SUDAH seminggu Jai bernikah. Sepanjang tinggal di rumah mertua, Jai sabar dengan kerenah Seri yang sengaja menyakitkan hatinya.
Ma, pa..saya nak minta izin bawa Seri ke rumah saya di Mutiara Damansara. Mak dan ayah saya pun dah balik kampung. Boleh ke Jai pandang Datuk Kamaruddin sebaik melihat ayah mertuanya duduk di sofa selepas menjamu selera tengah hari tadi.
Eh! Kenapa nak minta izin pulak Jai kan dah jadi suami Seri. Itu hak Jai nak bawa dia ke mana pun. Datuk Kamaruddin hirup kopi panas.
Acik senyum. Entahnya mamat ni! Dah lupa ke kau tu dah ada kuasa veto ke atas Seri tu!
Yalah Jai. Bawalah! Mana tahu Seri tu boleh berubah. Ma tengok Seri tu tak hilang lagi degilnya. Jai sabarlah ya.. Datin Rubiha mencelah.
Seri dongak. Semua salahkan aku! Tak aci macam ni!
Ma, paUcu tak setuju. Macam mana Ucu nak balik rumah ni Jauh tu! Seri beri alasan.
Hish! Budak ni! Ucu kena ikut suami. Macam tak biasa Ucu bawa kereta dari Mutiara Damansara ke Damansara Heights ni Bukannya jauh pun! Acik menyampuk. Ada je alasan adik aku ni!
Abang ni! Sebiji bantal dah hempuk Acik yang duduk sebelah mama.
Dah! Ucu kena ikut suami! Titik! Datuk Kamaruddin dah tegas.
Masing-masing diam. Acik sengih. Dia pandang Seri yang macam tikus kena jerkah dengan kucing! Terus menikus diam! Hahaha!
Jai diam. Seri di sebelahnya dah muncung. Adoiya! Memang kena banyak sabar..
SERI pandang sekitar rumah Jai. Kemas dan cantik. Perabot kayu yang disusun kemas di ruang tamu cukup padan dengan hiasan batik di dinding.
Sayang
Seri menoleh. Sayang Erk!
Abanglah manusia yang paling gembira dalam dunia ni. Akhirnya Seri jadi milik abang. Jai rangkul pinggang Seri.
Seri dah terkedu. Kaku. Jai dah bermadah bagai! Abang Kat rumah aku dia bahasakan diri dia saya je. Romantiklah pulak mamat ni! Apa aku nak buat ni Aku takkan biarkan hati aku jatuh cinta dengan Jai. Tidak!
Err..awaksaya nak mandi. Kat mana bilik air Seri lepaskan rangkulan Jai.
Kat biliklah! Jai tarik tangan Seri menuju ke bilik.
Sebaik pintu dibuka, Seri ternganga melihat keindahan bilik Jai yang dihias rapi dengan bunga tulip dan bunga ros merah di segenap penjuru.
Bau wangi menusuk hidung. Macam mana Jai tahu aku suka bunga ni
Errsaya nak tukar baju. Takkan awak nak tercegat kat situ Seri jeling Jai yang dah tersengih di birai katil.
Tukar jelah! Nak malu apa! Aurat awak tu dah halal abang tengok. Jai senyum. Matanya melekat pada Seri yang dah bersiap dengan tuala di atas bahu.
Seri mencebik. Hish! Nak menggatal la tu! Dia terus masuk ke bilik air dengan baju kurung dan tudung.
Jai sengih. Aku akan goda kau sampai kau jatuh cinta dengan aku. Dia keluar dari bilik menuju ke dapur. Di dapur dia menyediakan makanan kegemaran Seri. Sejak belajar di UK, banyak hobi dan kegemaran Seri dikorek dari Acik.
Hmmpuding karamel aku dah siap. Tinggal lagi buat coklat panas. Jai senyum. Apron yang melekat di tubuhnya dibuka dan disangkut pada tepi pintu dapur.
Perlahan Jai bawa ke bilik semula. Dia letak atas meja studi. Siap dengan hiasan bunga ros merah di tepi pinggan.
Hmmdalam bilik air lagi la tu. Jai jenguk ke arah bilik air.
SERI teragak-agak buka pintu bilik air. Hmm..buatnya Jai masih ada kat situ, macam mana Perlahan tombol pintu bilik air dipulas. Kepalanya dah terjulur keluar melilau melihat kelibat Jai.
