Dude! I'm Getting Married - 62
BAB 62

DATIN RUBIHA tersenyum lebar. Laman rumahnya dah penuh dengan tetamu yang datang. Majlis pernikahan Jai dan Seri akhirnya terlaksana juga.

Hmm..lega. Semuanya dah selesai. Alhamdulillah..

Apa yang awak buat kat sini

Datuk Rubiha menoleh. Suaminya dah tersenyum di sebelah.

Saya rasa gembira sangat bang. Akhirnya anak kita jadi jugak nikah. Err..pihak lelaki dah sampai ke

Sekejap lagi sampailah tu. Pukul dua nanti kan akad nikah. Datuk Kamaruddin turut jenguk ke laman. Acik dan Along sibuk melayan tetamu.

Ucu dah siap ke belumDatuk Kamaruddin jenguk pula ke arah tingkat atas.

Entahlah..nanti saya jenguk kejap.

Datin Rubiha menapak ke tingkat atas. Pintu bilik Seri dikuak perlahan. Dahinya berkerut melihat Seri masih termenung di atas katil.

Ucukenapa ni Datin Rubiha mendekati Seri yang dah melangut panjang di situ.

Ma..entahlah ma. Ucu rasa Ucu berada di alam lain. Ucu tak ingat siapa Jai.. Seri kesat air mata.

Dah la..tak baik buat muka murung macam ni. Hari ni kan Ucu nak nikah.. Datin Rubiha peluk Seri.

Pakai baju tu cepat. Pukul dua nanti, pengantin lelaki akan sampai.Datin Rubiha capai baju pengantin sutera warna ungu pastel dihias dengan manik mutiara kepada Seri.

SEMENTARA tu di rumah keluarga Jai, masing-masing kalut menyiapkan barang hantaran. Kak Long dan abang Ngah pulak sibuk menyusun barang dalam bonet kereta.

Jai senyum dari beranda biliknya mengadap ke arah laman rumah. Dia menapak semula ke komputer riba. Tadi sempat dia chatting dengan Koci yang kini berada di Dubai.

Jai > Kau bila nak balik

Koci > Tengoklah..

Jai > Dah jumpa pengganti Salina

Koci > Belum..tapi aku masih berusaha. Payahlah Jai..aku masih ada rasa cinta pada Salina tu..

Jai > Dah la Kocianggaplah jodoh kau dan Salina hanya setakat tu je.

Koci > Entahlahkenapa aku tak boleh lupakan Salina.

Jai > Aku ada surprise untuk kau.

Koci > Apa dia

Jai > Im getting married!!!

Koci > Really Dengan siapa Seri

Jai > Yup!

Koci > Tahniah bro! Bila

Jai > Sejam lagi.

Koci > What

Jai >

Koci > Tahniah bro!!! Tahniah!!

Jai > Thanks! Tak seronok la kau tak ada..

Koci > Tu la..kalau tak, nak jugak aku tengok bekas tunang aku tu..rindu pulak..

Jai > Melebih nampak

Koci > Joke je la!

Jai > Okey Koci, aku nak blah dah ni. Mak aku dah sibuk panggil aku tu.

Koci > Ok bro! Selamat pengantin baru!

Jai > Thanks!

Jai offline. Baju Melayu warna ungu pastel dibetulkan sedikit. Dia menapak laju ke laman rumah. Semua sudah sedia menunggunya di situ.

KERETA diparkir di laman rumah Seri. Jai keluar dari perut kereta. Dia pandang sekitar rumah Seri. Cantik dihias dengan bunga segar yang juga berona merah dan ungu.

Jai!!

Jai dongak ke arah pintu rumah yang terbuka luas. Acik dah tersenyum dari situ sambil menapak ke arahnya.

Wah! Handsome pengantin baru ni! Acik kenyit mata. Tangan berjabat seketika.

Jom! Seri dah tunggu dah tu! Acik kenyit mata.

