******
Kakinya menyusun langkah lemah menyusuri denai kecil dari jalan besar yang dilaluinya, menuju kawasan perumahan yang menempatkan taska milik Kamila. Sebaik sampai di hadapan rumah dua tingkat yang dipenuhi dengan pelbagai karikatur kartun disney, langkahnya tiba-tiba terhenti.
Tiba-tiba dia teringatkan kata-kata Mak Minah yang mempelawanya tinggal bersama mereka. Pak Maidin juga melahirkan harapan yang sama. Tapi kerana Kamila, dia terpaksa menolak meskipun hatinya teringin menanti Naufal di rumah pasangan suami isteri itu.
Nira dah bekerja sekarang ni Pak Maidin. Nira kerja dekat taska. Pemiliknya baik hati. Dia bukan setakat beri Nira kerja, tapi dia juga sediakan tempat tinggal untuk Nira. ujarnya memberitahu pasangan suami isteri itu. Dia tahu, Pak Maidin dan Mak Minah risau dengan keadaannya.
Alhamdulillah syukur kalau Nira selesa kat situ. Tapi kalau Nira nak kerja semula dengan kami kat warung tu, bila-bila masa datanglah. Sejak dua menjak ni, Pak Maidin tak berapa sihat. Kaki ni pun terpaksa bertongkat sebab Pak Maidin tergelincir tempoh hari sampai putus urat. ujar Pak Maidin.
Nira kalau boleh memang nak bantu Pak Maidin. Tapi tak elok rasanya pergi begitu sahaja dari taska sedangkan Puan Kamila tu baik sangat dengan Nira. Insha Allah kalau Nira ada masa, Nira akan bantu Pak Maidin dan Mak Minah kat warung tu macam dulu. ujarnya seakan memberi janji. Pak Maidin tidak banyak soal hanya mengangguk setuju.
Dia memandang beg plastik besar di tangannya. Hatinya sudah tidak sabar mahu menatap isi kandungannya. Barang-barang itu adalah barang-barang lama peninggalan arwah ayah dan ibunya. Itu sahaja yang diambilnya dari rumah Pak Maidin tadi. Selebihnya dia berjanji mahu datang lagi dan mengambilnya secara berdikit-dikit.
Ketika dia mahu membuka pintu pagar taska itu, sebuah kereta Mercedez Benz berwarna hitam gelap berhenti di belakangnya. Dia segera menoleh.
Cik Evy Wajahnya berubah. Hatinya berdebar-debar ketika melihat wanita itu. Tugu di dalam dirinya terasa bagaikan mahu runtuh.
Evelyn tidak bersuara. Sepasang mata milik wanita itu, liar menerjah ke seluruh pelusuk wajahnya. Merenung dari atas ke bawah bagaikan sedang mentafsir setiap kekurangan dirinya.
You ada masa sekarang Evelyn merenung tajam ke arah gadis bertudung litup itu. Wajah itu semakin manis. Tidak lagi pucat seperti mula-mula gadis itu masih dipenjarakan. Kebebasan sememangnya membuatkan seseorang nampak lebih menarik dan bersemangat. Dan seri di wajah itulah yang tidak disenanginya dan menghadirkan sekelumit iri di hatinya selama ini.
Masuk dalam kereta. Ada benda I nak cakap dengan you. Pinta wanita itu dengan wajah serius.
Danira tidak berganjak. Timbul keraguan di hatinya untuk mengikut wanita itu. Apatah lagi dia tidak tahu apa tujuan Evelyn mahu bertemunya.
Evelyn menatapnya tajam Wajah itu jelas tidak senang dengan kedegilannya. Ada dengus kasar menerpa keluar dari bibir Evelyn. You takut I apa-apakan you Evelyn meninggikan suara, namun tetap dengan nada sinis. Danira terpegun.
Setelah apa yang Joshua sanggup buat untuk you, you ingat senang sangat ke I nak calarkan reputasi I ni semata-mata untuk banduan macam you Getus Evelyn tanpa berdolak dalih.
Danira tersentap. Banduan Harga dirinya jatuh ke tempat yang paling rendah dengan hanya satu perkataan itu sahaja. Kata-kata Evelyn benar-benar membuatkan dia rasa terhina. Nafasnya ditarik perlahan. Belajar untuk bersabar Nira! Bukankah itu yang kau lakukan selama ini
Cik Evy baliklah, saya tak fikir kita ada apa-apa urusan lagi. Lagipun antara saya dan Joshua tak ada apa-apa. Dia hanya peguam saya dan saya hormati dia. Lepas ni saya takkan jumpa dia lagi kalau Cik Evy tak suka. Danira membalikkan tubuh kecilnya. Niatnya ingin beredar dari situ, namun suara Evelyn sekali lagi menghentikan langkahnya.
Ikut I ke hospital, jumpa Joshua. ujar wanita itu.
Danira terpempan. Hospital Perlahan-lahan dia membalikkan tubuh. Wajah Evelyn ditatap separuh bingung. Apa maksud wanita itu Kenapa Joshua ada di hospital
Langkah wanita itu, diekori menuju ke wad kelas pertama di sebuah hospital swasta di ibukota. Sepanjang perjalanan, Evelyn langsung tidak mahu menjelaskan apa-apa yang boleh menghuraikan tanda tanya di hatinya tentang Joshua. Apabila mereka sampai di hadapan sebuah bilik, langkah Evelyn tiba-tiba terhenti. Danira kaget. Wanita itu tiba-tiba berpaling ke arahnya.
Joshua ada kat dalam. You masuk, I tunggu kat sini saja. Arah Evelyn dengan wajah serius. Danira terpinga-pinga memerhatikan wanita itu beredar ke arah bangku yang tersedia di luar bilik itu.
bersambung
Bab akan datang:
Mengapa Evelyn ingin membawa Danira ke hospital berjumpa Joshua