MY SWEET ARISSA - 63
DIA orang dah selamat menikah. Hakimi meletak telefon bimbitnya di atas katil di dalam bilik chalet yang tidak seluas mana. Rasa lega sebaik mendengar khabar itu dari temannya. Nampaknya rahsia itu tersimpan kemas di antara dia dan temannya. Ya, biarlah rahsia. Jika terbongkar kelak, dia punya alasan kukuh untuk menjelaskannya nanti.

Ya Alhamdulillah. Arissa meraup kedua telapak tangannya ke muka.

Hakimi senyum. Berjaya juga rancangannya. Naim tidak dibenarkan ke mana-mana apabila Dato Azizan sendiri sudah melaporkan kepada pihak berkuasa. Nampaknya lelaki itu sudah tidak tahan dengan kerenah anaknya.

Harap-harap Encik Naim tak buat perangai sudahlah. Makan hati Wafa nanti. Arissa mencapai beg soleknya untuk mencari pencuci muka.

Dia terpaksa kembali semula ke Pulau Langkawi untuk menguruskan beberapa perkara bersama Encik Ariff dan Encik Johan. Encik Razali dan Badrul sudah pun ke Shah Alam dua hari lepas bersama Hazami dan keluarga lelaki itu untuk menguruskan rumah di Shah Alam dan Damansara. Khabarnya sudah ada pembeli yang mahu membeli kedua-dua rumah itu.

Macam mana dengan syer yang arwah Umi janjikan tu ya Umi kan dah tak ada, Arissa memandang Hakimi.

Hakimi senyum dan tidak segera menjawab. Tangannya sudah melingkari pinggang isteri yang hanya berkemban dengan kain batik sarung.

Itu biar orang yang arif selesaikan. Abang tak nak masuk campur, spontan dia menghadiahkan ciuman di bibir Arissa.

Terkejut Arissa. Rasa panas mukanya tibatiba. Lama matanya merenung mata Hakimi yang tersenyum.

Err... Dia sudah rasa tidak menentu. Dada Hakimi ditepuk beberapa kali.

Sekali lagi. Sekali lagi Hakimi mengucup bibir Arissa. Hmm...

Hakimi senyum melihat wajah Arissa yang sudah memerah. Kemudian ketawa. Dipeluk tubuh Arissa dengan erat.

Lupa pulak! Hakimi tiba-tiba merengus sendiri.

Err... apa dia.

Tilam first night kita tulah! selorohnya.

Dia akan menemani Arissa di situ sehingga tugastugas isterinya selesai. Nampaknya dia terpaksa memanjangkan cutinya untuk beberapa hari lagi atau mungkin minggu.

Apalah abang ni!

Eee... Hakimi ni sengaja je buat dia terkejut. Lepas tu tak senonoh.

Hakimi ketawa kuat.

Majlis resepsi kita tu batalkan, bang Arissa bertanya lagi untuk memastikannya.

Ya. Tapi, kalau sayang nak kita adakah juga, abang tak ada masalah.

Hakimi memandang Arissa kembali. Hilang rasa terujanya selepas pemergian Puan Hanim. Namun dia tidak kisah kalau hendak diadakan, dia akan uruskan semuanya. Kalau tidak pun, dia tidak terkilan.

Arissa menggeleng-gelengkan kepalanya.

Rasanya tak payahlah.

Ya, tak perlulah semua itu. Lagipun Puan Hanim baru sahaja meninggalkan mereka.

Hakimi tidak membalas.

Yang patah kan tumbuh. Yang hilang kan berganti. Dan inilah gantinya. Akhirnya Hakimi bersuara sambil meletak tangannya di perut Arissa.

Terpegun Arissa mendengarnya. Namun dia membenarkan ungkapan suaminya. Harap-harap dia dapat mendidik anaknya menjadi anak yang soleh atau solehah dan dapat melihat si manja membesar kelak. Itu sahaja harapannya.

T A M A T