Aku, Dia Dan Somtam - 61
BAB 61

ANIS masih termenung di bilik. Sudah seminggu dia berpindah semula ke rumah Imran di TTDI. Selama itulah Anis tinggal di bilik berasingan. Itu atas permintaannya sendiri. Dia masih keliru. Bingung. Imran pula tidak membantah dengan permintaannya.

Mungkin dia merasa terlalu bersalah dengan apa yang telah berlaku dulu. Namun semua keperluan Imran disediakan dengan penuh tanggungjawab. Hanya tanggungjawab yang itu sahaja yang dia tidak tunaikan.

Ya Allah.betul ke apa yang aku buat ni Anis meraup muka.

Dia buka laman facebook. Profil Jay a.k.a Imran dibuka buat sekian kalinya.

Mawar Putih > Assalamualaikum..

JS > Waalaikumussalamada apa

Anis termenung seketika. Memang itulah medium untuknya mengenali hati Imran. Sejak tinggal sebumbung semula, dia lebih selesa berkomunikasi melalui facebook. Di alam realiti, dia dan Imran tidak banyak berbual. Masih seperti dulu. Masing-masing buat hal sendiri. Kali ni dia yang menjauhkan diri dari Imran. Kalau dulu, Imran tidak endahkannya. Kini situasi itu sudah terbalik.

Mawar Putih > Saya masih kelirumaafkan saya.

JS > Its ok.Take your time.

Mawar Putih > Awak tak marah

JS > Tak..

Mawar Putih > Err..saya masih tak percaya dengan semua ni.

JS > Saya faham..

Anis baca mesej Jay. Hanya sepatah dia menjawab mesejnya.

Mawar Putih > Boleh saya tanya

JS > Apa.

Mawar Putih > Kenapa awak tak berterus terang dari awal

JS >Awak rasa awak boleh terima saya kalau saya mengaku yang saya ni suami awak

Mawar Putih > Mungkin.

JS > Awak rasa awak boleh terima saya sebagai Imran dan bukan Jay

Anis diam seketika. Mesej Imran tidak dijawab. Memang benar kata Imran. Mungkin dia akan merasa tertipu.

Mawar Putih > Entahlahselama ni awak menyamar.

JS >See Saya hanya tahu awak adalah Anis, isteri saya sendiri, lepas kita jumpa di restoran tu. Sebelum tu saya pun tak tahu siapa awak.

Mawar Putih > Jadi awak memang ada niat nak cari gadis idaman seperti dalam perjanjian tu

JS > Ya..

Mawar Putih > Bermakna awak langsung tak cintakan saya sebab awak masih tercari-cari gadis idaman awak which is .gadis tu adalah isteri awak sendiri tanpa awak sedari!

JS > Saya mengaku itu salah saya. Tapi awak pun layan Jay kan

Mawar Putih > Saya layan Jay kerana dia ingin berubah. Tak sangka pula selama ni saya memberi nasihat pada suami sendiri.

JS > Dan awak pun ada niat nak berpisah dengan saya dan mengharap Jay jadi penyelamat awak. Bermakna awak juga ada niat nak cari lelaki idaman awak!

Mawar Putih > Itu perjanjian awak sendiri! Awak juga yang kata, kalau saya jumpa lelaki idaman saya,saya boleh pilih..bermadu atau berpisah selepas awak jumpa dengan gadis idaman awak.

JS > Maafkan saya. Saya mengaku saya yang bersalah dalam hal ni tapi percayalah hati dan perasaan saya telah lama bercambah subur untuk awak sejak di kampus lagi. Tapi disebabkan ego, saya menolak perasaan saya sendiri.

Mawar Putih > Kalau benar apa yang awak kata ni, mengapa awak masih mengharap kasih Mawar Putih

JS > Kerana awak tidak endahkan saya!

Mawar Putih > Apa maksud awak Saya yang tak endahkan awak ke atau awak yang tak endahkan saya

Anis geram. Lama dia menunggu jawapan balas dari Imran.

Mawar Putih > Let say, Mawar Putih tu bukan saya, jadi awak nak teruskan juga hubungan dengan diaDan awak akan bagi kata dua kepada saya Bermadu atau berpisahmacam tu kan

JS > Ok! You win! Saya terperangkap dengan perjanjian gila tu! Saya ego! Saya yang buat awak merana! Puas hati awak

Anis menelan liur. Mesej Imran berbaur marah.

