HEY
Zack terkebil-kebil dua tiga kali. Masa tambahan selama 10 saat diperlukan untuk memastikan bahawa Kate benar-benar berada di hadapannya. Betul ke, you ni Kate
Betullah. Jawab Kate lalu tergelak.
Zack angkat kening. Sengaja buat muka ketat walau dalam hati rasa teruja. Masih tersimpan rasa bengang dengan Kate yang sengaja menghilangkan diri dalam sebulan ini.
Oh...come on. Dont make that face. I cuma nak bagi surprise Tutur Kate, masih dengan sisa gelak.
Surprise Yeah Kate. Sebulan you hilang. Email, sms even Whatsapp pun tak reply. Tiba-tiba, you muncul depan I, cakap nak buat surprise. Kelakar!Suara Zack meninggi. Bengang dan marah terluah.
Kate senyum senget. Perlahan-lahan, dia melabuh duduk di sebelah Zack.
Marah Soal Kate.
Zack memutarkan biji mata.
You nampak cute bila marah.Kate masih senyum.
Zack diam sambil buat ekspresi muka 'malas nak layan kau!'.
Yalah. I tau. I salah. I tak patut buat you macam tu.Kate menyambung kata.
Zack menghembuskan nafas kasar.
Mana you pergisebulan niSoal Zack. Suaranya mula kendur.
Kate tak menjawab, cuma senyum sambil mengemam bibir. Mana dia pergi Tidak ke mana-mana sebenarnya. Sedang cuba meneruskan kehidupan seperti biasa sambil cuba menafsir hati dan perasan sendiri.
Sebulan dia menyepikan diri bukan kerana benci tetapi mahu mendapatkan jawapan. Apakah benar rasa yang terbit dalam hati atau rasa itu sekadar satu persinggahan
Dalam masa sebulan ini, dia sudah ada jawapan untuk dirinya sendiri. Rindu yang dirasa ketika menyepikan diri bagai tak tertanggung. Cinta yang dirasa benar-benar menghambat hati. Iya, kiniKate akui. Sayangnya pada Zack lebih dari sayang kepada seorang sahabat. Sekarang, dia mahu tahu seandainya perasaan itu hanya sehala, atau dua hala Sebab itu dia berada di sini ketika ini. Mahu mendapatkan kepastian.
Dont do that, again. I risaukan you, tau tak I ingat, ada benda tak elok jadi pada you. Zack menyambung kata.
Okay Balas Kate, pendek.
I Zack menghembus nafas kasar. I betul-betul rasa kehilangan bila you senyap, Kate. Macam hidup I tak lengkap bila you tak ada. Jujur Zack meluahkan rasa hatinya.
Kate merenung Zack agak lama, cuba menafsir sesuatu.
So, jangan buat lagi. Even kalau you tak nak jadi kawan I pun, just tell it straight. Tapi jangan
Okayokay. Im sorry, alright I wont do that again. Janganlah marah lagi...Kate pantas memotong kata-kata Zack.
Zack pandang Kate. Kate tersenyum comel lalu melambai jari telunjuk dan jari tengah, membuat isyarat peace. Dia terlepas tawa.
Macam mana you tahu, I ada kat KLCC Zack bertanya.
Instinct. Jawab Kate.
Instinct Yeahright.
Kate ketawa lagi.
Actually, I nak bagi surprise pada you masa di lobi hotel tadi. I nampak you keluar dari lif. But you just walked away. I tak sempat pun nak panggil. My instinct said, you akan pergi KLCC. Memang betul pun. I tau, you mesti pergi Kino dulu, then you pergi mosque.
And finally, you datang sini Terang Kate, panjang lebar. Dulu, begitulah jadual mereka tatkala keluar bersama.
You jadi stalker eh
Whatever! Kate memutarkan biji mata.
Zack tergelak.
Kate geleng dan turut tersenyum. Kemudian, masing-masing mendiamkan diri. Mata terpaku pada air pancut dihadapan.
