ARISSA belek kalendar. Begitu cepat masa berlalu. Rasanya baharu semalam dia balik Malaysia dan baharu semalam juga rasanya dia bekerja di makmal. Dua hari lagi dia akan bergelar isteri Daniel. Semakin dekat dengan hari pernikahan, semakin gementar hatinya dirasakan. Perasaannya semakin bercelaru. Sarat dengan segala rasa.
Arissa...kenapa ni
Arissa menoleh. Ibu menapak ke ruang biliknya yang sudah penuh dengan barang hantaran yang telah siap digubah.
Omma....Arissa takut.. Arissa peluk ibunya yang sudah mula duduk di birai katil.
Nak takut apa Rambut Arissa dielus lembut.
Arissa tak nak nikah omma... Arissa merayu. Dia buat muka sedih.
Arissa...itu semua perasaan Arissa saja. Jangan dilayan sangat dengan semua tu. Itu semua syaitan yang cuba menghasut.
Pernikahan itu sangat-sangat disukai Allah. Arissa kena ingat tu. Pujuk Fatimah, rambut Arissa diusap lagi.
Tapi omma..Arissa tak sanggup tengok muka dia dua puluh empat jam.. Arissa mengesat air mata.
Arissa..cuba buka hati Arissa untuk Daniel. Kalau bukan untuk Arissa sendiri, lakukanlah kerana Allah. Sedarlah apa jua yang diniatkan kerana Allah, Allah akan jaga orang itu. Terpelihara orang itu dari hasutan syaitan. Syaitan ni akan cuba sedaya upaya untuk menyesatkan manusia dan dalam hal ni, syaitan cuba bolak balikkan hati kita supaya kita tidak suka bernikah. Benci pada pernikahan sedangkan nikah itu adalah menghalalkan perhubungan lelaki dan perempuan. Malah Allah beri pahala lagi.
Arissa diam. Mungkin juga itu mainan syaitan yang inginkannya membenci semua itu. Ah! Aku benci mamat tu je, bukan pernikahan!
Macam nilah anak omma.. Fatimah senyum sebaik melihat Arissa sudah mula mengukir senyum.
Dah ambil baju dari butik tu Fatimah mula teringat gaun yang ditempah dari butik. Semasa Arissa mencuba gaun itu, ada sedikit yang perlu diperbaiki. Lace dan manik di bahagian leher ditambah sedikit. Daniel yang inginkan macam tu.
Arissa geleng.
Bila nak ambil Lusa dah nak nikah. Fatimah geleng. Arissa dilihat semakin buat acuh tak acuh. Tadi, bangun je dia nak ke makmal.
Malaslah. Ikutkan Arissa, Arissa tak nak cuti lama-lama. Arissa mencebik.
Arissa..ni hari bahagia Arissa. Cukuplah apa yang omma lalui selama ni. Omma nak anak omma gembira dan menempuh semua ini. Fatimah pegang kedua pipi Arissa.
Apa maksud omma Arissa tidak mengerti kata-kata ibunya tadi.
Perlahan Fatimah melepaskan tangannya. Dia tunduk. Dulu, harapannya terlalu tinggi pada lelaki yang dicintainya. Mengharapkan sebuah perkahwinan yang meriah walaupun tidak gah. Tapi itu semua hanya tinggal impian. Dirinya tidak dihargai dan ditinggalkan begitu sahaja hanya kerana tidak mendapat restu dari orang tua lelaki itu. Lebih perit bila lelaki yang dicintai bernikah dengan pilihan orang tua di depan maatanya sendiri sedangkan waktu itu dia sudahpun berbadan dua.
Omma...omma, kenapa niArissa angkat dagu ibunya yang tunduk dari tadi. Ada titis jernih mengalir perlahan di pipi.
Arissa.. Fatimah tidak dapat menahan sebak. Semua kejadian itu masih segar di benaknya dan akan tetap utuh dalam lipatan hidupnya.
Omma..kenapa ni Kenapa omma menangis Arissa turut menangis.
Tak..tak ada apa. Omma hanya rasa sedih sebab tak lama lagi Arissa akan jadi milik Daniel. Fatimah menyapu perlahan air mata yang tumpah.