Hmm..nasib baik tak ada.. Seri senyum. Dia melangkah keluar dari bilik air. Rambutnya dilap dengan tuala kecil. Baju kurung yang dipakai tadi diletakkan ke dalam bakul di tepi bilik air.
Hmm.terliur abang tengok Seri macam ni..
Seri mendongak. Jai dah tersengih di kerusi meja studi. Gulp!
Jai mendekati Seri yang hanya berkemban dengan kain batik sarung.
Seri dah menggelabah. Erk! Macam mana ni Dia dah dekat dengan aku.
SayangI love you so much! Jai rapat dengan Seri.
Errsaya..saya.. Seri dah rapat ke dinding. Tuala yang digunakan untuk mengelap rambut tadi digunakan menutup dadanya yang dah terdedah luas.
Awak jangan berani nak sentuh saya! Seri menyelinap tunduk dan berlari keluar dari bilik Jai.
Jai ketawa terbahak-bahak. Muka Seri dah pucat!
HARI-HARI yang dilalui bersama Seri seperti seorang kawan serumah di rumah bujang dulu. Tidur di bilik yang berasingan atas permintaan Seri sendiri. Biarlah Seri selesa dengan keadaan macam tu. Berborak di ruang tamu. Menonton bersama. Shopping bersama. Memasak bersama dan yang penting, solat berjemaah tak pernah tinggal. Itu syarat Jai. Namun semua tu itu atas dasar seorang kawan. Ya! Kawan bukan sebagai suami isteri.
Awak..kenapa awak baik sangat dengan saya Seri teguk kopi panas. Dia letak semula cawan. Pemandangan di sekitar laman sungguh tenang dengan bunga mekar berkembang di setiap ruang.
Kenapa Seri nak abang buat jahat kat Seri ke Seri nak ke abang sentuh Jai sengih. Dia kunyah lepat pisang yang dibuat Seri tadi.
Eii! Tak nak! Saya masih tak ada rasa apa-apa lagi kat awak. Maaf! Saya tak boleh jadi isteri awak sepenuhnya. Seri mencebik.
Jai jeling. Betul kata Acik. Aku kena berusaha habis-habisan! Ah! Dah buntu kepala otak aku ni! Macam mana lagi aku nak tackle dia ni!
Err..Seri nak tak ikut abang ke PD Kita bermalam di sana. Jai senyum. Topik perbualan sengaja diubah.
PD Bermalam
Jai angguk.
Hmmkita berdua je ke Seri berkerut kening.
Kenapa Takut
Seri diam.
Seri jangan bimbangabang tak akan sentuh walaupun kita tinggal sebilik nanti di sana. Jai angkat tangan seakan lagak bersumpah.
Betul ni Kita kawan je tau! Seri tuding ke arah Jai yang dah tersengih-sengih.
Jai angguk sambil angkat tangan sebelah macam nak bersumpah lagaknya. Ya! Kawan!
Satu lagi, boleh tak, tak payah bahasakan diri awak tu abang Geli saya dengar! Seri mencebik.
Kenapa
Kan saya kata geli. Nak muntah!
Jai ketawa. Tak apa..sekarang ni kau nak muntah. Esok-esok kau yang panggil aku sayang!
Seri senyum.
JAM di pergelangan tangan dilihat sekilas. Sampai saja di resort tadi, Jai terus ke gigi pantai. Seri masih dalam bilik.
Mana mamat ni Janji nak datang. Ni dah dekat tiga petang. Aku dah booking dua bilik ni. Jai melepaskan pandangan ke arah tengah laut yang membiru.
Lama dia termenung memandang ombak yang menghempas pasir pantai. Hmmombak tu dah macam perasaan aku. Terhempas dan berderai.
Aku ingat bila dah nikah, hati aku akan tenteram tapi tidak. Seri nyata masih menganggap aku ni insan asing. Ahapa nak buat. Dah aku cintakan dia..terima jelah Jai oi!
Weh!
Jai mendongak. Acik dah tersengih di sebelah.
Kau ni..tak reti bagi salam ke Jai kuis kaki Acik dengan ranting pokok.
Acik ketawa. Dia melabuhkan punggung di sebelah Jai.
Kau fikir apa Dah berkerut seribu aku tengok dahi kau tu! Acik turut melepaskan pandangan ke arah laut.
