#DrInternTerlampauTHSC. You tengok trending twitter pagi ni. Glamorlious you, Qamra! Rudy Armani menghulurkan iPad Air miliknya ke tangan Qamra Ain yang sudah sedia terpampang skrin laman web twitter.com.
Qamra Ain membaca satu persatu tweet yang tertulis di situ.
Search #DrInternTerlampauTHSC
DIVA_HOTTHSC
@girlinpink
Budak #DrInternTerlampauTHSC perasan bagus, memang tak sedar diri!
INFINITE8SOUL
@matromeo
Tu pun nak kecoh #DrInternTerlampauTHSC! So, annoying!
RUDYHOTGUY
@rudyandsoul
Berani betui korang creates #DrInternTerlampauTHSC. Gila meroyan apa korang ni!
DIVA_HOTTHSC
@girlinpink
@rudyandsoul Hekeleh kecoh pula mamat sengal ni! #DrInternTerlampauTHSC
JANTANKARISMA
@enche_drlove
Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah #DrInternTerlampauTHSC
GIRLPOWER
@girlpower
Napa bukan I yang #DrInternTerlampauTHSC tu @tunkuraffzulofficial, I adore you tau!
NDEPT
@neurologydept
Meluat aku! Naik nyampah, baru aje rekrut #DrInternTerlampauTHSC dah tunjuk pandai! Entah-entah gimik ingat Tuan Raffzul adore sangat ke kat #DrInternTerlampauTHSC!
Pleaselah! Jangan perasan sangat!
PDEPT
@psychologydept
Pasal #DrInternTerlampauTHSC pagi tadi kita orang kena hentam teruk dengan @tunkuraffzulofficial
JANTANKARISMA
@enche_drlove
Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.
#DrInternTerlampauTHSC
DIVA_HOTTHSC
@girlinpink
@enche_drlove yang kau nie kenapa Nak jiwang tempat lainlah! Grrrr~ #DrInternTerlampauTHSC
Qamra Ain terus membaca sehingga ke satu tweet yang menghentikan terus tweet dan retweet yang tak berhenti sejak menjadi viral trending pagi tadi. Usai membaca dia tergelak sendiri dan menghulurkan semula iPad Air ke tangan Rudy Armani. Azmeer dan Yoonaniza berpandangan sesama sendiri. Kalau doktor pelatih yang ada tentu meraung meroyan namun tidak pada Qamra Ain. Boleh lagi tergelak membaca tweet gosip buruk tentang dirinya.
You scroll tweet paling atas, arah Qamra Ain.
Rudy Armani mengikut arahan. Dia mencari tweet yang dikatakan oleh Qamra Ain itu sambil diperhatikan oleh Azmeer dan Yoonaniza yang sama-sama berkongsi tengok. Kisah di hari ini telah meletakkan Qamra Ain sebagai doktor pelatih yang terhangat di THSC dalam masa 3 hari!
TUNKU_RAFFZUL
@tunkuraffzulofficial
Dah tak ada keja lain Stop it #DrInternTerlampauTHSC trending now!
Hey, Tuan Raff replies @girlinpink. Rudy Armani menggamit mereka yang sudah melangkah pergi menuju ke area masing-masing kembali mendekatinya di meja kaunter. Hanya Yoonaniza yang tak sertai kerana menghantar fail ke dalam bilik Tun Tunku Harith.
TUNKU_RAFFZUL
@tunkuraffzulofficial
@girlinpink I know who youre!
Habislah you, Qamra. Kena kecam teruk lepas ni. Rudy Armani melahirkan rasa kerisauan pada Qamra Ain.
Belum panas punggung lagi Qamra Ain berkhidmat di THSC terpaksa menghadap pelbagai perkara yang kurang enak yang berlaku. Namun, tiada pula riak wajah sedih atau kememe dari Qamra Ain sebaliknya menerima kecaman trending itu sebagai satu perkara biasa.
Pedulikan ajelah. Buat apa you nak layan benda tak ada faedah itu. Tak lama mana pun bertahan trending begitu. Gila ke apa I nak buat gimik pagi-pagi buta kat depan lobi Kalau bukan I sekali pun, mungkin doktor lain yang kena betul tak Mungkin you, Dr. Rudy. Mungkin juga you, Dr. Azmeer. Kita tak boleh nak jangka. Berani demi kebenaran! apologia Qamra Ain dengan tenang dan yakin sambil mengangkat tangan kiri yang digenggam ke atas. Dah serupa buat teleconference di depan wartawan!
Bunyi denting pintu lif terus terbuka dan serentak mereka berempat menoleh ke arah Tunku Raffzul yang melangkah keluar dan baru selesai retweet @girlinpink semasa di dalam lif. Rudy Armani pula menyedari kehadiran Tunku Raffzul cepat-cepat menyorokkan iPad Air di bawah susunan fail dan buat-buat sibuk menyemak rekod pesakit di kaunter.
Amboi, pandai kau berlakon, bisik Azmeer perlahan ke telinga Rudy Armani sambil menyiku lengan lelaki itu.
Diamlah kau, Azmeer.
