Mencuba tu sesuatu yang baik. Baik kalau berjaya dan terasa macam celaka kalau tak berjaya. Kadangkala aku dah putus harapan dengan mencuba. Harapan dan mencuba adalah dua perkara yang selalu buat aku terasa seperti dicekik-cekik. Macam ada tangan besar dan jari-jemari kasar mencekik kuat leher aku. Sampai susah bernafas, tercungap-cungap.
Sekali lagi, macam yang pernah terjadi sebelum-sebelum ni. Petang ni, aku adalah lelaki yang paling sepi pernah wujud di dalam dunia.
Celaka. Lagu All My Little Words The Magnetic Fields ni nak membunuh aku ke
Selamat pulang kesedihan, kekecewaan, penderitaan, kemurungan-semua perkara yang celaka, sial dan membebalkan. Selamat kembali semula kawan-kawan.
Aku tak nampak apa-apa. Semuanya gelap, terlalu gelap. Aku tak nampak apa-apa. Tak guna. Tolong jangan cakap aku jatuh sekali lagi dalam lubang hitam yang dalam.
3.33 pagi. Hening pagi sunyi dan aku terasa macam babi. Perut terasa kecut, teringatkan perkara-perkara yang pernah menyusahkan hidup. Mungkin aku adalah pengalah, mungkin aku mudah putus asa, mungkin aku tak ada guna langsung, mungkin... mungkin apa yang ditulis ni tak ada guna langsung untuk dibaca. Ini semua repekan-repekan merapu seorang mamat yang sampai mati tak akan pernah faham apa yang perempuan mahu.
Antara kepandaian dan kepakaran aku yang hebat ialah bercakap kosong. Aku akan terus bercakap, bercakap, bercakap dan bercakap. Bercakap kosong. Aku memang pandai bercakap kosong. Aku boleh jadi raja. Raja Bercakap Kosong. Aku sangat hebat bercakap kosong dan kemudiannya tak buat apa-apa.
Secara tak langsung, sebenarnya, aku harus berterima kasih kepada semua bekas-bekas makwe. Kalau tak ada mereka semua, sudah tentu aku tak akan tahu apa tu patah hati. Kalau tak tahu apa tu patah hati, sudah tentu tak ada idea menulis atau bikin muzik. Kalau tak menulis atau bikin muzik, dah tentu hidup aku membosankan. Bila hidup membosankan, aku akan mula cari kerja pejabat 9 pagi hingga 5 petang. Bila mula kerja pejabat, aku akan bercampur gaul dengan makcik pakcik yang suka mengata orang. Bila mereka mengata orang aku mula menyampah, bila menyampah nanti aku marah. Bila marah nanti aku akan rasa macam sial, bila rasa macam sial--rasanya lagi sial daripada rasa sial patah hati yang sedang aku rasa sekarang.
Tunggu dan tunggu punya tunggu. Tak ada apa yang jadi. Tunggu lagi. Bersabar. Semoga apa yang ditunggu akan tiba. Tunggu. Senyap. Diam. Tenang. Tunggu dan masih tak ada apa-apa lagi. Jiwa terasa mereput, otak terasa sakit, perasaan diremuk-remuk, hati gundah dan gelisah. Sabar menanti. Tunggu. Senyap. Diam. Tenang dan masih tak ada apa-apa lagi. Okey, celaka. Aku tak boleh tunggu lagi. Selamat tinggal.
Aku mahu hilang, lesap dari semua kegilaan ni. Mengelak dari semua benda yang tak penting atau membosankan. Aku perlukan tempat bersembunyi dan rehat. Mahu duduk diam-diam bersama orangorang kegemaran. Hilang, duduk diam-diam dan terus menulis, menulis, menulis dan menulis nota-nota bodoh macam ni.
Cantik seperti matahari pagi, berkembang mekar seperti ros merah, seluruh alam seolah-olah bergegar setiap kali kamu tersenyum. Kamu memang perempuan paling hebat pernah wujud dalam hidup aku. Kamu tak pernah sekalipun mengecewakan hati seperti mana perempuan-perempuan liar di luar sana. Kamulah perempuan tua tu yang akan aku sayang sampai mati.
Kalau aku boleh lihat masa depan. Dah pasti aku akan ketawa sampai pecah perut setiap kali apabila dulu kamu panggil aku, Sayang.
Di waktu ni, mungkin kamu sedang ketawakan aku--bergembira dengan orang baru. Merayakan hidup, meraikan kegembiraan-gelaklah, ketawalah puas-puas. Ini masa kamu. Tak apa, biarkan aku kecewa, pecah-pecah dan retak hati. Tak apa. Sebab aku mahu pastikan, bila tiba masa untuk aku pula berkembang nanti --senyuman kamu tu dah pun tawar.