Mawar Putih > Awak marah

JS > You think

Mawar Putih > Maaf

JS >Just stop it right now ok. Fine if you dont love me anymore. I will let you go..

Anis semakin gelisah. Ternyata Imran sudah merajuk dengan soalannya yang bertubi.

Imran sudah offline. Anis mula tidak sedap hati.

Ya Allahmengapa aku masih tidak boleh terima Imran Anis menangis semahunya.

Perlahan Anis bangun dari tempat duduknya dan melangkah longlai keluar bilik. Dia jenguk bilik Imran di hujung koridor.

Apa aku nak buat ni Macam mana aku nak minta maaf Anis mengesat air mata yang tumpah.

Dia beranikan diri menghampiri bilik Imran. Daun pintu diketuk perlahan.

Awak nak apa Suara Imran agak kasar sebaik pintu dibuka.

Errsasaya nak minta maaf.. Anis tergagap-gagap. Tidak berani dia melihat wajah Imran yang sudah berubah riak.

Untuk apa

Sebabsebab buat awak marah tadi.. Perlahan suara Anis.

Jadi Imran masih di muka pintu. Pintunya dikuak sedikit saja.

Anis diam. Otaknya sudah tepu. Tidak tahu apa yang harus dijawab.

Awak tidurlah. Just leave me alone. Imran tutup pintu dengan kuat.

Anis semakin rasa bersalah. Imran sudah betul-betul merajuk. Itulah kali pertama dia melihat wajah Imran yang benar-benar kecewa.

PAGI lagi Anis dah ke kedai. Fail di meja dibelek malas. Tadi, Izara ada call. Natasha dah ditangkap dan sekarang ni dia berada di penjara Kajang. Dia malas nak fikir lagi. Hal Imran masih belum selesai. Pagi tadi, sarapan yang dibuatnya tidak disentuh langsung. Pagi lagi Imran sudah ke pejabat. Imran sudah berubah sikap. Sepatah yang ditanya sepatah juga Imran jawab.

Kak..yang ni nak jual macam mana Amira hulur sebungkus somtam yang masih belum diletak tanda harga kepada Anis.

Kak!

Err..Mira tanya akak ke Anis tersedar dari lamunan.

Apa yang akak fikir ni Amira senyum melihat bos mudanya mengelamun jauh.

Tak ada apa..Mira tanya apa tadi

Pelanggan tanyasomtam ni nak jual berapa ringgit

Anis pandang pada bungkusan somtam di tangan Amira. Yang ni akak letak harga sepuluh ringgit.

Amira mengangguk dan terus berlalu mendapatkan pelanggan yang sedang leka membelek produk yang disusun kemas atas rak.

Ni tak boleh jadi. Aku tak sanggup menjadi isteri yang berdosa. Anis bingkas bangun. Dia sempat berpesan pada Amira sebelum keluar.

Dia segera ke tempat letak kereta. Kereta MyVi dipecut laju menuju ke suatu tempat. Sampai di kedai buku, dia segera ke bahagian buku motivasi. Mencari-cari buku yang sesuai.

Ha..nilah buku yang aku cari!

Anis segera ke kaunter bayaran.

Eh! Anis!

Anis menoleh. Ustazah Hanisah tersenyum kepadanya.

Ustazah! Anis terus peluk.

Beli apa

Anis tunjuk buku yang diambil tadi.

Hmm..kenapa Masih nak pikat suami sendiri Usik Ustazah Hanisah. Senyum melihat tajuk buku di tangan Anis. 10 tips memikat suami

Anis tertunduk malu. Dia kemudian mendongak. Tak salahkan pikat suami sendiri

Ustazah Hanisah turut angguk.

Hmmdah nak pukul dua belas setengah ni. Apa kata kita pergi makan Saya belanja Ustazah. Anis mula mengajak Ustazah Hanisah makan tengah hari bersama.

Mereka berdua mula menapak ke restoran berdekatan. Banyak nasihat yang Anis dapat dari ustazah Hanisah.