Jai sekeluarga mula melangkah ke arah ruang tamu. Sudah ramai tetamu yang menunggu di situ. Mereka mula mengambil tempat duduk. Jai pulak dah sedia atas bantal besar yang disediakan untuk pengantin lelaki.

Seri yang duduk bersimpuh di penjuru ruang tamu masih tunduk membisu. Rasa punggungnya dah kena gam UHU! Melekat!

Ucu..senyumlah sikit. Tengok Jai tu..dia kan suami Ucu.. Datin Rubiha pegang bahu Seri yang hanya tunduk dari tadi.

Seri dongak. Dia jeling Jai yang kacak dalam baju Melayu berona sama dengan busana pengantin yang dipakainya. Memang kacak tapi hati aku tak ada rasa apa-apamaafkan aku Jai.

Jai dah bersedia di depan tok kadi. Semua mata tertumpu pada Jai. Dengan sekali lafaz, Seri dah sah menjadi isteri Jai.

Perlahan Jai menapak ke arah Seri yang bersimpuh sebelah Datin Rubiha dan kakak sulung Seri.

Ucutu suami dah ada kat depan tu. Acik cuit lengan Seri yang asyik tunduk je dari tadi.

Hah Erk! Seri dongak. Jai dah tersenyum manis di depannya.

Selamba Jai tarik tangan Seri dan menyarungkan cincin ke jari manis Seri.

Seri terkedu. Biarkan saja Jai mencium dahinya. Tapak tangan kanan Jai dah melekat pada ubunnya. Ada doa dibaca. Jelas di lubang telinga.

Doa apa ni Seri menggumam.

Doa supaya rumah tangga kita diberkati Allah.. Jai berbisik ke telinga Seri.

Erk! Seri semakin tunduk.

Along cuit lagi lengan Seri. Seri menoleh.

Takkan nak duk diam macam tu je. Tu! Cium tangan suami tu! Along berbisik.

Seri pandang pula Jai yang dah tersengih di situ. Perlahan dia sentuh hujung jari Jai dan cium tak sampai seminit. Tak sempat jurugambar nak ambik gambar. Terpaksa Seri cium sekali lagi bila didesak Acik. Eii! Ikut hati aku, aku nak berkurung je dalam bilik!

SERI dah resah dalam bilik. Geram dengan tindakan Jai. Suka hati je mamat tu tarik tangan aku ke hulu ke hilir! Lepas je akad nikah tadi, aku terpaksa ikut Jai jumpa tetamu

yang hadir. Terpaksalah juga buat senyum plastik melayan tetamu. Penat tak usah cerita la. Ke hulu ke hilir tangan aku Jai genggam. Macamlah aku ni nak larikan diri!

Assalamualaikum..

Seri mendongak. Jai dah sengih di muka pintu bilik. Masih dalam pakaian baju Melayu tadi.

Wa..waalaikumussalam.. Seri tunduk. Eii! Buat apa dia masuk bilik aku Kan dah ada perjanjian Aku tak akan sewenangnya serah diri macam tu je. Dia kena usaha buatkan aku jatuh cinta!

Seri menelan liur. Jai dah menapak ke arahnya. Jelas dia dengar pintu dikunci. Gulp! Apa yang dia nak buat kat aku ni

Dah mandi

Seri mendongak. Mandi Gila ke apa dia ni

Selesa ke tidur macam tu Jai senyum lagi. Sengaja dia duduk rapat sebelah Seri di birai katil.

Suka hati sayalah! Seri muncung. Dia jarakkan diri dari Jai.

Oh..ok. Awak tidur di sana, saya tidur di sini. Jai tunjuk sempadan di atas katil.

Seri jeling Jai yang dah tersengih sumbing. Eii! Ingat senang ke kau nak tidur sekatil dengan aku Boleh mimpi!

