Aku, Dia Dan Somtam - 62
BAB 62

IMRAN mula berehat di kerusi empuknya. Lega. Hari ni dirasakan terlalu banyak kerja yang perlu dibuat. Baru tadi habis mesyuarat dengan jabatan kerajaan fasal tender mesin untuk projek IKS. Alhamdulillah, syarikat Stephen Holdings telah terpilih. Kedua tangannya disilang ke belakang kepala. Dia mendongak ke siling.

Hmmkelakar juga bini aku ni.. Tiba-tiba Imran teringat nota yang dibacanya malam tadi.

Tak apa..aku nak tengok sejauh mana dia nak pikat aku..

Imran menyambung semula kerjanya. Semua fail dari atas meja dibelek seketika. Salah satu fail yang berwarna biru diambil dan diamati penuh minat. Fail yang baru diberi Cik Luna sebentar tadi.

Hmmnampaknya Anis berjaya mendapat mesin dari pembekal Nusa Jaya.. Imran sedikit terkilan.

Nusa Jaya adalah syarikat yang bekerjasama dengan syarikatnya dalam menjayakan projek usahasama dengan jabatan kerajaan untuk pengusaha tempatan memajukan produk masing-masing. Stephen Holdings pula lebih kepada membekal minyak dan peralatan tambahan untuk mesin produk.

Nampaknya Anis bersungguh-sungguh membina kerjaya bisnesnya sendiri.Sampai sekarang dia tidak pernah ambil tahu di mana kedai somtam Anis. Agaknya sudah maju. Seingatnya sejak Anis pulang dari Perancis, Anis sudah mula membuka kedai somtam sehingga berjaya membekal kepada kilang-kilang walaupun masih belum dikategorikan dalam jumlah yang banyak. Namun itu sudah cukup bagi seorang pengusaha seperti Anis memasuki pasaran luar.

Anis..Anis..tinggi betul cita-cita awak.. Imran senyum. Fail itu diletak di atas rak.

Dia pandang jam. Sudah lebih enam setengah petang. Dia mula mengemas meja yang sedikit berselerak. Malam nanti, dia ada temu janji dengan Tan Sri Mokhtar. Kawan arwah ayahnya dulu yang cukup terkenal dengan sikap merendah diri walaupun sudah bergelar Tan Sri. Dari modal sekecil lima ratus ringgit, Tan Sri Mokhtar berjaya mengembangkan bisnesnya yang kini berharga jutaan ringgit. Itulah satu-satunya insan yang menjadi idolanya dalam meneruskan legasi keluarga dalam memajukan syarikatnya sendiri.

Abang dah nak balik ke

Irdina muncul di muka pintu.

Ya kak. Kenapa

Hujung minggu ni mama ajak makan tengah hari kat rumah. Nanti datang ya. Irdina senyum. Dia masih berdiri di situ.

Ada apa kak

Saja..lama kita tak berkumpul satu famili. Irdina mula minta diri.

Imran angguk. Dia turut membuntuti Irdina keluar dari bilik. Hari ni dia perlu keluar awal. Kesesakan jalan masa balik kerja macam ni tentu teruk. Malam nanti dia kena sampai di hotel Le Meridien tepat jam lapan malam. Dari dulu dia dididik menepati waktu temu janji. Laju kakinya melangkah ke tempat letak kereta.

Kereta dipandu laju meninggalkan bangunan sepuluh tingkat itu.

ANIS pandang jam. Sudah hampir maghrib. Usahkan batang hidung, bayang Imran pun belum kelihatan. Dia jenguk ke laman.

Sibuk sangat ke dia

Tu la! Siapa suruh degil sangat nak tanya itu ini. Imran dah merajuk! Anis luku kepalanya berkali-kali. Lemah langkahnya menuju ke bilik semula. Azan maghrib sudah mula bergema dari masjid berhampiran. Usai solat maghrib, Anis bergegas ke dapur semula menyediakan makan malam untuk Imran.

Err..apa ni

Sekeping nota warna biru ditarik dari celah tudung saji di atas meja.

Hari ni saya balik lambat. Tak payah masak

Anis duduk di kerusi. Nota biru itu ditatap lagi. Dah terang dia tak nak berdamai.

Anis gumpal kertas nota. Terus saja dia campak ke dalam bakul sampah. Dia kembali ke bilik semula.

Lama dia termenung di birai katil. Usai solat isyak, dia mula membuka semula laman facebook yang sudah lama ditinggalkan gara-gara kekecewaan Imran. Profil Jay ditatap lama. Mesej yang dihantar Jay juga diulangbaca.

Tak sangka Jay adalah Imran rupanya. Dia tipu aku hidup-hidup.. Anis menongkat dagu.

Hmm..nasiblah kau Anis. Nak cari lelaki idaman konon, alih-alih Imran juga lelaki tu..