PULANG dari kedai, Anis segera ke dapur. Malam itu dia wajib masak menu istimewa untuk Imran. Apa guna belajar kulinari sampai jauh ke Perancis kalau tak digunapakai untuk suami sendiri.

Hmmmalam ni aku nak masak western. Imran tak merasa lagi steak aku. Anis senyum sendiri.

Dia menyediakan steak dengan sos lada hitam, kentang lenyek, salad dan sup cendawan. Sempat juga dia buat puding roti cukup untuk dia dan Imran.Salad buah sudah siap dari tadi dan disimpan di dalam peti sejuk.

Anis jeling jam. Hampir maghrib. Dia segera mengemas meja makan dan mencuci pinggan mangkuk bertimbun dalam singki. Bila semua sudah siap, dia terus melangkah ke bilik.

Hmm..dah nak pukul lapan setengah..mana dia ni Ada mesyuarat ke Anis jenguk ke laman dari celah langsir di tingkap biliknya.

Tak apa..aku tunggu lagi.. Anis turun ke ruang tamu.

Bosan menonton, Anis capai pula majalah di atas meja sofa. Sekali sekala dia lihat jam di dinding. Sudah sembilan suku. Matanya kembali melekat pada kaca tv.

Nampaknya Imran benar-benar marah kat aku Anis jenguk lagi ke laman. Langsir diselak sedikit. Masih tiada apa-apa.

Anis mula resah. Dia mundar-mandir di ruang tamu. Sekejap dia ke dapur melihat hidangan di atas meja. Tudung saji ditutup semula. Seleranya juga sudah hilang. Dia henyakkan tubuh di sofa.

Rancangan tv pula tidak satu pun menarik minatnya. Dia jeling lagi jam bulat di dinding. Menghampiri sepuluh malam.

Memang sahImran marahkan aku Anis menapak lemah ke bilik. Tubuhnya dihempas ke katil. Panas pipi bila air mata menyentuh laju. Dia benamkan mukanya ke bantal. Menangis semahunya.

IMRAN melangkah lesu keluar dari perut kereta. Dia pandang rumah dua tingkat yang banyak meninggalkan kenangan pahit manis bersama Anis. Ruang tamu sudah gelap. Bilik Anis juga sudah gelap.

Dah tidur la tu.. Imran melangkah perlahan ke dalam rumah.

Nota apa pulak ni

Imran tarik sekeping kertas berwarna kuning yang melekat di daun pintu utama rumah. Dibaca sekilas.

Awak..saya minta maaf. Saya tunggu awak

Nota tu dimasukkan ke dalam poket seluar. Imran senyum. Dia melangkah masuk ke rumah. Beg kerja diletak di bawah.Tubuhnya dihenyakkan ke atas sofa panjang. Penat. Seharian di pejabat menyiapkan kertas kerja untuk mesyuarat penting esok. Kepalanya dilentukkan di hujung sofa. Teringat nota tadi. Dia menyeluk poket seluar semula. Nota tulisan tangan tu dibaca lagi.

Hmmkata tunggu aku tapi awal-awal dah tidur..Nota dimasukkan kembali ke dalam poket seluar. Dia menapak pula ke dapur.

Haus.

Eh..apa niImran mengamati nota berwarna kuning yang ditampal di peti sejuk..

Awak..saya minta maaf. Saya sediakan beef steak untuk awak.

Imran senyum lagi. Dia pandang pula saji di atas meja makan. Tudung saji dibuka perlahan. Memang ada daging panggang lengkap dengan sos dan salad kegemarannya. Dia segera panaskan daging. Malam itu dia menikmati seorang diri menu istimewa dari isterinya.Ah! Kenyang! Perut digosok-gosok.

Imran melangkah ke ruang tamu semula. Beg diambil dari atas sofa. Perlahan dia menaiki anak tangga menuju ke biliknya di hujung sekali. Sempat jeling bilik Anis yang tertutup rapat sebaik kakinya sampai di koridor.

Dah tidur ke dia Imran rapatkan telinga di daun pintu. Senyap. Dia berjalan perlahan ke biliknya di hujung.

Ada lagi Sekeping lagi kertas nota terlekat di daun pintu biliknya.