Seri bingkas bangun dan menapak ke hujung bilik. Ada sebuah sofa panjang di situ. Dia terus henyakkan tubuh.

Jai hanya pandang gelagat Seri. Dia geleng. Tak apa..aku sabar. Esok bila ingatan kau dah pulih, aku jugak yang kau cari. Jai menapak ke bilik air bersama tuala yang disangkut di bahu. Sengaja dia tanggalkan baju di depan Seri.

Eii!! Awak buat apa ni Seri bingkas bangun. Laju je kedua tangannya menutup mata.

Buka baju la! Takkan masak pulak! Awak ni sekolah ke tak Jai ketawa mengekek sambil berjalan ke bilik air. Rasa kau! Aku akan seksa jiwa kau Seri!

Seri berlari keluar dari bilik. Dia melangkah laju ke ruang tamu.

Aik! Apa hal lari tak cukup kaki ni Acik dongak.

Seri henyak tubuh atas sofa. Berpeluk tubuh. Suka hati akulah! Seram duduk dalam bilik tu!

Ucu..mengapa tak salin baju lagi ni Dah tengah malam ni. Takkan nak tidur dengan baju pengantin tu Datin Rubiha yang dah siap tukar baju duduk di sebelah suaminya yang dah senyum.

Acik turut senyum sambil jeling papa. Takut dengan Jai la tu..

Seri diam. Mulutnya dah muncung.

Tak apalah kalau Ucu tak nak masuk bilik. Ucu tidur kat mana nanti Semua bilik dah penuh! Along dah ambik bilik tetamu tu. Datuk Kamaruddin pandang Seri yang dah tarik muka masam. Sempat dia jeling Acik yang dah menahan ketawa.

Tidur kat ruang tamu pun boleh apa! Seri jeling Acik yang dah mengekek ketawakannya. Aku sekeh baru tahu! Abang tak akan menanglah!

Ya Ish! Berani ek Ucu tidur kat sini sorang-sorang! Ucu tahu tak, semalam abang tidur kat sini, pukul tiga je abang dengar ada suara halus dari dapur tu.. Acik usik Seri.

Seri menelan liur. Memang selama ni dia tak akan tidur di ruang tamu. Dia lempar bantal kecil ke arah Acik.

Abang ni!

Acik ketawa terbahak-bahak. Papa dan mama pulak hanya senyum penuh makna.

Apa yang lucu sangat

Semua mata menala ke arah anak tangga. Jai dah menapak turun ke ruang tamu. Kemas dengan baju tidur. Jai melabuhkan punggung sebelah Seri. Sengaja dia letak tangannya di belakang bahu Seri.

Ni..isteri kesayangan kau ni. Acik masih ketawa.

Kenapa dengan diaJai toleh ke arah Seri. Seri dah tunduk.

Tak nak tidur dengan kau la! Acik pecah ketawa.

Jai dah merah muka. Acik ni! Ada ke benda macam tu cakap depan mama dan papa! Malu la sikit!

Tak apa lasaya faham kalau Seri ni tak suka saya. Jai dah kendur suara.

Suara ketawa tadi mula bertukar rentak. Acik pandang Jai yang dah tunduk. Dia jeling pula Seri yang mula senyum. Eii! Ikut hati aku, nak je aku kurung Seri dan Jai dalam bilik tu! Biar Seri tu rasa macam mana duduk berdua dengan lelaki!

Err..Jai sabarlah ya. Seri tu masih belum sembuh lagi. Ma dan pa masuk bilik dulu. Dah mengantuk ni. Acik! Datin Rubiha beri isyarat pada Acik yang masih melangut di sofa.

Acik turut bangun dan melangkah ke biliknya.

Jai pandang Seri di sebelah. Subhnallah..cantik. Baru perasan yang Seri ada lesung pipit di sebelah kiri pipi. Cepat je tangannya mengusap pipi Seri.

Hish! Apa awak buat ni Seri tepis tangan Jai.

