My Angel... My Angel bangun sayang. Kejut Brian perlahan. Perlahan tubuh Elzaara digoncang.
Abang... Bila Abang balik Pukul berapa dah ni Elzaara terus saja bangun daripada sofa. Tangan Brian dicapai lalu dikucup lembut. Brian membalas dengan ciuman di kedua belah pipi isterinya.
Dah pukul enam suku. My Angel okey
Enam suku Erm.. Awalnya Abang balik Angel okey je. Abang nak makan Angel masak ya Elzaara terburu-buru bangun untuk menuju ke dapur tetapi sempat Brian mencapai pergelangan tangan isterinya.
Hey, My Angel lupa ya malam ni kita nak makan dekat luar Mamailah tu. Nak kena cubit pipi ni. Serentak dengan itu pipi Elzaara dicuit lembut.
Abang! Janganlah Abang.
Okey, My Angel pergi siap dulu. Nanti lepas maghrib kita keluar. Abang nak bawa My Angel pergi satu tempat makan yang special. Lagi satu abang nak My Angel pakai ni tau. Brian menghulurkan sebuah beg kertas pada Elzaara.
Apa ni abang Elzaara mengintai ke dalam beg kertas dan kelihatan cebisan kain berwarna peach.
My Angel naik atas dulu bersiap tapi jangan lupa pakai ni okey
Okey, Angel naik dulu. Abang tak nak naik ke
Kejap lagi Abang naik. Abang nak tengok tv sekejap ya
Elzaara mengangguk. Dia segera bangun dan membawa beg kertas pemberian Brian dan tidak dilupakan sekeping sampul surat yang terletak elok di atas meja kopi. Brian mencapai remote control di atas meja dan menekan punat untuk mencari channel kesukaannya.
Sedang leka dia menonton rancangan tv, tibatiba sebuah kucupan singgah di pipi kirinya. Terus sahaja Brian tersentak lalu tersenyum apabila Elzaara meletakkan air neslo sejuk di atas meja. Brian menarik Elzaara merapatinya lalu membalas kucupan di dahi dan juga kedua belah pipi Elzaara. Masing-masing berbalas senyuman selepas berbalas kucupan manja.
Terima kasih My Angel sayang.
Elzaara mengganguk. kakinya lambat-lambat mendaki anak tangga menuju ke tingkat atas.
Seusai maghrib, Brian duduk di sofa menunggu Elzaara yang sedang bersiap di tingkat atas. Brian yang segak mengenakan sehelai jaket kulit dan juga seluar slack kulit sedang bersantai sambil membelek jam tangannya. Sebaik sahaja Elzaara menuruni anak tangga, mulut Brian ternganga luas. Dia bagaikan tidak percaya bahawa wanita yang berdiri di atas tangga adalah My Angel kesayangannya.
Abang Hey, Abang okey tak ni Elzaara melambai-lambaikan tangannya betul-betul di hadapan muka suaminya.
Hah Eh, My Angel dah siap ke Kalau dah siap bolehlah kita gerak sekarang.
Abang okey tak ni Elzaara gusar melihat gaya Brian yang seperti orang mamai.
Okey, cuma Abang terpegun tengok My Angel malam ni. My Angel cantik sangat malam ni. Memang padan sangat My Angel pakai gaun labuh ni. Cantik! Abang suka. Puji Brian.
Ish Abang ni, main-main pula dia. Jomlah pergi, karang lambat pula.
Betul ni My Angel sayang. Abang puji ikhlas tau. Okey jom. Sudi tak My Angel sayang untuk keluar makan dengan Abang malam ni
Brian melutut dan melakukan aksi seperti sedang melamar. Elzaara terkejut melihat aksi spontan suaminya. Dia tidak menyangka pada waktu dan ketika itu Brian melakukan aksi yang sangat romantik sehinggakan dia tidak mampu berkata apa-apa kerana terkedu. Kerana aksi mengejut itu menyebabkan Elzaara menitiskan air mata secara tiba-tiba.
My Angel Kenapa ni Tak suka ya Abang buat macam tu Kalau My Angel tak suka Abang minta maaf ya.
Bukan. Bukan Angel tak suka, tapi Angel terharu sangat. Angel tak sangka yang Abang buat macam ni. Air jernih kini bertukar dengan segaris senyuman di wajah comel Elzaara.
Ish, My Angel buat Abang takut je tau. Dah, jom pergi. Nanti kita lambat pula.
Brian mencuit pipi Elzaara. Serentak dengan itu, mereka berdua beriringan keluar sambil tangan mereka bersilangan antara satu sama lain.
