleh.
Somethings wrong Soal Anna.
Naaahhhh.Zack menggeleng.
Anna memadang sebentar ke tempat yang direnung Zack tadi.
Missing somebody
Zack hanya tersenyum tanpa jawapan.
Anna berlalu. Zack turut bangun. Sekali lagi matanya mengarah ke depan. Ke arah meja yang selalu diduduki oleh Kate dan Audrey sebelum berganti dengan Amy dan Hanif.
Hari ini tiada sesiapa di situ. Tempat itu kosong. Sekosong perasaannya, saat ini.
HARI ini seperti biasa, setelah motorsikalnya diparkir, Zack berjalan menuju ke pejabatnya. Tidak membeli sarapan kerana dia sedia maklum, Makcik Ita tidak membuka gerainya selama dua minggu. Menurut Makcik Ita, anak saudaranya yang tinggal di Seberang Perai itu akan melangsungkan perkahwinan.
Zack melalui lobi hotel untuk menuju ke lif. Mata sempat menjeling pada agensi pelancongan yang pernah menjadi tempat Kate bekerja dahulu. Serta-merta ingatan pada Kate hadir. Kenangan bertukar senyuman dan saling berpandangan dahulu bagai berulang kembali dalam minda. Satu hembusan nafas dilepaskan perlahan.
Mana kau pergi
Sudah sebulan Kate tidak membalas sebarang e-mel, pesanan ringkas mahupun mesej di WhatsApp. Zack juga cuba menghubungi Kate melalui telefon tetapi semuanya gagal. Kate seolah-olah sengaja menjauhkan diri tanpa sebab. Pada mulanya, terbit rasa risau dalam diri. Bimbang seandainya Kate jatuh sakit atau ditimpa malang. Tapi, pernah Zack menghubungi Audrey bertanyakan perihal Kate. Menurut Audrey, Kate baik-baik saja.
Kalau baik-baik saja, kenapa senyap begini Apa yang menyebabkan Kate menjauhkan diri Adakah dia secara tak sengaja, membuatkan Kate terasa hati Tapi, apa yang menyebabkan Kate terasa hati
Lif yang terbuka mematikan lamunan. Zack menghayun langkah masuk ke dalam lif.
Setelah menyapa beberapa rakan sepejabat, dia terus menuju ke tempat kerjanya. Beg sandang diletakkan di atas meja. Komputer dihidupkan. Lalu dia melabuh duduk. Emel pejabat diperiksa dan dibaca sambil menyusun jadual kerja mengikut keutamaan.
Setelah itu, dia mencuri masa membuka e-mel peribadi. Rasa hampa menyelinap dalam hati apabila masih tiada khabar berita dari Kate. Tak apalah. Mungkin Kate sedang sibuk dengan kehidupan seharian. Laman mukabukunya pula dibuka. Pantas nama Kate dicari.
Juga sama. Masih tiada status kemaskini terbaru sejak sebulan yang lalu. Dia merengus geram. Lantas, jarinya menaip pantas.
Kate, where are you!!
Setelah itu, dia mengeluh sendiri. Laman mukabuku diteliti lagi. Tiada apa-apa yang menarik perhatiannya kecuali status kemaskini terbaru milik Liana.
Hmmnak kahwin dah
Jarinya menekan tetikus. Satu-persatu gambar-gambar milik Liana yang dimuat naik dalam Facebook diperhati. Dari tema warna, tema hantaran, tema perkahwinan sehinggalah ke segala mak nenek perancangan, dicerita secara teliti dalam Facebook. Excitednya kau
Ini baru Facebook. Belum lagi dikira Instagram dan Twitter. Entah apa lagi yang dipaparkan pada dunia. Biasalah, zaman teknologi. Berdoa pun harus melalui laman sosial. Baru trend. Ceh!
Dalam melihat gambar-gambar Liana, otaknya berfikir. Rasanya, sudah sampai masa untuk dia benar-benar meneruskan kehidupan. Kenangan bersama Liana harus dilupuskan.
Selamat menempuh hidup baru. Aku doakan kau bahagia, Lia.
Sejurus selepas ayat itu muncul di halaman mukabuku milik Liana, jarinya menekan pula butang unfriend. Sekelip mata, Liana tiada lagi dalam senarai rakan mukabuku, sekaligus tiada lagi dalam hidupnya. Perasaan terasa ringan secara tiba-tiba.