Seri.. Jai tunduk.
Kenapa dengan dia
Betullah kata kau. Aku kena usaha lebih nak dapatkan cinta Seri semula. Dia macam tak ada perasaan kat aku. Ada ke nak kawan je dengan aku Jai menopang dagu. Siku kanannya diletak atas lutut.
Acik ketawa mengekek.
Yang kau ketawakan aku ni kenapa Jai menoleh ke arah Acik.
Itulah hukum karma orang kata. Dulu kau buat dek je kat Seri. Sekarang ni kau pulak rasa macam mana bila orang buat dek je kat kau. Hah! Rasalah sendiri. Seri nak kawan je! Acik ketawa terbahak-bahak.
Jai luku kepala Acik. Gelak lagi!
Habis tukau dan dia belum...ehem ehem la Acik sengih.
Jai jeling Acik. Gatal jugak mamat ni!
Belum.. Jai dah kendur nadanya.
Habis tu..kau dengan Seri tidur asing-asing
Jai angguk.
Aku tak sanggup lukakan hati dia. Biarlah dia rasa selesa macam tu. Kalau aku buat lebih-lebih karang, buatnya dia menjerit tengah-tengah malam Macam malam tu! Terjelepuk jatuh katil! Tu baru aku tidur sebelah dia je. Bukan buat apa pun! Jai senyum.
Acik angguk-angguk. Ketawanya masih belum reda.
Tapi aku rasa okey jugak. Aku dan dia berkawan..ya la..kawan macam aku kawan dengan kau dan Koci. Duduk serumah, sama-sama masak, berkebun bersama, mengemas rumah..semuanya aku lakukan bersama atas dasar kawan. Jai meluahkan apa yang berlaku.
Hmm..okeylah tu. Mula-mula kawan, lepas tu mana tahu Seri terbuka hati nak tersuka, tersayang dan tercintakan kat kau!Acik lempar seketul batu kecil ke arah laut.
I hope so..
Seri mana Dari tadi aku tak nampak Acik meliar melihat sekitar pantai. Orang ramai mula memenuhi gigi pantai. Riang anak-anak bermain pasir dan ombak.
Ada dalam bilik..dia kata sekejap lagi dia keluar. Nada Jai tak ada perasaan.
Eh..kau tidur sebilik ke kat sini Acik jeling Jai yang dah tunduk memandang pasir.
Jai mendongak. Mestilah sebilik! Takkan aku nak tidur asing pulak kat sini! Kau ni biul tak habis!
Acik sengih. Tak ada la..kalau dah tidur sekatil tu..takkan kau tak rasa nak buat benda tu..
Jai jeling Acik yang dah kenyit-kenyit mata. Sengih tak usah ceritalah! Ada ketumbit ke kat mata mamat ni
Kau nak Seri tu menjerit-jerit Buatnya dia tuduh aku rogol dia Tak ke haru Jai tendang kaki Acik yang dah terjuntai di batang pokok tumbang.
Hahaha!! Aku dapat bayangkanSeri tu minta tolong. Lari lintang pukang! Acik ketawa berdekah-dekah.
Jai merenung tajam Acik. Aku cepuk baru tahu! Tak apa..sekarang ni kau ketawakan aku..esok-esok kau dapat bini macam tu jugak, aku nak tergolek-golek gelakkan kau!
Eh! Tu macam Seri! Acik menoleh ke arah deretan gerai makan dan kedai menjual barangan runcit.
Jai turut menoleh. Seri sedang berborak dengan seseorang di depan kedai jual pelampung mandi.
Seri borak dengan siapa tu Acik dah berkerut kening.
Entah..kau kenal Jai turut berkerut kening.
Nak kenal macam mana..kalau dah tinggal dua mata je! Acik luku kepala Jai. Dia kembali melihat telatah Seri yang beramah mesra dengan gadis yang berjubah dan berpurdah. Hanya dua biji mata saja yang boleh dilihat.
Perlahan Jai dan Acik menapak ke arah Seri.
Assalamualaikum.. Jai beri salam. Dia senyum pada Seri.
Seri tunduk.
Waalaikumussalam.. Gadis purdah itu menjawab.
Err..maafcik ni siapa Acik pulak menyampuk.
Saya
Abang pun ada kat sini Seri mencelah. Gadis purdah tadi belum sempat menghabiskan kata-katanya.