Omma.. Arissa tetap dengan omma. Arissa tak nak pindah rumah dia. Arissa nak tinggal dengan omma. Arissa muncung.
Mana boleh sayang. Arissa nanti akan jadi hak Daniel. Arissa kena ikut ke mana saja Daniel pergi. Omma kan ada abang Zaki. Pujuk Fatimah lagi.
Kalau macam tu, tak payah nikah. Arissa mencebik.
Hish! Budak ni. Dua minggu Arissa akan menikah. Dah! Bila nak ambil gaun tu Dah call butik ke belum Fatimah tukar topik.
Esoklah Arissa ambil.
Hmm...dah solat Isyak Fatimah pandang jam. Sudah setengah jam waktu Isyak berlalu.
Belum..Arissa bingkas bangun. Dia terus ke bilik air. Faham dengan jelingan ibunya yang tidak melengah-lengahkan waktu solat.
Fatimah geleng. Dia mula menapak keluar dari bilik Arissa.
PAGI lagi Arissa sudah bangun. Usai solat subuh berjemaah dengan ibu tadi, dia bergegas ke dapur menyediakan sarapan. Pukul sepuluh nanti, dia kena ke butik semula untuk mengambil gaun yang telah ditempah Daniel tempohari.
Omma, mari makan. Sarapan dah siap! Arissa melaung dari dapur.
Fatimah menutup Quran yang dibaca tadi. Dia menapak ke ruang dapur. Sudah siap nasi goreng bersama dengan telur mata. Air kopi o panas juga turut tersedia.
Hmm...ceria nampak hari ni Usik Fatimah. Wajah Arissa nampak lebih manis dari malam tadi.
Mana ada omma.. Arissa sengih. Air kopi o panas dituang ke dalam cawan.
Pagi itu mereka berdua bersarapan bersama. Fatimah melihat tingkah Arissa yang mudah berubah.
Malam tadi gadis itu tidak betah bila berbicara soal nikah tapi pagi ini sebaliknya pula.
Arissa cintakan Daniel
Kopi o panas yang diteguk tadi tersembur ke atas meja. Melepuh lidah Arissa menahan panas.
Fatimah faham sangat dengan gelagat Arissa. Sejak umur tiga tahun, dia sudah boleh baca riak anak kandungnya itu. Anaknya tak akan luahkan apa yang dirasai kalau sesuatu itu tidak menyenangkannya. Sayang, hanya setakat Arissa berumur tujuh tahun, kasih sayang seorang ibu terpaksa dilupakan. Arissa terpaksa ditinggalkan.
Kenapa omma tanya macam tu Arissa sapu bibirnya yang sedikit comot.
Omma sudah masak dengan sikap Arissa. Jangan disimpan rasa itu dalam-dalam sangat dan ditutup rapi. Kena luahkan. Kalau tak satu hari nanti ia akan meledak. Fatimah senyum. Teringat Arissa ketika berumur lima tahun. Pernah Arissa tidak puas hati bila bajunya tidak cantik berbanding baju anak jiran yang jauh lebih cantik. Arissa hanya diam seribu bahasa bila ditanya mengapa muncung dan masam begitu. Akhirnya, bila diusik kawan sepermainan, Arissa balik menangis-nangis. Terus dia luahkan perkara sebenar. Meraung hendakkan baju yang lagi cantik.
Arissa diam. Rasa benci pada Daniel lebih dari rasa cinta yang mula hadir dalam hatinya. Tak dinafikan, pertama kali melihat lelaki itu, hatinya bergetar. Jantung berdegup kencang tapi itu semua terpaksa dilupakan setelah apa yang telah berlaku.
Dan ketika hatinya ingin melupakan rasa itu, ketika itu jugalah ia semakin kuat melekat.
Arissa.. Arissa..
Arissa mendongak. Ada apa omma
Semalam abang Zaki ada telefon omma. Dia akan datang bersama rombongan lelaki nanti. Katanya kesian kat Daniel tu sebab tak ada sesiapa. Takkan dia nak serahkan kepada Ustaz Hakimi dan Ustazah Waddah semuanya.