Laman mukabuku ditutup. Zack bangun dan menuju ke pantri. Hampir-hampir saja dia mematikan niat untuk masuk ke dalam pantri apabila melihat Zareen berada di situ. Langkahnya terus kaku sambil berfikir sama ada dia patut meneruskan niat untuk membuat air ataupun pergi saja dari situ. Namun, apabila melihat Zareen mengukir senyuman, dia turut tersenyum...sumbing.
Perlahan-lahan Zack melangkah masuk ke dalam pantri. Salam diberi lalu Zareen membalas.
Keadaan menjadi janggal seketika. Sudah berbulan-bulan dia tidak bercakap dengan Zareen melainkan hal berkaitan dengan kerja sahaja. Jadi, bila berada berdekatan seperti ini, janggalnya menjadi-jadi.
Buat air milo keSoal Zack tiba-tiba dan kemudian, rasa segan sendiri. Entah kenapa, soalan bodoh seperti itu boleh terkeluar dari mulutnya.
Zareen angguk sahaja.
Ohsaya pun nak buat air.Sambung Zack.
Zareen masih seperti tadi. Senyum sambil jarinya mengacau air dalam mug dengan sudu. Tiada tanda-tanda dia akan berganjak dari situ.
Saya dengar, awak dah nak kahwin Sambil mencapai mug dan sepeket Nescafe 3 dalam 1, Zack bersuara lagi. Sebenarnya, dia pun tak tahu hendak berbual apa. Sekadar mahu membuang jeda. Terasa amat kekok tatkala berdua di sini tanpa berkata apa-apa.
Bulan dua belas nanti. InSyaAllahJawab Zareen.
Tahniah.
Terima kasih.
Zack angguk dan senyumkelat. Mug yang sudah diisi dengan serbuk bancuhan ditambah dengan air panas sehingga mug hampir penuh.
Zareen masih berdiam di situ. Seperti menunggu sesuatu.
Zack melepaskan nafas dan kemudiannya, berpusing ke arah Zareen. Lama dia memerhatikan Zareen yang kelihatan serba-salah.
Apa yang awak nak cakap dengan saya, sebenarnyaZack akhirnya melontar soalan. Dari gaya Zareen, dia sudah tahu yang Zareen sebenarnya mencari ruang untuk membicarakan sesuatu.
Zareen senyum sumbing lalu menarik nafas panjang.
Sejak akhir-akhir nikita jarang bercakap. Saya pun rasa serba-salahTutur Zareen.
Zack diam, menunggu bicara seterusnya.
Saya sebenarnyadah lama...nak minta maaf dengan awak
Awak nak minta maaf atas sebab apa
Sebab saya bagi awakharapan yang tak pastiJawab Zareen.
Zack senyum dan menggeleng.
Awak tak salah, Zareen.
Zareen tunduk. Terdiam seketika.
Masa Irfan lahirZareen menyambung kata. Akmal yang azankan Irfan. Dalam keadaan saya yang tak berapa sihat, Akmal yang jaga Irfan. Dia jadi pengganti seorang ayah pada Irfan.
Irfan sayangkan Akmal macam ayah sendiri. Dan saya rasa, tak adil untuk saya pisahkan kasih-sayang seorang ayah dan anak.
Sebab itu, saya pilih Akmal.
Zack angguk. Saya faham. Saya tak pernah salahkan awak. Itu hak awak untuk buat pilihan. Awak berhak untuk pilih kebahagiaan awak sendiri.
Awak betul.Balas Zareen. Saya ada hak untuk pilih kebahagian. Dan saya pilihkebahagian Irfan. Sebab dia adalah nyawa saya. Amanah yang Allah beri pada saya. Saya akan buat apa saja asalkan Irfan hidup bahagia.Suara Zareen sedikit bergetar.
Awak faham maksud sayaSoal Zareen kemudiannya.
Zack angguk beberapa kali, tersenyum lagi. Kenapa awak beritahu saya pasal semua ni
Saya risaukan awak. Jawab Zareen.
Kenapa awak nak risaukan saya
Saya tahu, awak kecewa. Dan saya rasa bersalah setiap kali nampak awak. Akui Zareen.
Zack menarik nafas panjang. Wajah Zareen direnung lama. Kalau dulu, wajah itu yang sering membuatkan jantungnya berdegup lebih kencang dari biasa. Kini, tidak lagi. Semua itu sudah dibuang jauh-jauh kerana nyata, Zareen tak mungkin akan menjadi jodohnya.
Zareensaya mengaku saya terkilan. Tapi, saya tak pernah marahkan awak, jauh sekali nak berdendam. Awak tak perlu risau apa-apa dan awak tak perlu risaukan saya. Semua perkara yang jadi, Tuhan dah tentukan. Saya terima, jodoh saya bukan dengan awak.