Kate Zack memecah sunyi.
Hmm
Kenapa tiba-tiba, you balik sini Soal Zack.
Sebabada orang tu cakap, dia rindu pada IJawab Kate sambil menayang telefon bimbitnya pada Zack.
Zack ketawa.
You do mean it, right Soal Kate pula.
Apa
Bila you cakap, you rindu pada I. Do you really mean it
Mestilah. You ingat, I main-main keBalas Zack.
Kate tersenyum.
Kate...seriously. Kenapa tiba-tiba you balik siniBuat kali kedua, soalan yang sama Zack lontarkan pada Kate.
Kate menarik nafas seketika.
I dont know Zack. Maybe, memang tempat I di sini. Bukan di Birmingham. Bila I di sana, I selalu terfikirkan Malaysia. Kate menjawab.
I guess, I can never move on after all.
Apa maksud you, tak boleh move on Dont tell me you're still in love with that idiot. Suara Zack meninggi sedikit.
Idiot who
Kevin
What Kevin Suara Kate turut meninggi. Its not Kevin, idiot!
Habis, kalau bukan Kevinsiapa
Kate membuka mulut untuk menjawab namun tiada apa yang keluar dari mulut. Bibirnya digigit.
Whats wrong, KateZack kehairanan.
I Kate menghembuskan nafas perlahan. Sesekali mengait jari sendiri.
Kate Panggil Zack lagi.
I sebenarnyaKate menutup wajahnya dengan dua tapak tangan.
Oh my God. Why do I have to do this Why cant he just read my mind Kate tergumam sendiri.
KateZack tergelak sedikit.Kenapa dengan you ni
II
Katejust say it. You know you can tell me everything. Kitakan kawan
Ya, kita kawan. I know. What Im trying to say isIAyat Kate termati lagi.
Zack menanti dalam kesabaran yang semakin berkurangan.
Kate!
I....Gosh! I wish somebody could explain to mewhy am I falling in love with a loser
Untuk satu masa yang lama, masing-masing mendiamkan diri. Kate memandang terus ke depan tanpa mahu langsung menoleh kiri dan kanan. Seolah-olah telah menjadi pegun. Zack juga begitu. Bezanya, dia memandang ke arah Kate.
Kate
Errrya...
You...cakap apa tadi
You heard me. You belum pekak lagikan Tak payahlah I nak repeat banyak kaliBalas Kate. And please, stop starring at me. I rasa macam I ni monkey in the zoo
Zack ketawa, agak lama sehingga Kate juga turut ketawa.
Kateyou memang macam monkey. The cute one
Ohshut up!
Zack ketawa lagi.
Kate hanya senyum kali ini.
Kate
Yes
This loser guy, you were talking about
Hmmm
Dia ada nama ke
Ada. Kate angguk dalam senyum segan.
Siapa nama dia
Nama diastart withan initial Z
Okay Zack terlepas tawa dan mengangguk beberapa kali.
Since when you jatuh cinta dengan this loser guy Soal Zack lagi.
Kate angkat bahu.
One hour agolast weeklast month. Or maybe...since the first day I saw him smile at me. I dont know. I dont have the answer
Zack senyum lalu mendongak memandang langit. Beberapa bintang bertaburan di situ.
Ataupun, selama nicerita kita, dah lama terukir atas bintang. Hanya tunggu masa nak bersinar
Kate menoleh, memandang terus pada Zack. Bibir mengukir senyum nipis. Cuba untuk berkata sesuatu namun tiada ayat yang keluar.
Terasa wajahnya berbahang. Lantas, dia memandang semula ke depan sambil mengait jari sendiri sekali lagi. Hati berdetak laju kala ini.
Zack berterusan memandang Kate.
Dan Kate pula pura-pura tidak mempedulikan Zack. Dia terus memandang ke arah air pancut walaupun saat ini, wajahnya telah merona merah.
