Mencari Kiblat Cinta - 62
Dia hanya mampu memandang rumah itu dari jauh. Enam tahun dahulu, rumah itu menjadi tempat berteduh buat dia dan Naufal. Rumah itu juga tempat dia berkongsi suka dan duka bersama adiknya. Jauh di sudut hati dia merindui rumah itu. Merindui setiap kehidupan yang mereka jalani di situ. Tapi kini rumah yang dirinduinya dulu hanya mampu ditatap dari jauh. Mana mungkin dia mendekati rumah yang bukan miliknya lagi.

Lepas Naufal hilang begitu saja, kebetulan tuan rumah ni balik ke mari. Bila dia tengok rumah ni kosong terbiar begitu saja, jadi dia sewakan rumah tu pada orang lain. Maaf Nira, Pak Maidin tak mampu buat apa-apa. Jelas Pak Maidin di sampingnya.

Danira menoleh lalu menatap mendung di wajah lelaki itu. Dia tahu Pak Maidin serba-salah. Namun mana mungkin dia akan menyalahkan lelaki itu.

Siapa yang menyewa kat situ sekarang Pak Maidin Tanyanya sekadar ingin tahu.

Pasangan suami isteri. Yang suami bekerja di bank, isterinya pula cikgu sekolah rendah. Mereka ada dua orang anak kecil. Cerita Pak Maidin.

Habis barang-barang kami dulu ada kat mana Pak Maidin Tanya Danira sedikit cemas. Ada beberapa barang-barang peninggalan ayah dan ibunya yang perlu diambilnya kembali.

Pak Maidin simpan kat bilik kosong kat rumah kami. Pak Maidin yakin yang suatu hari nanti, Nira akan balik mencari kami. Ujar Pak Maidin seraya tersenyum.

Danira terdiam. Dia benar-benar rasa bersalah pada lelaki itu. Kepercayaan yang diberikan lelaki itu padanya, dibalas pula dengan satu musibah.

Naufal ada balik ke mari

Lelaki itu menggeleng. Sejak Nira dipenjarakan, kami dah jarang-jarang jumpa Naufal. Pak Maidin ada ajak dia tinggal dengan kami tapi dia tak mahu. Dia ada cari Nira Pertanyaan yang diutarakannya kini dikembalikan semula. Dia hanya menggelengkan kepala. Raut wajahnya kembali muram sebaik perihal Naufal dibangkitkan semula dalam perbualan mereka.

Pak Maidin tiba-tiba mengeluh panjang. Danira menoleh. Mata lelaki itu menjunam tepat ke wajahnya. Lelaki itu bagaikan ingin mengatakan sesuatu. Wajah itu berkerut-kerut seolah membendung sesuatu yang berat mahu diluahkan.

Kenapa Pak Maidin Soal Danira dengan wajah hairan.

Renungan Pak Maidin terus menikam wajahnya. Dengusan nafas lelaki itu terdengar di tepi telinganya. Namun dia sabar menanti sehingga lelaki itu bersedia untuk berkata-kata.

Boleh Pak Maidin tanya Nira sesuatu Pertanyaan lelaki itu dilontar cukup berhati-hati.

Dia hanya mengangguk.

Kenapa Nira tak mahu jumpa kami Kenapa Nira tak mahu jumpa dengan Naufal Nira tahukan yang kami semua sayangkan Nira. Enam tahun dulu, hampir tiap-tiap minggu kami ke penjara dengan harapan mahu bertemu Nira. Tapi kami selalu pulang dengan tangan kosong. Kenapa Nira Salah apa Pak Maidin dan Mak Minah dengan kamu sampai macam tu Nira buat pada kami Tanya lelaki tua itu dengan nada sebak.

Danira tersentak. Lidahnya tiba-tiba kelu seribu bahasa. Dia benar-benar tidak menyangka Pak Maidin akan membangkitkan soal itu padanya. Bagaimana dia mahu berterus terang dengan lelaki itu tentang hakikat sebenar Tentang apa yang membelenggu perasaannya sejak sekian lama.

Mak Minah kamu selalu menangis setiap kali kami pulang dari penjara dengan tangan kosong. Dia kecewa bila Nira menolak untuk jumpa kami.

Danira menggelengkan kepala dengan mata berkaca. Nira minta maaf Pak Maidin. Nira tak pernah bermaksud mahu membuatkan Pak Maidin dan Mak Minah bersedih. Cuma NiraNira sebenarnya malu. Nira terlalu malu mahu berhadapan dengan semua orang terutama Pak Maidin.

Berkali-kali Nira bisikkan dalam hati yang semua ini hanyalah mimpi. Dan berkali-kali juga Nira harapkan bila Nira terjaga dari mimpi ini, kita akan bersama-sama macam dulu. Tapi hakikatnya Nira tetap terkurung dalam sangkar besi itu. Rintih Danira.

Pak Maidin memandang anak gadis itu dengan wajah simpati. Kedua-dua bahu Danira dipegang rapat.

Meskipun Pak Maidin tak faham kenapa semua ni boleh jadi begini, tapi hati Pak Maidin dan Mak Minah kamu tetap yakin yang kamu adalah Danira yang kami kenal selama ini. Kami yakin kamu tak bersalah Nira. Bisik lelaki itu.

Danira terharu dengan kata-kata lelaki itu. Pak Maidin suami isteri sudah seperti ibu bapanya sendiri. Budi pasangan suami isteri itu terlalu besar untuknya selama ini.

Nira gembira kerana Pak Maidin masih mahu percayakan Nira. Nira dah tak ada sesiapa lagi selain Pak Maidin dan Mak Minah. Naufal pula hilang entah ke mana. Nira tak tahu kat mana nak cari dia lagi. Keluh Danira. Fikirannya benar-benar terbeban dengan masalah adiknya.

Nira jangan bimbang. Pak Maidin percaya yang suatu hari nanti, Naufal pasti akan kembali pada Nira. Dia akan mencari kakaknya semula. Takdir takkan sekejam itu memisahkan kamu dua beradik. Balas Pak Maidin cuba menenangkan perasaan gadis itu.

bersambung

Bab akan datang:

Kemana Naufal membawa diri