FIZIK-LAH! - 62
Dalam Discovery Channel ataupun National Geographic, kita dapati petroleum yang keluar daripada bumi berwarna hitam pekat, tetapi apabila mengisi minyak di Petronas, warnanya bukan lagi hitam pekat sebaliknya cerah dan jernih Apa yang berlaku.

Minyak mentah adalah minyak yang belum diproses dan ia berwarna hitam pekat. Ia terbentuk daripada hidupan-hidupan laut yang mati berjuta tahun lepas. Minyak mentah ini terdiri daripada 84% karbon dan 14% hydrogen. Manakala sulfur, nitrogen, oksigen, besi dan garam masing-masing terdiri daripada 1%.

Minyak mentah menjadi sumber utama kepada hidrokarbon. Hidrokarbon ialah molekul yang terdiri daripada hidrogen dan karbon. Ia menjadi sumber bahan bakar pada enjin kenderaan. Hidrokarbon terdiri daripadai pelbagai bentuk sama ada gas, cecair ataupun pepejal. Kelas-kelas hidrokarbon yang utama ialah paraffin atau dikenali juga sebagai alkane, alkene, aromatics, napthene dan sebagainya.

Minyak mentah terdiri daripada beratus-ratus rantaian hidrokarbon di dalamnya. Ia perlu diasingkan untuk kegunaan tertentu. Sebagai contoh gas petroleum boleh digunakan untuk memasak.

Gasolin pula untuk menggerakkan enjin kenderaan. Pengasingan hidrokarbon ini dikenali sebagai penapisan minyak (oil refining). Proses yang diperlukan ketika penapisan minyak dikenali sebagai penyulingan berperingkat (fractional distillation). Apakah itu penyulingan berperingkat

Hidrokarbon dalam minyak mentah mempunyai takat didih yang berbeza-beza. Contohnya gas petroleum akan mendidih pada suhu 400C. Kerosene pula mendidih pada suhu 700C dan seterusnya.

Justeru, kaedah penyulingan berperingkat digunakan untuk mengasingkan hidrokarbonhiyrokarbon tadi daripada minyak mentah. Minyak mentah akan dipanaskan pada suhu 6000C dan akan menyebabkannya menyejat. Gas-gas yang menyejat akan ditukar kepada cecair apabila proses kondensasi berlaku. Daripada proses kondensasi inilah, hidrokarbon yang berbeza tadi dipisahkan kepada gasolin, diesel, kerosene, minyak pelincir (lubricating oil) dan sebagainya.