Ya..Jai ajak abang kat sini. Acik senyum.
Ohmana kekasih abang
Jai dan Acik saling berpandangan. Acik menelan liur.
Kekasih
Seri angguk.
Abang mana ada kekasih! Acik cubit hidung Seri.
Gadis purdah tu hanya tunduk melihat tingkah Acik.
Errmaaf..dia ni adik saya.. Acik dah muka kelat. Eii..mesti minah ni ingat aku nak menggatal.
Saya tak kata apa pun.. Gadis purdah tu jawab lagi.
Acik senyum kelat. Malunya aku
Cik ni kawan Seri keJai mengulang soalan Acik tadi.
Takkebetulan Seri tolong saya tadi. Dompet saya diragut. Alhamdulillah..sempat Seri ragut balik dompet saya tu. Err..saya Aishah. Gadis purdah tu mula kenalkan diri.
Jai cepat-cepat menoleh ke arah Seri. Mana tahu ada yang luka. Err..Seri okey
Seri angguk.
Riak Acik jugak dah cemas.
Ojie datang sekali tak
Acik pantas menoleh ke arah Seri. Biar betul Seri ni! Baru je aku bawa dia ziarah kubur Ojie tu. Ni dah parah macam ni!
Jai dah terkedu. Dia pandang Acik yang dah pucat muka.
Acikkau ada cerita apa-apa ke kat Seri Jai sedikit berbisik.
Kan aku dah cakap yang Ojie tu dah meninggal. Hari tu, aku ada bawa dia ziarah kubur Ojie. Acik geleng. Dia tepuk dahi.
Jai terdiam. Nampaknya ingatan Seri masih kabur. Setengah perkara dia ingat, setengah perkara lagi masih samar-samar.
Maaf..saya minta diri dulu. Kalau senang, datanglah ke rumah. Rumah saya dekat je.. Aishah hulur sekeping kad kepada Acik.
InsyaAllah.. Acik belek kad. Hmmtinggal di sekolah tahfiz rupanya. Patutlah berpurdah bagai.
Jangan lupa tau. Berapa lama tinggal kat sini Kalau lama lagi, saya ingat nak jemput semua datang ke sekolah saya esok. Kami ada buat makan sikit. Datang tau! Aishah sekali lagi minta diri.
Kita pergi nak Seri paut lengan Acik.
Acik senyum. Dia pandang Jai yang dah cemburu.
InsyaAllah.. Jai pula menjawab.
Aishah dah beredar dari situ.
CAHAYA matahari dah mula memancar terik. Jai jeling jam di pergelangan tangan. Hampir sembilan pagi.
Hmm..pakai macam tu pun nampak cantik. Jai memerhati Seri dari birai katil. Mengadap betul-betul ke arah Seri yang membelakanginya. Dia menelan liur. Seri sedang mengambil udara pagi di beranda chalet sambil mengadap laut. Jelas nampak tubuh Seri bila disinari cahaya terik macam tu. Baju tidur yang masih membaluti tubuh Seri agak jarang. Kenapalah dia pakai macam tu Sengaja nak goda aku ke apa Haih
Tak nak mandi ke Jai mendekati Seri yang masih termenung di beranda bilik.
Seri menoleh. Pukul berapa dah ni
Sembilan..
Seri melangkah ke arah bilik air. Pijama yang tersangkut di pintu dicapai sekali.
Jai hanya memandang Seri tak berkelip. Hmmkalaulah aku boleh peluk dia
Tuk! Tuk! Tuk!
Jai menoleh ke arah pintu. Perlahan dia menapak. Acik dah tersengih di luar sebaik pintu dibuka.
Jadi ke nak ke sekolah tahfiz tu
Jadi..ni tunggu adik kesayangan kau tu..baru nak mandi.. Jai tutup pintu bilik. Dia dan Acik menapak ke gigi pantai.
Macam mana malam tadi Berjaya tak Acik usik Jai.
Jai jeling Acik yang dah tersengih sumbing di sebelah.
Mana adadia masih ingat perjanjian tu. Hairan aku. Kenapa dia masih tak ingat kat aku Arwah Ojie pun dia tak ingat.. Jai melepaskan keluhan kecil. Angin pantai yang bertiup pagi-pagi macam ni, memang mendamaikan. Sejuk.