Arissa angguk. Memang pada mulanya dia inginkan abang Zaki berada di rumah ini hari ini menguruskan mana yang patut kerana mereka juga tiada sesiapa dari sebelah lelaki untuk membantu.
Pukul sepuluh nanti, Arissa nak ambil gaun tu. Omma nak ikut tak Arissa mula kemaskan pinggan dan cawan.
Omma banyak lagi kerja nak buat. Tak apa ke Arissa pergi seorang Fatimah turut mengemas.
Tak apa.. Arissa senyum.
KERETA MyVi Arissa dipandu laju menuju ke arah Bangsar. Keretanya membelok ke lorong jalan kecil menuju ke sebuah butik. Sampai di butik, dia segera mengambil gaun dan baju pengantin yang lain yang Daniel beli dulu.
Gila mamat ni. Ada ke sampai sepuluh baju pengantin dia beli! Dah sewel agaknya. Terhegeh-hegeh Arissa mengangkut ke semua baju pengantin masuk ke dalam keretanya. Ikut hati dia nak campak saja ke dalam longkang!
Nasib baik ada pekerja butik yang menolongnya mengangkat semua baju itu masuk ke dalam keretanya.
Arissa berpaling. Dia menelan liur.
Kau buat apa kat sini Bulat mata Arissa melihat Sharif sudah terpacak di sebelah.
Wah! Banyak baju pengantin! Jadi betullah kau nak kahwin dengan Daniel Sharif berkata sinis.
Arissa tidak hiraukan kata Sharif. Dia terus mengangkat ke semua baju itu masuk ke dalam kereta. Separuh diletakkan dalam bonet dan separuh lagi di tempat duduk bahagian belakang.
You are mine!
Arissa mendongak. Gila! Semua lelaki dah gila!!
Pantas tangan Arissa digenggam kuat oleh Sharif.
Lepaslah! Arissa meronta.
Dengar sini! Kau kepunyaan aku! Kau tak layak untuk Daniel! Sharif tuding ke muka Arissa.
Kau lagi tak layak untuk aku! Kau kan nak nikah dengan Nelissa!! Arissa meninggikan suara.
Oh yeah I like you more than her! Sharif pegang tangan Arissa semakin kuat.
Stop it! Arissa meronta lagi.
Sharif dekatkan mukanya ke muka Arissa. Lama wajah putih kemerahan Arissa ditenung. Perlahan tangannya mengusap pipi gebu milik gadis itu. Terangsang melihat kecantikan Arissa. Dari dulu, dia lebih tertarik pada gadis itu, bukan Nelissa!
Lepaslah!! Jerit Arissa. Dia pandang sekitar. Tiada sesiapa.
Ikut aku!!Sharif tarik tangan Arissa dan mengheret Arissa masuk ke dalam keretanya.
Arissa terus meronta. Tolong!!
Sharif semakin berang. Mulut Arissa ditutup dengan tapak tangannya. Arissa diheret kasar masuk ke dalam keretanya.
Hoi!!
Arissa menjeling ke arah suara yang menengking tadi. Seorang lelaki berjaket hitam dan masih memakai topi keledar berlari ke arahnya dan Sharif.
Sharif segera tarik Arissa masuk ke dalam kereta dan cuba menutup pintu tetapi sempat ditahan oleh lelaki itu.
Sebiji penumbuk singgah di pipi Sharif. Arissa cepat-cepat keluar dari kereta Sharif dan meluru ke arah keretanya. Dari situ dia melihat lelaki memakai jaket hitam itu memukul Sharif. Dibalas dengan tumbukan dari Sharif. Sharif melarikan diri sebaik melihat lelaki tadi ingin mengejarnya.
Arissa masih diam membatu dalam kereta. Pucat! Tak sangka Sharif tiba-tiba muncul dan mengheretnya begitu. Matanya menala ke arah lelaki tadi. Jelas lelaki itu menapak ke arahnya.
Tuk! Tuk! Tuk! Cermin keretanya diketuk beberapa kali.