Jai senyum. Benarlah kata papa dan mama, kena banyak sabar.

Tak nak tidur ke

Awak tidurlah! Saya nak tidur sini. Seri mencebik. Tangan Jai yang dah melekat pada pahanya ditepis laju.

Jai senyum kelat. Dia beransur menapak semula ke bilik. Nyata Seri memang degil! Keras kepala!

SERI menggeliat kecil. Dia mengiring ke arah kanan. Tangannya tersentuh sesuatu. Cepat saja dia buka mata. Membuntang!

Maaaaaakkkk!!!

Seri melompat dari katil. Terjelepuk jatuh macam nangka busuk di atas lantai.

Jai yang terkejut terus bangun. Dia meraba-raba lampu kecil di atas meja kecil. Sebaik lampu bernyala, tergamam melihat Seri dah tergolek atas lantai.

Err..kenapa dengan awak ni Jai bingkas bangun.

Seri dah berkerut kening. Punggungnya dah rasa kebas.

Tuk! Tuk! Tuk!

Serentak Jai dan Seri berpaling ke arah pintu. Bunyi ketukan kuat di daun pintu bertalu-talu. Jai menapak perlahan membuka pintu bilik. Tergamam melihat mama, papa dan Acik di situ.

Ada apa Mama dah gelabah. Dia jenguk ke arah bilik.

Tak ada apa..Seri tu jatuh katil! Jai senyum sinis. Dia jeling Seri yang masih terjelepok atas lantai.

Jatuh katil Acik turut jenguk. Suara kuat Seri menjerit tadi cukup jelas. Satu rumah boleh dengar!

Mimpi hantu agaknya.. Jai kenyit mata.

Laaingatkan apalah tadi. Mama dan papa kembali semula ke bilik. Senyum penuh makna.

Acik pula sempat ketawa melihat Seri dah masam mencuka. Mimpi hantu ketakut diusik Dia juga kembali semula ke bilik.

Jai tutup pintu. Seri dah bangun dan duduk di birai katil. Jai menapak perlahan ke arah Seri.

Awak ni..kenapa sampai jatuh katil ni Jai turut duduk sebelah Seri.

Sebab awaklah! Seri gosok pula lengannya yang terasa sakit.

Jai pegang perlahan tangan Seri. Dia gosok lembut lengan Seri yang terseliuh.

Seri hanya pandang Jai menyapu minyak pada sikunya.

Awak tidur kat sini kenapa Seri jeling tajam Jai yang masih menggosok lengannya.

Eh! Saya pulak! Bukan ke awak yang nak tidur kat ruang tamu tu Kenapa saya pulak Jai sengih. Memang Seri tertidur di sofa ruang tamu tapi dia yang angkat masuk ke dalam bilik.

Erk! Ya keSeri berkerut kening. Setahu akuaku kat sofa ruang tamu tadi. Macam mana pulak aku boleh ada kat sini Aduih!

Lain kali jangan nak berlagak nak tidur sorang-sorang kat situ. Awak tu masih belum sembuh sepenuhnya. Awak sendiri yang masuk bilik ni dan tidur sebelah saya.. Jai jeling manja Seri yang masih keliru. Bohong sunat.

Err..awak ada sentuh saya Seri ketap bibir.

Kalau saya sentuh awak..tak ada la awak pakai baju macam ni.. Jai meliar melihat tubuh Seri. Ikut hati aku ni..nak je aku tunaikan tanggungjawab aku sebagai suami.

Seri cepat-cepat tarik baju rapat ke tubuhnya. Dia menelan liur. Kalau kau sentuh aku, siap kau!

Dah tidur! Dah pukul dua pagi ni. Jai letak minyak di atas meja. Dia baring semula. Selimut ditarik hingga ke paras dada.

Seri pandang Jai yang selamba dek je tidur semula di situ. Eii! Poyo je mamat ni!!