Aku pun pening. Menurut doktor sepatutnya Seri dah boleh pulih sepenuhnya. Dah hampir dua tahun dah ni..dah dua kali raya dah pun.Acik turut mengiakan kata Jai.
Aku rasa..kita kena buat sesuatu yang boleh buat dia ingat semula. Jai usap dagu.
Contoh
Hmm..contohnya..bagi sesuatu yang pernah dia terima dulu. Jai beri cadangan.
Dia terima apa Acik dah berkerut kening.
Jai sengih. Apa-apa jelah..
Kau pernah bagi apa-apa ke kat dia Acik renung mata Jai yang dah layu. Macam tak cukup tidur.
Tak sempat..ni.. Jai seluk poket dan hulur kotak merah kepada Acik.
Kotak tu dibuka perlahan. Seutas rantai emas berloket berlian.
Bila kau beli
Dah lamasebelum Koci bertunang dengan Seri lagi. Nada Jai dah perlahan.
Tu la engkau! Simpan lagi perasaan kau tu! Acik sengih. Kotak merah tu diserah semula kepada Jai.
Jomlah! Seri dah siap agaknya tu. Jai bingkas bangun.
Mereka menapak semula ke arah chalet.
Tidaaaaaaakkk!!
Jai dan Acik cepat-cepat masuk ke bilik.
Kenapa Jai pandang Seri yang dah pucat muka di depan cermin. Dah siap mandi dengan pijama melekat di tubuh. Rambut pulak dah menggerbang macam Hantu Kak Limah!
Kenapa ni Acik turut cemas.
Rambut Ucu bangdah keras! Seri tarik-tarik dengan sikat.
Kenapa boleh jadi macam ni Acik merapati Seri.
Ni! Seri tunjuk botol shampu.
Acik belek botol shampu yang ditunjukkan Seri tadi. Dia jeling Jai yang masih terpinga-pinga. Ketawanya mula pecah!
Apa hal ni Jai pula bingung. Dia ambil botol shampu dari tangan Acik. Jelas tertulis kat botol tu, Dynamo!
Laaaawak guna ni ke buat shampu rambut Jai pandang Seri yang dah muncung.
Seri angguk. Lampu bilik air tak bernyala. Gelap. Saya ingatkan tu shampu..
Jai dan Acik ketawa mengekek.
Seri dah muncung. Aku serius, korang ni ketawa pulak! Geramnya!!!!
Dah..pergi cuci balik rambut tu. Cepat sikit. Kita nak ke sekolah tahfiz pulak ni. Acik pujuk Seri yang dah merajuk. Seri segera ke bilik air semula.
Sekali lagi Jai dan Acik melangut di luar chalet. Seri..Seri..
Abangbelikan Ucu ais krim!
Serentak Jai dan Acik menoleh. Seri dah siap berbaju kurung dan tudung shawl yang selalu dia pakai dulu. Manis.
Jai kan ada! Acik lepaskan tangan Seri yang mula memaut lengannya. Seri ditolak rapat ke arah Jai.
Seri dongak ke arah Jai yang dah senyum. Eii! Senyum sumbing macam tu, macamlah aku tergoda!
Nanti abang belikan ya sayangsayang nak ais krim apa Jai menutur lembut. Sengaja dia romantik depan Acik.
Acik sengih. Eiipertama kali aku dengar Jai kata macam tu. Nak muntah!
Cornetto coklat! Seri senyum lebar.
Jai meluru ke kedai runcit di sebelah deretan gerai makanan. Seketika kemudian dia kembali bersama tiga ais krim.
Nah! Jai hulur kepada Seri dan Acik.
Seri laju je buka pembalut ais krim. Jai dan Acik jeling Seri yang berselera menjilat ais krim.
Kau perasan tak sikap Seri Jai bisik ke telinga Acik.
Apa
Dia macam budak-budak. Shampu rambut pakai sabun basuh. Tadi minta ais krim. Malam tadi pulak, ada ke dia ajak aku main batu seremban sampai pukul dua pagi! Jai jeling Seri yang dah leka menikmati ais krim.
Hah Acik terbeliak. Patutlah mata Jai dah merah semacam. Macam tak cukup tidur! Acik pecah ketawa.
Jai siku lengan Acik. Gelaklah gelak!
Nasiblah kau Jai. Sepatutnya kau bulan madu, dapat benda tu. Ni..kau dapat batu seremban! Hahahaha! Habis ais krim comot di mulut Acik.
