Seorang wanita awal 30-an, bekerja sebagai kerani di Majlis Perbandaran. Suaminya seorang posmen. Punya anak 2 orang. Yang sulung dalam darjah 3. Yang bongsu berusia 5 tahun. Berikut adalah transkripsi percakapannya.
Doktor, saya takda sakit apa-apa.
Tapi esok dan lusa saya kena ke Melaka.
Ada kursus pengucapan awam.
Masalahnya, sekarang musim hujan.
Suami saya selalu balik lambat.
Anak sulung saya ada peperiksaan penggal.
Jadi saya nak MC dua hari.
Saya tak nak ke Melaka.
Anak saya nak ambil peperiksaan.
Takda siapa nak tengok-tengokkan anak saya.
Kisah Benar No 2:
Seorang wanita awal 30-an. Seorang guru sekolah rendah. Anak perempuannya berusia 5 tahun. Tiga hari selepas anaknya jatuh di sekolah, dan ada luka sepanjang 2 cm di kepalanya. Lukanya dijahit oleh doktor di hospital kerajaan. Anaknya sangat normal. Langsung tiada mengadu apa-apa. Lukanya pun hampir sembuh tetapi beliau beria-ia sangat minta aku tulis surat rujukan untuk pergi ke hospital pakar. Dia takut ada apa-apa kecederaan dalaman. Aku cuba yakinkan dia tetapi dia tak nak terima. Rupa-rupanya agen insurans dia yang suruh. Rugi kalau tak guna. Rugi kalau tak buat claim.
Untuk kedua-dua kejadian, aku jadi sangat emosional. Walaupun ini musim Hari Ibu.
Patut-patutlah kalau nak jadi ibu sejati sekalipun. Nasib baik hanya ada Hari Jururawat. Tiada Hari Doktor. Kalau tidak seminggu aku cuti.