Bekas-bekas kekasih gelarkan aku dengan pelbagai gelaran-gelaran buruk; Loser, Jerk, Sial dan pelbagai lagi. Aku pula gelarkan mereka; Inspirasi.
Wahai gadis idaman, sebelum kamu bunuh aku dengan keindahan milik kamu, biar aku bunuh kamu dulu dari otak fikiran dan hati. Walaupun aku menyukai kamu bagai nak gila.
Memang tak boleh duduk seorang diri di waktu malam dan di tempat sunyi. Nanti kepala otak akan mula fikirkan perkara-perkara yang akhirnya akan menyusahkan aku sendiri. Baru kejap tadi semuanya baik-baik saja dan entah mengapa, tiba-tiba terasa macam sial. Terasa macam nak jerit kuat-kuat, rasa macam nak lari laju-laju, nak hantuk kepala ke dinding dan kemudian duduk seorang diri. Diam. Diam. Diam.
Kekecewaan aku adalah bahan bacaan untuk dibaca dan lagu-lagu untuk didengari oleh orang-orang di luar sana.
Setiap hari, semakin dekat dengan kematian.
Dah hampir seminggu tak dapat tulis apa-apa. Tolonglah datang mana-mana perempuan, datang dan kecewakan aku. Supaya boleh aku tulis kata-kata kesat untuk kamu.
Malam ni, sekali lagi, macam yang pernah dilalui, macam yang selalu aku lalui. Hati pecah dan berkecai. Dunia terasa seolah-olah mengecil dan menghimpit. Nafas sesak, perasaan kucar-kacir dan jiwa kacau. Huru-hara. Emosi seperti baru lepas dibom, bersepah merata-rata. Tiba-tiba aku rasa tak bermaya, rasa mengantuk, rasa tak mahu ambil tahu tentang apa yang sedang terjadi dan akan terjadi. Sakitnya, seperti, bayangkan ada jarum-jarum yang halus sedang mencucuk-cucuk hati. Sakit. Pedih. Gila babi punya sakit dan pedih.
Mungkin lebih baik kalau kita memang tak bersama, walaupun ia menyakitkan. Mungkin kita memang ditakdirkan untuk begini saja, dekat tapi tak mampu nak buat apa-apa. Mungkin, kepala otak aku ni yang biol sangat, meroyan tak tentu pasal, mengharap yang bukan-bukan. Kemudian, membebel tulis bukan-bukan. Kemudian, kamu baca tulisan yang bukan-bukan ni. Kemudian, kamu akan kata aku hilang akal. Kemudian, kamu akan mula rasakan yang tulisan ni semuanya perkara yang bodoh-bodoh dan tak berguna belaka. Kemudian, kamu akan gelakkan aku. Kemudian, sampai bila-bila pun, perempuan tu dan aku tak akan bersama.
Tidur malam ni sambil memeluk kekecewaan, berbantalkan kedukaan dan berharap dapat mimpi-mimpi bahagia tentang kita-yang sememangnya mustahil.
Tanpa kita sedari, kita sentiasa ada untuk satu sama lain. Tapi macam ada satu pemisah, tembok besar yang menghalang kita daripada menjadi milik satu sama lain. Walau macamana kita mencuba, kita tetap tak akan bersama. Jika aku panjang umur, bila tua nanti. Pastinya aku akan tersenyum bahagia setiap kali mengenangkan kisah kita. Tersenyum dengan gigi yang dah rongak.
Walau betapa celakanya perasaan malam ni, betapa sialnya rasa malam ni, betapa bersepainya hati malam ni--semuanya jadi baikbaik saja apabila teringatkan kamu. Kekecewaan disebabkan tak dapat bersama kamu tak boleh menandingi kehebatan cinta aku terhadap kamu. Aku mencintai kamu sehingga kekecewan ni aku rasakan seperti nikmat paling indah pernah dilalui.
Pretty one, I will cut you off. CHOP! CHOP! CHOP!
Im a screwdriver, I screw things up.
Older but not wiser, hopeless but not dead yet.
Kematian aku semakin hampir. Setiap sedut nafas ditarik, setiap degupan jantung berbunyi--ia semakin dekat. Kematian berada di sekitar. Mengelilingi aku dan kamu semua. Menunggu waktu sesuai untuk tiba. Di hari kematian aku nanti, aku harap langit pagi akan cerah gemilang dan kemudian langit akan mendung--hujan renyai akan mulai turun dan aku akan duduk diam tanpa nyawa di bawah sana.