Kau ni, tak pernah serius! Jai senyum kelat. Otaknya ligat memikirkan apa yang dikatakan Acik tadi. Hmm..memang nasib aku la..
Malam ni dia nak ajak main apa pulak Acik kenyit mata.
Seri dongak ke arah Acik. Dia ketap bibir. Korang ni nak mengutuk aku la tu! Ingat aku tak dengar ke apa yang korang cakap!
Dah! Jom bertolak! Jai tarik tangan Seri menuju ke kereta. Acik masih menahan ketawa.
JAI mendongak ke arah bangunan yang tersergam di depannya. Bunyi alunan suara mengalunkan ayat-ayat Allah jelas kedengaran di telinga.
Acik turut memandang sekitar kawasan. Kemas dengan landskap yang menarik. Di sudut kiri pula ada kebun sayur kecil. Mungkin diusahakan oleh budak-budak tahfiz.
Abangtak nak masuk ke Seri berdiri dekat dengan Acik.
Err.. Acik pandang Jai. Matanya beralih pula pada Seri. Haihadik aku sorang ni. Bukan nak mengendeng dengan laki dia!
Dah sampai pun! Aishah menapak ke arah kereta Jai.
Seri berpeluk seketika dengan Aishah yang manis dengan jubah ungu dan tudung putih. Masih berpurdah.
Sila! Majlis nak mula dah tu! Aishah pelawa masuk ke dewan sekolah.
Mereka bertiga membuntuti Aishah menuju ke ruang dewan yang luas. Ramai budak tahfiz sedang menikmati makanan. Mereka mula mengambil tempat duduk. Seketika kemudian, ada persembahan nasyid dan qasidah dari pelajar tahfiz selepas alunan bacaan Quran dibaca oleh salah seorang pelajar di situ.
Err..siapa tu Ustazah Hidayah jenguk ke arah tetamu yang pertama kali dilihatnya di sekolah tahfiz ni.
Mereka tu kawan saya ummi..yang perempuan tulah yang tolong saya semalam. Mari saya kenalkan. Aishah tarik tangan Ustazah Hidayah.
Maafni kenalkan, ustazah Hidayah, penolong pengetua sekolah ni. Yang di depan sana tu, ustaz Fadzil pengetua sekolah ni, merangkap suami ustazah Hidayah. Aishah kenalkan kepada Jai, Acik dan Seri.
Seri bersalaman dan berpelukan dengan ustazah Hidayah.
Makanlah! Jangan segan segan. Kami terima semua tetamu di sini. Ustazah Hidayah senyum.
Err..yalah.. Jai turut senyum. Dia jeling Acik yang turut melemparkan senyuman.
Ummi, puding ni nak letak mana
Ustazah Hidayah menoleh. Mawaddah dah tersenyum di belakang sambil membawa sepinggan puding.
Letak je kat atas meja tu.
Acik tak berkelip memandang gadis bertudung merah jambu dan berjubah juga berona sama. Ada lesung pipit di kedua belah pipi kemerahan gadis itu. Subhanallah, cantiknya mak ai..
Oh..kenalkan ni anak saya, Mawaddah. Ustazah Hidayah kenalkan pula anak gadisnya.
Seri bersalam pula dengan Mawaddah.
Kak Salinasiapa mereka ni Mawaddah senyum.
Acik dan Jai saling berpandangan. Salina
Errkawan akak. Aishah tunduk. Dia segera berlalu pergi keluar dari dewan.
Err..maaf, awak panggil dia Salina Bukan nama dia Aishah ke Tanya Acik. Mukanya dah pucat.
Aishah Mawaddah pula berkerut kening.
Acik menelan liur. Dia jeling Jai di sebelah yang turut tercengang.
Nama penuh dia Jai turut teruja nak tahu.
Salina Hashim..kenapa bang Mawaddah dah berkerut kening.
Hah Serentak Jai dan Acik menjawab.
Seri pula terpinga-pinga dengan tingkah Acik dan Jai. Apa kena dengan korang ni Siapa Salina
Aishah yang keluar dari dewan tadi, sampai sekarang tak muncul-muncul. Pelik!
Kenapa bang Awak Seri pandang Acik dan Jai silih berganti.
Errtak ada apa..
Selepas menjamu selera dan beramah mesra dengan pelajar tahfiz, mereka mula minta diri.