Abstrak Cinta Aku & Dia - 63
BAB 63

Setahun berlalu

Di rumah Pak Lang Karim

ZACK membetulkan baju Melayu yang dipakai. Samping yang terakhir sekali disarung ke badan sebelum songkok diletakkan atas kepala. Sekarang, dia sudah bersiap lengkap. Hanya menunggu masa untuk mengenggam tangan Tok Kadi.

Di satu sudut dalam bilik yang sama, Hanif turut bersiap. Memang sudah termaktub dalam perancangan, mereka akan bernikah pada hari yang sama. Perancangan merekadan juga, perancangan TUHAN

Zack menarik nafas beberapa kali. Tak semena-mena, rasa gugup bertamu dalam hati. Harap-harap dia tidak pengsan ketika mahu menikah nanti. Tak disangka, masa pantas berlalu. Sedar tak sedar, hari yang dinanti, akhirnya tiba. Dua pasangan akan disatukan jua akhirnya.

Pelbagai perkara berlaku dalam setahun ini. Atas inisiatif dan kesedaran sendiri, Zack berusaha untuk belajar, menambah dan memantapkan ilmu agama. Cuba untuk berubah kepada jalan yang lebih diredhai. Kate saudara baru. Kate bakal menjadi tanggungjawabnya. Dia tidak mahu pincang dalam membimbing isteri dan keluarganya nanti.

Dia dan Kate, bercinta jarak jauh. Hanya telefon dan laman sosial menjadi penghubung melepas rindu. Selepas Kate datang berkenalan dengan keluarganya, Kate pulang semula ke Birmingham. Hanya kembali sebulan sebelum majlis pernikahan mereka, untuk menguruskan hal yang berkaitan. Atas persetujuan Encik Malcolm Banham dan Puan Ellis Banham, bapa dan ibu Kate, majlis pernikahan mereka akan dibuat serentak dengan majlis pernikahan Amy dan Hanif.

Selama bercinta, hanya sekali Zack melawat Kate di Birmingham. Datang dengan tujuan untuk berkenalan dengan keluarga Kate lantas mengambil kesempatan itu, menyatakan hasrat untuk menjadikan Kate sebagai isteri. Keluarga Kate menerima berita itu dengan hati yang terbuka. Tiada yang menghalang. Semuanya berjalan lancar.

Kate sudahpun memeluk Islam enam bulan yang lalu di Birmingham. Zack tiada menemani Kate. Tidak berkesempatan untuk menyaksikan sendiri detik di mana Kate menjadi seorang seorang muslim. Namun, itu tidak menjadi hal. Doa akan senantiasa dititipkan buat kekasih hati.

Kau okey ke, Zack

Suara dari Hanif mematikan lamunan. Hanif juga telah lengkap bersiap.

Perrghhh. Macam Hang Tuah..bro Soalan Hanif, sengaja Zack jawab dengan berseloroh. Mahu menutup gugup dalam diri.

Hanif tersengih.

Kau tak nervous ke, Nep Zack pula yang menyoal.

Nervous jugaklah.Jawab Hanif walau wajahnya kelihatan biasa saja.

Pintu terbuka. Sham dan Khairul terpacul depan pintu. Senyum melihat sepupu dan bakal sepupu telah bersiap segak seperti Laksmana Melayu.

Pak Uda cakap, Tok Kadi dah nak sampai. Sham menyampaikan pesan dari Encik Alwi.

Hanif memandang Zack. Tangan dihulur. Good luck, bro

Genggaman tangan dibalas. Dia dan Hanif berpelukan. Macam nak pergi perang. Walhal nak pergi bernikah

Zack menarik nafas dalam-dalam.

Bismillahhirahmanirrahim

Mereka melangkah keluar.

RUMAH Encik Alwi & Puan Mariah

You sudi kahwin dengan I

Zack, I pun sayang you. But this is reallyreally unexpected. I am not ready yet..Wajah Zack yang kelihatan resah direnung.

Walaupun berdebar ditanya soalan begitu secara tiba-tiba, dia menahan tawa dalam masa yang sama. Sungguh lucu melihat wajah Zack kala itu.

ZackI

Zack hanya tunduk menantikan jawapan. Wajahnya benar-benar muram. Benar-benar gelisah. Lucu, nyaris saja dia terlepas tawa. Sengaja dia mahu menangguh jawapan, mahu melihat sejauh mana kesungguhan Zack.

I faham Kate. I Zack mematikan kata. Dua tangan meraup wajah.

Goshyou.idiot. Of course I do Akhirnya, jawapan diberi setelah tak mampu menahan perasaan hati.

Zack mengangkat muka. Riak wajah berubah. Betul

Dia mengangguk beberapa kali dengan senyuman di bibir. Ive travel thousands miles from the other side of the world just to get to you, Zack. Id be crazy if I dont say yes

Kateyou ni kan.Zack menghela nafas dalam-dalam. Sikit lagi I nak kena heart attack

Kate senyum sendiri. Kenangan itu masih kuat di ingatannya. Tidak akan dia lupa detik setahun lalu. Detik di mana, secara tiba-tiba, Zack melamarnya. Dan kini, semuanya hampir menjadi nyata. Saat mereka bakal disatukan akan tiba, bila-bila masa dari sekarang.