Zareen tunduk.
Awak seorang ibu yang baik, Zareen. Dan saya yakin, awak buat pilihan yang terbaik. Akmal mampu membahagiakan awakdan Irfan. Ujar Zack. Ucapannya, benar-benar ikhlas dari hati.
Saya doakan awak, Akmaldan Irfan, bahagia.
Terima kasih.Lama terdiam, akhirnya Zareen bersuara.
Saya pun doakansatu masa nanti, awak akan jumpa seseorang. Saya yakin, siapa yang jadi pemilik hati awak nanti, mesti beruntungZareen senyum.
Zack ketawa. Kata-kata Zareen agak lucu pada pendengarannya.
Saya pergi dulu. Ada meeting dengan Mr. K.
Okey.
Tanpa berkata apa-apa lagi, Zareen mencapai mug dan meninggalkan Zack di pantri.
USAI bersolat Maghrib di Masjid As-Syakirin, Zack mengatur langkah menuju ke taman KLCC. Malas mahu pulang awal lalu dia menghabiskan masa di sini. Sendirian. Merenung jauh melihat turun naik ritma air pancut. Tatkala bersendirian seperti ini, dia mula tenggelam dalam fikiran.
Rasa pedih. Kecewa dan terkilan sebenarnya masih bersisa dalam jiwa.
Rasa begini kerana dia juga manusia biasa. Ada hati dan perasaan. Sakit bila terjatuhberdarah bila luka. Hati galau tatkala ditimpa masalah. Biasa. Itu semua perkara biasa. Bumi mana yang tak ditimpa hujan Namun ajal, rezeki dan jodoh, bukankah itu semua kerja Tuhan
Lalu saat ini, dia terus membuang sisa rasa itu jauh-jauh. Tak ada gunanya perkara sedih diratapi. Tidak perlu terlalu mengikut hati. Apa yang terjadi, sudah ditetapkan. Bukankah setiap berlaku, ada hikmah yang disembunyikan
Pilihan yang ada sekarang adalah meneruskan hidup, ataupun berhenti di satu titik. Dia memilih meneruskan kehidupan.
Kerana
Dia masih ada TUHAN. Yang akan sentiasa ada untuk dia meminta, untuk dia berharap. Untuk dia jadikan tempat mengadu, untuk dia jadikan tempat meluahkan rasa. TUHAN yang satu, yang maha Pengampun, Pengasih dan Penyayang.
Walaupun
Ada masanya, terlalai seketika dengan suruhan TUHAN. Leka dalam menjalani kehidupan dunia. Namun apabila dia kembali mengadap TUHAN dalam setiap sujudnya, jiwanya kembali pada ketenangan. Bukankah ketenangan itu juga merupakan salah satu rahmatNYA
Dan TUHAN itu arif dengan kerjaNYA. Tak perlu dipersoalkan setiap qada dan qadar.
Dia juga masih punyai keluarga yang menyayangi. Maka, dia tidak benar-benar sendiri. Dan masih punyai kawan-kawan yang mengambil berat. Maka dia, bukan sendiri.
Satu keluhan dilepaskan. Satu semangat baru cuba diserap dalam jiwa.
Tak apalah. Mungkin belum masanya untuk dia bertemu pemilik rusuk kiri. Apalah yang nak dikesalkan Biar sajalah masa yang menentukan
Telefon bimbit dalam poket bergegar. Lamunan terhenti. Segera telefon bimbit dikeluarkan. Mesej WhatsApp yang baru diterima diteliti.
(Kate Banham)
Always remember to be happy because you never know whos falling in love with your smile.
Zack tersenyum, kening terangkat. Rasa lega memanjat hati berbaur rasa bengang. Lega kerana akhirnya nama pengirim mesej muncul di skrin. Bengang kerana sudah sebulan si pengirim mesej menyepikan diri. Jarinya pantas menaip balasan.
(Zack Iskandar)
Where have you been
(Kate Banham)
Just say it, Zack. You miss me so much, isnt it
Tak semena-mena, Zack tersenyum lebar.
(Zack Iskandar)
Yeah Kate. I rindu sangat kat you. I harap sangat you muncul depan I sekarang ni.
(Kate Banham)
Pray harder. Who knows, your wish might come true
(Zack Iskandar)
Ha-ha. Funny.
Zack menggeleng. Macamlah Kate ada Pintu Ke Mana Saja milik Doraemon, yang memungkinkan Kate menjelma secara tiba-tiba di depannya.
Hai Zack.
Zack mengangkat muka, memandang ke arah empunya suara.
Ternganga.