Arissa Daniel - 62
BAB 62

BEG tangan dihempas atas katil. Dia mengetap bibir dengan kuat. Perasaannya semakin bercelaru. Cincin di jari manisnya dipandang sekilas. Terus dia tarik dan lontar ke dalam tong sampah! Bantal dipeluk erat. Mukanya disembam lama. Air mata menitis laju. Bila terasa puas menangis, Arissa perlahan bangun dan melangkah ke meja solek. Botol kecil yang bakal dimasukkan dengan bakteria diperhatikan seketika. Perasaannya kembali berkecamuk.

Aku benci kau!! Botol itu dilontar ke dinding. Sekali lagi Arissa menekup muka. Menangis semahunya.

Tidak pernah seumur hidupnya merasa beban sebegini berat. Ingin saja dia melarikan diri jauh dari bumi Malaysia, malah kalau ada planet lain pun dia sanggup ke sana! Asalkan tidak di bumi ni!!

Esok, aku akan buat perhitungan dengan Daniel. Aku akan putuskan hubungan yang tak pernah aku suka! Arissa sekali lagi meraup muka. Air mata yang menitis disapu perlahan.

Tuk! Tuk! Tuk!

Arissa berpaling. Bunyi ketukan di pintu masih jelas di telinganya. Dia melangkah malas membuka pintu. Wajah ibunya cemas di muka pintu sebaik pintu dibuka.

Arissa..kenapa ni Fatimah sentuh pipi Arissa yang basah.

Omma..Arissa nak putus. Arissa tak sanggup jadi isteri Daniel. Tak sanggup. Terlalu banyak dugaan yang Arissa kena tempuh. Dulu, hidup Arissa tak macam ni. Arissa gembira tapi sekarang ni, macam ada musuh di mana-mana. Arissa peluk ibunya dengan erat.

Tubuh tua itu didakap kemas.

Arissa...apa Arissa cakap ni. Dah, jangan nak merepek. Dua minggu lagi Arissa akan nikah dengan Daniel. Pujuk Fatimah yang mula risau bila Arissa inginkan pertunangan itu diputuskan.

Omma, maafkan Arissa. Arissa tak boleh terima Daniel. Selama ini, Arissa diamkan dan ikut saja kata omma tapi kali ni Arissa nekad, Arissa nak putus. Dia ada ramai lagi perempuan lain yang lebih sesuai berganding dengan dia. Arissa lepaskan pelukannya dan mula memandang ibunya yang kebingungan.

Arissa..apa yang Arissa merepek ni

Esok...Arissa akan jumpa Daniel sendiri. Cukuplah jiwa Arissa terseksa. Arissa sebak. Dia tidak mampu meluahkan perasaannya tika ini. Sikap Sharif, kehadiran perempuan tadi, semuanya dirasakan menyesakkan jiwa!

Arissa, jangan buat macam tu nak. Terimalah Daniel. Kesian dia yang baru nak mengenal Islam. Omma minta tolong sangat..Fatimah turut sebak.

Entahlah omma. Arissa tawar hati. Arissa nak berehat...Arissa menapak ke katil semula. Dia hanya jeling ibunya menapak keluar dari biliknya dengan rasa sugul dan sebak. Biarlah...

LEMAH langkah Arissa menuju ke bangunan pejabat Daniel. Itulah pertama kali dia menjejakkan kaki ke situ. Dari luar tadi dia melihat begitu gah terpampang nama syarikat, JB Corp Bhd. Dia menapak ke kaunter pertanyaan, bertanya di mana pejabat Daniel.

Gadis penyambut tetamu itu mula menelefon seseorang. Seketika kemudian, Arissa diberitahu menaiki lif ke tingkat 8. Arissa menapak pula ke pintu lif. Sementara menunggu pintu lif terbuka, dia masih berfikir, mukadimah apa yang patut dimulakan dan dibicarakan.

Arissa..

Arissa mendongak. Pintu lif sudah terbuka. Daniel tersenyum di dalam lif. Dia nampak tangan Daniel menahan pintu lif dari tertutup.