Arissa turunkan cermin kereta. Dia melihat lelaki tadi yang masih memakai helmet. Entah dari mana dia muncul. Matanya melilau melihat motosikal. Tidak ada kenderaan itu di sekitar situ.
Ter...terima kasih..Arissa teragak-agak menutur, bimbang lelaki itu ada niat tidak baik padanya.
Cik kena hati-hati. Sekarang ni banyak penjahat di sini.
Arissa mengangguk lemah. Err..terima kasih kerana tolong saya tadi..err..encik ni siapa
Lelaki itu buka helmet.
Arissa terlopong. Tuah
Ya saya Tuah. Awak dari mana ni Tuah mula senyum walaupun terasa hambar. Tadi sebenarnya dia tak nak buka helmet. Biar Arissa tidak tahu siapa yang menyelamatkannya tadi.
Saya dari butik tu..err..terima kasih awak. Entah apa akan jadi pada saya kalau.... Arissa terhenti kata-kata. Tuah dilihat masih tersenyum di sebelah keretanya.
Tak ada apa. Hmm..banyak baju pengantin. Awak nak kahwin ke Tuah melemparkan senyuman manis. Matanya melirik pada Arissa yang sudah pucat.
Arissa angguk lagi.
Bertuah lelaki tu.... Tuah betulkan rambutnya. Dia kemudian tunduk.
Arissa menelan liur. Jelas ada riak kecewa di wajah lelaki itu.
Err..nanti jemputlah datang majlis nikah saya. Arissa hulur sekeping kad.
Tuah pandang kad yang diberi Arissa tadi.
Arissa angguk lagi.
Arissa...betul ke awak nak nikah Tuah pandang Arissa yang kini dirasakan sudah semakin jauh darinya. Salahnya juga membatalkan majlis nikah mereka dulu.
Ya...dia sanggup terima saya seadanya.. Arissa tunduk. Titis jernih menitis lembut ke pipi.
Arissa..maafkan saya. Saya betul-betul menyesal. Sekarang ni saya tak tahu nak buat apa. Awak dah pun nak nikah. Arissa, please...kita sambung semula apa yang telah terputus. Masih belum terlambat...please.. Rayu Tuah tanpa segan silu.
Arissa melepaskan keluhan seketika. Wajah lelaki itu ditatap seketika. Muka berjambang lelaki itu jelas menceritakan kehidupan kecewa lelaki itu.
Tuah..awak layak mendapat perempuan yang baik. Saya ni dah tak suci lagi. Awak sangat baik dan selayaknya awak cari jodoh yang baik juga. Sekali lagi Arissa mengesat air mata.
Sejak kejadian hari tu, jiwa saya tak tenang. Saya yang tergesa-gesa nak putus. Arissa..saya cintakan awak.. Rayu Tuah lagi.
Maaf Tuah..saya dah bertunang. Dua minggu lagi saya akan bernikah.
Siapa Daniel Terus Tuah bertanya. Di kad tadi tertera nama Daniel.
Dia bakal suami saya.
Memanglah tapi dia ke yang awak cinta selama ni Atau dia tu.. Kata-kata Tuah terhenti bila percakapannya dipotong oleh seseorang.
Ya..aku bakal suami Arissa. Daniel senyum, dia menapak ke arah kereta Arissa.
Jadi..kau yang.. Tuah menelan liur. Tidak terlontar kata-kata seterusnya. Wajah lelaki itulah yang dirakam bersama Arissa di bilik hotel dulu. Foto yang diterima dulu.
Ya..aku sengaja buat semua tu kerana aku cintakan Arissa dan sekarang, kau faham bukan Daniel senyum sinis.
Kau!! Hampir saja Tuah menumbuk pipi Daniel tetapi sempat ditahan oleh Arissa.
Cukup! Tuah, aku dan Daniel akan bernikah. Muktamad. Arissa mula menaiki keretanya dan menderum laju meninggalkan kawasan itu.
Daniel dan Tuah hanya melihat Arissa berlalu pergi.
Sungguh keji cara kau! Tuah menggenggam tangannya dengan kuat.
Daniel ketawa besar. The best man win!