Awak..saya minta maaf. Mimpikan saya ya

Senyuman Imran semakin lebar. Sebelum melangkah masuk, sempat dia menoleh semula ke arah bilik Anis.

ANIS menggeliat kecil. Digenyeh-genyeh mata dengan belakang tapak tangan. Terkebil-kebil melihat jarum jam. Dua belas malam. Perlahan dia menapak ke bilik air. Air paip dibuka laju. Matanya sudah bengkak. Rupanya tadi dia tertidur selepas menangis teruk.

Dah macam mata Garfield pun ada.. Anis belek-belek kelopak mata.

Mukanya dibasuh beberapa kali. Lama menatap wajah sendiri di cermin besar. Sebelah cermin ada sejambak mawar putih dalam pasu kecil. Matanya beralih pula pada susuk tubuhnya yang kecil molek. Baju tidur yang dipakainya diperhati. Terteleng-teleng. Besar berserebeh.

Hmmnak kena pakai seksi-seksi ke. Anis pusing kiri. Pusing kanan.

Dia melangkah malas ke tingkap bilik. Semangatnya dah hilang. Tadi berkobar-kobar dia pulang awal tadi, sediakan menu istimewa dan tampal nota. Alih-alih Imran tidak muncul-muncul. Ah, tak apa. Aku tak akan berputus asa. Pujuk hatinya sendiri Dia intai dari celah langsir. Kereta Imran sudah tersadai di laman.

Pukul berapa dia balik agaknya Langsir ditutup semula.

Anis melangkah pula ke ruang dapur. Terjaga malam-malam begitu membuat tekaknya rasa haus. Mungkin cuaca panas sejak akhir-akhir ni. Lampu dapur dipasang.

Hmmnota aku masih melekat di situ..maknanya dia tak baca pun.. Wajah Anis sudah berubah.

Dia buka pula tudung saji. Kosong!

Eh..dia makan habis ke

Cepat saja Anis buka peti sejuk. Hanya tinggal sedikit salad buah di para paling atas. Dia mengukir senyum. Sekurang-kurangnya Imran jamah juga masakannya malam tu. Dia capai gelas dari atas rak dan tuang jus oren.

Kalau macam tu..dia dah baca la nota aku.. Anis teguk perlahan jus oren.

Lemah langkah Anis menuju ke biliknya semula. Pintu ditutup rapat. Sekali lagi dia belek buku yang dibeli tadi.

Hmm..aku kena berusaha lagi.

Berpinar-pinar matanya membaca tips yang tertulis di halaman buku setebal seratus mukasurat itu. Tips pertama dan kedua sudah dilakukan. Tinggal lagi lapan tips.

Hmmnampaknya masakan istimewa dan nota aku dah buat. Tak ada kesan pun agaknya nota aku tak cukup romantik kut.. Anis tongkat dagu. Dia jeling lagi jam. Hampir satu pagi.

Anis belek lagi buku yang dibeli siang tadi. Tips seterusnya dibaca. Satu persatu..

Hias cantik bilik tidurhmm..yang ni payah la..aku pun tak pernah masuk bilik dia. Tips ke 4 ni, makeup lawa-lawa. Aku dah makeup dah, dia tak pandang pun, buat dek ada la. Sentiasa senyum dan berwangianalah yang ni kalau aku buat, mahunya dia perli aku, senyum sorang-sorang! Buang tabiat! Hmmm..yang ke 6 ni pun susah jugakmacam mana aku nak urutpegang tangan dia pun aku seganhaih. Yang ni..pegang tangan dan tatap mata suami ketika berbicara..hmm..tengok tu boleh la tapi pegang tu..hish..nampak sangat aku yang terhegeh-hegeh. Ke 8, sambut dan peluk suami bila suami pulang dari kerja, hmm..balik pun malam-malam..aku pun dah tidur. Alamak! Yang ke 9 niboleh ke aku ni Anis baca sekali lagi..Goda suami dengan baju tidur seksi..

Eii! Baju tidur seksi Euww!! Anis menggeliat geli. Seumur hidupnya tak pernah dia mengenakan pakaian seksi hatta baju tidur sekalipun.

Yang last ni..lagilah..sentiasa bersedia jika suami ada hajat.. Aduihpening aku. Pakai baju seksi..ni macam dah nak serah diri ni..