PEREMPUAN-PEREMPUAN MERBAHAYA - 61
Ketika langit mati aku ingin meniduri bulan bersenggama di bawah selimut jarang berembun di bawah bintang-bintang redup dan diperhati Tuhan dari syurga malaikat-malaikat menguak kepak menerbang mengelilingi. Berbahgia sungguh merayakan cinta sampai lupa diri kerana esok hari ku tahu matahari pagi bakal mencuri kekasihku, bulan.