Eloklah kau dah ada kat sini. Tak payah aku naik. Arissa masih berdiri di luar.

Ada apa awak nak jumpa saya Eh, jomlah ke ofis saya.

Belum sempat Arissa bersuara, Daniel sudah terlebih dahulu menarik tangannya masuk ke dalam lif. Hampir tersadung Arissa bila ditarik tak semena-mena.

Eh! Kau nak buat apa ni Arissa rentap tangannya dengan kuat.

Arissa..I love you.. Daniel semakin dekat dengan Arissa.

Arissa jeling nombor lif yang bernyala. Tingkat 12! Sekarang ni baru tingkat satu. Dan lif itu tidak berhenti di mana-mana tingkat!

Apa kau nak buat ni Kenapa lif ni naik sampai tingkat 12 Arissa menelan liur. Otaknya sudah berfikir jahat. Daniel tentu ingin melakukan sesuatu yang di luar jangkaan nanti.

Arissa..maafkan saya. I just want you to be mine.. Daniel semakin menghampiri Arissa yang sudah rapat ke dinding lif.

Kau jangan nak buat benda setan tu lagi! Arissa sudah tersandar di dinding lif.

Kedua tangan Daniel sudah mengepung Arissa. Wajah Daniel didekatkan ke muka Arissa. Lama wajah Arissa diperhatikan.

Arissa tepis tangan Daniel yang cuba mengusap pipinya.

Aku datang ni sebab nak pulangkan benda ni!! Arissa lempar cincin ke muka Daniel. Malam tadi, dia terpaksa selongkar tong sampah semula. Cincin tu telah dicampak di situ.

Arissa, kenapa awak benci sangat Daniel pegang tangan Arissa yang sudah menyinga.

You know the answer!! Arissa terus berlari keluar sebaik pintu lif terbuka di tingkat 12. Dia tergamam. Rupanya itu tingkat paling atas. Hanya menaiki satu tangga saja lagi, dia akan terus ke bumbung bangunan.

Daniel menghampiri Arissa yang sudah panik. Arissa, saya tak akan apa-apakan awak. Tolong maafkan saya..please..

Arissa mengundur beberapa tapak. Hampir ke tepi tangga. Daniel dilihat sudah semakin hampir dengannya.

Kau jangan dekat! Kalau tak aku terjun! Arissa mengugut.

Arissa...please love me. Daniel cuba pegang sekali lagi tangan Arissa yang sudah mula menapak menaiki anak tangga ke bumbung.

Lepaslah! jerit Arissa.

Daniel peluk Arissa yang meronta ingin lepaskan diri. Arissa..please..I'm begging you..

Arissa tolak tubuh Daniel. Benci dengan ayat rayuan lelaki itu. Dia mengundur setapak. Daniel pula semakin menghampirinya.

Kau jangan dekat! Arissa mengesat air mata. Wajah kacak Daniel ditatap seketika. Wajah yang pernah jadi igauannya dulu.

Arissa semakin mengundur. Sesekali dia pandang ke belakang. Dia kini berada dekat dengan tepi bangunan. Gayat melihat ke bawah dari situ.

Jangan dekat..kalau tak.. Arissa pandang Daniel yang semakin menghampirinya.

Arissa..jangan buat kerja bodoh ni. Daniel terus peluk pinggang Arissa yang sudah mula hendak terjatuh.

Telefon Arissa berdering kuat. Banyak kali.

Kenapa tak jawab call Daniel masih pegang tangan Arissa.

Daniel segera mengambil telefon bimbit Arissa dari dalam beg tangan yang juga turut tercampak tadi. Dia segera menjawab.

Apa Daniel mula cemas.

Siapa Siapa callArissa pula cemas.

Makcik Fatimah..dia rebah tidak sedarkan diri! Daniel berterus terang. Rupanya tadi Zaki yang menelefon.

Omma!! Arissa meraung sekuat hati.