Sanggup kau perangkap Arissa! Tuah memandang tajam ke arah Daniel.Kali ini dia tidak dapat menahan amarahnya. Terus saja muka Daniel ditumbuk.
Daniel menggosok pipinya yang terasa senak. Dia hanya senyum.
Im sure, kau tak akan sanggup peristerikan perempuan yang sudah ditebuk bukan Buktinya, kau batalkan majlis nikah kau bila kau tengok foto-foto tu. Sekali lagi Daniel senyum sinis.
Tuah tidak hiraukan Daniel. Dia menapak laju ke arah motorsikal yang diletakkan di hujung tempat letak kereta. Telefon bimbitnya berbunyi kuat.
Hello! Ya saya. Okey baik!
Tuah memecut laju motosikalnya menuju ke destinasi. Ada kerja baru untuknya.
Daniel hanya senyum melihat Tuah beredar dari situ.
ARISSA henyakkan tubuhnya atas katil. Air matanya mengalir laju membasahi bantal. Apa yang berlaku tadi benar-benar merobek jantungnya! Ingin saja dia beritahu kedua lelaki itu yang dia tak akan terima keduanya! Tuah, jelas di wajah lelaki itu ada riak kesal tetapi tidak semudah itu untuknya menerima kembali lelaki itu dalam hidupnya. Tuah ada keluarga dan sudah tentu keluarga Tuah akan tahu lambat laun nanti. Daniel, begitu bangga membongkarkan kisah pahit malam itu kepada Tuah. Dan Sharif..lelaki itu juga ternyata tidak pernah putus asa mengganggunya. Dia faham sangat dengan riak Sharif tadi. Sengaja Sharif mengambil kesempatan dengan bertanyakan hal Nelissa tetapi sebenarnya Sharif ada niat lain. Kalau aku jadi Nelissa, aku pun tak akan setuju dengan pernikahan itu. Jelas Sharif seorang kasanova!
Kenapa ni sayang Fatimah muncul di muka pintu bilik.
Err..tak ada apa omma.. Arissa cuba berlagak biasa.
Dah ambil baju tu
Arissa angguk.
Emm...kenapa pucat muka niFatimah duduk di sebelah Arissa.
Tak ada apa... Arissa cuba sembunyikan riaknya. Ibu tak perlu tahu semua kejadian itu.
Ya Allah! Lupa la! Arissa tepuk dahi.
Apa dia
Nak cepat tadi...Arissa terlupa nak ambil bunga kat kedai! Arissa mula teringat lima jambak bunga ros yang dipesan dari kedai bunga di Bangsar. Kedai itu hanya selang tiga buah kedai sahaja dari kedai butik pengantin tadi.
La...habis tu nak kena pergi semula la niFatimah geleng.
Nampaknya macam tulah omma.. Arissa sengih. Ikut hati malas rasanya nak ke sana lagi. Buatnya terjongol lagi sekali lelaki gila tu!
Bawa kereta hati-hati! Fatimah mengiringi Arissa sehingga ke pintu.
Arissa cium tangan ibunya sebelum melangkah ke pintu lif. Dia menuju pula ke tempat letak kereta dekat dengan pondok pengawal. Kereta dipandu perlahan ke arah Bangsar.
Tiba di Bangsar, Arissa bergegas ke kedai bunga. Dia bimbang, Sharif akan mengekorinya lagi seperti tadi. Sementara menunggu bunga dibungkus, Arissa melihat-lihat sekitar kedai yang penuh dengan pelbagai jenis bunga, Bau wangi sungguh mendamaikan.
Kau Arissa kan
Arissa menoleh. Seorang perempuan cantik dengan rambut agak perang melepasi bahu sedang merenung tajam ke arahnya.
Ya saya..kenapa
Arissa mula serba salah. Renungan tajam perempuan itu sudah merayap ke seluruh tubuhnya.
Aku tak faham, perempuan kolot macam kau ni yang dipilih oleh Daniel
Arissa terdiam. Siapa dia ni Tiba-tiba saja melontar kata-kata pedas macam tu Mulut memang tak ada insuran! Sudahlah entah muncul dari mana!