Jika hidup itu bermusim, sekarang ialah waktu untuk aku berkembang mekar seperti ros merah di musim bunga.
Semoga cinta ni mekar setiap hari seperti bunga-bunga di waktu pagi.
Cinta seperti butir-butir pasir di padang pasir. Memang banyak, menimbun, bersepah, berada di mana-mana di sekeliling kita. Aku percaya cinta mempunyai satu kuasa yang maha hebat. Jika kita keluarkan semua rasa cinta yang tersorok dalam satu tempat yang paling dalam di hati ni, ia mampu memusnahkan dunia.
Kawan-kawan Simpang Pulai adalah antara perkara terhebat pernah terjadi dalam hidup aku.
Mahu beli burger daging keju yang paling sedap dalam dunia dan mahu minum kopi panas.
Mahu bikin revolusi, tapi bukan revolusi yang hebat pun. Sekadar mahu menenangkan jiwa-jiwa yang kacau.
Mulakan menulis sajak-sajak cinta kamu sendiri. Conteng sajak-sajak di buku, kertas kosong, dinding, kerusi-kerusi bas awam--conteng di mana saja yang kamu rasa sesuai, di mana saja. Mulakan bikin lagu-lagu cinta, nyanyikan dengan penuh rasa bangga dan hormat kerana cinta perasaan yang mulia. Luahkan semua cinta, sebarkan semuanya kepada segala apa yang wujud dalam kehidupan ni.
Kemurungan dan aku bagaikan kopi dan gula atau roti dan mentega. Tak boleh dipisahkan. Bila lama tak berjumpa, saling merindu antara satu sama lain. Kami ditakdirkan untuk bersama. Mungkin sementara atau selamanya, tak pasti. Harap jodoh kami tak panjang.
Setelah berfikir hampir sejam di depan komputer, aku masih tak dapat jawapan dan tak tahu apa yang mahu ditulis. Sebenarnya banyak perkara yang boleh ditulis. Tapi malam ni otak seakan kosong. Seperti bulatnya huruf O, kosong seperti angka 0.
Ini adalah kesedihan aku. Ya, ni semua. Catatan-catatan tak berguna ni. Yang sedang kamu semua baca. Ini adalah ruang aku lepaskan perkara-perkara bebal dalam otak. Aku harap kamu semua faham.
Basmi sikap perkauman. Buang dalam tong sampah.
Hidup tanpa otak. Hidup dengan nafsu dan rasa-rasa yang pedih. Bengapnya aku.
Kali ni, aku tak akan pergi berperang. Tak akan turun padang buat kerja-kerja kotor. Tak mahu kutip semua sampah-sampah. Aku hanya mahu duduk dalam bilik tidur sambil dengar The Clash.
Nak ketawa di kala malam begini. Tapi dek kerana embun yang menyejukkan. Aku tak rasa ingin senyum pun. Malam yang sepi di Simpang Pulai ni, ingin aku katakan, Pergi jahanam dengan dunia luar yang selalu menusuk-nusuk hati ni! Ngilu merengut-rengut dari dalam. Bergoyang kepala lutut, lemah segala sendi. Aku tak mahu mati lagi.
Seni buat aku lapar.
Dunia adalah seperti pontianak. Tak guna betul. Hampir kering darah aku dibuatnya.
Mengapakah otak aku terlalu rumit untuk difahami walaupun untuk diri sendiri
Aku tak suka perasaan begini bila ia datang. Ia buat aku malas makan dan err... malas mandi. Ia buat aku mahu duduk dalam bilik, membaca dan menulis (kebelakangan ni memang tu saja yang aku lakukan). Tapi, bagaimana mahu membaca atau menulis jika otak ligat berputar dan hati tak tenang
Harap semuanya kembali lancar seperti biasa esok. Bila semuanya lancar, barulah boleh makan rotcai di kedai Sarip dengan tenang.
Rumi sekali lagi, buatkan aku sedar, hanya ada satu cinta yang kekal. Cinta yang tak akan mati. Cinta yang tak akan mengecewakan. Cinta untuk pemilik jiwa.
Suatu hari nanti, bila kamu pergi, kamu akan pergi dengan bergaya, sementara aku akan ditinggalkan dengan kesakitan dan derita. Tak apa, dah biasa. Pain is my brother.