DI HOSPITAL, Arissa meluru ke wad yang menempatkan ibunya. Daniel turut mengikut Arissa yang sudah menangis dari tadi.

Kelihatan Zaki sudah ada di situ menemani makcik Fatimah yang sudah terbaring tidak sedarkan diri.

Abang, omma macam manaArissa menghampiri Zaki.

Macam ni lah..

Omma..jangan tinggalkan Arissa.. Arissa peluk tubuh ibunya yang terbaring lemah.

Arissa..

Arissa pandang ibunya yang sudah mula buka mata. Suara ibu tersekat-sekat. Sekali lagi Arissa peluk ibunya.

Omma, jangan tinggalkan Arissa. Arissa usap pipi dan cium pipi ibunya penuh kasih.

Daniel dan Zaki hanya melihat tingkah Arissa. Sebak. Siapa yang tidak sayang ibu. Tambah lagi ibu kandung yang sudah lama terpisah. Daniel pandang ke arah pintu bila terdengar ketukan. Seorang doktor menapak masuk

Doktor..apa sakit mak saya Terus Arissa bertanya kepada doktor itu.

Cik ni siapa

Saya anaknya.. Arissa kesat air mata yang masih mengalir. Dia pandang doktor itu tidak berkelip.

Dia sakit jantung. Kesihatannya tidak berapa stabil. Jadi nasihat saya, ibu cik kena banyak berehat. Doktor itu mengajak Zaki ke satu sudut.

Arissa hanya memandang tingkah doktor itu dengan Zaki. Daniel dilihat turut sama mendengar apa yang disampaikan oleh doktor tadi. Ah! Apa dia orang cerita Takkan aku anak kandungnya tak boleh tahu Doktor itu dilihat sudah menapak keluar.

Abang, kenapa ni Arissa berkerut dahi.

Arissa, sebenarnya omma dah lama mengidap lemah jantung. Saluran aortanya sudah semakin sempit.. Zaki berkata sugul.

Arissa terduduk. Dia pandang ibunya dengan perasaan sebak.

Arissa..sebelum omma tutup mata, janji dengan omma. Nikah dengan Daniel ya nak... Fatimah menutur tersekat-sekat. Lemah.

Omma... Arissa peluk ibunya sambil menangis teresak-esak.

Janji ya nak.. Fatimah pandang Arissa yang semakin tersedu-sedu. Suaranya semakin lemah.

Zaki turut mengesat air mata. Daniel tunduk. Tidak sanggup melihat Arissa meratap hiba dalam pelukan ibunya. Teringat kembali dia sendiri yang meratap hiba pada hari kematian ayahnya dulu.

Omma...jangan tinggalkan Arissa...omma.. Arissa goncang tubuh ibunya yang mula lemah.

Omma.. Arissa menangis tersedu-sedu.

Dah Arissa..biarlah omma berehat.Zaki sentuh bahu Arissa yang masih memeluk ibunya dengan erat.

Arissa..... Zaki pujuk Arissa yang menangis teresak-esak.

Tanpa sedar, Daniel turut mengalirkan air mata. Terbayang kembali masa ayahnyan terlantar sakit dulu. Faham perasaan Arissa ketika ini. Begitulah apa yang dilaluinya dulu. Dia pandang Arissa yang sudah dipeluk Zaki. Terasa cemburu tiba-tiba walaupun dia tahu Zaki adalah abang susuan Arissa. Ah! Ingin saja dia belai dan pujuk Arissa ke dalam pelukannya tika ini.

Arissa masih menunggu ibunya di tepi katil. Zaki dan Daniel sudah pulang. Jemari ibunya dipegang erat. Tidak sanggup kehilangan ibunya yang sudah lama terpisah. Mengenang kembali kisah hidupnya tanpa ibu dan ayah di sisi, Arissa cukup hiba.

Omma..cepatlah sembuh.. Arissa cium pipi ibunya.

Wajah ibunya ditatap lagi. Kata-kata ibunya tadi cukup membuat dirinya dalam dilema. Terpaksa terima Daniel. Terpaksa!