Apa kaitan kau dengan Daniel Arissa renung perempuan itu. Dia perlu tahu siapa perempuan itu.
Perempuan itu ketawa.
FYI, aku bakal isteri Daniel.
Arissa membuntang. Lama perempuan yang memiliki wajah bujur sireh yang putih itu diamati. Wajah yang mempunyai iras kacukan Inggeris Cina sama seperti Daniel tetapi fasih berbahasa Melayu.
Aku dah lama kenal Daniel. Malah kami sudah hidup seperti suami isteri. Aku tahu, Daniel ramai teman wanita tapi tak seorang pun layak mendampingi Daniel. Maksud aku..jadi isteri Daniel. Hanya aku seorang sahaja yang berhak ke atas Daniel. Kalau kau nak teruskan juga hidup dengan Daniel, kau hanya jadi boneka sahaja. Sinis nada perempuan itu.
Arissa masih diam. Memang dia tak nafikan Daniel dulu kaki perempuan. Daniel sendiri mengaku, Zarul sendiri yang beritahu dan abang Zaki juga turut mengaku. Jadi tidak hairan kalau perempuan seksi di depannya ini adalah salah seorang dari teman wanita Daniel, lebih tepat lagi teman tidur!
Maksud kau Arissa berkerut kening.
Ya! Daniel hak aku. Jadi mana-mana perempuan yang datang dalam hidup Daniel, tak akan kekal dan hidup dengan aman. Kau faham maksud aku bukan
Arissa masih memandang perempuan itu. Memang cantik dan seksi. Sebiji lagak Nelissa dulu. Tentu perempuan ini anak orang berada. Dari gaya dan penampilan jelas perempuan itu mempunyai citarasa yang tinggi. Beg LV tersangkut kemas di lengan. Baju tanpa lengan dan skirt paras lutut cukup elegan digandingkan dengan skarf merah hati yang dililit di leher.
Jadi, apa kau nak dengan aku Arissa masih mengamati rupa perempuan itu. Cukup berlagak!
Aku nak kau tinggalkan Daniel. Daniel milik aku dan kami akan berkahwin tak lama lagi.
Oh really Congratulation then! Arissa senyum.
Perempuan itu mula bingung dengan sikap Arissa. Kalau teman wanita Daniel sebelum ini bermatian pertahankan Daniel milik mereka tapi gadis di depannya ini sama sekali berlainan.
So, kau dah mengalah
Kalau kau nak sangat dengan Daniel, silakan! Tapi aku rasa tidak semudah itu Daniel akan terima kau. Arissa mencebik.
Ha...bravo! Perempuan itu tepuk tangan.
Arissa masih memandang tepat ke muka perempuan itu.
You are so naive! Aku dan Daniel sudah seperti suami isteri. Kami sudah pun tidur bersama dan aku rasa perempuan kolot macam kau ni tentu bukan selera Daniel dan aku rasa kau tak pandai layan lelaki. Dont waste your time, I know who Daniel is. You are just one of his party gilrfriends or one night stand maybe
Panng!!
Sebiji penampar singgah di pipi perempuan itu. Arissa mengetap bibir. Suka hati je tuduh aku ni one night stand mamat tu! Suara ketawa dan tingkah perempuan itu cukup meluat di telinga dan matanya.
You!! Perempuan itu cuba menampar Arissa semula tapi sempat ditahan oleh Arissa.
Kau nak sangat kan Good! Ambiklah!! Tak payah aku bersusah payah layan nafsu gila dia tu! Arissa mengetap bibir. Cuba menahan amarah.
Perempuan itu dilihat menggosok pipi yang kena penamparnya tadi.
Arissa menelan liur. Suara ketawa dan tingkah perempuan itu semakin menjadi-jadi.
Okey..aku tak akan cari gaduh dengan kau. Aku datang bagi warning kat kau.Aku bagi kau masa sebulan untuk kau tinggalkan Daniel. Kalau tak, nasib kau akan sama dengan nasib perempuan sebelum ni. Ingat! Anyway...nama aku Elizabeth.
Arissa hanya memerhati perempuan itu berlalu pergi.