Kate mengangkat muka. Memandang refleksi wajahnya di cermin. Ada air mata yang ingin mengalir namun ditahan sehabis daya.

Tidak mahu air mata itu merosakkan hasil kerja Kak Nina, jurusoleknya.

Sayu mengusik jiwa. Hampir-hampir saja dia tidak mengenali wajahnya sendiri. Diakui, solekan Kak Nina membuatkan wajahnya tampak anggun dan segar namun itu bukan penyebab perasaannya menjadi terharu. Hari ini, untuk kali pertama dia bertudung litup. Tiada lagi rambut perangnya terurai menjadi tontonan orang ramai. Walau telah memeluk Islam enam bulan yang lalu, baru hari ini, hati Kate benar-benar terbuka untuk berhijab sepenuhnya.

Ya Allah. You are the one that open my heart to Your path. Therefore, I beg You. Please give me strength, to be Your most faithful servant until the day I die.

Matanya dipejam seketika, menahan air mata dari gugur. Ucapan zikir diulang dalam hati untuk meredakan sedikit perasaan yang tak menentu. Setelah kembali tenang, Kate membuka mata. Pandangan terarah kepada Amy yang juga kelihatan tak keruan. Sesekali, kelihatan Amy menarik nafas panjang. Kate yakin, sama seperti dia, Amy juga sedang berdebar menunggu masa untuk bergelar isteri.

AmyPanggil Kate.

Amy berpaling. Senyuman terukir dibibir.

Im nervous. Kate menyambung kata.

I know. I pun samaAmy menghulurkan tangan dan mereka berpelukan.

You nampak cantik, KatePuji Amy tatkala pelukan dilepaskan.

You pun cantikKate kembali memuji.

Amy tersenyum lagi.

Pintu bilik diketuk. Amy dan Kate menoleh. Puan Mariah tersenyum sayu memandang anak dan bakal menantunya. Perlahan-lahan, dia melangkah masuk. Satu ciuman diberi pada dahi Amy dan kemudian Kate, tanda kasih seorang ibu.

MakAmy menggenggam tangan Puan Mariah. Amy sayang mak.

Puan Mariah tidak membalas, terlalu sebak untuk bersuara.

Dah nak mulaPuan Mariah memaklumkan setelah sebaknya berkurangan.

Amy dan Kate saling memandang. Nafas ditarik panjang. Debaran kian terasa.

RUANG tamu rumah dipenuhi dengan para jemputan dan saudara-mara. Kemeriahan terasa berbaur dengan sayu dan teruja. Bila-bila masa dari sekarang, Hanif dan Zack bakal dinikahkan dengan Amy dan Kate.

Encik Malcolm, kelihatan teruja di sebelah Encik Lokman, ayah Hanif. Dia juga tampil segak dengan turut memakai baju Melayu, lengkap bersamping dan bersongkok. Walaupun tidak fasih berbahasa Melayu, itu bukan halangan buat Encik Banham dari bergaul dengan orang-orang di sekelilingnya. Masa mudanya banyak dihabiskan di negara ini. Masih ada beberapa patah perkataan bahasa Melayu yang mampu disebut dan difahami walaupun pelat. Jadi, dia langsung tidak berasa terpinggir.

Puan Ellis duduk sebelah-menyebelah dengan Puan Mariah. Untuk menghormati majlis, dia turut berbaju kurung dan berselendang. Walaupun sudah lama menetap di Birmingham, Puan Ellis masih mampu berbahasa Melayu dengan baik. Hanya ibu bapa Kate yang hadir. Abang dan adik Kate, David dan Jane tidak dapat datang kerana tuntutan tugas.

Walaubagaimanapun, Zack dan Kate akan pulang ke Birmingham dua bulan dari sekarang. Satu majlis untuk mereka telah dirancang. Tidaklah besar-besaran, sekadar mahu meraikan pasangan pengantin. Puan Mariah dan Encik Alwi sekeluarga akan turut serta.

Begitu juga Hanif dan Amy. Mereka mahu mengambil kesempatan ini untuk berbulan madu.

Zack mencuri pandang ke arah Kate beberapa kali. Sungguh dia terpegun memandang Kate saat ini, hampir-hampir tidak percaya bahawa itu adalah Kate. Untuk pertama kali, dia melihat Kate bertudung penuh. Anggun, ayu dan tampak jauh berbeza. Hanya memuji dalam hati.

Sesekali, Kate membalas renungan. Yang selebihnya, Kate lebih banyak tunduk dan bermain dengan jari. Dia tahu, Kate sedang gugup. Jangankan Kate, dia sendiri pun rasa berdebar. Dia menoleh pula ke arah Hanif di sebelah. Hanif kelihatan jauh lebih tenang.