Zack senyum sendiri. Mungkin benar, cerita dia dan Kate telah lama terukir atas bintang takdir. Hanya menunggu masa untuk disedari. Betapa selama ini, dia cukup menyenangi Kate. Mereka menjadi sahabat karib. Segala masalah dan pendapat dikongsi tanpa sempadan. Masa banyak dihabiskan berdua. Bila Kate pergi, mereka saling merindu walaupun ketika itu, makna sebenar kerinduan itu belum dapat dipastikan.
Tapi kini, dia pasti. Dan dia perlu melakukan sesuatu, agar Kate tidak terlepas darinya lagi.
Kate
Yup. Kate bersuara tanpa memandang Zack.
Pandanglah sini. Tengok muka I ni
Tak naklah.
Kenapa tak nak
Malu Kate terlepas gelak.
Zack ketawa.
I ada satu soalan lagi nak tanya you Zack terus berkata walaupun Kate tidak mahu memandangnya.
Shoot.
If that loser guy, ask you to marry himwhat would be the answer
WhatKate terjerit sedikit lantas menekup mulut dengan tangan. Terus menoleh pada Zack.
I tanyakalau that loser guy, ajak you kahwinyou nak tak
Kate masih menekup mulut. Masih pegun.
Zack geleng kepala. Tertawa sendiri. Comel pula reaksi Kate yang sebegitu.
Kate kemudiannya, menurunkan tangan setelah rasa terkejutnya berkurangan.
You are not joking, rightSoal Kate, perlahan.
Zack geleng, merenung Kate tanpa suara.
Kate tunduk, bermain dengan jari. This is, unexpected.
Kate. Mungkin, ini bukan apa yang you bayangkan. Mungkin juga, ini bukan cara yang you nak untuk seorang lelaki ajak you kahwin.
Tapi, I tak tahu nak buat macam mana lagi
Kate kekal membatu.
Do you expect flowers and ringSoal Zack.
Kate angkat bahu.
Apa-apa ajelah. Sekarang ni, I tak ada bunga. I tak ada cincin. And dont expect me to get down on my knees because I just cant.
Im not a romantic freak Zack menyambung kata. Kate hanya ketawa.
Kate...I serius ni. I nak kahwin dengan you. I nak jaga you. I nak bersama dengan you, masa susah dan senang. I sayang youKate.
Kate kembali tunduk sambil menggigit bibir.
Kate Panggil Zack. You sudi kahwin dengan I
Kate mengangkat muka. Zack direnung lama.
Zack, I pun sayang you. But this is reallyreally unexpected. I am not ready yet
Zack mula meresah. Kata-kata Kate membuatkan dia tak keruan. Apakah akan terulang lagi episod cintanya yang tak kesampaian
Apakah benar dia akan masih sendiri
ZackI Kate menarik nafas.
Kampung Melayu
Kluang, Johor
ENCIK ALWI memandang Puan Mariah yang kelihatan serius ketika berbicara di telefon. Sesekali, kening isterinya itu berkerut. Untuk bertanya, dia tidak mahu mengganggu lantas dia hanya mendengar saja perbualan sebelah pihak di antara isterinya dengan si pemanggil.
Hmm. Puan Mariah terangguk-angguk.
Jadi, hujung minggu nilah, kamu nak balik
Kamu balik berdua aje ke Amylea tak balik sekali
Oh.Sekali lagi, Puan Mariah terangguk-angguk.
Zakrykamu cakap betul-betul. Anak Mat Salleh mana ni Setahu mak, Pakcik Salleh tu, mana ada anak dara. Cucu adalah. Itupun, baru sekolah rendah.
Bukan Habis tu, anak Mat Salleh mana
Mat Salleh mata biru Suara Puan Mariah meninggi.
Encik Alwi mengangkat kening.