Anis baring pula di atas katil. Berkeriuk bunyi katil bila dia mengiring ke kiri. Sekejap ke kanan pula.

Apasal aku tak boleh tidur ni

Anis bingkas bangun. Dia berpaling ke arah meja studi.

Dah pukul sebelas. Mana pulak dia pergi Lehernya dipanjangkan ke arah tingkap. Cahaya lampu dari jalan kecil menuju ke rumahnya terang benderang. Kereta yang lalu lalang di situ memang mudah dilihat dengan cahaya terang lampu tu. Selimut dilurut ke bawah.

Merajuk sakan macam ni.. Anis berdiri di tingkap. Terjenguk-jenguk ke arah pintu pagar rumah.

Alamak..dah sampai. Bunyi deruman kereta Imran jelas di telinganya.

Terus Anis melompat ke atas katil semula. Selimut ditarik sampai ke muka.

IMRAN senyum. Dari dalam kereta dia mendongak ke atas. Bilik Anis masih terang. Dia mengambil beg kerja. Pintu kereta ditutup perlahan.

Tut! Tut!

Hmm..nota apa pula kali ni Dia berfikir sendiri. Dari tempat kerja tadi lagi dia teruja ingin tahu nota yang ditulis Anis.

Nota kuning di daun pintu utama dibaca.

Mata birumu mendebarkan jantungku

Uih! Minah ni dah jiwang la pulak!Sekali lagi Imran sengih. Mata biru aku Dia gelak sendiri. Nota tu dicabut dan dimasukkan ke dalam poket seluar. Pintu dikunci dari dalam. Matanya tertancap pada sekeping nota di atas meja kecil di sebelah sofa.

Kucupanmu sehangat gunung berapi

Kali ni Imran ketawa mengekek. Ayat jiwang dari nota pertama tadi sudah bertukar lucu. Gunung berapiAdeh.lawak jugak dia ni. Imran pandang ke tingkat atas. Dia menapak menaiki anak tangga.

Ada lagi ke

Sekeping lagi nota yang diselit di bucu tangga atas. Nota yang dilipat itu dibuka perlahan.

Wajahmu sungguh mempesona

Senyuman Imran semakin lebar. Nota tu dilipat kembali dan dimasukkan juga ke dalam poket seluar. Pintu bilik Anis dijeling sekilas. Ada sekeping nota ditampal di situ.

Hmm.. Imran baca lagi.

I love you thousand times!

Imran menelan liur. Dia pandang bilik Anis. Tombol pintu dipulas perlahan. Tak berkunci. Daun pintu dikuak. Lama Imran menatap tubuh Anis yang berselimut litup.

Hmm..senyap je.. dah tidur kut.. Pintu ditutup perlahan. Dia menapak ke biliknya sendiri.

Erk! Ada lagiImran cabut nota yang ditampal di daun pintu biliknya.

Jadikan aku milikmu selamanya!

ANIS tolak selimut ke kaki. Dia pandang pintu bilik. Sengaja dia berselimut litup. Malu dengan Imran. Imran mungkin dah baca nota romantiknya. Perlahan dia menapak ke pintu. Tombol pintu dipulas berhati-hati. Terjenguk-jenguk meninjau bilik Imran.

Dia terus berlari ke dapur. Dari tadi dia merasa haus tapi terpaksa dibatalkan niatnya untuk ke dapur bila mendengar deruman kereta Imran memasuki laman.

Anis ambil mug dan sekotak jus oren. Jus dituang sehingga penuh.

Ehem!

Anis menoleh. Imran sudah tersengih di muka pintu dapur.

Gulp!

Jus oren yang diteguk tadi terasa tersekat di kerongkongnya. Laju tangannya disilangkan pada bahagian dadanya.

Bibila awak balik Anis bingkas bangun dari kerusi di meja makan. Dia berundur ke tepi dinding.

Baru tadi..awak tak tidur lagi Imran masih tercegat di situ. Anis dipandang tidak berkelip. Baju tidur jarang yang dipakai Anis cukup membuat jiwa lelakinya bergetar.Pandai pulak minah somtam ni pakai seksi!

Belum..eh, dah..saya terjaga tadi. Tekak rasa haus. Anis tundukkan wajah. Kedua tangannya masih menutup bahagian depan tubuhnya. Baju tidur warna peach yang dihadiahkan Izara masa hari pernikahannya dulu terasa sudah tembus ditenung Imran.

Mati aku! Apasal aku pakai baju seksi meksi ni!Ni betul-betul nak serah diri! Anis semakin tunduk.

Hmm..saya pun haus. Imran melangkah perlahan ke arah Anis.

Err..kalau awak haus..ada jus oren dalam fridge tu.. Anis menggelabah. Imran semakin dekat dengannya.