AssalamualaikumImam Ali memberi salam.

WaalaikumussalamSalamnya dijawab serentak oleh para tetamu.

Alhamdulillah, dengan izin Allahhari ini, dapatlah kita meraikan bakal pasangan suami isteri, Ahmad Hanif Bin Lokman dengan Amylea Binti Alwi serta Muhammad Zakry Bin Iskandar dengan Katelyn Rose BanhamMata Imam Ali mengarah kepada Zack seolah-olah mahu memastikan, nama Kate disebut dengan betul. Ini kerana walaupun Kate sudah menukar agama, dia tetap mahu mengekalkan nama asalnya. Menukar nama setelah memeluk Islam bukanlah perkara wajib.

Bapa pengantin, boleh kita mulakan sekarangSoal Imam Ali, meminta kebenaran. Encik Alwi mengangguk.

Baiklah. Bismillahhirahmanirrahim

Doa pendek dibaca. Dan kemudian, setelah memberi penerangan serta mengesahkan kehadiran wali dan wali hakim untuk pihak pengantin perempuan, Imam Ali terus kepada agenda utama. Pengantin pertama yang akan dinikahkan adalah Hanif. Mereka duduk saling berhadapan.

Ahmad Hanif Bin Lokman. Imam Ali bersuara. Tangan dihulur, Genggaman berbalas.

Aku nikahkan dikau, Ahmad Hanif Bin Lokman dengan Amylea Binti Alwi dengan mas kahwinnya, seratus ringgit tunai.

Aku terima nikahnya, Amylea Binti Alwi dengan mas kahwinnya, seratus ringgit tunai. Hanif menjawab nikah dengan tenang. Saksi mengesahkan lafaz. Dia menarik nafas lega. Kesyukuran dipanjatkan dalam hati. Sempat matanya menjeling Amy, yang kini sudah menjadi isterinya yang sah.

Imam Ali berganti tempat duduk. Giliran Zack pula.

ZakryImam Ali menghadiahkan senyuman pada Zack. Kamu dah sedia

Zack mengangguk perlahan.

Baiklah. Tangan bertukar genggam.

Muhammad Zakry Bin Iskandar. Aku nikahkan dikau dengan Katelyn Rose Banham, dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai.

Aku terima nikahnya, Katelyn Rose Banham dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai.

Saksi dan kadi menyatakan sah. Zack meraup wajah. Berkali-kali mengucapkan syukur pada Ilahi. Perjalanan hidupnya yang baru telah bermula. Kate kini adalah miliknya.

Usai solat sunat dilakukan oleh kedua pengantin lelaki, mereka kini kembali ke ruang tamu di mana ahli keluarga dan para tetamu masih lagi menunggu. Hanif duduk berhadapan dengan Amy manakala Zack berhadapan dengan Kate. Masing-masing membalas senyum. Puan Normah menghulurkan cincin kepada Hanif dan Puan Mariah turut berbuat begitu. Sebentuk cincin dihulurkan kepada Zack.

Serentak, mereka menyarungkan cincin ke jari isteri tercinta. Serentak, dahi menerima kucupan dari suami. Serentak, tangan yang dihulur bersambut. Kucupan kasih diterima. Tak henti-henti ucapan syukur dipanjatkan pada Ilahi. Salam dihulur buat para tetamu dan saudara-mara. Ucapan terima kasih tak lekang di mulut sebagai tanda bahawa kehadiran tetamu itu amat dihargai.

Encik Alwi dan Encik Lokman berpelukan sebelum bertukar dengan Encik Malcolm. Walaupun berbangsa Inggeris, Encik Malcolm langsung tidak kekok bercampur-gaul dengan mereka yang tidak sebangsa.

DadZack menghulur salam kepada bapa mertuanya. Walau sudah berkali-kali Encik Malcolm menyuruhnya memanggil dengan panggilan Max sahaja tetapi, adat dan batas susila seorang anak membuatkan dia tidak betah memanggil bapa mertuanya hanya dengan nama. Walaupun berlainan bangsa dan agama, Encik Malcolm tetap dihormati selayaknya.

ZackTangan Zack tidak disambut tetapi Encik Malcolm merangkul Zack erat.

Please take a good care of my daughter Encik Malcolm berkata perlahan. Sayu seorang ayah tidak dapat disembunyikan. Di antara ketiga-tiga orang anaknya, hanya Kate yang duduk berjauhan. Walau kini, Kate sudah bersuami, rasa bimbang tetap ada.

I willdad. Balas Zack, sekaligus membuat janji.

Pelukan dilepaskan. Encik Malcolm menepuk bahu Zack beberapa kali.

Kamera tak henti-henti merakam saat manis kedua pasangan mempelai serta para tetamu. Ada yang mengalirkan air mata, ada yang tersenyum ceria. Momen-momen itu pastinya menjadi kenangan paling indah dalam hidup mereka.