Setiap hari, minit dan saat ni akan aku raikan. Sementara masih ada. Anggap sajalah ianya pinjaman. Macam buku-buku dipinjam dari perpustakaan. Dah habis baca nanti, dipulangkan semula. Yang tinggal hanyalah cerita-cerita di setiap bab-bab dalam buku-buku yang telah dibaca, tersemat rapi dalam otak. Kemudian, aku akan teruskan hidup seperti biasa. Pasti akan ada hari-hari yang aku akan teringatkan tentang kamu. Apa yang sedang kamu lakukan ketika tu Makan apakah kamu hari tu Minum apakah kamu Masihkah mendengar lagu-lagu atau membaca tulisan-tulisan aku Atau, gembirakah kamu Waktu tu, mungkin aku akan nyanyikan lagu Rainy Night in Soho, nyanyian The Pogues untuk menenangkan hati sendiri. Atau, menyanyikan lagu-lagu yang kamu suka. Buat masa ni, aku mahu tenang-tenang. Mahu kita bergembira. Raikan apa yang kita ada. Berdua.
Sendiri. Dalam bilik seorang kawan di Seri Kembangan, lampu kuning memancar suram. Suram seperti apa yang sedang dirasakan sekarang. Rasa seperti mahu menjerit, atau tarik rambut sendiri. Atau, berkata Pergilah mati! Dah menyampah dengan keadaan macam ni. Tadi seorang kawan berkata pada aku, sambil dia menonton T.V, Aku rasa hari ni macam fuck, depress apsal ntah... Kawan memang sentiasa memahami perasaan kawan. Tak perlu aku berkata apa-apa kerana aku rasa apa yang dia rasa. Kami patut tubuhkan kelab. Namanya, Kelab Lelaki Gila. Kami adalah lelakilelaki gila dalam dunia sendiri. Orang gila macam kami, tak ada sesiapa faham, kecuali kami. Tak perlu faham, tinggalkan kami sendiri. Tiada apa yang nak ditakutkan dengan ditinggalkan dan bersendiri, kami dah biasa ditinggalkan dan bersendiri. Itu perkara biasa, macam makan roti.
Takut menjadi terlalu gembira. Takut kegembiraan yang keterlaluan akan membunuh idea-idea aku. Idea-idea yang sebenarnya bukannya bagus sangat pun, tapi cukup untuk dikongsi dengan orang-orang yang tak jemu membaca tulisan dan mendengar lagu-lagu aku.
Aku perlukan kesepian ni. Aku perlukan rasa terasing. Mungkin aku harus pergi mengembara lagi. Mencari perkara yang tak pasti. Biarlah, dalam dunia ni mana ada perkara yang pasti pun selain kematian. Aku selalu terasa sunyi dalam dunia yang penuh kebisingan dan huru-hara ni.
Kawan-kawan aku, mungkin rambut mereka tak pakai gel. Tapi mereka cukup hebat. Aku tak perlu risau untuk merasa sedih atau murung, kerana aku tahu mereka akan ada menemani di saat-saat begitu. Mereka akan beri tilam dan selimut bila aku perlukannya. Mereka akan sentiasa berdiri di belakang aku. Bila sedih , mereka akan gembirakan. Bila gembira, mereka raikan.
Filem 500 Days of Summer adalah realiti. Bukan kisah cinta yang mengembirakan. Aku tahu apa yang Tom Hansen rasa dalam filem tu. Mereka datang bila mereka mahu dan pergi bila-bila masa mereka suka. Memetik kata-kata Summer Finn dalam satu babak, ... because I want to... Ya, sebab mereka mahu buat begitu, kita tak boleh buat apa-apa tentangnya. Malah, kita tak boleh kata apa-apa. Kita macam kayu atau tiang lampu. Aku mahu jadi seperti Tom Hansen yang berkata kepada Summer Finn di babak-babak terakhir dalam filem tersebut, I really do hope youre happy.
Kalau boleh, esok mahu ke London, minum kopi di sana. Lusa pula, ke Paris, mahu teroka semua kedai-kedai buku terpakai. Mungkin hari seterusnya terus ke Berlin, mahu pogo bersama punk rockers di sana. Mungkin berpindah ke Iceland, duduk sana seorang diri. Setiap petang duduk baca buku di tepi-tepi tasik sambil ditemani alunan lagu-lagu Sigur Ros. Mungkin juga mahu tinggal di Mesir, setiap malam aku akan bacakan sajak-sajak cinta di tepi Nil. Sajak-sajak tentang hidup huru-hara dan cinta-cinta mengelirukan. Aku boleh memburu pontianak jika hidup di Romania. Tak mustahil jika hidup di Sepanyol atau Morocco mahupun Bulgaria. Ini semua gila. Terlalu banyak tempat untuk dilawati dalam dunia dan terlalu banyak buku untuk dibaca dalam hidup yang pendek ni. Terlalu banyak juga wanita-wanita yang menjaja cinta, buatkan otak biul. Mungkin, ya, mungkin aku tak harus ke mana-mana. Mungkin aku hanya patut duduk diam. Duduk diam sambil bergelak ketawa bersama kawankawan yang aku suka.