Sepanjang perjalanan mereka, hanya lagu-lagu romantik sahaja yang berkumandang di corong radio. Suasana malam juga seakan-akan memberikan reaksi yang sama iaitu suasana romantik. Brian memberhentikan keretanya di bahu jalan dan mengajak Elzaara keluar dari perut kereta.
Abang Kata kita nak keluar makan Kenapa kita datang sini Tanda tanya mula tumbuh di benak kepala Elzaara. Wajahnya penuh dengan garis-garis di dahi tanda tidak mengerti dengan apa yang sedang dilakukan oleh suaminya. Dirinya dipeluk lembut dan erat serta dirinya didudukkan di kerusi pemandu membelakangkan pemandangan malam ibu kota.
Okey, My Angel duduk sini dulu. Pejam mata, jangan buka mata sampai Abang kata buka okey
Abang nak....
Syhhh.. Nanti abang terangkan ya. Sekarang duduk sini dulu. Janji tau My Angel takkan buka mata Elzaara mengangguk laju.
Sebaik sahaja Elzaara memejamkan matanya, sebuah kucupan hinggap di dahinya. Elzaara tersentak lalu membuka matanya. Mulutnya yang ternganga luas apabila melihat sebuah meja yang penuh dengan makanan dan lilin dengan berlatarkan suasana malam Kuala Lumpur, kelihatan begitu indah sekali.
Abang....
Laaaa... My Angel dah buka mata ke Kan Abang cakap jangan buka mata sampai Abang kata buka Brian sudah memuncungkan bibir tanda tidak berpuas hati kerana kejutan yang ingin dia berikan kepada isterinya telah hancur musnah.
Sorrylah. Siapa suruh Abang cium Angel tadi. Angel terkejut tu yang Angel terus buka mata. Cantik sangat. Pandai Abang buat surprise ya
Ye ke Brian menjongketkan keningnya tanda tidak mempercayai kata-kata Elzaara.
Ya. Meh sini Angel tolong Abang.
Eh, tak payah. Dah siap pun. Jom, My Angel duduk dekat sini ya. Silakan tuan puteri sayang.
Terima kasih Abang.
Brian mengeluarkan bekas spageti cabonara dan menyendukkannya ke dalam pinggan Elzaara. Elzaara hanya tersenyum melihat gelagat suaminya yang romantik pada malam itu. Brian mengimamkan doa makan buat mereka berdua.
Jemput makan Abang.
Jemput makan My Angel.
Tiada patah perkataan yang terungkap dari bibir masing-masing kerana menikmati spageti cabonara bertemankan suasana malam yang nyaman dan dingin. Hanya senyuman dan lirikan mata yang mengisi waktu. Elzaara tidak tahu apakah motif suaminya menyediakan makan malam romantik mereka.
Usai mereka makan malam di bawah langit cerah, Brian mengatur dan menyusun segala peralatan yang telah mereka gunakan dan disimpan ke dalam bonet kereta.
My Angel, masuk dalam kereta. Hari macam dah mendung. Jom, kita ada agenda lain lagi. Tegur Brian dan menghidupkan enjin kereta Toyota Camrynya dan Elzaara segera meloloskan diri ke dalam perut kereta. My Angel kenyang Seronok tak makan tadi
Kenyang sangat bang. Angel seronok sangatsangat tadi. Angel tak sangka Abang memang romantik orangnya. Terima kasih Abang. Puji Elzaara.
Tau pun. My Angel baru tau ke yang Abang ni romantik Tapi, romantik dengan My Angel jelah.
Eleh ye lah tu. Kita nak pergi mana lepas ni bang
Aiii, bunyi macam tak sabar je Tunggulah. Nanti My Angel tau juga. Jawab Brian berteka-teki.
BRIAN menghentikan keretanya di hadapan TGV Sunway Pyramid. Dia tersenyum lebar setelah melihat seraut wajah disebelahnya. Tiba-tiba kenangan lalu mula mengamit minda menyebabkan Brian tergelak halus. Elzaara yang terlelap dek kerana kekenyangan terus saja terjaga daripada lenanya.
Abang, kita dekat mana ni Dah sampai ke suara Elzaara yang mamai menyapa lembut telinga Brian.
Ah Ha, dah, dah. My Angel dah bangun ke Jom, kita turun. Abang dah tempah tiket wayang untuk kita malam ni. Midnight movie. My Angel okey ke Okey je. Cerita apa Abang nak tengok
Adalah... Senyuman nakal tergaris di wajah Brian.