Yoona, Tuan Harith on medical leave for 3 weeks. Apa-apa mesyuarat yang berkaitan dengan MD, synchronize dengan online calendar saya. Blast email to MC maklumkan yang saya memangku MD sepanjang tempoh itu, pesan Tunku Raffzul selepas membaca mesej yang dihantar oleh Saiful sebentar tadi. Yoonaniza yang baru keluar dari bilik MD pantas mencatit apa yang dipesan oleh Tunku Raffzul.
Baik, Tuan Raff.
Kamu semua apa lagi tunggu! Tak payah nak sibuk dengan trending di twitter.com tu!! arah Tunku Raffzul usai berurusan dengan Yoonaniza dan terus melangkah masuk ke dalam bilik serta diekori mereka bertiga yang berjarak 3 langkah dari belakang.
A
ZMEER, apa status biopsi hati Salina tanya Tunku Raffzul dengan nada yang serius.
Rasa panas hati masih belum reda apatah lagi melihat pada tangan Qamra Ain yang berbalut. Ditambah pula bunyi trending twitter tanpa henti. Sebagai seorang VP, dia yang harus bertanggungjawab meredakan keadaan sebelum sampai ke pengetahuan Tun Tunku Harith.
Rudy, @girlinpink ID Twitter for Elle, right
Yeap, why soal Rudy Armani sambil menyisir rambut yang terjuntai ke dahi dengan hujung jari.
Kau suruh dia berhenti sekarang sebelum aku turun serang TED pula lepas ni! Arah Tunku Raffzul seraya menukar profil aktif kepada mod getaran.
Rudy Armani mengangguk faham walhal dalam hati mengomel kenapa asyik dia saja yang jadi insan terpilih untuk tamatkan perkara havoc bagai ini.
Okay, Azmeer please continue.
Disebabkan kulit Salina nipis dan baru pulih, aku tak boleh lakukan biopsi pada hati, takut risiko pendarahan tanpa henti.
MD tau tak yang kita tersilap diagnosis Tanya Rudy Armani, cuak.
Sejak pasukan DMD mengesan kesilapan diagnosis pada Salina yang mengakibatkan kulit gadis itu melepuh menimbul kerisauan hatinya tanpa henti.
Soal MD, serahkan pada aku. Biar aku yang settle. Berbalik pada discussion tadi. Kau kata kulit Salina melepuh maknanya kita gagal jalankan biopsi pada hati. Ada cara lain
Disebabkan Salina berisiko mengalami pendarahan kulit, aku cadangkan Transjugular Liver Biopsy (Biopsi Hati Transjugular), cadang Azmeer.
Tunku Raffzul berfikir sejenak. Dia beralih memandang ke arah Qamra Ain. Ada sesuatu yang ingin diperkatakan oleh doktor pelatih itu.
Apa sesuatu yang kamu nak kata, Dr. Qamra Soal Tunku Raffzul sambil bermain-main dengan pen tapi pandangan masih ke arah gadis itu.
Sa... saya setuju dengan cadangan Dr. Azmeer, hanya itu jawapan yang terlintas di fikiran. Kepalanya yang masih lagi terasa sakit akibat mainan keras yang hampir terkena pada mata.
Orait! Azmeer, lakukan biopsi dan let me know the result. Kita sambung diskusi kemudian, arah Tunku Raffzul sambil mencatat sesuatu di atas kertas dan kemudian dikepilkan dalam fail kes. Dia bangun dari kerusi bersama fail di tangan dan terus menuju ke meja kerja.
Aku tengok makin pelik si kuku besi sejak 3 hari ini. Baru lepas kena mandi air bangunan ke jadi sampai terlebih mesra, begitu Bisik Azmeer perlahan ke telinga Rudy Armani sambil mengemas fail kes.
Rudy Armani mengungkit bahu. Dia juga ada terfikir tentang perubahan drastik anak sedara Tun Tunku Harith itu.
Jangan jangan mereka serentak berkalih muka ke arah Qamra Ain yang asyik mengemas.
Awat kau orang usha I Soal Qamra Ain bila terasa ada mata-mata yang memerhatikan tingkah lakunya. Cepat-cepat dia mengemas fail kes dan berlalu pergi tergesa-gesa sebelum berdas-das soalan yang merapu diajukan kalau berada lebih lama lagi di dalam bilik.
Dari meja kerja, Tunku Raffzul perhati seorang demi seorang beredar keluar. Fikirannya terganggu di waktu begini. Menyesal dengan tindakan tergesa-gesa menerjah PD disebabkan Qamra Ain tanpa berfikir panjang. Dia sudah diberi amaran awal oleh Qamra Ain jangan berbuat apa-apa sekiranya ingin tahu apa yang menimpa gadis itu.
Entah kenapa dia boleh bertindak sejauh itu sedangkan Qamra Ain baru dikenali 3 hari yang lalu. Bukan 3 bulan atau 3 tahun! Baru 3 hari, doktor pelatih Qamra Ain bikin perasaannya semakin sasau!
Qamra Ain, tak seperti dalam perangkap mindanya. Baru 3 hari, aura gadis itu mengubah salah tafsirnya selama ini dalam tempoh 72 jam. Gadis itu bijak dalam memberi pendapat walaupun dia berkeras menyangkal sehabisnya. Acapkali mindanya terfikir, kenapa Tun Tunku Harith beria-ia merekrut gadis seistimewa Qamra Ain menyertai THSC Apa kaitan bapa sedaranya dengan Qamra Ain
Buntu kepala mencari sebuah jawapan!