Sejak bila kamu berkawan dengan orang putih tu, Zakry
Dah lama
Oh. Ayahnya orang putih. Emaknya orang Malaysia. Jadi, dia orang Malaysialah
Kate Amboinama. Siapa nama betul dia Khatijah
Katelyn Bukan Katijah
Oh. Bukan Melayu. Habis, boleh ke cakap Melayu
Pelat sikit-sikit Hmmapa-apa ajelah Zakry oi.
Mak tak kisah. Kalau kamu rasa sesuai, baik untuk kamu, mak tak larang. Kalau dah berkenan, buat cara beradat.
Apa Kamu ingat, dia anak orang putih, kamu boleh terus ajak kahwin Kenalah minta kebenaran mak ayahnya dulu.
Ya. Mak tahulah mak ayahnya kat England. Mak cakap aje.
Senyap seketika. Encik Alwi terus memasang telinga.
Kamu serius ni, Zakry Tak main-main
Hahyalah. Bila kamu balik sini, kita bincang lagi. Kamu tanya Amylea, dia nak balik sekali ke tidak. Bukan senang nak tengok anak-anak mak ni balik saing. Boleh juga dia teman Kate kat sini.
Nanti mak kirim salam pada ayah.
Waalaikumusalam.
Perbualan tamat. Puan Mariah termenung seketika.
KenapaMariah Soal Encik Alwi.
Zakry Jawab Puan Mariah. Dia nak balik hari minggu ni. Nak bawa sekali bakal menantu awak. Nak berkenalan katanya.
Oh. Encik Alwi terangguk-angguk. Eloklah pun. Yang awak macam risau aje ni, kenapa
Anak Mat Salleh, bang.
Anak Salleh Salleh Samad hujung kampung tu ke Salleh tu, mana ada anak perempuan
Bukan si Salleh tu. Ini Mat Salleh dari England tubang.
Oh Encik Alwi terangguk-angguk.
Awak tak kisah ke Soal Puan Mariah.
Kisah Tak adalah. Zakry yang nak kahwin. Bukan saya yang nak kahwin.
Puan Mariah mencebik. Ada hati ke
Encik Alwi ketawa.
Saya tak kisah Mariah, kalau itu dah memang jodoh Zakry. Tapi, dia kena ingat, tanggungjawab dia berat. Bukan sekadar nikah kahwin aje. Bila bakal isteri dia masuk Islam, dia kena tahu macam mana nak bimbing isteri dia. Agama tu yang dia kena dulukan Encik Alwi berceramah pendek, sekadar meluahkan pendapat.
Puan Mariah mengangguk tanda setuju.
Kita sekalikan ajelah majlis Zakry dengan Amylea. Senang sikitPuan Mariah kelihatan agak teruja.
Tunggulah si Zakry tu balik dulu. Baru boleh bincang panjang lebar Balas Encik Alwi.
Kita doakanlah yang terbaik untuk anak-anakya bang
Encik Alwi tersenyum.
ZACK mematikan panggilan telefon.
So Soal Kate.
My mum excited. Nak jumpa bakal menantu dia
Really Kate senyum segan
Yup.
Terdiam seketika.
Why Kate Whats wrongZack merenung wajah Kate yang semakin tak keruan.
Im nervous, Zack.
Nervous Kenapa
Tadi, you ajak I kahwin. Lepas tu, nak jumpa parents you. Everything happen too fast
InShaAllah, semuanya akan okeyBalas Zack. Wajah Kate direnung bersahaja.
Kate.
Ya
Terima kasih.
Untuk apa
Sebab sayang I. Boleh pakai tak jawapan tu
Kate senyum. No need to thank me for that, Zack. I ikhlassayangkan you.
Zack merenung Kate lagi tanpa jemu.
Oh Zack! Please please please pleaaasssseeee stop staring at me like I
Kate.Zack pantas memintas kata. Kalau you ni betul-betul monkey sekalipun, I tetap akan tengok you. Sebab, I pun sayang you...
Kate terdiam. Kemudian, dia tergelak. Zack senyum penuh makna.
Hati kini, berkongsi satu rasa yang sama.
Cerita kita, dah lama terukir atas bintang