Imran ambil gelas Anis dan meneguk sampai habis.

Belum hilang lagi haus.. Imran senyum. Mug diletak semula atas meja bulat.

Err..awak nak lagi ke Anis tergagap-gagap. Renungan mata Imran macam dah merayap ke seluruh tubuhnya.

Saya haus benda lain Selamba Imran menutur.

Anis cepat-cepat mendongak. Benda lain

Err..apa

Benda tu..

Maksud awak.. Anis mula berpeluh. Kedua tangan Imran sudah melekat di bahunya.

Kasih sayang awak, cinta awak, pelukan awak.. Imran terus merangkul tubuh kecil Anis.

Ta..tapi.. Anis kaget.

Bibir Anis dikucup lembut. Bertaut lama. Semakin erat dia merangkul tubuh isterinya.

Hmmada tak sehangat gunung berapi

Anis makin menggelabah. Malunya! Itulah nota yang ditulisnya tadi.

Je taemi..

Anis dongak. Dia faham kalimah itu yang membawa maksud Aku Cinta Padamu yang sering didengar masa di bumi Perancis dulu.

Saya nak tunaikan hak awak sebagai isteri, bolehkan

Anis diam. Hangat kucupan tadi masih terasa. Dia menelan liur berkali-kali. Tidak berani memandang wajah Imran.

Imran terus dukung Anis naik ke tingkat atas. Langkahnya terhenti sebaik tiba di muka pintu bilik Anis. Nota kuning masih ada di daun pintu.

Err..apa awak buat ni

Bilik awak atau bilik saya

Erk!

Anis menatap mata biru Imran yang masih menunggu jawapan darinya. Dia kelu. Kaku. Menggelabah. Jantung berdetup detap semakin kuat.

Imran hanya senyum penuh makna.

ANIS senyum sendiri. Mengingati apa yang telah terjadi dalam kehidupan rumah tangganya. Hidup sebumbung dengan Imran a.k.a Jay sudah rasa seperti somtam. Segala rasa ada di dalamnya. Dia menatap surat yang dititipkan kepadanya. Surat bersampul biru itu dibuka perlahan. Pulang dari banglo mewah ibu mertuanya tadi, dia terus pulang ke rumah. Imran pula ada hal di luar. Selepas menghantarnya ke rumah, Imran terus memecut laju keluar semula. Entah kerja apa pun dia tak tahu. Hujung minggu begitu pun masih lagi sibuk.

Siapa pulak yang hantar ni

Perlahan dia membaca ayat demi ayat. Surat yang hanya ada satu mukasurat itu ditatap penuh khusyuk

Hmm..bila dia hantar kat aku ni

Anis lihat pula tarikh pada sampul surat. Seminggu yang lalu.

Oh..aku yang menuduhnya tidak hargai aku masa tu.. Anis meraup muka. Sebak.

Ingatlah wahai isterikuya Humaira

Minuman yang disediakan oleh isteri kepada suami adalah lebih baik dari isteri itu berpuasa setahun

Makanan yang disediakan isteri untuk suaminya adalah lebih baik dari isteri itu mengerjakan umrah dan haji

Mandi junub si isteri yang disebabkan jimak oleh suaminya adalah lebih baik baginya daripada mengorbankan seribu ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin

Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.

Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir).

Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya

Apabila meninggal dunia seorang isteri dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga. (Hadis Riwayat Tarmizi)

Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu

Lama Anis menatap titipan dari Imran. Diulangbaca sekali lagi.

Ya Allah..aku bersyukur pada Mu. Imran telah berubah menjadi suami yang aku impikan. Suami yang boleh membawa ku menuju ke syurga

Surat yang diterima disimpan kemas dalam laci meja. Patutlah tadi Imran seperti menggelabah melihat surat biru di tangannya sebaik dia mengambil dari peti surat di pintu pagar rumah.

Terima kasih sayang

Anis menoleh.

Imran muncul di muka pintu.

Terima kasih Anis terpinga-pinga.

Terima kasih kerana sudi beri tunjuk ajar pada abang yang buta selama ni. Nota usrah untuk Jay memiliki hati yang tenang dan somtam yang memberi resepi kasih sayang untuk Imran. Imran senyum lagi.

Anis terus peluk erat tubuh suaminya yang nyata sudah kembali menemui jalan Allah.

Imran merangkul erat tubuh kecil Anis. Kedua pipi isterinya dikucup lembut. Sesungguhnya dia bersyukur dikurniakan seorang isteri seperti Anis. Bak mutiara yang bersinar dalam jernihnya air.

Ya Allahaku bersyukur padaMu. Eratkanlah kasih sayang kami ya.

Terasa hidupnya kembali ceria dengan kehadiran insan yang dicintai dan paling utama, dirinya kini mengenal Allah lebihdekat.