Sebab pertama ialah faktor minyak mentah. Amerika perlu mengimport 55% minyak untuk menampung keperluan penduduk dan industri negara itu. Pada tahun 2025, jumlah ini dijangka meningkat kepada 68%. 2/3 keperluan minyak di Amerika adalah pada pengangkutan penduduknya. Malah negara Amerika menggunakan 0.25% ataupun satu perempat sumber minyak dunia walaupun jumlah penduduk disitu hanyalah 4.6% dari jumlah keselurahan penduduk dunia.
Minyak mentah umpama darah kepada Amerika. Jika minyak mentah tidak disalurkan kepada negara itu, maka lumpuhlah negara terbabit. Perkara ini diperkukuhkan lagi oleh sebuah laporan bertajuk, National Security Consequences of U.S. Oil Dependency yang dikeluarkan oleh The Council on Foreign Relations pada tahun 2006M.
Jadi apa itu sel-sel bahan api
Sel-sel bahan api adalah sejenis teknologi yang dapat menjana elektrik menggunakan sumber hidrogen. Sel-sel bahan api dapat menukarkan 80% tenaga hidrogen kepada tenaga elektrik tanpa mencemarkan alam sekitar.
Malah ia akan mengeluarkan air yang bersih sebagai produk akhirnya. Tenaga elektrik yang dijana akan menggerakkan enjin apabila disambung kepada pembalik (inverter) dan motor elektrik (electric motor). Ini berbeza dengan gasolin, iaitu hanya 20% sahaja tenaga gasolin yang akan digunakan bagi menggerakkan kenderaan.
Beberapa contoh sel-sel bahan bakar ialah Polymer exchange membrane fuel cell (PEMFC), Alkaline fuel cell (AFC) dan Molten-carbonate fuel cell (MCFC). Di antara semua kategori sel-sel bahan bakar yang dicatatkan, PEMFC adalah sel-sel bahan bakar yang diharap dapat menggantikan gasolin sebagai sumber tenaga kepada kereta dan bas di masa hadapan. Antara masalah yang dihadapi untuk melaksanakan sel-sel bahan bakar ialah kosnya yang tinggi. Kebanyakan komponen pada sel-sel bahan bakar sangat tidak kos efektif. Komponen-komponen seperti katalis yang menggunakan platinum, selaput penukaran proton (proton exchange membranes), plat dwikutub (bipolar plates) dan lapisan pembauran gas (gas diffusion layer) akan menggunakan 70% kos keseluruhan untuk menghasilkan sel-sel bahan bakar.