Biarlah, datanglah seramai mana perempuan pun untuk menoreh hati ni. Selagi ibu dan ayah di sisi, aku tak akan mati.
Ada satu tempat di mana akan sentiasa buatkan hidup aku tak tenang, buatkan hati gelisah dan resah, buatkan malam-malam terasa panjang dan gusar. Adakalanya menggembirakan dan adakalanya mengecewakan. Aku tak pernah jemu dan tak akan jemu untuk ke situ, walaupun dah terlalu banyak kali ke situ. Tempat tu berada di hati-hati perempuan yang kadangkala buat aku sakit jiwa.
Kuala Lumpur adalah kota yang dipenuhi harapan dan kekecewaan.
Aku mencintai dan membenci Kuala Lumpur dalam masa yang
sama. Kami seperti pakwe makwe.
Ada makhluk asing dalam perut yang sedang menoreh-noreh isi perut dengan pisau tajam. Tahi suci. Mungkin aku akan mati akibat kebodohan diri sendiri.
Malam ni aku mula termenung kembali. Rindukan seseorang. Suara ajaib dan ketawa-ketawa ria. Ketawa yang selalu ada bersama aku. Tak kira di waktu susah atau senang, ketawa orang yang percaya dengan kerja-kerja gila aku. Ketawa orang yang telah berikan semula harapan yang muzik dan tulisan aku bukanlah sesuatu yang sia-sia.
Agaknya, kita memang telah ditakdirkan berjumpa hanya sementara. Ketika kedua-duanya sedang kesakitan dilanda keperitan. Ketika tu kita sentiasa ada untuk satu sama lain. Setiap masa. Kita cuba hiburkan hati masing-masing yang luka. Kita cuba gembirakan perasaan kita dan kita tahu yang kita gembira bersama. Kita lupa kekecewaan yang melanda, kerana kita ada kita. Kita berdua melawan seluruh dunia. Kita rasa apa yang setiap dari kita rasa. Kita gembira bersama. Tapi, itulah, agaknya, memang dah ditulis. Kita memang ditakdirkan berjumpa hanya untuk sementara. Hari esok, bila kita bangun, kita dah tak ada. Aku tak akan mati dengan hal-hal dunia.
If you screw me and the best part is you already did. I will suffer, maybe for a day or a week or a month or a year, but, when I successfully overcome the pain, overcome the suffering, overcome your silly love game, I will never look back and I will never return.
Bagi lelaki, saat melepak minum kopi atau teh bersama kawankawan adalah detik-detik bahagia dalam hidupnya. Kami rayakan detik tu. Sembang kosong dan jenaka-jenaka bodoh menambahkan lagi kegembiraan kami.
Dah banyak kali aku berjumpa dengan cinta-cinta dan sebanyak tu jugalah aku berjumpa dengan kesakitan-kesakitannya.
Selesai, dua pinggan penuh, ditambah pula Nescafe sejuk goncang.
Secara tak langsung, diet gagal.
Perut yang kekenyangan akan membuatkan aku lupa pada kesengsaraan dan kesakitan. Aku harus kurangkan makan untuk betul-betul kenyang, kerana jika aku lupa pada kesengsaraan dan kesakitan--aku tak boleh menulis.
Dia tak perlu buat apa-apa. Dia hanya perlu ada di situ (berhampiran aku). Dia tak perlu bergaya atau bagi aku senyuman manis, dia tak perlu cuba tarik perhatian aku, sebab aku dah memang angau dan tertarik dengannya. Matanya, bila direnung lama-lama--semacam ada pancaran kilat menusuk terus memanah dan menyentap hati.
Melekat.
Jatuh cinta.
Gila bayang.
Angau!
Gila, memang gila. Memang dah ramai perempuan buat aku gila. Takut, serius, sangat takut kalau tiba-tiba saja aku buat perangai dan katakan pada dia, My Love, youre my beat, my crazy beat.
Cinta sesama manusia macam berdiri atas kerusi, letak kepala di tali gantung. Kalau tak ada orang langgar kerusi tu. Kamu selamat.
Tuhan tarik beberapa cinta hebat dan hantar semula cinta yang lebih hebat--maha hebat.
Untuk segala cerita-cerita suka dan luka, semoga kita survive hingga habis.
Mereput dalam tanah.