Panggung nombor sepuluh ya encik. Petugas tiket mengoyakkan tiket mereka berdua lalu menunjukkan arah bilik mereka. Brian dan Elzaara berpimpin tangan memasuki ruang panggung. Kerusi panggung di TGV Sunway Pyramid adalah seperti sofa di rumah jadi amat selesa bagi mereka untuk menonton wayang.
Eh Abang. Ni kan bukan nombor kerusi kita. Tegur Elzaara sebaik saja Brian melabuhkan punggungnya.
Tak apa. My Angel duduk je sini. Tak ada orang duduk dekat sini. Percayalah cakap Abang.
Mana Abang tau soal Elzaara. Hatinya curiga kerana Brian masih lagi berteka-teki dengannya.
My Angel...
Ya bang.
My Angel ingat tak panggung ni
Kenapa dengan panggung ni
Ingat tak
Elzaara menggeleng.
Ingat tak kita pernah dating dekat sini dulu. Masa tu My Angel, Abang dengan Lisa. Ingat tak
Elzaara mengecilkan matanya cuba mengingat kembali akan cerita yang baru saja didedahkan oleh suaminya. Tiba-tiba dia melopong. Dia teringat waktu tu dia, Lisa dan juga Brian menonton wayang bersamasama pada pertemuan mereka yang kedua. Elzaara tersenyum lebar mengenangkannya.
Angel dah ingat. Bisiknya perlahan.
Brian tersenyum semakin lebar. Dia ingin memaknanya cinta mereka berdua dengan mengamit kembali memori di antara mereka suami isteri.
Jarum panjang tepat pukul 12 malam. Lampu di padamkan dan wayang mula bersiaran. Iklan demi iklan silih berganti. Tiba-tiba di skrin besar terpancar wajah Elzaara. Wajahnya yang pelbagai ekspresi sewaktu mereka menyambut hari jadinya dulu bermain di skrin besar. Elzaara terkaku.
Abang... Apa ni
Happy birthday My Angel sayang. Abang sayang My Angel sangat-sangat. Ucap Brian sambil pipi Elzaara menjadi mangsa kucupan manja.
My birthday
Elzaara bagaikan amnesia. Dia terlupa yang masuknya 12 jam tengah malam umurnya sudah berganjak ke satu lagi angka. Dia terkedu. Tidak tahu bagaimana untuk dia pamerkan ekspresi wajahnya.
My Angel tak ingat ya sekarang dah berapa hari bulan
Angel lupa... Belum sempat Elzaara mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada suami tercintanya, tiba-tiba bilik panggung tersebut menjadi cerah dan kelihatan semua ahli keluarga terapatnya turut serta di situ.
Abang.... Elzaara menangis di situ juga.
Brian menyeka mutiara jernih isterinya. Kemudian dia turut serta bersama-sama yang lain meraikan hari jadi Elzaara. Haziq yang paling ke depan mengucapkan selamat hari jadi kepada Mama aka Acunya dan memberikan hadiah dan diikuti yang lain-lain.
Sedang mereka rancak bersembang, Elzaara menarik lengan suaminya ke tepi, Mana abang dapat kebenaran nak buat ni semua Kan tak boleh buat semua ni dalam panggung wayang
Rahsia...
Elzaara sudah merajuk. Tak sudah-sudah dengan rahsia. Menyampah!
Brian tergelak melihat Elzaara yang merajuk, Alolo, janganlah merajuk. Nanti tak comel tau. Tak adalah. Manager tempat ni kawan abang. Abang bincang dengan dia. Minta budi bicara nak guna tempat ni sekejap. Mujur dia bagi. Kalau tak, bingung juga kalau surprise abang ni tak jadi. Sahut Brian.
Terima kasih abang. Angel sayang sangat dengan abang. Terima kasih sebab abang dah buktikan pada Angel yang abang seorang suami dan papa yang paling hebat dan Angel bangga sangat dengan abang.
Sama-sama My Angel. Maknanya Abang ni dah lulus ujianlah ni ya.
Abang, sebenarnya Angel ada benda nak bagi tahu dekat abang.
Apa dia
Elzaara mengeluarkan sekeping sampul surat dan dihulurkan kepada suaminya. Brian menjungkitkan keningnya dan Elzaara memberi isyarat supaya Brian membuka sampulnya. Sekeping gambar hitam putih. Brian melopong. Elzaara tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Serentak dengan itu, Brian mengusap perut isterinya dengan penuh kasih sayang.
Terima kasih My Darling Angel. I love you so much.
Love you too Abang. Moga cinta kita akan berkekalan sehingga ke penghujung nyawa kita.
Aamiin aamiin ya rabbal alaamiin...