Gasolin boleh diperolehi dari minyak mentah. Minyak mentah yang berwarna hitam akan dikeluarkan dari bawah tanah dan dikenali sebagai petroleum. Petroleum mengandungi kepanjangan rerantai (chain) hidrokarbon yang berbeza. Kepanjangan yang berbeza akan memberikan hidrokarbon ciriciri yang berbeza. Contohnya methane, mempunyai satu elemen Carbon, ethane mempunyai dua elemen Carbon.
Methane ialah hidrokarbon yang paling ringan dan ia adalah gas yang ringan seperti helium. Apabila rerantai semakin panjang, hidrokarbon menjadi semakin berat, dan sifat-sifatnya juga akan berbeza.
Empat rantaian yang pertama iaitu methane, ethane, propane dan butane adalah dalam bentuk gas.
Carbon C= 5 sehingga C = 19 adalah hidrokarbon dalam bentuk cecair, dan lebih daripada itu dalam bentuk pepejal.
Naphtas mempunyai bilangan dari C = 5 sehingga C = 7. Gasolin mempunyai bilangan dari C = 7 sehingga C = 11. Kerosene mempunyai bilangan dari C = 12 sehingga C = 15 dsb.
Bilangan rantaian di atas 20 adalah lilin parafin (paraffin wax)dan kemudian pirobitumen berasfalt (asphaltic bitumen). Semua elemen ini datangnya dari minyak mentah, dan perbezaan yang ada pada mereka hanyalah bilangan karbon dan hydrogen yang ada.